Anda di halaman 1dari 13

KATA DASAR

Kata Dasar kata tanpa imbuhan.

Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan kata dengan


mencantumkan imbuhan dengan kata dasar untuk
menerbitkan kata yang baharu.

KATA BERIMBUHAN

Imbuhan Awalan

Imbuhan Akhiran

Imbuhan Apitan

Imbuhan Sisipan

Imbuhan Pinjaman
KATA BERIMBUHAN AWALAN

Imbuhan yang hadir di hadapan sesuatu kata dasar.

Awalan beR-

ber- be- bel-

* digunakan apabila * digunakan apabila * hanya


bertemu dengan bertemu dengan kata diimbuhankan pada
semua kata dasar dasar yang bermula kata dasar ‘ajar’
kecuali kata dasar dengan huruf ‘ r’ dan
yang bermula kata dasar ‘kerja’
dengan huruf ‘r’

* Contoh : bekerja,
* Contoh : bermusim berenang, beresah, *Contoh : belajar
, berdalih , berendam
berbunga, bererti
Awalan meN-/peN-

* Imbuhan awalan meN- menerangkan sesuatu perbuatan.

* Imbuhan awalan peN- menunjukkan pelaku ,alat atau sifat

me-/pe-
* digunakan apabila bertemu dengan bertemu dengan kata-kata bermula
dengan huruf l,m , n,ng,ny ,r dan w.

* digunakan apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf


k,s,p dan t, tetapi huruf k akan bertukar menjadi ng, s menjadi ny , p
menjadi m dan t menjadi n.

Contoh Awalan me- : melayan/ memakan/ menanti


/menyala/memandu/menulis/merompak.

Contoh Awalan pe- : pelayan/ pemakan


/penanti/pengeri/perompak/penulis/pemandu.

mem-/pem-

* digunakan apabila bertemu dengan kata-kata bermula


dengan huruf b dan f.
Contoh Awalan mem- : membasuh, memfitnah

Contoh Awalan pem- : pembasuh , pemfitnah


men-/pen-

*digunakan apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan


huruf c,d,j z dan sy.

Contoh men- : mencuci, mendengar , menjual ,mensyelek

Contoh pen- : pencuci , pendengar, penjual, penziarah, pensyarah

meng-/peng-

*digunakan apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan


huruf a,e,i,o,u ,g dan sy.

Contoh meng- : mengasuh ,mengedar ,mengikut


,mengolah,mengukur ,mengguna, menghubung

Contoh peng- : pengasuh , pengedar , pengikut, pengolah,


pengukur,pengguna,penghubung

menge-/penge-

* digunakan apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu


suku kata sahaja.

Contoh menge - : mengecat , mengelap

Contoh penge- : pengecat , pengelap

Perkataan terkecuali daripada hukum

* Kebanyakan imbuhan kata nama dan kata kerja akan berubah mengikut
huruf pertama sesuatu kata dasar.(tiada perubahan pada huruf pertama)

ternak = menternak , tadbir =mentadbir, kerja= pekerja , pelawa


=mempelawa, kaji = mengkaji , sakit = pesakit
di-

* membentuk kata kerja dalam ayat pasif

* Contoh di- : dijemur ,dipukul , dianyam, dilontar

Ke-

* membawa maksud semua atau menunjukkan kedudukan


seseorang atau sesuatu

* Contoh ke- : kesemua, kelima, kedua-dua , ketua

ter-

*membawa maksud tidak sengaja ,paling , keupayaan, telah


sedia berlaku atau keadaan yang berpanjangan.

* Contoh ter- : terakhir , terjaga, terbiar , terbuka

Se-

* membawa maksud satu ,sama , semua atau tidak tetap

* Contoh : sebotol , setebal, sedunia, sebanyak


KATA BERIMBUHAN AKHIRAN

* imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar.

* Contoh imbuhan akhiran : -an, -kan dan- i

-kan

*membentuk kata kerja (biasanya bergabung dengan kata kerja dalam


ayat suruhan

* Contoh – kan : tutupkan , buangkan , tuliskan.

-an

*membentuk kata nama

* Contoh –an : jemputan, laporan, masakan

-i

* membentuk kata kerja

*Contoh –i = contohi , temui, sayangi


KATA BERIMBUHAN APITAN

*Imbuhan yang ditulis serentak di hadapan dan di belakang.

* Untuk membentuk kata nama dan kata kerja.

meN-............-ka

* me-.....-kan , mem-.... –kan, men-.....-kan, meng -....-kan , menge-....-kan

* Contoh : mewarnakan , memberikan , mencucikan, mengaturkan , mengepinkan.

meN-.....-i

*me-.....-i, mem-....-i, meng-...-i, menge-.....-i

* Contoh : meyakini, membaiki,menjalani,mengubati , mengetuai.

peN-....-an

*pe- .... –an, pem-...-an , pen-....-an , peng-...-an , penge-.....-an.

* Contoh : penantian, pembacaan, pendapatan, pengajaran, pengetahuan.

peR-....-an

* Contoh : perjalanan, perkampungan , persatuan

Ke- ....-an

* Contoh : kemiskinan , kepandaian, kecantikan


di-......-kan

* Contoh : dicampurkan , digambarkan, dihapuskan

di-.....-i

* Contoh : dihormati , dikotori, dimanjai

beR-.....-an

* Contoh : bertaburan, bersalaman , berkilauan


KATA BERIMBUHAN SISIPAN

* Imbuhan yang disisipkan di tengah kata dasar.

* Contoh : -el-, -er-, -em- dan – in-

-er-

* Contoh : cucuk = cerucuk , gigi = gerigi , kuping = keruping,

sabut =serabut , suling = seruling

- el-

* Contoh : tapak = telapak , tunjuk = telunjuk , serak= selerak

- em-

* Contoh : gelap = gemerlap , gilang = gemilang , guruh = gemuruh ,


kuncup = kemuncup

-in –

* Contoh : sambung = sinambung


KATA BERIMBUHAN PINJAMAN

* Imbuhan asing yang diterima sebagai imbuhan baharu dalam bahasa Melayu.

* berfungsi untuk membentuk kata nama .

* terbahagi kepada imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.

Imbuhan Pinjaman ( Awalan)

1. maha-

* bermaksud paling atau tahap besar , tertinggi dan teragung.

* Contoh : guru=mahaguru , raja =maharaja, siswa=mahasiswa , siswi=mahasiswi

2. pra-

* sebelum atau syarat kepada sesuatu.

* Contoh : akhir = praakhir , kata = prakata, sejarah = prasejarah , sekolah =prasekolah

3. tata-

* peraturan atau susunan

*Contoh : acara = tataacara , adab = tataadab, bahasa= tatabahasa, cara =tatacara

4. dwi-

* bermaksud dua.

* Contoh : bahasa = dwibahasa , bulan= dwibulanan, cabang = dwicabang

5. anti-

* bermaksud menentang , mencegah atau benci akan sesuatu.

* Contoh : biotik = antibiotik , dadah= antidadah, jenayah = antijenayah.

6. auto-

*bermaksud dengan sendirinya atau secara sendirian.

*Contoh : biografi = autobiografi , fokus= autofokus, graf = autograf

7. pro-

* bermaksud menyokong atau berpihak kepada sesuatu.

* Contoh : demokrasi = prodemokrasi , kerajaan= prokerajaan, komunis=prokomunis


Imbuhan Pinjaman ( Akhiran)

1. –man /-wan

* bermaksud pemilik atau pelaku sesuatu atau pekerjaan yang


berhubung dengan kaum lelaki.

* Contoh : budi= budiman, seni= seniman , angkasa =angkasawan,


cendekia =cendekiawan, juta=jutawan.

2. –wati/-ita

* bermaksud pemilik atau pelaku sesuatu atau pekerjaan yang


berhubung dengan kaum wanita.

*Contoh : olahraga= olahragawati , peraga =peragawati,


seni=seniwati, biduan=biduanita.

3. –wi /-i

* mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar.

*Contoh : dunia = duniawi , manusia=manusiawi, abad= abadi

4. –lah

* bersifat atau mempunyai sifat.

* Contoh : alam = alamlah, batin =batinlah, dunia= duniawiah.

5. –isme

* merujuk kepada sifat , fahaman atau sikap.

* Contoh : ideal = idealisme , kapital = kapitalisme,

nasional =nasionalisme
LATIHAN 1

Tambahkan imbuhan awalan ‘beR-‘ yang sesuai pada kata dasar dalam ayat-ayat di
bawah.

1. kaki abang ______________ (darah ) kerana terpijak paku.

2. Jangan ________________ (rebut-rebut ) semasa membeli makanan di

kantin.

3. Cik Ida sudah lama _____________ (kerja) di syarikat itu .

4. Yusuf sekeluarga akan _______________ (kelah) di Pantai Pasir Mas .

5. Encik Rahman memandu kereta yang ______________ (warna) biru itu

ke pejabatnya setiap hari.


LATIHAN 2

Tambahkan imbuhan awalan ‘peN-‘ yang betul pada perkataan yang


bergaris . Kemudian tulis di ruang yang disediakan .

1. Pekerja itu menggunakan timbang untuk


menentukan berat tepung gandum.

2. Seniwati itu menerima sekuntum bunga


daripada minat setianya.

3. Para daki dinasihati supaya berhati-hati


ketika mendaki gunung itu.

4. Encik Zaki ialah seorang syarah di


Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai