Anda di halaman 1dari 18

Persiapan Penting Ibu Bapa Wajib Tahu

Untuk Anak Darjah 1 Masuk Sekolah

BySury
Posted on December 30, 2019

54
SHARES

Dengan berbaki lagi beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula, pasti ada
antara ibu bapa yang teruja anak-anak bakal masuk ke sekolah. Selain itu, ibu bapa
perlulah luangkan sedikit masa membuat persiapan mengajar anak sebelum
melangkah ke darjah 1. Jadi, cikgu ini telah kongsi persiapan penting ibu bapa yang
bakal membawa anak masuk ke sekolah.

ADA ANAK DARJAH 1 TAHUN 2020? INI PERSIAPAN SEBAGAI IBU


BAPA
1.PASTIKAN ANAK KENAL HURUF DAN BOLEH MEMBACA DAN
MENGEJA
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan
‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat
berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun. Matematik pula dah
diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik
di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya
pergi.Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu
tak akan tunggu anak kita seorang.

2.BIMBING ANAK DI RUMAH. BERHENTI MERUNGUT SILIBUS TINGGI


& SOALAN TERLAMPAU KBAT

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan
juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah. Silibus berat, masa singkat. Namun
sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di
rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru
semata-mata.

3. AJAR ANAK KENALI & GUNA WANG


Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid
cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka. Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak
tahu guna wang.

4.AJAR ANAK GUNA TANDAS AWAM/SEKOLAH. AJAR ANAK MINTA


IZIN KE TANDAS
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas
tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup
kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5.JANGAN TAKUTKAN MURID DENGAN BAGITAHU MEREKA CIKGU


GARANG
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,”Abang jangan nakal-nakal.
Nanti cikgu rotan.” Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas. Fakta :
Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin
sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6.AJAR ANAK KONGSI & JAGA BARANG SENDIRI


Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan
mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan
mereka ambil dan simpan semula. Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta
sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid
tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan
di bawah meja.

7.JANGAN BAGI MURID PAKAI KASUT BERTALI & AJAR CARA


PAKAI DAN BUKA TALI PINGGANG
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di
sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah. Fakta : Ramai murid terkencing dan
terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8.AJAR ANAK SUSUN JADUAL IKUT HARI


Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting! Fakta : Biasa murid bawa
buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya
ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku. Semua buku ayah dia sumbat.
Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9.JANGAN WHATSAPP GROUP KELAS TENGAH MALAM BUTA &


MENGHARAP BALASAN SEGERA
Hormati group whatsapp tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan
nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group
itu untuk maklumat anak dan kelas. Nak sangat post isu semasa, hadis, kata
nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua
parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu. Paling penting, jangan promote
barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10.TAMPAL NO TELEFON IBU BAPA PADA BEKAS PENSEL, BUKU


KOMUNIKASI & BEG SEKOLAH
Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak
demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.

11.USAH DIRATIB TENTANG SUKARNYA SILIBUS BARU &


PAYAHNYA SOALAN KBAT
BERHENTI MERUNGUT! Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu
mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak
pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.

Sumber: Mohd Fadli Salleh


Teruskan Membaca
RELATED ITEMS:DARJAH SATU 2020, MURID DARJAH 1, TIPS DARJAH SATU

RECOMMENDED FOR YOU


Ada Anak Darjah 1 Tahun Depan? Ini 10 Persediaan Ibu Bapa Perlu Lakukan
Anak masuk darjah satu, ini tips
untuk ibu bapa
Yati Yazid
 -
December 26, 2018 2:48 PM

76Shares
 60
Hanya tinggal beberapa hari lagi persekolahan sesi 2019 bermula, bagi ibu
bapa muda dan pertama kali berdepan keadaan ini semestinya lebih teruja
daripada anak sendiri, maklumlah anak sudah besar dan mahu melangkah ke
alam persekolahan.

Segala persiapan seperti baju sekolah, alat tulis, beg dan buku-buku pasti
sudah disediakan sejak awal, namun persediaan untuk minggu pertama sesi
sekolah juga perlu diutamakan.

FMT Ohsem menyediakan beberapa tips untuk ibu bapa memudahkan urusan
untuk melangkah di sekolah.

1) Labelkan nama pada setiap barangan milik anak


Perkara ini walaupun nampak mudah tetapi sangat penting, maklumlah anak
berumur 7 tahun belum lagi mengenal barangan milik mereka. Mungkin ada
rakan sekelas yang memiliki barang yang hampir serupa jadi apabila berlabel
maka, ia memudahkan anak lebih mengenali barangnya.

2) Ajar anak kenali wang dan guna dompet


Perkara ini sangat penting kerana itu adalah situasi baru untuk anak, jika
sebelum ini ke mana saja pergi ibu bapa yang uruskan setiap pembelian.

Mungkin seminggu sebelum masuk sekolah, ibu bapa digalakkan melatih


anak sebagai persediaan anak membeli di kantin.

Ibu bapa juga boleh ajar anak guna wang dengan baik dan tunggu hingga
wang baki dipulangkan.

Latih anak guna dompet untuk letak wang saku, penggunaan itu boleh elak
wang tercicir dan jika dompet itu tercicir ia mudah diserahkan kepada guru
kelas .
3) Bimbing anak di rumah
Di zaman serba moden, semestinya pada usia 7 tahun anak-anak sudah
pandai mengenal huruf malah ada yang lebih bijak dan sudah bijak membaca
suku kata tertentu. Pun begitu, tidak salah jika ibu bapa juga membuat
ulangkaji sebelum melangkah ke dunia baru. Ajar anak dengan silibus
sekolah agar mereka tidak terkejut dengan cara pembelajaran baru itu.

4) Ajar guna tandas


Walaupun perkara ini mudah tetapi ia menjadi tanggungjawab paling utama
ibu bapa supaya anak lebih beradab di sekolah. Didiklah anak anda
menggunakan tandas secara hemah dan pam selepas ‘selesai’ hajat di
tandas.

Perkara ini akan menjadikan anak lebih bertanggungjawab dan menjadi rutin
sehingga besar.

5) Duit kecemasan
Letakkan duit kecemasan di dalam beg sekolah anak, ia penting sebagai
persediaan jika berlaku kecemasan. Misalnya untuk membeli buku nota atau
tertinggal wang saku, namun ibu bapa perlu mengingatkan anak bahawa
wang itu bukan untuk digunakan membeli sebarang barangan merapu.

6) Ajar anak susun jadual ikut harian


Ajar anak supaya bersistematik, untuk minggu pertama, ibu atau bapa boleh
‘duduk’ sekali dan susun bersama buku-buku ikut jadual.

Perkara ini bagi mengelak anak membawa semua buku sekolah dan beg
sekolah menjadi berat atau terbeban.

Perkara ini jika diamalkan selama seminggu dan berterusan, memudahkan


anak selain melatih mereka lebih berdisiplin dan mengurus masa dengan
sempurna.

7) Pastikan anak menyimpan nombor telefon ibu dan bapa


Jarang sekali anak usia 7 tahun mengingati nombor-nombor penting
termasuk nombor telefon ibu mereka sendiri.

Tulis nama penuh anak dan nombor telefon untuk dihubungi pada beg
sekolah anak anda, ini kerana pada awal sesi persekolahan kanak-kanak
cenderung meningggalkan beg sekolah merata-rata terutama di kawasan
menunggu.

Nombor itu juga penting untuk pihak sekolah menghubungi ibu bapa jika
berlaku kecemasan.

Semoga panduan di atas dapat membantu ibu bapa muda dan anak mereka
melangkah ke alam persekolahan serta mempersiapkan mereka menempuh
alam baru. Selamat mencuba!

Anda mungkin juga menyukai