Anda di halaman 1dari 29

NASI LEMAK SEPOSEN

Karya: Akin Muhammad

SINOPSIS

Kak Zee seorang penjual nasi lemak di tepi jalan di sebuah kota. Nasi lemak yang
dijualnya laris dan menjadi pilihan orang ramai terutamanya orang lelaki. Di tepi jalan itu juga ada
seorang pengemis yang kerjanya mengemis duit daripada orang yang lalu-lalang. Pengemis ingin
membeli nasi lemak Kak Zee dan sudah mengumpul RM 1.40 dan memerlukan 10 sen sahaja
lagi. Antara pelanggan setia kegemaran Kak Zee adalah Dato’ Z, seorang yang kaya. Pengemis
ada meminta sepuluh sen pada Dato’ Z akan tetapi kerana keangkuhannya, Dato’ Z enggan
memberi 10 sen kepada pengemis.
Kak Zee berniaga bersama dengan suaminya Abang Mat yang menjual aiskrim namun
perniagaannya tidak laris seperti nasi lemak Kak Zee. Di tepi jalan itu juga ada seorang tukang
sapu, Kak Jah, yang setiap hari membersihkan kawasan gerai nasi lemak Kak Zee. Kak Jah ada
menyimpan hati pada Abang Mat secara senyap-senyap dan cuba memikat hati Abang Mat
dengan nasi lemaknya akan tetapi Abang Mat tidak sudi.
Johanah, seorang draq queen pula merupakan salah seorang pelanggan Dato’ Z yang
cemburu apabila melihat Dato’ Z melayan mesra Kak Zee. Johanah berniat membeli nasi lemak
Kak Zee untuk mengorek rahsia kelazatan nasi lemak Kak Zee. Johanah sewaktu itu tiada wang
dan hanya mempunyai 10 sen. Kebetulan pengemis sudah mempunyai RM1.40, lalu Johanah
memperdaya pengemis dengan melakukan persembahan di tepi jalan bagi mengalihkan
perhatian pengemis untuk mencuri wangnya.
Pengemis gagal mendapatkan wang daripada persembahan jalanan itu. Dato’ Z yang
datang lagi ke gerai Kak Zee sedar akan pengemis yang terdesak memerlukan 10 sen sehingga
terpaksa membuat persembahan jalanan, akhirnya memberikan 10 sen kepada pengemis.
Pengemis menyangka dia sudah cukup wang. Tetapi apabila dia hendak membeli nasi lemak
Kak Zee, wang yang telah dikumpulnya selama ini telah hilang.
Kak Zee meneruskan perniagaannya tanpa menghiraukan pengemis. Tanpa disedari,
salah seorang pelanggan yang datang di gerai Kak Zee telah membunuh Kak Zee. Siapakah
yang telah membunuh Kak Zee? Apakah motif disebalik pembunuhan Kak Zee? Hanya kerana
nasi lemak, pembunuhan boleh berlaku.

WATAK-WATAK UTAMA
Pelakon:
1. PENGEMIS Utama Lelaki PACEL
2. ORANG KAYA(P) Pembantu Lelaki NIK
3. KAK ZEE Utama Wanita AINI
4. DRAQ QUEEN Pembantu Lelaki KHAIRIL
5. ABANG MAT Sampingan Lelaki DIN
6. TUKANG SAPU Pembantu Wanita TASHA
7. PELANCONG Sampingan Wanita NISA

WATAK-WATAK TAMBAHAN

1. PELANGGAN-PELANGGAN

1
PROLOG NASI LEMAK ITU APA SEBENARNYA?

Semua pelakon berdialog sambil makan nasi lemak kecuali PENGEMIS.


Semua pelakon mengambil bahagian menjadi KORUS 1, 2, 3, 4, 5, 6. Babak ini memerlukan
koreografi yang teliti. KORUS WANITA memegang sebungkus nasi lemak. KORUS LELAKI
kecuali PENGEMIS memegang sudu dan garfu.

SEMUA KORUS
Nasi lemak... Nasi lemak... Nasi lemak... (berulang-ulang hingga semua sedia mengambil tempat
masing-masing, dengan pelbagai nada, ada yang macam makcik jual kuih, ada yang macam
zombie, ada yang macam minta sedekah)

KORUS 1
Tiap-tiap pagi aku beli nasi lemak tepi jalan.

KORUS 2
Sekarang ni kat tepi jalan pun boleh dapat nasi lemak.

KORUS 3
Kalau dulu susah nak cari nasi lemak tepi jalan.

KORUS 4
Di kedai-kedai baru boleh dapat.

KORUS 5
Sekarang tepi jalan pun boleh dapat.

KORUS 6
Murah-murah pula tu.

KORUS 1
Dulu 10 sen pun boleh dapat nasi lemak.

KORUS 2
Tapi sekarang yang paling murah pun RM 1.50.

KORUS 3
Harga beras dia dah naik.

KORUS 4
Harga lemak dia dah naik.

KORUS 5
Harga kertas surat khabar dia dah naik.

KORUS 6
Harga daun pisang dia dah naik.

KORUS 2
”Harga telur dia dah naik lah dik. Tak boleh nak buat apa.”

KORUS 1
Besar ke telurnya?

KORUS 3
Kecil saja!

2
KORUS 4
Pun mahal?!

KORUS 2
Hari ini aku beli nasi lemak RM 1.70. Esok aku beli nasi lemak RM 1.80. Esoknya aku beli nasi
lemak RM 1.90.

KORUS 3
Semua benda dia dah naik harga.

KORUS 4
Nasi lemak paling mahal pernah aku makan harganya RM 10.00

KORUS 5
Ada banyak lauk.

KORUS (SEMUA – di LAGUKAN?)


Ada sotong, ada ikan masin, ada telur mata goyang, ada rendang daging, ada kari ayam, ayam
sambal, udang, kerang, paru dan macam-macam lagi.

KORUS 1
Tapi.. nasi dia seciput saja. Timun dia pun dah layu.

KORUS 2
Ikan bilis dia pun dah lemau. Kacang tanah dia pun dah tawar.

KORUS 3
Lauk saja lebih.

KORUS 4
Patutlah nampak besar bungkusannya.

KORUS 5
Benarlah orang selalu kata, luaran tidak menjanjikan apa-apa.

KORUS 6
Luaran nampak cantik, tapi dalamnya tak cantik.

[Pause.] Menguyah nasi lemak dengan lahap.

KORUS 1
Tiap-tiap lewat petang aku singgah beli nasi lemak tepi jalan.

KORUS 2
Letih bekerja seharian, perut sudah lapar jadi aku beli nasi lemak dua bungkus sekaligus. Satu
bungkus RM 1. Dua bungkus RM 3.

KORUS 3
Jadi malam-malam aku dipenuhi dengan kelazatan dua bungkus nasi lemak yang memang lemak
rasanya.

KORUS 4
Tapi ada suatu malam aku termakan nasi lemak yang dah basi.

KORUS 5

3
Mana tak basi kalau terperap saja lama-lama.

KORUS 6
Kalau tak nak basi kenalah makan cepat-cepat.

KORUS 1
Kalau dah sejuk, panaskan cepat-cepat.

KORUS 2
Baru kenikmatan dan kelazatan itu dapat dirasai.

KORUS 3
Tapi kalau dah nama benda duniawi, semuanya itu tidak akan kekal.

KORUS 4
Semuanya hanya sementara.

KORUS 5
Lama-lama nasi lemak tetap akan basi.

KORUS 6
Dan dibuang begitu sahaja!

Semua KORUS yang makan nasi lemak sendawa dan buang sampah bungkusan nasi lemak
merata.
TUKANG SAPU masuk marah dan membebel.
KORUS-KORUS keluar.

TUKANG SAPU
Hoi apa kau orang buat tu?! Buang sampah merata tempat ya! Hoi jangan lari! Tak guna punya
makhluk. Dah sedap.. dah kenyang.. sisanya buang merata. Yang kena bersihkan orang lain.

FADE OUT.

BABAK 2 JUALBELI NASI LEMAK

KAK ZEE masuk bermonolog sebelum buka gerai.

KAK ZEE
Aku Kak Zee. Aku penjual nasi lemak yang terlaris dekat sini. Ramai yang suka makan nasi
lemak aku. Mereka kata nasi lemak aku sedap nak mampus. Sambalnya pedas menyengat.
Kacang tanah dan ikan bilisnya rangup-rangup. Tapi yang penting, nasi lemak aku ASLI. Original.
Made in Malaysia. Tak mainlah suntik-suntik bahan kimia ni.
Aku berniaga di sini bersama dengan suami aku, Abang Mat. Dia jual aiskrim 20 sen tu. Tapi tak
laku-laku. Itu sebab dia mengharapkan nasi lemak aku sahaja untuk terus sara hidup. Baru kau
tahu Abang Mat, perempuan lebih ‘power’ berbanding lelaki. Perempuan berniaga boleh tahan
lama, kau boleh tahan lama?
Dah ramai juga yang jadi pelanggan setia aku.. terutamanya lelaki-lelaki. Baik dari yang bujang
lapok sampailah yang dah tua kerepot tak sedar diri. Tapi hanya ada seorang pelanggan setia
sahaja yang aku suka – Dato’ Z, si orang kaya. Tapi yang paling aku tak suka ada pengemis
yang mengacau perniagaan nasi lemak aku ni. Tiap-tiap hari dia nak nasi lemak aku tapi tak
cukup duit. Ish.. Benci aku!
Dan itu, Jah si tukang sapu yang ada hati nak curi laki aku. Dia ingat aku tak tahu? Dia ingat aku
tak sedar yang dia konon-konon buat baik aku? Huh, setakat muka penyapu sampah macam tu,
ada hati nak pikat laki aku ya? Hei, aku jual nasi lemak terlaris di sini kau tahu tak?

4
TUKANG SAPU sedang menyapu sampah-sarap.
Ada seberkas surat khabar di suatu sudut.

TUKANG SAPU
Ish kotornya!! Kat mana sajalah yang tak kotor kat sini. Longkang kotor, parit kotor, sungai kotor,
otak pun kotor kot! Makhluk tak bertamadun betul lah. Haih.. Inilah kerja aku.. Hari-hari sapu
sampah. Banyak pulak tu. Manalah tak kotor tempat ni. Orang dekat sini pun main buang
sampah merata-rata. Macam-macam benda ada. Daun pisang, pembalut aiskrim, tahi ayam, tahi
kucing, tahi anjing.. hah, ni apa pulak ni. Eh….Baby doll pun ada! Cantik nye doll ni..sayang dah
kemek kemek… Isk.. isk.. Dekat sini ada gerai nasi lemak. Tapi orang tetap selera makan nasi
lemak walaupun sekeliling banyak sampah dan tahi.
Ni kenapa pulak surat khabar ni terbiar kat tengah jalan ni? Hmph, padanlah kau jadi sampah
surat khabar oi. Tak pun buat bungkus nasi lemak Kak Zee tu. Dah banyak berita seleweng yang
keluar. Dada akhbar penuh dengan pembunuhan, keganasan seks. Patutlah jadi akhbar nombor
satu...

TUKANG SAPU sambung menyapu dan tersapu PENGEMIS yang sedang tidur berselimut di
suatu sudut.

TUKANG SAPU
Eh ni sampah apa pula besar sangat ni?

PENGEMIS menggeliat-geliat. TUKANG SAPU terkejut.

TUKANG SAPU
Eh mak engkau! Orang rupanya. Isk isk.. siapa punya kerja lah buang orang ni.. Aku ingatkan
orang buang bayi je.. Bapak bayi pun dibuang juga..

PENGEMIS
Hoi!.. siapa yang ganggu aku tidur ni... kacau betul lah.

TUKANG SAPU tidak menjawab apa-apa. PENGEMIS bangun dan sambung tidur di sudut lain.

TUKANG SAPU
Isk isk.. macam-macam jenis orang zaman sekarang ni. Ni mesti kes anak buang bapak ni.

KAK ZEE
Morning Kak Jah!!!!

TUKANG SAPU terkejut dan terpijak tahi kucing.

TUKANG SAPU
Eh opocot tahi mak kau berak sembelit!
Kak Zee ni suka buat orang terkejut. Cubalah bagi salam dulu elok-elok. Ni main terjah orang je..
Kita bukan artis tau nak main terjah terjah macam TV3 tu.

KAK ZEE
Alah kalau kita bagi salam pun bukan dia reti nak jawab... Assalamualaikum warahmatuhu allahi
wabarakatuh!

TUKANG SAPU
(Terhidu bau busuk tahi) Eh, bau apa ni? Eh, tahi kucing!!! (Geli geleman)

KAK ZEE
Hah kan betul dia tak jawab salam.

5
TUKANG SAPU
Salam. Tengok ni Kak Zee, ini semua kau punya pasal sampai aku terpijak tahi.

KAK ZEE
(Gelak) TERpijak tahi tak apa lagi Kak Jah.. Jangan pulak pergi buang tahi merata-rata!
Especially in public!

TUKANG SAPU
Hish kau ni ada ke orang buang tahi macam tu!

KAK ZEE
Ada....berlambak makhluk macam tuuu..tu tu dan yang tu..... dia dah berak tak nak ngaku, di
buang nya lah merata rata.

TUKANG SAPU
Hmmm...ini mesti gengster Taik ....Eish...
Menyusahkan aku pagi-pagi ni aku wangi lagi dah kena tahi. Najis!

KAK ZEE
Alah najis kucing saja bukan najis mugallazah. Busuk lagi najis manusia.

TUKANG SAPU
Ya lah tu. Mulut Kau ni ada saja menjawabnya. Dahlah, aku nak pergi basuh tahi ni. (Masih geli
geleman macam nak muntah)

KAK ZEE
(Gelak) Kak Jah.. Kak Jah.. Aduhai..

KAK ZEE mengemas-ngemas gerainya. Diambilnya seberkas surat khabar lama itu tadi. KAK
ZEE menyelitkan iklan ubat kuat di dalam surat khabar itu satu per satu.
Kemudian, ABANG MAT masuk dan disedari KAK ZEE.

KAK ZEE
Morning Bang Mat!! How old are you today?

ABANG MAT
Oh. Not so old sweet hart. So-so old lah! Only sweet 61!

KAK ZEE
Perasannya... Ya lah tu sweet.. Ya, memang sweet sangat bang oi.. Bukan takat sweet saja,
sweet and SOUR lagi tu.

ABANG MAT
Amboi.. sindir kita ya.. Kita dah makin tua ni lah kena makin sweet.. Kena banyak senyum.. baru
manis muka...

KAK ZEE
Hmmm.. ya lah tu bang .. Muka manis, senyum manis saja tak cukup bang Mat.. Kita niaga ni
kenalah mulut manis juga.. Barulah pelanggan suka!

ABANG MAT
Mulut manis kalau jujur tak apa.. jangan mulut saja manis, janji saja manis-manis tapi haram
menipu! Berniaga bila menipu ni tak berkat kak oi.. Kat akhirat nanti siapa nak jawab?

KAK ZEE
Amboi amboi bang Mat.. dah jadi ahli sufi ke.. baru balik umrah katakan..

6
ABANG MAT
Ada pula kata kita ahli sufi.. Kita jadi hamba Allah ni kenalah merendah diri.. tak ada maknanya
nak canang kat orang yang kita ni ahli sufi ke.. ahli surau ke.. ahli masjid ke.. mufti ke..

KAK ZEE
Ya lah tu bang Mat.. Kita ni kan meniaga saja.. Mana lah layak nak jadi ahli agama.. Ya lah,
kadang-kadang tu rasa teringin juga nak belajar ilmu agama.. Setakat solat puasa zakat tu reti
lah.. Bab-bab lain banyak jugak jahil. Hehehe.

ABANG MAT
Kak Zee sayanggg.... Err.. dah sarapan ke belum?

KAK ZEE
Belum lagi bang. Kenapanya?

ABANG MAT
Kita sarapan sama-sama nak tak? Sarapan nasi lemak awak tu.

KAK ZEE
Isk! Isk, isk, isk... Tak boleh, tak boleh!

ABANG MAT
Lah, kenapa pula tak boleh...

KAK ZEE
Nasi lemak saya ni UNTUK PELANGGAN SAHAJA. Dalam kurungan (diskaun 0.001% untuk
pelanggan tetap).

ABANG MAT
Ish Kak Zee ni. Dengan saya pun nak berkira ke? Saya ni laki awak, awak tahu tak?

KAK ZEE
Laki saya ke..mak bapak saya ke... atok saya ke.. business tetap business. Nothing personal, it’s
just business!

ABANG MAT
Amboi… Ish. Inilah padahnya kalau orang dah kemaruk buat business. Laki dia sendiri pun dah
tak ambil peduli. Hmm.. sarapan aiskrim sajalah...

KAK ZEE
Eh abang Mat, saya gurau saja tadi... Jemputlah. Jemputlah...

ABANG MAT
Eh, Alhamdulillah.. Saya tahu awak sayang kat saya. Kita makan sama-sama lah. Romantik sikit!

KAK ZEE
Ya, ya, jemputlah… jemputlah hidu bau saja ya! Hmph! Jangan harap nak romantik dengan saya.
Bahaya! Ini kawasan awam. Tak boleh..

ABANG MAT
Tak apa, kita berlakon jadi suami isteri.

KAK ZEE

7
Hah? Bukan kita memang suami isteri ke? Ish. Tapi tak boleh romantik-romantik kat tempat
awam walaupun suami isteri. Kita tak bawak kad nikah ni...Nanti kena cekup! Mata-mata sentiasa
ada di mana-mana!

ABANG MAT
Mana ada CCTV dekat ceruk sini...

KAK ZEE
Eh, kau jangan tak tahu, webcam pun boleh jadi CCTV! Zaman moden serba canggih sekarang
ni macam-macam benda boleh jadi! Kalau bukan webcam pun, guna BLUEberry buat skodeng!
Hah, nama pun dah BLUE.

ABANG MAT
Eh kejap, entah-entah kat nasi lemak ni pun ada CCTV tak? (Berseloroh)

KAK ZEE
Oh ya? Cuba tengok sikit.

ABANG MAT membelek-belek nasi lemak.


KAK ZEE & ABANG MAT gelak.

KAK ZEE
Kalau ada CCTV kat nasi lemak takutlah akak nak berniaga lagi lepas ni. Tak pasal-pasal akak
jadi penjual nasi lemak tak berlesen, famous satu dunia.

ABANG MAT
Tapi kita tak boleh takut dengan CCTV ni... Walaupun kita terdedah dengan risiko kena skodeng
atau kena kantoi, tapi kita tetap tak boleh takut dengan CCTV.

KAK ZEE
Habis tu? Masuk surat khabar nanti mampus kita!

ABANG MAT
Yang kita kena takut adalah ISA!

KAK ZEE
Encik Isa mana pulak ni...

ABANG MAT
Bukan encik Isa, ISA! I.. S.. A!

KAK ZEE
Oh.. itu Inspektor Sahab Ali Mamak?

KAK ZEE dan ABANG MAT gelak.


PENGEMIS masuk cakap kata-kata yang tidak jelas.

PENGEMIS
Hai. Aku pengemis. Kerja aku mengemis. Minta duit orang. Buat muka kasihan. Dapatlah duit.
Tak banyak pun dapat. Seposen dua tu ada lah.. Tapi syukurlah.. seposen pun rezeki Tuhan
jugak kan... Hmmmm...

ABANG MAT & KAK ZEE gelak di belakang (sebagai latar). PENGEMIS perasan yang dia
sedang digelakkan tapi buat tak tahu sahaja.

PENGEMIS

8
Orang sini tak pandang pun pengemis macam aku ni. Dia orang buat bodoh saja bila nampak
aku di tepi jalan ni. Walaupun dia orang semua muka bijak pandai. Belajar tinggi-tinggi. Kerja
bagus-bagus. Tapi seposen pun berkira nak bagi kat aku ni. Kedekut macam seposen tu boleh
naik haji. Hmmmm....

KAK ZEE dan ABANG MAT gelak.

PENGEMIS
Ish dia orang gelak lagi. (Maki hamun) Hoi apa gelak gelak hah?! Gelaklah! Gelaklah kau orang
semua! Gelaklah kau banyak-banyak sampai pecah perut, sampai mati. Dah mati nanti kau
mampu lagi nak gelak ke? Hah, jawab jawab! Hahaha!

ABANG MAT & KAK ZEE gelak makin kuat.

PENGEMIS
Cis! Tak guna.. [Pause] Tapi.. Nasib baik ada Kak Zee kat situ.. Hehehe. Betina macam Kak Zee
tu, siapa yang tak tertawan! Kak Zee, Kak Zee.. kalaulah aku dapat rasa nasi lemak kau tu..
mesti aku akan kenyang 40 hari 40 malam! Hmmm...

ABANG MAT & KAK ZEE bergelak ketawa.


TUKANG SAPU masuk buat exercise.

TUKANG SAPU
Satu ribu satu, satu ribu dua, sapu riba satu, sapu riba dia! Hahaha!

ABANG MAT
Kak Jah oi... Buat apa tu...?

TUKANG SAPU
Aku tengah exercise ni!

KAK ZEE
Exercise apa tu kak?

TUKANG SAPU
Exercise nak rampingkan badan lah! Apa orang panggil tu? Alah, poco-poco? Dah lepas makan
nasi lemak kenalah exercise nak bakar balik lemak tu!

TUKANG SAPU
Hahaha. Kau ni Zee, cuba dengar cakap aku ni, kita ni orang perempuan kenalah jaga badan..
Tengok badan kau tu, dah banyak dah lemak terkumpul aku tengok.. Hah, boleh cubit
segenggam dah ni! Hahaha!

KAK ZEE
Aduh sakitlah Kak Jah! Kak Jah ni sibuk-sibuk nak jaga badan ni ada apa-apa ke...? Aku bukan
apa.. maklumlah kes pembantu rumah curi laki orang dah banyak berlaku...

TUKANG SAPU
Ish Kak Zee ni! Ke situ pula dia. Bukan apa, aku tengok.. kau ni jual nasi lemak, tapi masih
banyak lemak. Patutnya berkurang sikit lah lemaknya tu sebab kau dah jual!

ABANG MAT
Sebab dia pun pekena nasi lemak jugak tiap-tiap hari! Aku saja yang makin kurus Kak Jah.
Tengoklah badan aku ni.

TUKANG SAPU

9
Itu lah.. Kasihan aku tengok abang Mat.. Kau ni Kak Zee, bagilah laki kau ni makan nasi lemak
sedap-sedap sikit.

KAK ZEE
Cemburu ke tak dapat pekena nasi lemak special? UNTUK PELANGGAN SAHAJA ya. Kalau nak
rasa, kenalah jadi pelanggan I. (Gelak)

ABANG MAT
Cis! Aku lelaki tak pernah minta belas! Walaupun nasi lemak kau kurang pedas! Kadang kadang
kurang lemak, kurang bilis....kurang kacang, kurang timun, itu kurang, ini kurang. Semuanya
kurang!

KAK ZEE
Engkau lelaki nafsu kau memang buas! Tak cukup sedas, dua das, tiga das, empat das, berdas-
das!

TUKANG SAPU
Oh my god! Aku tak nak masuk campur laki bini gaduh ni. Bye!

KAK ZEE
(Monolog) Hmph. Berambus pun dia. Ada hati nak curi laki aku ya.. Hahaha. Tapi tak apa, aku
ada nasi lemak special. Dia ada apa? Penyapu sampah? Hahaha. Baik aku layan pelanggan aku
sahaja.
Mari semua ke sini makan nasi lemak panas ini. Ya bang, nasi lemak bang..

EXTRAS masuk meramaikan gerai KAK ZEE.

ABANG MAT
Lepas itu mari kita pekena dessert aiskrim batang 20 sen ini! Dan juga burger daging, burger
ayam, hotdog, pai epal, apam balik, kebab, aiskrim potong, aiskrim tak potong pun ada! Budak-
budak kecik tu, mari sini beli lolipop. Hisap dan pergi main jauh-jauh! Ya cik adik nak beli apa?
Nasi lemak? Nasi lemak kat sebelah sana lah dik. Salah port cik adik ni... Kat sini ada jual aiskrim
batang saja. Sebatang 20 sen. Haa murah kan??
Haih, tak ada orang ke nak singgah beli aiskrim aku?

KAK ZEE
Huh, Abang Mat ni harap saja jual banyak makanan. Tapi yang dijualnya aiskrim sahaja. Yang
lain tak nak jual! Dasar suka simpan harta! Padanlah tak laku bang Mat oi! (Gelak)
Ya bang, nasi lemak bang.. Murah je bang.. Ya, bang, mari-mari. (Gelak) Ramainya pelanggan
aku hari ni. Laris!

BLACKOUT.

BABAK 3 YANG KAYA KAN MENANG

TUKANG SAPU masuk menyapu.

TUKANG SAPU
Hah. Hari baru! Tapi perangai lama tak ubah-ubah. Suka buang sampah merata tempat. Aku juga
yang tukang jadi sapu. Aku juga yang bersihkan sampah yang kau dah buat. Harap saja kereta
Civic, tapi tak ada sivik.

ABANG MAT masuk. Dia datang awal tapi ABANG MAT tak buka kedai hari ini.

TUKANG SAPU
Eh abang Mat.. Awal sampai hari ni?

10
ABANG MAT
Saja datang awal. Abang Mat nak beritahu Jah yang abang tak berniaga hari ni. Sakit.

TUKANG SAPU
Sakit apa pulak ni tiba-tiba. Semalam elok sahaja.

ABANG MAT
Abang Mat sakit hati tahu tak?

TUKANG SAPU
Isk isk isk.. Sakit hati kenapa pula ni?

ABANG MAT
Apa lagi kalau bukan dek perangai isteri abang tu.

TUKANG SAPU
Lah, kenapa dengan isteri abang?

ABANG MAT
Tak ada lah.. Malam tadi.. Abang nak minta dia masak nasi lemak buat makan malam..

TUKANG SAPU
Eh, Kak Zee tak bagi ke nasi lemak kat abang?

ABANG MAT
Dia tak nak bagi. Dia kata dia penat niaga nasi lemak jadi malam dia nak berehat saja.

TUKANG SAPU
Alah biasa lah tu perempuan ni kena tunggu mood juga baru menjadi. Abang Mat tu pulak, orang
lelaki kenalah pandai pujuk…

ABANG MAT
Masalahnya bukan sekali dua dia buat perangai macam tu. Selalu sangat.

TUKANG SAPU
Ya ke Abang Mat? Selalu sangat ke? Cuba cerita sikit kat Jah ni.

ABANG MAT
Ya... Kadang-kadang sajalah kena angin dia, dia masakkan nasi lemak untuk abang. Itu pun tak
berapa sedap. Rasanya nasi lemak yang dia jual kat pelanggan jauh lagi sedap. Ada ke patut?

TUKANG SAPU
Ish ish.. Memang! Memang tak patut! Menjatuhkan maruah perempuan saja! Kalaulah saya yang
jadi isteri abang Mat.. memang tiap-tiap malam saya bagi abang makan nasi lemak tau..

ABANG MAT
Err.. awak pandai ke buat nasi lemak... Cakap saja lebih.

TUKANG SAPU
Eh walaupun nasi lemak saya tak sesedap nasi lemak Kak Zee tu, tapi.. saya ada resepi yang
lebih sedap lagi, nasi lemak kangkang! Abang Mat kena cuba rasa dulu baru tahu...

ABANG MAT
Ish. Tak mahulah. Aku hanya makan nasi lemak Kak Zee sahaja ya!

11
TUKANG SAPU
Abang Mat.. Abang Mat.. Saya ni bukan nak kata apa kannn, tapi.. isteri abang tu memang jenis
berkira sangat. Abang Mat kena ajar sikit Kak Zee tu! Kadang-kadang memang menyampah
tengok dia. Kalau boleh rasa macam nak bagi dia makan saja batang penyapu sampah ni.

ABANG MAT
Yang awak ni tiba-tiba emosional mengalahkan saya kenapa?

TUKANG SAPU
Hehehe. Tak adalah. Saya KASIHan tengok abang... Saya nak masakkan nasi lemak special
untuk abang pun, saya tak reti. Saya ni setakat tukang sapu saja... Tapi, kalau abang Mat nak,
Jah boleh masakkan special untuk abang.

ABANG MAT
Tak apalah Jah. Buat susah kamu saja. Sabar sajalah aku. Kalau susah sangat nanti aku curi-
curi makan nasi lemak dia. Geram betul aku.

TUKANG SAPU
Eh tak baik curi nasi lemak...... Haram! Kena lah cari yang halal....

ABANG MAT
Ah, itu haram. Ini haram. Semua benda nak haram. Tapi kalau MLM tu haram boleh jugak lah
aku percaya! Eh Jah, aku minta diri dulu lah. Nak balik rumah tidur. Bini aku ni tak lama lagi
sampai lah kot. Kau jangan cerita kat dia pulak!

TUKANG SAPU
Ya lah bang Mat. Baik-baik.

ABANG MAT keluar.


KAK ZEE masuk dan disedari oleh TUKANG SAPU.
TUKANG SAPU terus senyap.

TUKANG SAPU
Morning Kak Zee!!!

KAK ZEE tak menjawab.

TUKANG SAPU
Haih. Seorang tu sakit hati. Yang ni sakit apa pulak ni? Hmmm... Kak Zee? Kak Zee…??

KAK ZEE
Ya… Kenapa?

TUKANG SAPU
Mana abang Mat?

KAK ZEE
Hmph. Laki aku tu entah ke mana. Malam tadi pergi tengok bola lewat pagi. Pagi tadi tengok
mengadu sakit perutlah apa lah. Malas aku nak layan.

TUKANG SAPU
Ish Kak Zee ni. Kia orang perempuan kenalah layan laki kita...

KAK ZEE
Laki macam tu tak payah layan pun tak apa. Dia yang tak reti layan aku, dia nak aku yang layan
dia baik-baik? Balik rumah dengan tak mandinya terus terkangkang depan TV tu sampai lewat

12
pagi. Asyik-asyik tengok bola. Bola, bola, bola. Kalau tak tengok TV dia main game komputer tu.
Game bola jugak!

TUKANG SAPU
Orang lelaki memanglah suka bola...

KAK ZEE
Hmph. Dah lah asyik mintak nak makan nasi lemak saja.. Dasar lelaki kuat makan. Dia tak tahu
ke aku ni penat berniaga dari pagi sampai petang? Lepas tu mengadu nasi lemak aku tak
sedaplah, tak pedas lah, kureng itu lah ini lah. Lepas tu tahu pula cemburu bila kita bagi nasi
lemak yang sedap kat pelanggan sahaja.

TUKANG SAPU
Kak Zee kenalah faham kan.. orang lelaki memang macam tu.. nafsu dia orang satu.. he he he.
Tapi seburuk-buruk perangai laki tu.. dia sayanggggg kat kita orang perempuan ni tau..

KAK ZEE
Memang! Memang dasar lelaki. Entah-entah.. dia ada simpan perempuan lain. Alah, tapi aku tak
kisah, aku tahu, nasi lemak aku paling special dan sedap dekat sini. Tak ada perempuan lain
boleh pikat hati laki aku (menyindir Tukang Sapu).

TUKANG SAPU
Hmmm.. Ya lah tu.... Nasi lemak Kak Zee memang yang paling special dekat sini...

PENGEMIS masuk.

PENGEMIS
Hmm... apalah nasib diriku yang malang, oh Tuhan...Hai.. entah berapalah aku boleh dapat hari
ni ya.. Seringgit? Dua ringgit? Seposen? Dua posen?

ORANG KAYA(P) masuk.

TUKANG SAPU
Hah, tu dia.. Orang kayap dah datang.. Kalau macam tu punya gaya, bukan kaya, tapi kayap.
Fuh mak tuan.. kereta bukan main besar lagi. Aik, tapi berdebu! Tak basuh! Isk isk. Kaya tapi
pemalas, hah, kayap lah tu namanya!

ORANG KAYA(P) hisap rokok dekat dengan PENGEMIS untuk menikmati ’keindahan Illahi’ di
hadapannya, KAK ZEE. Gerai KAK ZEE disinggah oleh pelanggan yang ingin beli nasi lemak.

PENGEMIS
Assalamualaikum… Encik.. seposen cik... seposen.. encik... minta seposen, cik... nak makan
nasik lemak.. encik... seposen…

ORANG KAYA(P)
Seposen saja?

PENGEMIS
Ya, encik.. seposen saja encik.. nak beli nasi lemak Kak Zee yang sedap tu.

ORANG KAYA(P)
OK. Boleh. Aku bagi kau sepuluh (pe)ratus (10%). Banyak kan?

PENGEMIS
10%? Sepuluh ratus ya, encik? Wah, banyak tu encik.

13
ORANG KAYA(P)
Nah.

PENGEMIS
Encik, ni satu sen encik. Bukan sepuluh ratus..

ORANG KAYA(P)
Tak bersyukur? Dahlah mengemis, tak reti bersyukur pula tu.

PENGEMIS
Encik, walaupun saya tak pandai macam encik, tapi saya tahu ni satu sen, bukan sepuluh ratus.

ORANG KAYA(P)
Macam ni lah. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Hari ini aku bagi kau 10%
dulu, esok aku bagi 10% lagi sampailah 100%. OK?

PENGEMIS
Hmm.. Bunyinya macam OK, encik. Tapi, encik janji dengan saya, encik tak tipu saya.

ORANG KAYA(P)
Aku janji…
(Beredar) Janji Melayulah tapi.. (Gelak kecil)

PENGEMIS
Erm, encik. Ada apa di kaki encik tu?

ORANG KAYA(P)
(Orang kaya berseluar pendek) Sakit kulit.

PENGEMIS
Kayap ya? (Gelak kecil)

ORANG KAYA(P)
Mind your own business!

PENGEMIS
OK, man, OK! Inilah bisnes aku. Mengemis.

ORANG KAYA(P)
Pity. (Terus beredar)

PENGEMIS
Jangan lupa lagi 90% ya!

FOLLOWSPOT pada PENGEMIS.

[Out of scene.]
Ya. Aku sangat-sangat perlukan seposen. Aku tak peduli apa orang nak kata, asalkan aku dapat
puaskan nafsu aku. Asalkan aku dapat makan nasi lemak Kak Zee yang lazat dan enak tu.
Kak Zee.. Kak Zee, makin hari bertambah cantik. Nasi lemaknya sedap, orangnya pula cantik.
Putih seputih nasi lemaknya. Lemak secukup rasa. Tak banyak lemak sangat, tak kurang lemak
sangat. Ditambah lagi dengan sambal yang hangat lagi menyengat. Tak cukup dengan itu, telur
dadar yang digaul dengan bawang dan lada hijau, ikan-ikan bilis hitam, timun-timun yang segar
bugar, kekacang tanah yang boleh buat si pemakan bernanah. Memang umph!

14
Khayalan terhenti apabila seorang DRAQ QUEEN masuk dan betul-betul menghadap
PENGEMIS.
[Back to scene]

DRAQ QUEEN
Hai abang. Tengah berfantasi ke? He he he.

PENGEMIS
Er.. er.. he he. Hai cik abang ke cik kakak ni?

DRAQ QUEEN
Dua-dua pun boleh. I makhluk ciptaan Tuhan yang diberi keistimewaan hidup 2 alam.
(Ke arah lain) Tapi sayang filem tu tak laku. (Gelak)

DRAQ QUEEN ternampak ORANG KAYA(P) dekat dengan KAK ZEE.


PENGEMIS melayan telatah DRAQ QUEEN.

DRAQ QUEEN
Hah! Eh! Dato’! Tu, dato’ I tu! Tengok tu. Eh, apa datuk buat dekat-dekat dengan makcik jual nasi
lemak tu. Ish. Mesra semacam. Eee.. Ada apa-apa ke ni? Tak guna punya dato’. Dengan aku tak
ada pun mesra macam tu. Syyyy..Kau duduk sini diam-diam. Aku nak mengendap.

DRAQ QUEEN mengendap.

ORANG KAYA(P)
Hai, Kak Zee. Macam biasa ya?

KAK ZEE
Alah, biasa saja ke? Tak mahu yang special hari ni? Hari ni hari Jumaat.

ORANG KAYA(P)
Kenapa dengan hari Jumaat, Kak Zee?

KAK ZEE
Ish Abang Mat ni, janganlah kacau bisnes saya dengan pelanggan saya ni.. Ni regular customer
ni! Hari Jumaat ni special... sebab, sebab... sebab I pakai tudung tau... Hari lain I tak pakai
tudung.. Hari Jumaat ni saja i pakai tau...

PENGEMIS
Alhamdulillah... Dapat jugak hidayah dia ni.. Tak apalah sikit-sikit usaha pakai tudung ya tak?
Kau bile lagi?

DRAQ QUEEN
Syyy!!

ORANG KAYA(P)
Boleh juga. I memang suka yang manis bertudung ni. Hehehe. Yang special ni ada apa isinya?

KAK ZEE
Yang special ni ada sotong KURITA tau. Sambal sotong KURITA I ni sedap. Tak percaya,
cubalah rasa sekarang.

PENGEMIS
Eh, dia mengata kau kot! Dia kata kau sotong!

DRAQ QUEEN

15
Apa?! Eee! Celaka punya betina! Mengata aku ya. Hmm.. Tak apa, tak apa. Siap kau nanti!

ORANG KAYA(P)
Seganlah nak rasa sekarang. Itu, ada pengemis tengok tu.

KAK ZEE
Alah, si pengemis ni tiap-tiap hari I tengok. Menyampah lah tengok sampah ni. Semalam dia pun
ada hati nak makan nasi lemak I, you tahu tak? Oh, please. Tak ada duit. Selekeh. Terkutuk. Ada
hati nak nasi lemak aku!

ORANG KAYA(P)
Biasalah orang-orang macam dia tu. Tak sedar diri. Dah tahu tak ada duit, mengemis. Carilah
kerja kalau ya pun.

PENGEMIS
Hoi, inilah kerja aku! Mengemis. Apa kau fikir, orang kaya macam kau, orang yang berniaga
macam kau, lebih mulia daripada aku?!

ORANG KAYA(P) & KAK ZEE


Apa kau fikir, orang miskin yang tak berduit macam kau, mengemis, lebih mulia daripada kami
yang kaya dan berniaga ni?

KAK ZEE
Sudahlah. Malas I nak layan dia tu. Nah, nasi lemak special untuk you.

ORANG KAYA(P)
Terima kasih. Bayarannya, macam biasa. Malam ni I bayar online ya.

KAK ZEE
Sama-sama. Online webcam sekali ya? (Senyum-senyum)

PENGEMIS
(Beralih dari posisi statik tadi, DRAQ QUEEN cepat-cepat sembunyi tempat lain) I, I? I nak nasi
lemak you ni juga.

KAK ZEE
Dah dapat seposen you? Kalau belum cukup duit, tak payah lah nak rasa nasi lemak aku ni.

PENGEMIS
Berkira sangat. Seposen saja tak cukup. Aku dah kumpul RM 1.40. Tinggal lagi seposen untuk
beli nasi lemak tu.

(Meminta pada ORANG KAYA(P)) Encik.. seposen cik... seposen.. encik... minta seposen, cik...
nak makan nasik lemak.. encik... seposen…

ORANG KAYA(P) menghalau PENGEMIS dengan kasar.

ORANG KAYA(P)
Hoi pergi berambuslah kau! Kau ni tak patut hidup kat dunia ni kalau hidup kau mengemis saja.
Pergilah cari kerja sana! Badan sempurna tapi malas kerja. Lepas tu minta duit orang. Hei kau
ingat aku dapat duit ni percuma ke? Aku kerja lah! Aku kerja! Business! MLM! HEBAT! HAHAHA!
Kau tu yang malas. Dasar pengemis hina!

ORANG KAYA(P) meludah pada PENGEMIS.

ORANG KAYA(P)

16
Eh kejap. Tiba-tiba aku termurah hati pula. Nah, aku bagi kau lebih dari seposen. Sepuluh ringgit!
(Gelak)

PENGEMIS
Sepuluh ringgit! Terima kasih, encik. Terima kasih!

ORANG KAYA(P)
Nah.. pengemis.. nah..

ORANG KAYA(P) mengacah-acah pengemis. ORANG KAYA(P) menghulurkan sepuluh ringgit


kepada PENGEMIS. PENGEMIS mengambilnya tetapi tangan ORANG KAYA(P) tidak dilepaskan
sehingga ORANG KAYA(P) sengaja mengoyakkan duit itu.

ORANG KAYA(P)
Opps! Terkoyak lah pula. Kau ni, rakus sangat. Ambil duit tu elok-eloklah sikit. Tak apa, aku bagi
lagi. (Membuka dompet) Alamak.. aku tak cucuk duit lagi lah. Sorry! Atau kau nak cek sahaja?
(Gelak)

PENGEMIS
Ah sudahlah encik. Tak payahlah nak perbodohkan saya lagi. Saya tahu lah saya ni bodoh,
miskin.

ORANG KAYA(P)
(Gelak) Eh aku pergi bank dulu.. aku nak CUCUK (memandang KAK ZEE) DUIT keluar dari bank
dulu ya... (Gelak)

PENGEMIS
Cis. Dasar kayap. [Pause]
Encik.. seposen cik... seposen.. encik... minta seposen, cik... nak makan nasik lemak.. encik...
seposen…

KAK ZEE
Apa seposen-seposen? Muka kau tu memang seposen. Tak tahu malu minta duit orang! Pergi
mampuslah lah kau!

PENGEMIS
(Tidak hiraukan Kak Zee) Encik.. seposen cik... seposen.. encik... minta seposen, cik... nak
makan nasik lemak.. encik... seposen…

KAK ZEE
Ish tak reti-reti. Kau ni mengganggu pelanggan aku kau tahu tak? Kak Jah.. oo Kak Jah!

TUKANG SAPU
Ya kak? Ada apa?

KAK ZEE
Tolong sapu SAMPAH ni.

TUKANG SAPU
Eh? Tak silap saya, saya dah sapu bersih pagi tadi. Tak ada sampah lagi kak!

KAK ZEE
Tu! Sampah masyarakat tu..

TUKANG SAPU
Oh. Itu orang kak. Bukan sampah.

17
KAK ZEE
Banyak jawab pula ya? PERGI SAPU CEPAT!!

TUKANG SAPU takut dan terus menghalau PENGEMIS dengan penyapu.

TUKANG SAPU
Syuhh.. syuhh.. pergi pergi!

PENGEMIS sedih. DRAQ QUEEN yang mengendap dari tadi mengikut PENGEMIS pergi.
LAMPU FADE OUT.
BLACKOUT.

DRAQ QUEEN terus masuk babak seterusnya.

BABAK 4 DRAQ QUEEN (PENGEMIS 2) YANG OPPORTUNIS

DRAQ QUEEN
Geram betul aku kat Kak Zee tu. Ada hati nak rampas pelanggan aku. Bukannya cantik sangat
pun dia tu. Aku lagi cantik (perasan). Tapi.. kenapa dato’ suka sangat pergi gerai Kak Zee tu?
Aku pun selalu juga bagi bekal nasi lemak kat Dato’. Apa lebihnya nasi lemak Kak Zee tu? Sedap
sangat ke sampai dato’ lebih sayangkan dia? Ish, ni mesti ada pakai apa-apa ni! Tak boleh jadi
ni. Aku kena selongkar rahsia nasi lemak Kak Zee. Aku takkan biarkan dato’ melebihkan dia
daripada aku! Aku akan beli nasi lemak dia dan kemudian… (Gelak) Tapi, aku tak ada duitlah
pulak. Ada seposen saja? Aduhai.. Ah, jual badan kejap lah. Dapat duit sikit.

PENGEMIS masuk. DRAQ QUEEN ternampak.

DRAQ QUEEN
Eh. Pengemis tadi tu. Haa.. ada peluang ni.

PENGEMIS
Apalah nasib diriku yang malang oh Tuhan… Haih, apalah aku ni. Menagih simpati orang dengan
menyanyi. Kak Zee, Kak Zee.. kenapalah kau berkira sangat nak bagi nasi lemak kau kat aku.
Aku dah ada 1.40 ni. Tak cukup seposen je pun nak berkira. Haih, tak ada ke seposen tercicir
tepi jalan?

DRAQ QUEEN sengaja mencampakkan seposen ke arah PENGEMIS.

PENGEMIS
Eh? Seposen kat tepi jalan? Jatuh dari langit?

DRAQ QUEEN
Eh eh eh... Jangan ambil! Tu seposen aku. Tercicir.

PENGEMIS
Kau lagi? Ish. Siapa kau sebenarnya ni?

DRAQ QUEEN
Nama akak Johanah. Kerja akak.. pengemis. Macam kau juga. Tapi pengemis kelas atas sikit
lah. Sebab akak masuk universiti dulu!

PENGEMIS
Kau pun pengemis jugak? Hahaha! Pengemis?! Kau? Hahaha. Pengemis apa pakai cantik-cantik
macam ni?! (Gelak) Masuk universiti lepas tu jadi.. macam ni? (Gelak)

18
DRAQ QUEEN
Hei. Kan aku dah kata tadi. Aku Pengemis Gred A. A for Ayam. Kelas gitu.

PENGEMIS
Macam telur ayam pulak ada gred gred

DRAG QUEEN
Sudah! Kalau muka macam kau, memang tak ada Gred! Reject! (Gelak) Tak ada siapa pun yang
nak kat kau!

PENGEMIS
Kau tipu. Setahu aku, aku seorang saja pengemis di kawasan ni. Tak ada pengemis lain!

DRAQ QUEEN
Relaks, relaks.. kita sama-sama mengemis lah. Kau mengemis minta duit orang dengan
berpakaian selekeh, aku pula mengemis meminta belas dan kasih serta CINTA daripada
pelanggan aku melalui kecantikan aku!

PENGEMIS
Cantik? Hahaha! Macam ni kau kata cantik? Macam plastik HDPE non recylable. Tak original.

DRAQ QUEEN
(Gelak) Kau lapar tak? Nak makan? Aku ada.. nasi lemak ni.

PENGEMIS
Hah? Nasi lemak? Maksud kau.. Nasi lemak 10 sen Kak Zee?

DRAQ QUEEN
Ya lah.. mana ada nasi lemak lain dekat sini..

PENGEMIS
Oh.. nasi lemak Kak Zee.. nasi lemak pujaanku. Ku amat merindui kelazatan nasi lemakmu itu.
Oh aku mahukan nasi lemakmu Kak Zee. Ohhh...

PENGEMIS ingin mengambil nasi lemak di tangan DRAQ QUEEN tetapi ditepis oleh DRAQ
QUEEN.

DRAQ QUEEN
Hish! Tak boleh! Ini nasi lemak aku punya. Kau nak, kau kena beli sendiri!

PENGEMIS
Habis tu yang kau pelawa aku tadi kenapa?

DRAQ QUEEN
Saja nak menunjuk nasi lemak aku. He he he.

PENGEMIS
Ish.. Tapi aku tengok nasi lemak kau tu tak macam nasi lemak Kak Zee pun.. macam tak original
je.. Dahlah bungkus pakai polisterin. Aku nak yang bungkus pakai daun pisang tu baru original!
Lagipun satu bungkus saja tak cukup. Aku paling kurang kena makan dua bungkus.

DRAQ QUEEN
Amboi-amboi. Kutuk nasi lemak aku depan-depan ya? Mari sini aku nak bagi tahu kau. Aku
datang sini nak tolong kau lah. Kau nak seposen lagi kan? Nak nasi lemak Kak Zee tu kan?

19
PENGEMIS
Ya. Betul! Betul!

DRAQ QUEEN
Macam ni, apa kata, kita buat persembahan dekat sini. Di tepi jalan ni saja. Bila ada pelancong
asing lalu, mesti dia orang bagi duit sedikit. Seringgit dua. Hah, lebih dari seposen tu!

PENGEMIS
Nak buat persembahan apa? Buat konsert macam MAWI-WEE tu? Eh, Aku mana reti konsert
konsert ni... Lagipun hedonism semua tu!

DRAQ QUEEN
Tak tak. Bukan konsert. Kita buat teater muzikal. Nak?

PENGEMIS
Hah? Teater muzikal?

DRAQ QUEEN
Alah, teater muzikal ni yang ada orang nyanyi-nyanyi tu... Dia ada nyanyi, joget, cakap-cakap
sikit. Lepas tu nyanyi joget lagi. Haa macam tu lah.

PENGEMIS
Oh...itu bukan teater muzikal, itu cerita hindusan lah....Jadi nak nyanyi lah ni? Ish, suara aku tak
sedap lah. Tak ada bakat. Rupa pun tak ada. Nak joget pun manalah aku reti.

DRAQ QUEEN
Nak menyanyi ni tak perlu ada bakat atau suara sedap. Rupa pun tak penting. Tak handsome
pun boleh jadi artis kau tau tak? Sebab tu berok ke mawas ke.. pun boleh jadi artis juga! Sebab
yang penting... ada aura!

PENGEMIS
Aura apakejadahnya? Badan aku ni pun bau tak mandi.

DRAQ QUEEN
Kau tak payah risau lah. Kalau kau tak pandai nyanyi kau miming saja! Joget ikut aku ya. Aku jadi
vokal utama, Okay?

PENGEMIS
Okaylah okaylah. Nak nasi lemak Kak Zee punya pasal. Aku ikut saja apa kau buat. Kita nak
nyanyi lagu apa ni?

DRAQ QUEEN
Tuan-tuan dan puan-puan, terimalah dendangan lagu daripada kumpulan kami, A.P.I.

PENGEMIS
A.P.I?

DRAQ QUEEN
Angkatan Pengemis Indie! Music please!

MUZIK LAGU ”JAI HO” DIMAINKAN.

PENGEMIS dan DRAQ QUEEN nyanyi pambil joget-joget. PENGEMIS joget macam orang
kurang siuman gayanya. DRAQ QUEEN dengan gaya dragnya.

PELANCONG masuk dan berhenti melihat PENGEMIS & DRAQ QUEEN.

20
DRAQ QUEEN
Hah! Tengok? Tak sampai 10 saat dah ada orang datang. Nyanyi lagi! Nyanyi lagi!

PENGEMIS & DRAQ QUEEN


Jai Ho! Jai Ho! Jai Ho! Jai Ho! Ho ho ho!

PENGEMIS & DRAQ QUEEN nyanyi lagi kuat dan rancak dengan gaya tarian bebas.

PENGEMIS & DRAQ QUEEN sebagai latar.


VOLUME MUZIK DIRENDAHKAN.
Fokus pada PELANCONG.

PELANCONG
Oh my gosh! What a rude bus driver! And what a rude passengers potong-potong queue orang.
Oh my.. don’t they know that I am the tourist, the hot tourist here?? Gosh… It’s very hot this
country. Or... is it because I the only girl yang hot sangat kat sini? Maklumlah I kan tourist.. jadi
kenalah pakai gaun.. pakai topi besar-besar.. sunglass besar-besar.. (membuka sunglass) Eh
apa tu? Nasi lemak? Excuse me... what is this...? Nasi lemak?

KAK ZEE
Yes yes. Nasi lemak. Yes yes.

PELANCONG
Is it fatty? Sounds fatty to me..

KAK ZEE
(Tak faham) Peti? No no. Nasi lemak. Yes.

PELANCONG
Uh, never mind. You speak English? Eng-lish? You know English?

KAK ZEE
Yes, yes. No, no nasi lemak free.

PELANCONG
I believe you don’t. Nevermind.
(Ternampak PENGEMIS dan DRAQ QUEEN) Wow.. a street show! What are they dancing?
Monkey dance? They look like monkeys. Oh what a beautiful performance! Though I don’t
understand it but who cares? This is art! Yeah.. art.. People don’t need to understand art. Oh let’s
do some camwhoring with these monkeys! I just love camwhoring!

FLASH KAMERA.
PENGEMIS 2 mencuri RM 1.40 milik PENGEMIS tanpa disedari.

DRAQ QUEEN
(Gelak) Tak lama lagi aku akan dapat nasi lemak Kak Zee dan akhirnya.. Dato’ akan sentiasa
layan aku! Oh Dato’! (Gelak) Kak Zee! Siap kau!

PENGEMIS
Ya!! Aku akan dapat nasi lemak Kak Zee!! (Gelak)

PELANCONG keluar tanpa memberi duit.

PENGEMIS

21
Huh? Tak bagi duit langsung?! Kedekut punya pelancong. Aik? Mana pulak perginya Plastik
HDPE tadi?

BLACKOUT.

ABANG MAT
Kak Zee.. mentang-mentang nasi lemak kau sedap, laris dan ramai orang beli.. kau dah lupakan
aku ya. Kau dah lupa? Aku yang banyak tolong kau untuk mulakan perniagaan nasi lemak kau tu.
Aku yang bagi kau modal. Tapi bila kau dah berjaya sedikit, kau terus tak ingatkan aku. Kau
hidangkan pada aku nasi lemak yang tak sedap! Sambal kurang pedas, telur pun dah lembik,
nasinya pun macam dah basi. Kau ingat aku ni siapa? Pengemis? Aku laki kau, kau tahu tak?
[Pause] Ini tak boleh jadi, aku akan ajar dia sedikit. Aku kan laki dia. Aku berhak ajar dia!

TUKANG SAPU
Abang Mat!! Abang Mat dah makan? Jah ada bawakan abang nasi lemak tau. Kasihan pula Kak
Zee pergi berniaga, Abang Mat kat rumah seorang tak ada apa nak makan. Jadi Jah masakkan
untuk abang nasi lemak ni…

ABANG MAT
(Ke arah penonton) Hish. Tukang sapu ni tak habis-habis nak bagi aku makan nasi lemak dia.
Aku makan nasi lemak Kak Zee sahaja lah!
(Ke arah Tukang Sapu) Tak apalah Jah, abang tak berapa sihat ni. Tak ada selera lah nak
makan. Jah simpan saja dulu nasi lemak tu okay?

TUKANG SAPU
Alah abang Mat.. Jemputlah makan nasi lemak Jah ni.. Penat-penat Jah masakkan untuk abang
tau.. Special untuk abang. Cubalah rasa dulu. Belum cuba belum tahu..

ABANG MAT
Kan abang Mat dah kata tadi.. simpan saja dulu. Nanti abang makanlah..

TUKANG SAPU
Abang Mat.. jemputlah makan nasi lemak Jah... abang tahu, abang Mat mesti dah lapar kepingin
nasi lemak kan....

ABANG MAT
Ya lah.. ya lah.. abang Mat makan...

TUKANG SAPU
Makan tau bang Mat... Jah minta diri dulu ya...

TUKANG SAPU mengendap ABANG MAT makan sebelum betul-betul beredar.

ABANG MAT
(Menghidu-hidu nasi lemak) Bismillah.. (ABANG MAT nak makan tapi tak jadi) Ish. Apa aku buat
ni? Makan nasi lemak perempuan lain? Ish tak boleh. Aku makan nasi lemak Kak Zee sahaja,
isteri aku!

TUKANG SAPU
Huh, aku dah agak dah dia tak akan makan nasi lemak aku. Tak habis-habis dengan Kak Zee.
Apa Kak Zee tu hot sangat ke? Dah tahu perangai Kak Zee tu melebihkan pelanggan daripada
laki dia sendiri, kau masih nak layan dia lagi? Kalau aku jadi kau lah Mat, aku tak fikir panjang
untuk cari perempuan lain. Tinggalkan sahaja perempuan jalang macam Kak Zee tu! Kak Zee..
Kak Zee.. perempuan jalang macam kau tak akan hidup senang lama lah. Kau tengok sahajalah
nanti!

22
BLACKOUT.

BABAK 5 KERANA NASI LEMAK, KAK ZEE TERBUNUH

ORANG KAYA(P) dan KAK ZEE gelak-gelak mesra.

ORANG KAYA(P)
Alhamdulillah. Sedap betul nasi lemak sotong Kak Zee ni. Apa rahsia you ya?

KAK ZEE
Rahsia I mudah saja. Hati mesti mahu gembira. Tangan pula mesti kena bersih. Basuh tangan
sebelum mula memasak. Kemudian senyum! Dan yang paling penting sekali, kena baca
bismillah...

ORANG KAYA(P)
Hmm. Betul tu! Kalau tak baca bismillah, nanti setan ikut kita makan sekali ya tak? (Gelak) Kak
Zee gembira, pelanggan pun gembira!

KAK ZEE
Betul tu. You datang lagi ya esok?

ORANG KAYA(P)
Eh mestilah.. I kan regular customer you.. kelas VVVVIP! He he he. I minta diri dulu ya…

KAK ZEE
Hati-hati ya.. Jangan lupa.. online tau..

ORANG KAYA(P)
Okay (dan memberikan flying kiss pada KAK ZEE)

PENGEMIS masuk masih menyanyi dan berjoget bodoh.

PENGEMIS
La la la la hari hari kerja. La la la la bosan dengan kerja ha ha. La la la la hari hari kerja kerja. La
la la la la la la la pengemis pun kerja kerja.

ORANG KAYA(P)
Kau tak dapat seposen lagi ke? Sampai kena buat show tepi jalan?

PENGEMIS
Kau kedekut. Tak nak bagi seposen pada aku.

ORANG KAYA(P)
Kenapa kau mengemis ya? Tubuh badan sempurna. Tapi tak nak kerja cari duit.

PENGEMIS
Kan aku dah kata, kerja aku memang mengemis. Lagi pun, aku seorang saja yang mengemis di
sini. Aku bukan macam pengemis yang bawa surat bukti ke hulu hilir sampai lusuh, atau bawa
budak-budak kecil untuk menagih simpati orang ramai.

ORANG KAYA(P)
Baiklah. Aku bagi kau seposen. Tapi aku nak kau guna seposen ni untuk cari kerja.

PENGEMIS
Sara hidup sekarang tinggi lah. Semua barang dah naik harga tahu tak? Mana cukup seposen
nak cari kerja. Kau ingat aku ni B.N. ke?

23
ORANG KAYA(P)
Huh? B.N?

PENGEMIS
Bank Negara lah! Boleh cop-cop duit.. Kau ingat apa? Haaa... kau mesti ingat aku nak sebut Bar

ORANG KAYA(P)
Ah sudahlah. Malas nak layan kau. Selamat berjaya dengan seposen kau tu ya?

PENGEMIS
(Mengajok) ”Selamat berjaya dengan seposen kau tu ya?”
Eleh.. baru bagi seposen dah berlagak. Dasar kayap! Hehehe tapi tak apa.. akhirnya, aku boleh
rasa nasi lemak Kak Zee!
(Terus bergerak ke arah Kak Zee) Kak Zee, Kak Zee, nak nasi lemak satu bungkus!

PELANGGAN sudah ramai di gerai KAK ZEE.

KAK ZEE
Dah cukup duit dah?

PENGEMIS
Dah.

KAK ZEE
Nah. RM 1.50 satu bungkus.

PENGEMIS
Saya dah tahu dah ! Penat saya kumpul RM1.50 tau. Kejap ya saya keluarkan duit.. ini,
seposen… erm… (menyeluk-nyeluk poket baju dan seluar) eh.. mana duit aku yang lain ni? Tadi
ada. Alamak.. mana duit aku tadi ni ? Alamak… siapa pulak yang kebas ni.. Aduh…

KAK ZEE
Hm.. Kenapa ni? Tak ada duit?

PENGEMIS
He he he.. Sini boleh pakai kad tak? Aku banyak kad ni. Kad Jusco, Tesco, Carrefour, Giant,
Nobita, Doraemon, Sizuka

KAK ZEE
Dah dah. Tak ada duit jangan gatal-gatal nak nasi lemak. Pergi pergi. Ada duit baru datang sini
balik.

PENGEMIS
Lokek lah Kak Zee ni. Muka saja cantik. Tapi kedekut. Bakhil. Tahi hidung masin. Seposen saja
nak berkira.

KAK ZEE
Wahai encik pengemis yang budiman, saya ni berniaga. Nak cari makan. Berniaga kenalah fikir
nak dapat untung. Dah, pergi, pergi!. Aku ada pelanggan lagi nak kena layan ni.

PENGEMIS
Aku pun tengah fikir ni macam mana nak dapat untung... (berfikir panjang)

24
PELANGGAN yang terakhir misteri. Memakai jaket dan sarung tangan pembawa motosikal. Juga
memakai helmet.
PELANGGAN MISTERI menarik kain apron KAK ZEE sehingga KAK ZEE tertarik ke hadapan.
Dengan pantas PELANGGAN MISTERI mengelar leher KAK ZEE dengan pisau kecil yang tajam
dan KAK ZEE tidak sempat menjerit meminta tolong. Pisau itu ditinggalkan oleh PELANGGAN
MISTERI. PELANGGAN MISTERI terus cabut lari.

PENGEMIS kemudian baru dapat idea yang dia fikir sejak dari tadi.

PENGEMIS
Hah! Aku dah dapat idea macam mana nak cari untung!

PENGEMIS menoleh ke belakang dan terkejut bila melihat KAK ZEE telah mati.

PENGEMIS
Kak Zee? (Bergegas terus ke Kak Zee) Kak Zee! Darah?! Huh? Kak Zee dah mati?! Kak Zee!
(Ternampak pisau) Huh? Pisau.. takkanlah Kak Zee bunuh diri?

Dalam masa itu ORANG KAYA(P) masuk dan terkejut dengan apa yang berlaku.

ORANG KAYA(P)
Oh my god! Apa yang dah berlaku ni? Hoi pengemis! Kau.. kau bunuh dia ya? Tolong!! Tolong!!

ABANG MAT bersama TUKANG SAPU masuk. DRAQ QUEEN juga turut masuk.

ABANG MAT
Kak Zee!! Apa yang dah berlaku ni?

ORANG KAYA(P)
Dia! Pengemis ni yang bunuh Kak Zee. Aku nampak dia sahaja yang ada dengan Kak Zee tadi.
Tengok tu, pisau dia pegang tu!

PENGEMIS terus buang pisau itu.

ABANG MAT
Tak guna punya pengemis. Kau bunuh isteri aku! Mati kau! Mati kau!!

ABANG MAT terus membelasah PENGEMIS. PENGEMIS tidak terkata apa-apa.


ORANG KAYA(P) cuba menenangkan ABANG MAT.

ORANG KAYA(P)
Sabar, Mat. Sabar. Kita tangkap saja pengemis ni. Kita bawa dia pergi balai polis.

ABANG MAT
Mati kau!! (Meludah pada pengemis)

ORANG KAYA(P)
Kau berdua, tunggu dekat sini. Nanti aku call polis, kau orang tunggu sampai polis sampai. Aku
nak bawa pengemis sial ni masuk lokap!

ORANG KAYA(P) dan ABANG MAT membawa PENGEMIS ke balai polis.

DRAQ QUEEN bersama dengan TUKANG SAPU yang ketakutan dari tadi cuba untuk mendekati
mayat KAK ZEE. DRAQ QUEEN dilihat nampak lebih takut berbanding TUKANG SAPU yang
dilihat seperti tidak berperasaan.

25
DRAQ QUEEN
Kasihan Kak Zee. Aku baru ingat nak datang beli nasi lemak dia. Tapi.. (menangis)

TUKANG SAPU
Sabarlah nyah.. Dah sampai ajal dia..

Keadaan senyap buat seketika waktu. Kemudian TUKANG SAPU tiba-tiba gelak dan gelak dia
berbunyi jahat dan semakin kuat.

DRAQ QUEEN
(Pelik) Kenapa kau gelak? (Takut bila TUKANG SAPU terus gelak dengan nada jahat)

DRAQ QUEEN
Kau ni kenapa? Dah gila?

TUKANG SAPU gelak semakin menakutkan DRAQ QUEEN dan DRAQ QUEEN terus cabut lari.

DRAQ QUEEN
Gilalah semua ni! Gila! Gila!

TUKANG SAPU masih gelak.


TUKANG SAPU kemudian pergi dekat dengan mayat KAK ZEE. Kemudian dia memakai sarung
tangan PELANGGAN MISTERI tadi.
TUKANG SAPU senyum psiko.

TUKANG SAPU
Apa kau fikir, orang yang kaya dan cantik macam kau, lebih mulia daripada aku?

BLACKOUT.
TUKANG SAPU gelak jahat.

TUKANG SAPU
Ya! Memang aku yang bersalah. Tapi kenapa bukan aku yang ditangkap? Kenapa pengemis
yang ditangkap? Dah memang dari zaman dahulu kala lagi sampai sekarang. Orang yang tak
bersalah yang dituduh dan ditangkap. Mana ada keadilan sekarang ni... dah tak wujudlah!
(Gelak)

DRAQ QUEEN
Kak Zee dah mati. Salah aku sebab menyimpan dendam pada Kak Zee. Kerana terlalu
cemburukan kecantikan dia. Aku lelaki. Kenapa aku nak jadi perempuan? Ah, aku memang
bodoh.

ABANG MAT
Ini semua salah aku. Sebab aku tak percaya pada isteri aku sendiri. Kalau aku tak cuti dan aku
keluar berniaga, aku boleh melindungi Kak Zee dan dia tak akan mati macam tu.

ORANG KAYA(P)
Kak Zee dah mati. Semuanya salah aku. Aku orang kaya. Aku dato’. Aku patut tahu ramai orang
akan memusuhi aku. Dan aku tak patut mendekati Kak Zee. Sebab aku selalu bersama Kak Zee,
Kak Zee tak selamat. Dan akhirnya dia mati. Ini semua salah aku!

PENGEMIS
Bodoh! Aku memang bodoh! Salah aku sendiri juga sebab terlalu hendakkan nasi lemak Kak
Zee. Padahal banyak lagi makanan lain yang aku boleh makan selain nasi lemak. Bodoh! Bodoh!

26
EPILOG : NASI LEMAK ITU ADALAH...

SEMUA KORUS gelak bersama-sama dengan pelbagai nada sewaktu BLACKOUT.


Apabila lampu pentas dinyalakan. SEMUA KORUS terus jadi serius.

KORUS 1
Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan dibunuh di dalam sebuah apartmen.

KORUS 3
Model wanita warga asing dibunuh menggunakan bahan letupan.

KORUS 5
Jutawan kosmetik terkenal dibunuh dan mayatnya dibakar.

KORUS 6
Dan seorang wanita penjual nasi lemak dibunuh ketika dia sedang melayan pelanggannya.

[Pause]

KORUS 1
Jadi, nasi lemak dia yang ada lagi tak dijual tu kita nak buat apa?

KORUS LAIN
KITA BUAT MAKAN KENDURI LAH! TAK ELOK MEMBAZIR. MEMBAZIR AMALAN SETAN!

Aksi dalam Babak 1 diulang. KORUS ambil dan makan nasi lemak.

KORUS 1
Hmm... Setiap butir nasi dan lauk pauk yang lain perlu dihabiskan sampai menjilat jari! ”It’s finger
licking good!” (Menjengkelkan)

KORUS 1
Ada nasi lemak biasa.

KORUS 2
Nasi lemak telur mata goyang-goyang.

KORUS 3
Nasi lemak ikan masin.

KORUS 4
Nasi lemak kukus ayam dara.

KORUS 5
Fuh! Yang itu aku suka makan! Tiap-tiap hari aku makan! Kegemaran aku sepanjang masa!

KORUS 1
Tapi ada satu jenis nasi lemak yang tiada di tempat lain, kecuali di sini.

KORUS 2
Nasi lemak termurah dalam dunia!

KORUS 3
Nasi lemak 10 sen!

KORUS 2

27
Nasi lemak 10 sen ini boleh membunuh.

SEMUA KORUS
Boleh membunuh?!

[Projection zoom in muka KORUS-KORUS dengan kesan bunyi]

KORUS 2
Hanya kerana nasi lemak, pembunuhan benar-benar berlaku.

KORUS 5
Apa motif pembunuhan di sebalik nasi lemak?

KORUS 6
Adakah kerana santau menyantau kerana dengki dengan nasi lemak yang dijual laris?

KORUS 1
Biasanya macam tu. Orang berjaya sikit mulalah kena santau.

KORUS 3
Atau pun, kerana cemburu? Iri hati? Hasad dengki?

KORUS 2
Entahlah. Yang pasti, pembunuhan tidak seenak menikmati nasi lemak.

KORUS 3
Ya. Inilah kisah nasi lemak 10 sen.

KORUS 4
Termurah. Terlazat. Hanya di sini, tiada di tempat lain.

KORUS 5
Dah, dah! Cukup-cukuplah dengan cerita nasi lemak ni. Asyik-asyik nasi lemak.

KORUS LAIN
Ya lah, ya lah..

KORUS 6
Jemput makan nasi lemak ya semua!

SEMUA KORUS
Selamat menjamu selera!

SEMUA KORUS
(Semua sendawa) Alhamdulillah...

KORUS 1
Sendawa pun bau nasi lemak.

KORUS 2
Bau nasi lemak 10 sen lah yang terbaik!!!

SEMUA KORUS
(Semua gelak) Hoi apa kau fikir ni?!!

BLACKOUT 1 SAAT.

28
DRAQ QUEEN (di belakang mayat Kak Zee)
Nasi lemak bang.. Nasi lemak.. Abang nak nasi lemak? Murah je bang. Seposen je.

BLACKOUT.

TAMAT.

29

Anda mungkin juga menyukai