Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Fatin Nurnadia Binti Rudi


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2020 Pendidikan Islam 1
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ...............................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.

1. Tajuk Buku: Kerna Syurga Bukan Percuma

2. Pengarang: Najmi Fetih

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Sentap Press Sdn Bhd

5. Sinopsis Buku Kerna Syurga Bukan Percuma adalah sebuah buku yang
Yang Dibaca:
mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Khairul
Rafeeq yang dijentik hatinya untuk berhijrah dan melakukan
perubahan dalam diri akan tetapi dirinya tidak begitu kuat untuk
menahan sakit dan payahnya untuk berubah. Hal ini demikian
kerana, ramai yang ingin berubah dan sedang berjinak-jinak
untuk berhijrah namun terkandas dek kutukan dan hinaan orang
disekeliling terutamanya yang sangat rapat dan dipercayai akan
menyokong tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tiada jalan
pintas ke Syurga melainkan dengan bersusah payah dahulu.

Penulis menggambarkan betapa susahnya seseorang itu


menghadapi pelbagai hinaan dan cabaran sebelum dia betul-
betul dapat diterima oleh masyarakat setelah melakukan hijrah
dalam diri. Sesuatu yang pelik akan menjadi pelik pada
mulanya, akan tetapi lama-lama ianya akan menjadi biasa jika
manusia sudah lali dengan keadaannya. Seseorang yang
kurang baik akan berubah menjadi baik dan orang yang sudah
baik akan cuba menjadi yang terbaik. Hijrah itu tiada titik noktah.

6. Manfaat/ Walaupun seseorang itu sering melakukan dosa tetapi dalam


pengajaran yang
hati setiap pendosa itu pasti mempunyai rasa ingin berubah
diperoleh
daripada buku menjadi lebih baik walaupun sedikit.
yang dibaca:
Indahnya persahabatan yang dicipta dan terjalin kerana Allah
SWT kerana ukhwah itu adalah bersama-sama mengajak ke
arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Sahabat tidak mudah untuk diperoleh. Namun jika sudah


diperoleh, genggamlah seeratnya persahabatan tersebut.

Apabila seseorang itu berhijrah dan melakukan perubahan, dia


akan kehilangan sesuatu yang dirasakan berharga baginya.
Tetapi sedarlah bahawa ianya bukanlah apa-apa kerana
percayalah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang
lebih baik dan lebih layak dengan diri masing-masing.

Syurga bukan percuma. Tetapi percayalah, orang paling miskin


dalam dunia juga mampu membelinya. Kerana harganya bukan
pada harta kekayaan, tetapi pada ketaqwaan.

7. Nama: Fatin Nurnadia

Anda mungkin juga menyukai