Anda di halaman 1dari 1

TIPS & PANDUAN - MENULIS KARANGAN CEREKA & KARANGAN BERDASARKAN

PUISI (PANTUN, SAJAK & SYAIR) & PERIBAHASA

1. Karangan ini tidak mempunyai format yang khusus. Pelajar boleh menulis karangan
berbentuk cereka, imaginasi ataupun berbentuk peribahsa.
2. Namun demikian, pelajar perlu membaca arahan dengan teliti kerana kemungkinan
arahan soalan menjurus kepada karangan berformat seperti dialog dan cerpen.
3. Pelajar boleh memilih karangan berbentuk cereka untuk menjawab soalan karangan
ini asalkan menjawab tugasan yang diberi dengan tepat.
4. Pada perenggan pendahuluan - pelajar boleh memberi penjelasan maksud puisi atau
peribahasa . Perenggan berikutnya, pelajar boleh mengaitkan maksud tersebut
dengan cereka atau imaginasi yang dipilih.
5. Karangan cereka yang baik hendaklah merangkumi ;
- permulaan cerita
- perkembangan cerita dan perumitan cerita
- klimaks atau puncak cerita
- pengakhiran atau peleraian cerita.
6. Pada bahagaian pengakhiran cerita yang berbentuk peribahasa, pelajar boleh
mengulang semula peribahasa yang disoal sebagai penekanan kehendak soalan.
7. Pelajar juga boleh memasukkan unsur-unsur bahasa kreatif seperti yang dipelajari
dalam KOMSAS, frasa yang menarik serta teknik plot yang sesuai.
8. Untuk menghasilkan karangan cereka yang berkualiti dan mantap, aspek-aspek ini
mesti diambil berat;
- Unsur dan jalan cerita mesti menarik
- Gaya bahasa kreatif dan tidak berbentuk formal seperti karangan biasa
- menerapkan unsur teknik penceritaan seperti dialog, suspen dan teknik-teknik
lain yang sesuai.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai