Anda di halaman 1dari 1

Rabu 14 Julai 2021

Ketua Desa Yang Bijaksana

Pada zaman dahulu, tikus berjumpa dengan arnab di sarangnya.


“Arnab, aku dalam kesusahan. “Bolehkah aku meminta secupak
padi? Dua bulan lagi, aku akan pulangkan dua cupak padi bersama-
sama dengan sebahagian hasil keuntungan aku,” kata tikus.
“Boleh tikus. Ambillah secupak padi ini.” kata arnab.
Apabila genap dua bulan, arnab ke sarang tikus untuk menuntut
dua cupak padinya.
Kata tikus, “Aku tidak mahu membayarnya. Bulan di langit satu
sahaja.” “Tikus, cuba kamu lihat di langit dan di air. Sekarang ada
dua bulan. Janji perlu kamu tepati, tikus. Ubah sikap kamu. Kamu
mesti menunaikan janji. Usah mempermainkan janji. Ubahlah sikap
suka meminjam sesuatu. Kamu mesti bersikap amanah. Perbuatan
itu dapat menyebabkan hubungan menjadi tidak mesra dan
bermusuhan,” kata Sang Kancil.
Tikus menunjukkan bulan di langit. Arnab berasa marah akan
tindakan tikus. Arnab mengajak tikus berjumpa dengan Sang
Kancil untuk menyelesaikan masalah.
Kata tikus kepada arnab, “Maafkan aku, arnab. Aku akan
pulangkan dua cupak padi seperti yang aku janjikan. Aku berjanji
akan mengubah sikap buruk aku ini.”
Akhirnya, tikus insaf akan perbuatannya. Dengan rela hati,
tikus memulangkan padi dan memberikan sebahagian hasil
keuntungannya kepada arnab.

Anda mungkin juga menyukai