Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PERMOHONAN BANTUAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PENANAMAN SAYUR

SAYURAN DI TANAH KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM ) DI BIDONG SETIU

PENGENALAN

Pengeluaran sayur di negeri Terengganu tidak cukup untuk menampung keperluan rakyat terengganu
sepenuhnya. Hanya 30 peratus sayur yang dimakan oleh rakyat Terengganu adalah ditanam dan
diusahakan sendiri oleh rakyat Terengganu. Selebihnya 70 peratus sayur keperluan rakyat Terengganu
adalah diimport dari Negara Thailand, Vietnam, loas dan kemboja. Dasar PERTANIAN ADALAH
PERNIAGAAN cuba dibuat oleh kerajaan. Pembukaan TKPM diseluruh Malaysia, di Terengganu ada 3
buah tkpm yang dibina oleh kerajaan Terengganu bersama kerajaan persekutuan. Namun tanah yang
luas beratus hektar masih lagi kosong tidak diteroka dan digunakan sepenuhnya.

Umumnya tanah dikawasan Bidong tidak sesuai untuk dijalankan aktiviti pertanian sayur sayuran yang
berskala besar. Tanah berpasir dan tidak menyimpan air menyebabkan penanaman tembikai dan ubi
saja dijalankan disini. Dan kawasan yang beratus hektar besar tidak digunakan untuk kegunaan lain.
Oleh itu kami berpendapat sesuatu perlu dilakukan oleh rakyat negeri Terengganu untuk memastikan
bekalan sayur sayuran yang berterusan kepada rakyat Terengganu tanpa perlu takut kepada pengunaan
racun serangga yang berlebihan dan membahayakan kepada pengguna sayur di Terengganu. Sayur
sayuran yang diimport dari Thailand terdedah kepada racun yang diharamkan di Malaysia tapi tetap
diimport kerana murah dan untuk memenuhi keperluan sayuran rakyat Terengganu.

Atas kapasiti tanah tidak sesuai untuk ditanam sayur di sini, tebusguna tanah perlu dilakukan untuk
melaksanakan penanaman sayuran yang lebih selamat dimakan dan juga mesra alam. Untuk
melaksanakan tanam sayuran bebas racun perlu dilakukan. Penanaman secara organic atau
mengurangkan penggunaan racun serangga perlu dirangkan, dirancang dan dilaksanakan dengan
sistematik dan berkesan. Kaedah menggunakan cocopeat atau SABUT KELAPA adalah kaedah yang
paling baik untuk menjalankan pertanian fertigasi, iaitu pertanian TANPA TANAH. TANAH ASAL tidak
digunakan lagi sebelum dirawat sepenuhnya oleh media media.
Tanaman fertigasi

Anda mungkin juga menyukai