Garis Panduan Kantin Sekolah
Garis Panduan Kantin Sekolah
Latarbelakang
Lampiran-Lampiran:
Memberi panduan lengkap kepada pengetua/guru besar atau pengusaha kantin untuk mengurus, mentadbir, kawal
pandu, menilai dan memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin.
Kenalpasti masalah-masalah penting berasaskan keutamaan dan menimbangkan cara-cara mengatasinya.
Mengambil tindakan-tindakan yang sistematik dan terancang sambil membuat penilaian yang berterusan.
Tempat sosial berlakunya pelbagai jenis interaksi dan aktiviti di kalangan murid, guru dan para pekerja sekolah
(i) Penjualan & pembelian makanan serta minuman.
(ii) Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan penggunaan makanan dan minuman yang dijual ataupun diberi
secara percuma di bawah rancangan tertentu.
(iii) Kegiatan-kegiatan rehat dan istirehat
(iv) Permainan-permainan ringan seperti ping pong, catur dan lain-lain
(v) Majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibubapa atau masyarakat
Merupakan sumber yang berkesan bagi berbagai aktiviti yang menggalakkan usaha-usaha pendidikan seperti
(i) Pengajaran terancang dibawah mata-mata pelajaran tertentu seperti pendidikan kesihatan, sains rumah tangga,
sivik, pengajian perdagangan dsbnya.
(ii) Pelajaran tidak formal berkaitan aktiviti kokurikulum
(iii) Penggunaan bahan-bahan media masa seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain
(iv) Menjalankan kajian khas menerusi pemerhatian, soal selidik dan wawancara mengenai aspek-aspek tertentu.
Mengadakan tunjuk ajar, kerja-kerja amali dan sebagainya mengenai makanan dan pemakanan, kebersihan dan
keselamatan makanan, keindahan dsb
Mengadakan ceramah, majlis dailog dsb
Mengadakan peti cadangan atau peti bantahan diikuti dengan susulan yang sewajarnya
Menubuh serta mengujudkan jawatankuasa kesihatan atau kantin sekolah serta mencadang atau mengambil tindakan
sewajarnya bagi mengawasi dan memperbaiki lagi penggunaan dan perkhidmatan kantin sekolah.
(1) Bangunan
Lantai: licin, mudah cuci
Dinding: cerah, tahan api
Siling: cerah (putih)
Pengudaraan: cukup, sempurna
Pencahayaan: cukup, sempurna
Keindahan: hiasan spt bunga, poster dsb
(2) Kemudahan
Kemudahan asas bagi kantin sekolah
Bekalan air bersih mencukupi
Tempat penyediaan makanan/dapur yang bersih dan sempurna
Tempat penyimpanan bahan makanan yang bersih
Kaunter jualan yang sesuai
Tempat makan murid-murid dan guru-guru yang bersih dan teratur
Tempat membasuh tangan atau pinggan
Tempat membuang sampah atau air limbah yang sempurna
Tandas yang sempurna untuk pekerja kantin
Tempat persalinan pakaian atau bilik rehat
(3) Alat Kelengkapan
Alat-alat kelengkapan
Dapur gas/minyak tanah
Periuk
Pinggan mangkok
Senduk
Sudu dan garpu
Kayu penyepit
Pisau
gelas
(1) Kesihatan pekerja
Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat oleh doktor.
Keadaan kesihatan semasa
Jika ada demam, cirit birit, batuk atau penyakit-penyakit lain pekerja itu tidak dibenarkan bertugas.
Jika ada luka hendaklah dibalut dengan plaster kalis air & tidak menyediakan makanan.
(2) Penyediaan makanan
Hendaklah dijalankan dalam keadaan yang sempurna dan bersih
(i) Tempat yang sesuai
(ii) Bekalan air bersih
(iii) Peralatan yang sempurna & bersih.
(iv) Elakkan tabiat yang boleh mencemarkan makanan
(v) Makanan halal
(vi) Petua memasak
(3) Penyimpanan makanan
Stor yang kalis roden & serangga
Peti sejuk sempurna & bersih
Peralatan yang bersih dan sempurna
Penyimpanan makanan sedia untuk dimakan
Tidak boleh menyimpan makanan bermalaman
(4) Penghidang makanan
Diletakkan di kaunter yang disediakan
Ditutup dan tidak terdedah kepada habuk & urungan lalat
Hendaklah menggunakan alat-alat yang bersih seperti penyepit, sudu & garpu
Alat pembungkus seperti plastik disediakan
Sumber makanan dari luar hendaklah diawasi tahap kebersihannya
Bab 6 Keselamatan