Anda di halaman 1dari 2

TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK KEDAI BUKU SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAMARAN JAYA, PELABUHAN KLANG



1. Tawaran adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan Kedai Buku sekolah ini bagi
tempoh 2 tahun mulai dari 01 Disember 2014 hingga 30 November 2016.

2. Borang Sebutharga yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan ditanda
SEBUTHARGA KEDAI BUKU SEKOLAH SK PENDAMARAN JAYA dibahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen
dokumen lain berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 30 September 2014 jam 12.00 tengah hari.

3. Setiap sebutharga hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM 1,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja )
dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos / Cek berpalang atas nama Guru Besar SK Pendamaran Jaya .Permohonan
yang tidak disertakan dengan wang pertaruhan , tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dilayan dan dipertimbangkan .
Wang pertaruhan pemohon yang tidak berjaya akan dikembalikan semula. Permohonan yang berjaya dikehendaki
menandatangani satu perjanjian dengan pihak sekolah.

4. Borang Tawaran Sebutharga boleh didapati di pejabat sekolah , pada waktu pejabat mulai 01 September 2014
30 September 2014 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA .
5. Bilangan pelajar dan kakitangan sekolah tahun semasa adalah seperti berikut :

Murid Melayu : 738 orang
Murid Cina : 3 orang
Murid India : 45 orang
Lain lain : 158 orang
Murid Prasekolah : 50 orang
Jumlah Keseluruhan : 994 orang
Guru : 68 orang
Kakitangan Sokongan : 6 orang
Kakitangan Swasta : 13 orang
Sesi persekolahan : Pagi dan petang

6. Jawatankuasa Sebut Harga adalah tidak terikat untuk memilih mana mana tawaran sebut harga yang tinggi atau sebarang
sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


_________________________________
HJH NOORKEDAH BINTI MOHD YUSOF
Guru Besar,
SK Pendamaran Jaya,
42000 Pelabuhan Klang.
Datafile : shida14/kedai buku






" 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "
Rujukan Kami : SKPJ/400-10/1/2(2)
Tarikh : 22 Ogos 2014
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan,
Daerah Klang.

Tuan / Puan,

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA KEDAI BUKU SEKOLAH
SK PENDAMARAN JAYA, PELABUHAN KLANG
TEMPOH 01.12.2014 HINGGA 30.11.2016
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama sama ini disertakan Kenyataan Tawaran Sebut Harga Kedai Buku , SK Pendamaran Jaya,
42000 Pelabuhan Klang bagi tempoh 01 Disember 2014 hingga 30 November 2016.

3. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan / puan supaya mempamerkan iklan ini di Papan
Kenyataan sekolah tuan / puan untuk makluman umum.

4. Segala kerjasama dan perhatian tuan / puan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

_______________________________
HJH NOORKEDAH BINTI MOHD YUSOF
Guru Besar,
SK Pendamaran Jaya,
42000 Pelabuhan Klang

Cda14/tender kedai buku

Sk. : ii) Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Pejabat Pendidikan Daerah Klang,
Jalan Meru, 41050 Klang
(u.p : Unit HEM )

Ii) YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang

Anda mungkin juga menyukai