Anda di halaman 1dari 2

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH TINGKATAN 1: SYAIR POHON BULUH

Cikgu Haizathasiaa

SYAIR POHON BULUH (Mohd. Yusof Md. Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh)
Syair Maksud
Menara tinggi banyak bertingkat Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk
Di sana tiada bilik bersekat menjaga keamanan negara tanpa mengira
Tiada bertangga naik melekat status seseorang.
Mata-mata menjaga segenap pangkat

Yang ada sedia panji-panji bendera Hubungan persaudaraan yang kukuh akan
Hingga sampai ke kemuncak menara mendatangkan kejayaan walaupun
Banyak ada ia bersaudara adakalanya terdapat pelbagai rintangan.
Yang ada pula bersama gara

Selalu dipandang dilihat adanya Masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa
Tinggi rendah dijerat pangkatnya mengira perbezaan pangkat dan darjat dapat
Besar kecil ikat binanya melahirkan masyarakat yang harmoni.
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam Hubungan yang akrab dapat memberi


Gelapnya di dalam seperti malam kekuatan kepada masyarakat untuk
Air tak tiris seperti kolam menangkis anasir jahat.
Ikat tingkatnya tak nampak alam

Tema
Kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara

Persoalan
1. Melaksanakan tugas tanpa mengira perbezaan status seseorang.
2. Perpaduan menjadi teras kejayaan.
3. Semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.
4. Cabaran dalam mengukuhkan hubungan persaudaraan.
5. Perpaduan yang kukuh dapat mengelakkan anasir jahat.

Bentuk
1. Mempunyai empat rangkap.
2. Setiap rangkap mempunyai empat  baris.
3. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
4.  Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
5.  Rima akhirnya   aaaa.
ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH TINGKATAN 1: SYAIR POHON BULUH
Cikgu Haizathasiaa

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Asonansi Pengulangan vokal a
(Pengulangan vokal) Contoh: 
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera

Pengulangan vokal i
Contoh: 
Ikatnya licin di luar di dalam

Aliterasi Pengulangan konsonan  g


(Pengulangan konsonan) Contoh: 
Menara tinggi banyak bertingkat

Pengulangan konsonan  t
Contoh: 
Tiada bertangga naik melekat
Tinggi rendah dijerat pangkatnya

Simile Gelapnya di dalam seperti malam


(Perbandingan yang menggunakan
perkataan umpama, seperti, bagai dan
sebagainya)

Sinkope Ikat tingkatnya tak nampak alam


(Singkatan sesuatu perkataan)

Kata ganda Yang ada sedia panji-panji bendera,


(Perkataan yang digandakan)

Nilai Pengajaran
Keadilan Kita hendaklah melaksanakan tugas dengan
adil
Bertanggungjawab Kita perlulah bertanggungjawab menjaga
kemakmuran negara.

Persaudaraan Kita hendaklah menjaga dan mengekalkan


hubungan persaudaraan.

Bekerjasama Kita perlulah sentiasa bekerjasama dalam


melakukan sesuatu perkara.

Bersatu padu Kita mestilah bersatu padu mengekalkan


perpaduan yang dimiliki.

Anda mungkin juga menyukai