Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI

• Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, wakil bermaksud orang


yang diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak
orang lain.
• Orang yang dilantik sebagai utusan atau untuk bertindak bagi
pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat dan lain-lain).
• Sebagai contoh, beliau dihantar sebagai wakil Malaysia ke
persidangan PBB.
ETIMOLOGI
• Selaras dengan penyebaran agama islam di Alam Melayu oleh para pedagang arab
dan parsi, banyak perubahan telah berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu
ketika itu meliputi aspek kepercayaan, politik, Pendidikan, kebudayaan dan
kemasyarakatan.
• Perubahan ini turut melibatkan proses pembelajaran Bahasa arab. Bahasa arab
telah berkembang secara aktif sebagai Bahasa kepada agama islam.
• Selain itu, pengaruh Bahasa arab telah mampu memartabatkan Bahasa melayu
sehingga mencapai status Bahasa ilmu (Mohd Shahrizal Nasir & Kamarul Shukri
Mat The. 2012, Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa melayu : satu analisis
perbandingan dari sudut semantik).
• Antara contoh paling jelas bagi membuktikan pengaruh besar Bahasa arab dalam
Bahasa melayu ialah peminjaman kosa kata arab yang seterusnya diterima pakai
dalam perbendaharaan kata Bahasa melayu.
• Termasuklah kosa kata wakil yang merupakan pinjaman daripada kosa kata Bahasa
arab.
PENGENALAN
• Kosa kata wakil yang merupakan pinjaman kosa kata Bahasa arab turut digunakan
di alam melayu sejak dahulu lagi.
• Hal ini demikian kerana, Bahasa melayu klasik sememangnya banyak
menggunakan kosa kata klasik, kosa kata arab, Bahasa istana, kata pangkal ayat
dan partikel.
• Penggunaan kata pangkal ayat dalam Bahasa melayu klasik adalah seperti
sebermula, adapun, maka, hatta dan lain-lain.
• Peminjaman kosa kata arab dalam Bahasa melayu klasik adalah bertujuan untuk
menyatakan konsep dan perkara baharu tentang agama
• Sebagai bukti, dalam Hikayat Muhammad Hanafiah … “Maka beberapa hari
antaranya, maka berhimpun segala sahabat duduk didalam masjid rasul Allah,
maka baginda Umar dan Amir al- mu’minin Ali pun menyuruhkan Abu Hurairah jadi
wakil kepada syahrbanun..”

Anda mungkin juga menyukai