Anda di halaman 1dari 2

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI DAN JIMAT DUIT POKET KITA.

Tahun 2020 dan 2021 kita semua melalui satu perjalanan yang luar biasa dengan kedatangan virus Covid
– 19 yang melanda seluruh dunia. Pada masa kini semua sedang melalui proses pemulihan dari segi
mental , fizikal , kewangan dan ekonomi. Yang terkesan teruk juga adalah bidang automotif yang baru
dibuka sejak beberapa bulan yang lepas. Hanya bengkel kenderaan sahaja dibenarkan buka dan pusat
jualan kereta tidak dibenarkan.

Pihak kerajaan telah membenarkan sektor jualan kenderaan dibuka semula atas nasihat Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM). Berita baik ini sangat mengujakan pengusaha kedai kereta terpakai dan baru
bagi membolehkan operasi jualan berjalan dan bangkit seperti biasa. Tidak kurang juga para pelanggan
yang lama menunggu untuk melihat kereta idaman masing – masing. Hasil kajian menunjukkan kuasa
membeli rakyat Malaysia dalam bidang automotif akan kembali normal dalam beberapa bulan
mendatang ini.

Dengan itu , saya kongsikan beberapa tips untuk beli kereta terpakai untuk panduan korang semua.

1. LIHAT HARGA PASARAN DI DALAM APLIKASI JUALAN DAHULU SEBELUM KE KEDAI

Zaman moden sekarang dah mudah , kita boleh buat kajian harga pasaran dahulu melalui aplikasi jualan
kereta seperti Carlist , Mudah.my , Carsome dan Mytukar. Banyak lagi aplikasi lain yang boleh kita cari.
Contohnya kita nak beli Perodua Myvi tahun 2015. Korang kena cari dan buat kajian lebih kurang 50 –
100 biji harga kereta jenis dan tahun yang sama untuk kita nilai dan tengok harga pasaran sebelum
tengok secara berdepan di kedai.

2. BUKA KALKULATOR KIRAAN PINJAMAN

Tips ini antara terpenting untuk lihat kemampuan kocek kita setiap bulan. Selalunya kalkulator ini
tersedia dalam aplikasi yang saya senaraikan di atas tadi. Korang boleh laraskan anggaran deposit dan
harga kereta mengikut kemampuan kita. Selepas itu kita boleh lihat berapa anggaran bulanan yang perlu
kita bayar jika kita jadi membeli kereta impian kita tersebut. Perancangan kewangan penting ya takut
nanti tidak boleh bayar bayaran bulanan.

3. ELAKKAN BELI KERETA LEBIH 5 TAHUN

Di beberapa negara maju seperti Singapore , Jepun dan Britain. Kereta melebihi 5 tahun tidak boleh
digunakan lagi , sebab itu kita selalu lihat status kereta ‘recond’ yang dibawa masuk untuk jualan di
Malaysia. Jika kita mampu untuk tambah sedikit bajet , elakkan kereta usia lebih dari 5 tahun waktu kita
beli. Risiko kos selenggara yang tinggi akibat usia kereta yang lama adalah tinggi.

4. PERIKSA PERBATUAN (MILLEAGE)

Bila kita dah tengok kereta di kedai. Perkara pertama kena tengok adalah mileage kereta tersebut.
Cadangan anggaran yang baik adalah 20,000 KM setahun. Contohnya , jika kereta tersebut sudah
berusia 5 tahun , perbatuan adalah 65,000 KM. Kereta itu kurang bergerak sangat dan risiko selenggara
mungkin dapat kita kurangkan dan jimat. Jika 5 tahun , tetapi perbatuan sudah mencecah 150,000 KM.
Saya cadangkan kita ‘NEXT’ sahaja.

5. PERIKSA LUARAN DAN DALAMAN , PANDU UJI DAHULU

Selalunya kita terpedaya dengan gaya dan kecantikan luaran kenderaan. Kita tidak boleh menyalahkan
kedai kereta kerana mereka ingin melariskan jualan. Ini adalah tanggungjawab kita untuk meneliti
keadaan kereta itu, jika kita tidak tahu kita boleh membawa kenalan yang mahir bagi melihat keadaan
dalaman kereta. Kita risau jika kereta tersebut pernah mengalami kemalangan atau banjir. Paling kita
takut kereta itu adalah kereta potong dan klon. Dan tips tambahan jangan beli kereta terlalu murah dari
harga pasaran. Daripada berjimat , kita terpaksa tanggung kos lebih tinggi untuk masalah yang lebih
besar datang. Selamat membeli !

Anda mungkin juga menyukai