Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

(RIMUP)
KONSEP

 RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat


setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas
serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.

MATLAMAT

 Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu


pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah
dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta


warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam
kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana
muhibah secara sedar dan terancang.
 Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan
kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

Anda mungkin juga menyukai