Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN TAKLIMAT PEMUGARAN LITERASI DAN NUMERASI DAN

NUMERASI KEPADA GURU DAN IBU BAPA SJKC PAPAN TAHUN 2021

Guru penyelaras Pemulihan Khas sekolah, En. Chong Tzer Sheng telah mengadakan
Taklimat Pemugaran Literasi kepada guru mata pelajaran Tahap 1 dan ibu bapa murid
pemulihan secara berasingan:

A) Ibu bapa
Tarikh: 30 September 2021 (Khamis)
Medium: Notis (dihantar kepada ibu bapa melalui Whatsapp)
Penglibatan: Ibu bapa murid pemulihan Tahap 1 (3 orang)
Laporan program:
Pihak sekolah telah mengeluarkan notis dalam dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa
Cina) untuk memaklumkan penggunaan Modul Literasi Bahasa Melayu yang telah
diagihkan pada 28 September 2021 (Selasa) kepada ibu bapa murid pemulihan yang
terlibat. Di dalam notis yang dikeluarkan, ibu bapa dimaklumkan tentang penggunaan
modul oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu semasa PdPR. Ibu bapa juga dinasihati
untuk membimbing dan sentiasa mengikuti perkembangan tahap penguasaan kemahiran
anak masing-masing. (Lampiran notis disertakan bersama laporan ini sebagai bukti)

B) Guru
Tarikh: 30 September 2021 (Khamis)
Medium: Secara lisan melalui kumpulan Whatsapp Guru Pemulihan SJKC Papan
Penglibatan: Guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 1
Laporan program:
Guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 1 telah diberi penjelasan ringkas tentang cara
penggunaan Modul Literasi Bahasa Melayu. Guru-guru telah dinasihati untuk
menggunakan modul tersebut dengan murid pemulihan semasa waktu tutorial PdPR.
Guru-guru dinasihati mengadakan kelas pemulihan dengan murid sekurang-kurangnya 45
minit dengan murid pada setiap minggu. Guru-guru juga perlu memastikan tahap
penguasaan kemahiran murid pemulihan yang disasarkan pada akhir bulan Februari 2022.
Tujuan kumpulan Whatsapp ditubuhkan membolehkan Guru Besar dan guru penyelaras
pemulihan mengikuti perkembangan murid dalam tahap penguasaan kemahiran Literasi
Bahasa Melayu dari semasa ke semasa. (Lampiran jadual waktu Pemulihan Khas semasa
PdPR disertakan bersama laporan ini sebagai bukti)

Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

EN. CHONG TZER SHENG _________________________


Guru Penyelaras Pemulihan Khas SJKC Papan PN. ONG YEW GUAT
Guru Besar SJKC Papan

Anda mungkin juga menyukai