Anda di halaman 1dari 4

Terma dan Syarat Pertandingan

National Virtual Pitching Competition


2021
(NVPC 2021)

1.0 PENGENALAN
National Virtual Pitching Competition 2021 (NVPC 2021) dijalankan secara maya
sepenuhnya

2.0 TEMA
Talented, Creative & Innovative

3.0 SYARAT PERTANDINGAN


3.1 Pertandingan Pitching ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Malaysia dan Kolej
Komuniti Malaysia.
3.2 Terdapat tujuh (7) kategori penyertaan iaitu:
1. Kategori Makanan dan Minuman
2. Kategori Fesyen dan Aksesori
3. Kategori Agroteknologi dan Aquateknologi
4. Kategori Inovasi dan Teknologi
5. Kategori Perkhidmatan
6. Kategori ICT
7. Kategori Keusahawanan Sosial

3.3 Setiap penyertaan WAJIB menghantar video pendek berdurasi maksimum 3


minit yang hanya menjelaskan tentang produk secara pitching.
3.4 Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan terhad kepada 2 orang sahaja. Ahli
kumpulan adalah mengikut senarai dalam borang penyertaan dan sebarang pindaan adalah
tidak dibenarkan.
3.5 Penyertaan mestilah disertai dengan seorang mentor (pensyarah). Mentor boleh menyelia
lebih dari satu penyertaan.
3.6 Semua bentuk pitching perlu menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris sahaja.
3.7 Format penghasilan video adalah bebas tetapi masih lagi mementingkan nilai-nilai murni
dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
3.8 Semua penyertaan pertandingan akan menerima e-sijil.
3.9 Panel hakim pertandingan akan menilai dan memilih pemenang product pitching bagi 7
kategori pada 8-9 November 2021. Sila rujuk Carta Alir Pertandingan bagi maklumat
lanjut.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Idea product pitching mestilah daripada penjanaan idea sendiri dan bukan plagiat. Walau
bagaimanapun, adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek
penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama kepada hasil kreativiti.

4.2 Penerapan sekurang-sekurangnya dua elemen dari Business Model Canvas (BMC) ke
dalam Product Pitching

4.3 Product Pitching yang dipertandingkan mestilah sesuai dengan kategori yang disertai.
Product Pitching yang pernah memenangi mana-mana anugerah peringkat
kebangsaan adalah tidak layak dipertandingkan dalam pertandingan ini kecuali
terdapat bukti penambahbaikan atau pengubahsuaian disertakan.

4.4 Spesifikasi video product pitching


- Durasi video product pitching adalah maksimum 3 minit. Video yang melebihi 3
minit akan dibatalkan penyertaan.
- Hanya satu (1) rakaman video sahaja bagi setiap penyertaan.
- Rakaman video perlu dihantar menerusi aplikasi Youtube dan calon dikehendaki
mengemaskini url / link rakaman video ke website POLISAS
http://nvpc.polisas.edu.my/nvpc2021/ bermula dari 18 Oktober 2021 hingga
selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2021. Rakaman video yang dihantar selepas
tarikh tersebut tidak akan diperaku.
4.5 Penilaian Dan Anugerah Pertandingan Pitching

4.5.1 Penilaian akan dilaksanakan oleh panel penilai berkecuali. Keputusan panel penilai
adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

4.5.2 Penilaian adalah berdasarkan kepada 6 kriteria berikut:


1. Pengenalan (Hook the audience)
2. Penggunaan model business Pitching yang efektif
- BMC atau
- VABC approach atau
- lain-lain model (Maklumat lanjut mengenai model BMC dan VABC approach
boleh ditonton dirakaman bootcamp)
3. Kemampuan kebolehpasaran produk/servis
4. Penutup (closing)
5. Kreativiti & Penyampaian
6. Audio Visual
4.5.3 Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 29 Oktober 2021. Product Pitching
yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
4.5.4 Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan seperti
dalam http://nvpc.polisas.edu.my/nvpc2021/
4.5.5 Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta
4.5.6 Peserta tidak perlu membuat pembentangan secara maya kerana penilaian juri hanya
menerusi link yang telah dimuatnaik.
5.0 Hadiah Pertandingan

5.1 Pemenang pertandingan akan menerima hadiah berupa e-sijil dan wang tunai bagi setiap
kategori dengan nilaian seperti berikut :

Tempat Pertama : RM 1000


Tempat Kedua : RM 750
Tempat Ketiga : RM 500

5.2 Hadiah Khas Juri juga disediakan kepada 3 kumpulan terbaik dalam bentuk e-sijil dan
wang tunai.
Tempat Pertama : RM 1000
Tempat Kedua : RM 750
Tempat Ketiga : RM 500

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh menghubungi Puan Nur Hanani


(0199195354) dan Puan Nurhin (0137718468)

Anda mungkin juga menyukai