Anda di halaman 1dari 1

AIDA NAJWA BINTI ZAHIDAN

D20202096791
HST3013

Rumusan Artikel:

Berdasarkan artikel Historical Criticism, yang diterbitkan oleh Catholic University of


America Press, artikel tersebut ada menyatakan bahawa kritikan sejarah ini merupakan satu kaedah
yang digunakan untuk melihat kesahihan atau keaslian sesuatu sumber yang diperoleh. Kritikan
juga digunakan untuk melihat sejauh mana mutu sesuatu penulisan serta menapis karya penulisan
yang tidak memberi maklumat baru kepada pembaca. Walaubagaimana pun, kerja-kerja
mengkritik ini tidak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya jika sesuatu karya itu masih belum
diterbitkan. Dalam kritikan sejarah, terdapat dua jenis iaitu kritikan luaran (external criticism) dan
kritikan dalaman (internal criticism). Bagi kritikan luaran, ia akan mengkritik dari segi rupa bentuk
sesuatu sumber itu. Aspek lain yang akan dikritik seperti bahan yang digunakan oleh sumber
tersebut, jenis tulisan, tandatangan dan juga tarikh sumber terhasil. Untuk kritikan ini, ahli sejarah
tidak dapat membuat kritikan secara bersendirian. Ahli sejarah perlu mendapatkan bantuan
daripada pakar lain seperti ahli kimia, dan pakar paliografi. Sesuatu sumber itu perlu dikritik secara
teliti dari setiap sudut supaya hasil yang diperoleh tepat dan sahih. Manakala bagi kritikan
dalaman, ia akan dilaksanakan secara sepenuhnya oleh ahli sejarah. Untuk kritikan dalaman, ahli
sejarah akan mengkritik dari aspek kesahihan sesuatu maklumat, keaslian, dan melalukan
perbandingan tentang fakta sejarah dari sumber-sumber yang lain yang mempunyai tarikh atau
jangka masa yang sama.

Anda mungkin juga menyukai