Anda di halaman 1dari 3

Soalan Target Penulisan Dan Penyelidikan

3. Kaedah Sejarah
- pemilihan tajuk
- tafsiran 3ilmu penting dalam sejarah. ruang masa dan aspek
- Heuristik/Pengumpulan data
- falsafah Hermeneutic/ menyaring fakta
- Verifikasi/kritik sumber
- Interpretasi/ hubung kait sebab dan akibat
- Historiografi/ mempersembahkan penulisan
- contoh dan analisis karya--- utk dapat A+

a. Memilih Tajuk
kaedah sejarah merupakan panduan yang di gunakan untuk meneliti suatu peristiwa
sejarah. ia penting untuk mendapatkan hasil penelitian yang bermutu serta dapat di akui
dan di percaya masyarakat. kaedah sejarah itu pada dasarnya di arahkan untuk
menjawab secara tuntas dan menyeluruh pertanyaan 5W 1H. perlu ditegaskan juga
bahawa tajuk yang dipilih mestilah mengandungi 3ilmu penting dalam sejarah yakni
ruang masa dan aspek.
i.

Kedekatan emosional

ia merujuk kepada pengkaji suka dan mempunyai minat serta pengalaman terhadap
aspek yang ingin dikaji. kadang2 seseorang yang terlibat secara emosional dalam
pemilihan tajuk agak bahaya oleh sebab pertimbangan intelektualnya akan dipengaruhi
emosi, sehingga sejarah berubah menjadi pengadilan. Oleh itu, Kedekatan emosional
itu harus diakui dan dibuat secara jujur.
ii.

Kedekatan intelektual

Berlaku atas cetusan idea disebabkan pengkaji mempunyai pengetahuan bersedia


terhadap isu yang ingin dikaji. Melalui pengetahuan sedia ada, maka pengkaji boleh
menimbulkan beberapa permasalahan yang boleh menjadi tema penyelidikan tersebut.
iii.

Rencana Penelitian

Rencana penelitian merujuk kepada pemilihan topik hendaknya memenuhi hal-hal


seperti Permasalahan, Historiografi, Sumber Sejarah, dan hipotesis. Dalam
permasalahan, perlu dikemukakan subject matter yang akan diteliti. Dalam historiografi,
perlu dikemukakan sejarah penulisan dalam bidang apa yang akan diteliti. ini penting
kerana, Sebelum ke lapangan pengkaji harus tahu sumber sejarah yang akan dicari,

bagaimana mencari, dan di mana dicari. Tentang hipotesis, ia penting bagi


mendapatkan fakta dan idea yang boleh memandu penyelidikan.

b. Heuristik
heuristik merujuk kepada proses Pengumpulan data. Sumber disebut juga data sejarah
perlu dikumpulkan sesuai dengan jenis Sejarah yang akan ditulis. ia biasanya dibuat
setelah proses memilih tajuk dibuat atau tajuk telah pun ditetapkan. terdapat tiga jenis
sumber iaitu primer, sekunder dan lisan. Data primer, iaitu dokumen asli,
laporan/catatan, foto, benda peninggalan, dan artifak. Data sekunder pula ialah
maklumat yang di peroleh dari buku, teks, koran, ensiklopedia, dan rujukan2 lain.
manakala lisan pula ialah maklumat yang diperoleh dengan cara menemu bual saksi
sejarah.
c. Hermeneutic
Hermeneutic merujuk kepada kaedah formal menyaring sumber dan fakta. Perkara ini
dibuat kerana tidak semua sumber dan fakta yang diperolehi mempunyai kepentingan
dalam penyelidikan. oleh itu, ia perlu disaring atau ditapis untuk mendapatkan sumber
dan fakta yang benar2 diperlukan.
d. Verifikasi/kritik sumber
Kritikan sumber juga boleh diertikan sebagai tafsiran sumber, iaitu penilaian untuk
memastikan sesuatu objek (sumber) dan maklumat (data) dalam sumber yang
digunakan itu benar ataupun palsu. Tujuannya bagi menentukan kebenaran
(authenticity) dan perkaitan (relevancy) sumber dengan kehendak tajuk dan kegunaan
sesuatu fakta dari sumber itu adalah valid (benar atau tepat). ia juga penting untuk
menentukan ketulenan bukti atau sumber itu. Kritik sumber dilakukan melalui dua
kaedah, iaitu kritik dalaman dan kritik luaran. Kritikan luaran dapat dinyatakan sebagai
usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian sesuatu sumber asli itu dari sifat-sifat
luarannya, misalnya bila sumber itu dicatat atau direkodkan, di mana ia dihasilkan,
siapa yang menghasilkannya, daripada bahan apa ia dihasilkan, dari bentuk apa
asalnya ia dihasilkannya. Kritikan dalaman pula bermaksud kemunasabahan
(credibility) keterangan isi kandungan sesuatu sumber itu. Persoalannya, apakah
kandungannya itu benar, rasional atau logik.
e. Interpretasi
Interpretasi pada dasarnya merupakan langkah yang dilakukan dalam menjawab
permasalahan dari topik yang diteliti. Fakta yang dihasilkan melalui kritik harus

dihubungkan antara yang satu dengan yang lainnya, terutama dalam konteks hubungan
sebab akibat atau adanya hubungan yang sangat signifikan.

f. Historiografi
Dalam tahap historiografi, fakta-fakta yang telah di kumpulkan, dikritik, dan di
interpretasikan kemudian di sajikan dalam bentuk tulisan yang logik, sistematis dan
bermakna. Historiografi yang baik biasanya menyajikan latar belakang, kronologi
peristiwa, analisis sebab akibat, dan huraian mendalam mengenai hasil penelitian,
analisis kesan, serta kesimpulan. Dengan demikian, hasilnya dapat memberikan
pemahaman baru yang bermakna kepada pembaca tentang topik tersebut.

Anda mungkin juga menyukai