Anda di halaman 1dari 3

Kritikan Sumber

tafsiran sumber, iaitu penilaian untuk memastikan sesuatu objek/ sumber dan maklumat dalam sumber yang digunakan itu benar ataupun palsu.

menguji kebenaran sesuatu sumber kerana berpunca dari kesangsian terhadap fakta. Pendapat ini dipersetujui oleh Collingwood dan menyifatkan kaedah tersebut sebagai 'sejarah kritikal'. ( Marc Bloch)

Kaedah utama kritikan sumber Kritikan Sumber Dalaman


usaha mengesahkan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber asli itu. Tujuannya : memastikan sama ada sesuatu sumber itu tulen atau palsu. Berkenaan dengan kemunasabahan atau perihal boleh dipercayai ataupun kewarasan isi kandungan sesuatu sumber itu. masalah subjektiviti pengkajiannya dengan adanya perbezaan sikap dan nilai terhadap sesuatu timbulnya konsep nilai yang relatif, iaitu yang berbeza dan berubah-ubah mengikut ruang dan waktu tertentu.

Luaran

Untuk memastikan ketulenan dan hubungan antara sumber. Untuk menilai kesahihan sumber. Untuk dijadikan bukti penulisan. Mendapatkan bukti bagi penggunaan Untuk mengkaji kegiatan manusia

Untuk memastikan peristiwa yang dinyatakan dalam sumber Untuk menerangkan ketulenan bukti Kemunasabahan keterangan atau perihal yang boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai.

Kaedah dalam kritikan luaran

Ujian Kimia
Menentukan umur atau tarikh sebenar sesuatu dokumen iaitu dari segi keadaan kertas, dakwat dan cap di dalam sesebuah dokumen yang akan berubah mengikut peredaran masa. Pakar kimia boleh memastikan sama ada dokumen itu benar dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak-pihak yang memilikinya.

Ujian Bahasa
Melihat ketulenan sesuatu dokumen dengan mengesahkannya melalui bahasa.
Gaya bahasa sentiasa berubah dari sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda baca dan sebagainya.

Ujian Tulisan Tangan


Hanya dapat dijalankan terhadap dokumen yang ditulis dengan tangan dan bukan ditaip atau dicetak.

Tulisan berubah mengikut masa dan ini menjadikannya sulit bagi seseorang yang berniat memalsukan karya yang didakwa sebagai tua.

Sebagaimana diutarakan oleh Garraghan, tulisan tangan mempunyai cirinya yang tersendiri dan pakarpakar dalam bidang ini boleh mendedahkan perbuatan untuk meniru tulisan tangan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai