Anda di halaman 1dari 2

Jenayah Siber

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Guru Besar, Barisan GPK, rakan-rakan guru
serta anak -anak didik yang saya kasihi sekalian.

Pada hari ini, saya akan berkongsi informasi berkenaan jenayah siber. Jadi, mari kita teliti apakah makna
jenayah siber?

Jenayah siber merupakan jenayah komputer. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan
perintipan maklumat.

Jadi, bagaimana pula aktiviti salah laku siber ini dianggap sebagai satu jenayah?

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama
ada kita sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Jenis jenayah
siber yang biasa kita dengar:

 Penipuan
 Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer
 Kecurian maklumat/ mengambil maklumat tanpa pengetahuan orang lain
 Capaian internet secara tidak sah / kita mencuri internet milik orang lain tanpa kebenaran
 Menyalin perisian secara tidah sah/ kita memuat naik (download) aplikasi /permainan video
yang tidak sah
 Pengintipan data/ maklumat orang lain
 Judi siber
 Skim cepat kaya
 Pornografi/video lucah
 Penggodam atau "Hacker"
 Penyebaran virus ke atas komputer orang lain

Contoh-contoh ini dianggap sebagai satu jenayah siber yang serius.

Seterusnya, adakah jenayah siber ini melibatkan golongan kanak-kanak atau murid sekolah?

Ya, terdapat laporan berita harian yang menyatakan kira-kira 70% daripada 6000 pelajar sekolah di
Malaysia telah melibatkan diri dalam jenayah siber.

Antara jenayah siber yang pernah direkodkan atau dikesan oleh pihak berkuasa, pelajar sekolah ini
pernah mengeluarkan kata-kata kesat di media sosial, menyebarkan video atau berita tidak
sahih, malah menyebarkan gambar berunsur lucah. Jenayah ini juga boleh dikenakan hukuman
undang-undang di bawah seksyen 233, akta komunikasi dan multimedia yang dikenakan
hukuman denda sebanyak rm500,00.00 dan penjara 10 tahun.
Jadi, bagi mengelakkan murid-murid semua terlibat dalam jenayah siber, kita perlulah mematuhi
etika dan undang-undang siber.
Antara etika dan undang-undang siber yang patut kita amalkan ialah:

Kesimpulannya, kita perlulah menggunakan platform siber atau media sosial untuk berkongsi
perkara yang baik-baik sahaja dan elakkan diri dari terlibat dengan jenayah siber.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai