Anda di halaman 1dari 1

Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal.

Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar sukasuka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Contoh Jenaya cyber adalah Penipuan, Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data computer, Kecurian maklumat, Pengintipan, Pornografi, Penggodam atau hackers, Penyebaran Virus dan sebainya. Sikap manusia yang negatif , sifat ketamakan manusia, Merupakan punca berlakunya jenayah siber. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber sematamata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain , contohnya merompak, menyerang system dan lain-lain lagi. Kesimpulannya , teknologi pada masa kini semakin canggih , tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya , iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu , kita hendaklah berwaspada pada setiap masa . Sediakan payung sebelum hujan , kita hendaklah melindungi sistem kompouter kita dengan perisian-perisian dan berhati-hati semasa menggunakan rangkaian internet.

Anda mungkin juga menyukai