Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS ISU ISU PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF DI MALAYSIA.

POINT 1 : ISU PENDAFTARAN TANAH WAKAF

a) Latar Belakang Kajian :

Pengurusan hartanah wakaf tidak lagi menjadi perkara asing bagi rakyat Malaysia terutama
bagi mereka yang beragama Islam. Hartanah wakaf ini merupakan salah satu isu hangat yang
sedang diketengahkan oleh sebilangan pihak. Jelas nyata dan terang terdapat banyak kajian
yang dijalankan yang membuktikan bahawa terdapat beribu ekar tanah yang tidak aktif yang
disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah sistem pendaftaran yang kurang
sistematik. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Malaysia pada tahun 2012 telah membuktikan bahawa harta wakaf yang dianggarkan
diseluruh Malaysia adalah sebanyak RM1.17 Bilion. Namun begitu, hanya 7.2% sahaja tanah
wakaf diseluruh Malaysia yang dapat dibangunkan menurut kenyataan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, 2012. ( Maznah Zakaria, Mohamat Sabri
Hassan, Radziah Abdul Latiff ) .Seperti yang kita sedia maklum, amalan wakaf ini telah
termasuk dalam sebahagian amalan yang dilakukan dalam kehidupan seharian terutama
bagi masyarakat Islam, and dipercayai telah wujud lebih dari lapan ratus tahun lamanya
menurut (Syed Othman, 1986). Dalam pengurusan hartanah wakaf ini ianya melibatkan
beberapa pihak seperti pihak akademik, pihak pelaksana wakaf, dan pihak kerajaan sendiri
terutama perkara perkara yang melibatkan undang undang. Hal ini kerana, kedudukan tanah
wakaf dan Kanun Tanah Negara telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
melalui Perkara 74 dan Senarai 2 (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan dimana Parlimen
dan Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa dalam undang undang yang berkaitan
dengan apa berada di bawah bidangkuasa perundangan dan pentadbiran kerajaan negeri
dengan mematuhi segala syarat yang dinyatakan. ( Sayuti Ab Ghanii& Burhanuddin Jalal,
2019 )

b) Kenyataan Masalah

Antara penyumbang utama masalah dalam pembangunan hartanah wakaf adalah isu
pendaftaran hartanah wakaf di Pejabat Tanah. Perkara ini bukan lagi asing bagi masyarakat
Malaysia terutama bagi umat islam. Hal ini demikian kerana, pengurusan dan pengendalian
yang dijalankan di Pejabat-pejabat Tanah diperkatakan adalah tidak seragam sebagaimana
pengurusan hartanah lain dijalankan. Pembangunan hartanah wakaf haruslah seiring dengan
KTN (Kanun Tanah Negara). Menurut KTN tanah wakaf juga perlu didaftar mengikut undang-
undang yang sama kerana tiada peruntukan khas untuk pendaftaran tanah wakaf. Terdapat
beberapa isu yang dibangkitkan seperti implikasi dokumen yang dikeluarkan terhadap tanah
wakaf. Hal ini kerana, hartanah wakaf merupakan salah satu harta istimewa menurut islam,
maka isu dokumen hak milik tanah wakaf perlulah dipertimbangkan ketelitiannya demi
menjaga kesuciannya. Selain itu, ketiadaan perkataan wakaf dicatatkan dalam dokumen
hakmilik juga menjadi kesukaran untuk meneruskan pendaftaran. Hal ini kerana perkara ini
mampu mengubah aspek pembangunannya dan hal ini merupakan syarat yang dikenakan
bagi sesuatu hartanah wakaf. (Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna
Mohamed, 2011).

c) Objektif Kajian

Hartanah wakaf merupakan amanah yang wajib disempurnakan dengan baik. Antara objektif
kajian ini dilakukan adalah untuk memberi lebih pencerahan betapa pentingnya pengurusan
pendaftaran hartanah wakaf ini dijalankan. Dengan cara ini, setiap mereka yang mengambil
bahagian dalam pembangunan hartanah wakaf akan memberi sepenuh perhatian dalam
menyelesaikan isu pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Justeru, matlamat kajian ini
juga untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang segala prosedur yang harus dilakukan
dalam membangunkan hartanah wakaf terutama dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

d) Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan dengan bersumberkan bahan bahan yang berautoriti seperti jurnal dan
artikel akademik. Melalui analisa yang kami peroleh daripada kedua dua bahan bacaan ini,
kami telah mengariskan beberapa isu hangat yang menjadi tarikan pada saat ini. Antara isu
yang diketengahkan adalah isu pendaftaran tanah wakaf yang menjadi masalah utama yang
dihadapi oleh bahagian pengurusan. Dengan menganalisa isu isu yang berkaitan kami dapat
menyimpulkan antara objektif kajian ini seterusnya dapat mengetahui apakah kepentingan
menjaga dan menguruskan pembangunan hartanah wakaf. Dalam mengenalpasti jenis
masalah yang sering berlaku dalam organisasi, kami juga diberi peluang untuk
mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan dalam pembangunan hartanah wakaf
di Malaysia.

e) Dapatan Kajian

Hartanah wakaf adalah merupakan harta yang sangat istimewa bagi umat islam. Melalui
kajian ini kami dapat meneliti bagaimanakah potensi dan peranan institusi wakaf
memainkan peranan dalam pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Selain itu, dengan
kajian ini kita dapat mengetahui bahawa segala pembangunan dan pengurusan ke atas
tanah wakaf hendaklah berpandukan Kanun Tanah Negara (KTN) dan menjadikan
pendaftaran itu adalah segala-galanya. Hal ini kerana, tanpa pendaftaran sesuatu
pembangunan tidak dapat membangun dengan jayanya. Oleh yang demikian, dalam
menjayakan sesuatu pembangunan hartanah pihak yang bertanggungjawab khususnya
Majlis Agama Islam Negeri harus memainkan peranan penting terutama dalam proses
pendaftaran. Bukan itu sahaja, melalui kajian ini juga kita dapat lihat akan kepentingan
pengurusan dokumen dan kesahihan yang dibuat untuk memastikan prosedur yang
ditetapkan dapat dijalankan dengan lancar.

f) Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan kajian yang telah dianalisis, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
mampu meningkatkan kualiti pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Antaranya ialah
menyelaraskan dan menyeragamkan garis panduan dan tatacara dalam pengurusan
hartanah wakaf terutama dalam bahagian pendaftaran. Hal ini kerana, dengan penyelarasan
ini kedua-dua belah pihak antara Majlis Agama Islam Negeri dan Pemilik Hartanah. Selain itu,
membuat kempen atau pencerahan tentang pembangunan hartanah wakaf ini kepada
umum terutama kepada agensi-agensi yang berkepentingan seperti universiti awam,
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sekolah menengah, dan Agensi atau Jabatan yang
berkaitan. Dengan cara ini, kita dapat memberi pendedahan awal dan lebih pengetahuan
kepada mereka tentang hartanah wakaf justeru mampu memberi mereka peluang untuk
mempelajari sesuatu yang berada diluar bidang mereka. Akhir sekali, mewujudkan satu
sistem tadbir urus yang teratur dan tersusun dalam pengurusan wakaf. Hal ini kerana,
dengan sistem yang baik, sesuatu proses pengurusan atau pendaftaran menjadi lebih mudah
dan teratur. Secara automatik isu isu yang dibangkitkan dapat diatasi dengan professional.
Langkah ini amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
negara berpendapatan tinggi. (YB DATO' DR. MUJAHID BIN YUSOF, 2018 )

RUJUKAN
 Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed, B. A. G. & C. Z. I.
(2011). Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes Di Bawah Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN) di Malaysia. Dalam International Conference 2011: Future Education in Global
Challenges (ICETA 3).

 University Transformation Programme, Purple Book. (2016). Enhancing University Income


Generation Endowment and Waqf. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Putrajaya.

 Manual Pengurusan Tanah Wakaf (JAWHAR), 2006. Matang Cipta Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

 Journal of Fatwa Management and Research | Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa |
‫ الفتاوى وبحوث إدارة مجلة‬Special Edition |Vol. 16 No. 2| ISSN: 2232-1047 | eISSN: 0127-8886.

 https://wazan.upm.edu.my/upload/dokumen/penerbitan/20181022142837MANUAL_PENG
URUSAN_WAKAF_INSTITUSI_PENDIDIKAN.pdf

Anda mungkin juga menyukai