Anda di halaman 1dari 17

SUP 6313

SISTEM PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA

BIL NAMA PELAJAR NO.MATRIK


1 NURASHIKIN BINTI RAMLAN M192035002
2 NURUL FILZAH BINTI WASLI M192009202
3 NURUL SHAFIQAH BINTI ABDUL RAZAK M192014102
4 SITI KAMILAH BINTI KAMARUDIN M192055602
5 SITI WAHIDA SHAHIRA BINTI SHUZALI M192001902
6 NURONMADIHAH BINTI ABDULLAH M192081002

TAJUK : PENGURUSAN TANAH WAKAF PULAU PINANG


KUMPULAN: 3
DISEDIAKAN UNTUK : PUAN NUR SARAH BINTI TAJUL URUS
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1. Abstrak 1

2. Permasalahan kajian 2

3. Objektif kajian 2

4. Hasil dapatan kajian 3-8

4.1 Strategi pembangunan tanah wakaf Pulau Pinang


4.2 Konsep pembangunan harta wakaf dalam sektor komersial
4.3 Bilangan tanah wakaf di Pulau Pinang
4.4 Tawaran pampasan dan tindakan ke atas penghuni setinggan
yang enggan pindah.
4.5 Langkah yang diambil bagi mengatasi masalah aktiviti yang
bertentangan dengan hukum syarak
4.6 Pendedahan kepada penduduk mengenai perancangan
pembangunan tanah wakaf
4.7 Tahap kesedaran penduduk/penyewa tapak mengenai status
tanah wakaf

5. Perbincangan, Kesimpulan & Cadangan 9-14

6. Rujukan 15
1.0 ABSTRAK

Tanah wakaf merupakan sebuah aset yang dijaga dan diusahakan dengan baik bagi membantu
kepesatan perkembangan dan pembangunan ekonomi negara. Manakala, Majlis Agama Negeri
Islam Pulau Pinang merupakan pemegang Amanah bagi tanah wakaf di Pulau Pinang serta
bertanggujawab untuk membangun dan menguruskan tanah wakaf. Oleh itu, penyelidikan ini
dijalankan melalui kajian kualitatif yang melibatkan sesi temubual dengan wakil dari Majlis
Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mengenai pengurusan tanah wakaf di negeri tersebut.
Dengan itu, pelbagai kaedah penyelesaian yang telah dikenalpasti, dinilai melalui cara dalam
mengurus tanah wakaf supaya ianya dapat menjadi satu agenda pembangunan dan pengurusan
yang berterusan dan lancar seterusnya mencadangkan beberapa penambahbaikkan bagi
pengurusan tanah wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Secara
tuntasnya, penyelidikan ini memberi nilai tambah kepada Majlis Agama Negeri Pulau Pinang
(MAINPP) dan pihak-pihak terlibat dalam mengurus tanah wakaf di Pulau Pinang.

1
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenai kurang kesedaran
dalam kalangan masyarakat terhadap konsep tanah wakaf. Berdasarkan maklumat daripada
MAIN dan temubual dengan orang ramai hampir 75 peratus umat Islam tidak dapat
membezakan antara konsep Zakat, Wakaf, Sedekah dan Pusaka.

Berdasarkan data yang diperoleh, rata-rata masyarakat tidak memahami makna wakaf sebenar,
hanya memahami maksud wakaf di dalam skop yang terlalu cetek, sempit yang terlalu asas.
Majoriti penduduk setempat hanya memahami akan keperluan tanah wakaf ke atas satu
keperluan sahaja.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa sesetengah masyarakat kurang mengambil tahu konsep
tanah wakaf menyebabkan masih kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan
masalah ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji konsep pembangunan harta tanah wakaf di Pulau Pinang.


2. Mengenalpasti cabaran yang wujud pada pemaju dalam usaha dalam membangunkan
harta tanah wakaf di Pulau Pinang.
3. Mengkaji tentang strategi MAINPP untuk membangunkan tanah wakaf.

2
4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Pendahuluan

Penulis menghuraikan dapatan kajian yang diperolehi menerusi temubual kepada responden
atas kajian yang dijalankan. Selain itu, dapatan kajian ini dianalisis dengan huraian
berdasarkan soalan yang diajukan kepada responden untuk mencapai objektif kajian. Dapatan
kajian ini juga dibentangkan dengan mudah dan jelas, ia juga dihuraikan dalam konteks yang
mudah difahami oleh pembaca.

Temubual :

Dapatan kajian yang diperolehi dengan cara menemubual responden berkaitan dengan kajian
yang dijalankan iaitu pengurusan tanah wakaf Pulau Pinang.

Dapatan kajian :
Penyelidik menbentangkan dapatan kajian dengan menghuraikan maklumat yang diperolehi
bagi mencapai sasaran objektif keatas kajian yang dijalankan.

Dapatan maklumat daripada beberapa soalan :

Terdapat beberapa maklumat hasil daripada temubual yang dijalankan keatas responden yang
berkaitan dengan pengurusan harta wakaf di Pulau Pinang. Oleh itu, ini adalah pembentangan
yang dapat dihuraikan oleh penyelidik tentang kajian yang dijalankan:

1. Strategi pembangunan tanah wakaf Pulau Pinang.


2. Konsep pembangunan harta wakaf dalam sektor komersial.
3. Bilangan tanah wakaf di Pulau Pinang.
4. Tawaran pampasan dan tindakan keatas penghuni setinggan yang enggan pindah.
5. Langkah yang diambil bagi mengatasi masalah aktiviti yang bertentangan dengan hukum
syarak.
6. Pendedahan kepada penduduk mengenai perancangan pembangunan tanah wakaf.
7. Tahap kesedaran penduduk/penyewa tapak mengenai status tanah wakaf.

3
4.1 Strategi pembangunan tanah wakaf Pulau Pinang

Kebelakangan ini masyarakat sering mengaitkan isu melayu terpinggir dan kegagalan
MAINPP memainkan peranan dalam membangunkan Tanah Wakaf diseluruh negeri Pulau
Pinang bagi menaik taraf kehidupan masyarakat islam. MAINPP menyusun strategi serta
kaedah untuk dilaksanakan dalam pembangunan tanah wakaf. Hal yang demikian, setiap usaha
yang dilakukan pastinya menghadapi kekangan, begitu juga dengan usaha yang dijalankan ini.

Kekangan utama yang dihadapi oleh MAINPP adalah tiada peruntukan dan kekurangan dana
dalam usaha membangunkan harta wakaf. Walaubagaimanapun, MAINPP kini mengatur
langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ini dengan kaedah memohon peruntukan
kepada kerajaan pusat melalui RMKe8 (RM40 juta) dan RMKe9 (RM100 juta), disamping
menjalinkan usahasama dengan syarikat-syarikat GLC. Selain itu, MAINPP juga
menggunakan kaedah istibdal yang mana mempunyai pertalian yang khusus dalam
mengekalkan nilai harta berkenaan dan bukan zat asalnya. Tambahan lagi, MAINPP
memperolehi dana dan sumbangan korporat disamping mengembeleng sumber dalaman
MAINPP sendiri, melalui penyatuan sumber hasil wakaf dan dana wakaf orang ramai.

Bagi memastikan sesuatu pembangunan berjaya dilaksanakan , pengurusan dan pentadbiran


adalah perkara yang amat penting untuk dititikberatkan. Golongan professional dalam bidang
perundangan, pengurusan, teknikal dan yang berkaitan dengan pembangunan memainkan
peranan utama dalam menjayakan pembangunan ini. Dengan hal yang demikian, MAINPP
perlu mengorak langkah kehadapan dalam melibatkan golongan professional ini. Keterlibatan
golongan ini akan memberikan pengaruh yang besar terhadap pembangunan harta wakaf yang
dilaksanakan. Ia akan menjadikan pengurusan dan pentadbiran yang lebih efisien dan efektif.

MAINPP memerlukan sistem pangkalan data yang canggih untuk penyimpanan data dan rekod
yang berkaitan dengan tanah wakaf. Maka jumlah tanah wakaf yang banyak dapat diuruskan
dengan lebih sistematik.

4
4.2 Konsep pembangunan harta wakaf dalam sektor komersial

Alternatif yang dilakukan oleh MAINPP dalam usaha untuk membangunkan harta wakaf
adalah dengan menggunakan konsep pembangunan dalam sektor komersial. Oleh itu, konsep
pembangunan harta wakaf seharusnya dibincangkan daripada sudut yang baru. Pembangunan
harta wakaf mestilah merangkumi dasar-dasar manfaat yang berkekalan, bertanggungjawab,
pengurusan yang professional, sistem pengurusan sumber manusia dan sistem pengurusan
pewakaf. Melalui dasar-dasar ini, pembangunan harta wakaf mampu diurus oleh nazir dengan
berorientasikan komersial. Hasil daripada usaha yang berorientasikan komersial dan
keuntungan itu pula disumbangkan kepada pihak yang berhak menerimanya iaitu mauquf alayh
(Jaih Mubarok, 2008 dan Ahmad Raflis Che Omar, 2010).

Komersial membawa maksud perdagangan yang mempunyai kepentingan dan bertujuan


meningkatkan nilai ekonomi. Selain itu, komersial harta wakaf adalah pembangunan yang
berkaitan dengan usaha-usaha menaiktaraf penginapan seperti hotel, rumah tumpangan, begitu
juga dengan pasaraya seperti bazar rakyat dan sebagainya.

Harta wakaf ini mestilah diperhatikan dari sektor yang lebih meluas dan berpotensi untuk
membawa kepada keuntungan. Oleh itu, jangan dilihat dari sudut skop yang kecil seperti wakaf
kubur dan masjid. Skop kecil sebegini kurang memberikan pulangan yang boleh menjana
kepada keuntungan untuk membantu ekonomi rakyat di Pulau Pinang. Sektor komersial yang
dijalankan dapat menjana hasil yang lumayan dan dapat dinikmati manfaatnya oleh mauquf
alayh.

MAINPP menjalankan pembangunan projek-projek secara komersial tanah wakaf di Pulau


Pinang terdiri daripada pembinaan bangunan kontemporari. Berikut adalah bentuk-bentuk
pembangunan harta wakaf komersial di Pulau Pinang yang dapat dikongsikan bersama.
Pembangunan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pertanian, penternakan serta
pembinaan bangunan (Hydzulkifli Hashim Omar & Asnak Ab Rahman).

Pembangunan harta wakaf komersial dalam kategori pembinaan bangunan memberikan


pengaruh serta impak yang amat jelas. Pembinaan bangunan adalah pembangunan yang
dilakukan dari segi keagamaan dan sosial. Antara bangunan yang didirikan adalah rumah teres,
premis perniagaan, bangunan pejabat dan banyak lagi.
5
Pembangunan harta wakaf dalam sektor komersial yang produktif akan memberikan manfaat
dan mampu meningkatkan nilai pembangunan di harta wakaf itu sendiri. Ia juga akan
menambahkan lagi jumlah harta wakaf. Pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang berada
dilandasan yang tepat. MAINPP memainkan peranan yang penting dalam membangunkan
harta wakaf ini mengikut arus perkembangan semasa. Ia akan mendatangkan keuntungan yang
besar dan membantu ekonomi rakyat Pulau Pinang.

4.3 Bilangan tanah wakaf di Pulau Pinang

Pulau Pinang bertuah kerana mempunyai tanah wakaf yang banyak dan bernilai tinggi kerana
terletak di kawasan strategik iaitu di tengah bandaraya Georgetown. Antara tanah wakaf yang
terkemuka ialah Tanah Wakaf Haji Kassim, Tanah Wakaf Hashim Yahaya dan Tanah Wakaf
Kampung Dodol yang keseluruhannya seluas 21 ekar (8.5 hektar).

Selain itu, terdapat juga Tanah Wakaf Shaik Eusoff seluas 14 ekar (5.6 hektar) dan Tanah
Wakaf Wan Chik Ariffin seluas 0.9 ekar (0.4 hektar) tetapi malangnya tidak dioptimumkan
kegunaannya yang mana merugikan orang Islam di negeri ini.

Berdasarkan inventori tanah wakaf MAINPP, terdapat banyak tanah-tanah wakaf yang
berpotensi dan lokasi yang strategik yang boleh dibangunkan dan dikomersilkan.
Walaubagaimanapun hampir kesemua tanah-tanah tersebut berpenghuni sama ada secara
berdaftar dan tidak berdaftar (setinggan). Oleh yang demikian strategi, pendekatan dan kaedah
pembangunan mestilah dirancang dengan rapi dan tersusun supaya pembangunan dilaksanakan
secara lancar.

4.4 Tawaran pampasan dan tindakan ke atas penghuni setinggan yang enggan pindah.

MAINPP menawarkan pampasan ‘rumah ganti rumah’ kepada semua penduduk setinggan
yang menetap di tanah wakaf tersebut. Dalam usaha MAINPP membangunkan tanah wakaf
bagi kepentingan umat islam di Pulau Pinang dan rakyat melayu khasnya, terdapat beberapa
cabaran serta halangan yang dihadapi oleh MAINPP untuk menjayakan projek pembangunan
ini. Selain itu, penduduk setinggan menentang dan menolak tawaran yang diberikan oleh
MAINPP, mereka tidak berpuas hati dengan konsep pembangunan yang ingin dijalankan.

6
Agensi Kerajaan Pusat telahpun memberikan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk
membangunkan 470 buah unit rumah pangsa kos sederhana rendah setinggi 22 tingkat bagi
menetapkan 46 pemilik penempatan setinggan yang terlibat.

MAINPP turut bersedia menanggung bayaran sewa rumah sementara sebanyak RM500
sebulan bagi tempoh sementara sehingga projek pembangunan yang dilaksanakan berjaya.
Elaun pindah keluar dan pindah masuk juga disediakan serta diberikan kepada semua pemilik
rumah setinggan tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penghuni yang masih tidak
bersetuju dengan cadangan dan tawaran yang diberikan. Dengan hal ini, MAINPP memutuskan
untuk mengambil tindakan undang-undang keatas penghuni yang enggan mengosongkan tanah
wakaf tersebut.

4.5 Langkah yang diambil bagi mengatasi masalah aktiviti yang bertentangan dengan
hukum syarak

Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi kerana aktiviti yang bertentangan dengan
hukum syarak seperti perjudian, menjual arak, menjual khinzir dan menjual peralatan
sembahyang bukan beragama Islam memang berlaku di premis-premis kediaman dan
perniagaan yang berstatus wakaf tersebut.

Sebelum pemansuhan Akta Kawalan Sewa 1960, masyarakat yang bukan beragama Islam telah
menghuni di sebahagian besar premis wakaf. Hal yang demikian, masalah ini telah mencabar
kredibiliti serta imej MAINPP dalam menguruskan harta wakaf.

Pada tahun 2000, sejak Akta Kawalan Sewa dimansuhkan, MAINPP telah mengambil alih
premis-premis kediaman dan perniagaan tersebut.

4.6 Pendedahan kepada penduduk mengenai perancangan pembangunan tanah wakaf

MAINPP di dalam organisasinya mempunyai perancangan sendiri untuk memanfaatkan tanah.


Salah satu daripada tanggungjawab MAINPP adalah untuk mendapatkan hasil yang maksimum
dalam mencapai deed pewakaf. Di samping itu juga ia adalah bertujuan untuk memberi manfaat
kepada seluruh penduduk Pulau Pinang. Dalam memberi pendedahan kepada pembangunan,

7
masyarakat secara umumnya memang sedia maklum mengenai keperluan pembangunan
terutamanya untuk mengisi keperluan kediaman dalam pembangunan.

la akan memberi kehidupan kepada masyarakat yang terhimpit dengan pembangunan semasa
di dalam kota yang tidak mampu didiami dan hidup dalam keadaan yang terpinggir di tempat
kelahiran sendiri. Cuma segelintir masyarakat penduduk yang tamak dan mementingkan diri
sendiri yang menafikan pembangunan kerana rata-rata merasa selesa dengan kehidupan kini
yang telah lama berada di kawasan tersebut.

Justeru, MAINPP dari masa ke masa telah membuat perancangan demi memenuhi keperluan
tersebut, berusaha untuk menaik taraf kehidupan masyarakat Islam di Pulau Pinang, untuk
menjana keseimbangan ekonomi di kawasan tersebut yang sangat-sangat berpotensi untuk
dibangunkan. Melihat kepada masalah ini, masyarakat sepatutnya menyokong pembangunan
yang dijalankan dan memberi laluan kepada MAINPP serta agensi yang telah dilantik oleh
MAINPP untuk melakukan pembangunan dengan lancar dan sempurna tanpa "demand' yang
tinggi dari penduduk tanah wakaf sedangkan kehidupan yang lebih selesa sedang menanti.

4.7 Tahap kesedaran penduduk/penyewa tapak mengenai status tanah wakaf

Masalah tanah wakaf mula timbul apabila tanah-tanah tersebut hendak dibangunkan.
Masyarakat setempat terutamanya salah faham mengenai pengertian tanah wakaf yang
mempunyai hasrat pewakaf (deed pewakaf) sebenar. Masalah utama salah faham dikalangan
penduduk adalah masyarakat mengandaikan tanah wakaf boleh diduduki secara percuma dan
hanya bertujuan kebajikan semata-mata. Pemahaman ini menyebabkan penduduk-penduduk
akan menceroboh dan mendiami tanah-tanah wakaf secara sesuka hati tanpa mendapat
kebenaran MAINPP.

Berdasarkan penerangan MAINPP, rata-rata masyarakat tidak memahami makna wakaf


sebenar, hanya memahami maksud wakaf di dalam skop yang terlalu cetek, sempit yang terlalu
asas. Dan kebanyakan menganggap mewakafkan tanah adalah untuk melepaskan diri daripada
masalah tanah wakaf seperti hutang.

8
5.0 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN PADA MASA AKAN
DATANG

5.1 PERBINCANGAN

Bahagian ini akan membincangkan tentang hasil dapatan di dalam kajian ini seterusnya
membuat kesimpulan tentang hasil dapatan kajian tersebut. Terdapat 7 hasil dapatan kajian ini,
antaranya ;

1. Strategi pembangunan tanah wakaf Pulau Pinang


2. Konsep pembangunan harta wakaf dalam sektor komersial
3. Bilangan tanah wakaf di Pulau Pinang
4. Tawaran pampasan dan tindakan keatas penghuni setinggan yang enggan pindah
5. Langkah yang diambil bagi mengatasi masalah aktiviti yang bertentangan dengan hukum
syarak.
6. Pendedahan kepada penduduk mengenai perancangan pembangunan tanah wakaf
7. Tahap kesedaran penduduk/penyewa tapak mengenai status tanah wakaf

5.2 Strategi pembangunan tanah wakaf Pulau Pinang

Secara keseluruhannya, hasil dapatan ini membahas tentang peranan MAINPP dalam
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat dengan membangunkan Tanah Wakaf. Lumrahnya,
setiap usaha pasti akan menghadapi pelbagai masalah. Namun, MAINPP bersedia dengan
pelaksanaan strategi bagi membendung masalah tersebut. Antara strategi yang dilaksanakan
ialah, menjalankan usahasama dengan syarikat-syarikat GLC dan menggunakan kaedah
istibdal. Usaha dan strategi yang disusun ini akan menambahbaikkan sistem pengurusan
sebilangan besar tanah wakaf agar lebih sistematik.

9
5.3 . Konsep pembangunan harta wakaf dalam sektor komersial

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini menerangkan tentang usaha MAINPP dalam
membangunkan tanah wakaf dengan menggunakan konsep pembangunan dalam sektor
komersial. Setiap pembangunan haruslah mempunyai dasar yang baik agar dapat diuruskan
dan dimajukan. Dasar-dasar itu merangkumi manfaat yang kekal, sifat tanggungjawab yang
tinggi dan system pengurusan yang sistematik serta professional. Konsep komersial ini bukan
sahaja penting dan baik, akan tetapi ia juga boleh membawa keuntungan kepada masyarakat.
Keuntungan yang diperolehi akan disumbangkan kepada pihak yang berhak mendapatkannya.
Terdapat 3 kategori pembangunan iaitu pertanian, penternakandan pembinaan bangunan.

5.4 Bilangan tanah wakaf di Pulau Pinang

Secara keseluruhannya, hasil dapatan ini menyatakan sebilangan besar tanah wakaf yang
dimiliki oleh Pulau Pinang. Tanah-tanah wakaf tersebut sangat bernilai kerana lokasinya yang
berada di tempat strategik. Terdapat juga tanah-tanah lain yang berpotensi namun hampir
kesemua tanah-tanah tersebut dihuni oleh masyarakat sama ada berdaftar dan tidak berdaftar
(setinggan). Perancangan yang teratur haruslah dilakukan bagi memastikan pelaksanaan
pembangunan sentiasa lancar.

5.5 Tawaran pampasan dan tindakan ke atas penghuni setinggan yang enggan pindah.

Secara keseluruhannya, hasil dapatan ini menjelaskan tentang cabaran dan halangan yang
dilalui oleh MAINPP semasa melaksanakan projek pembangunan tanah wakaf. Usaha
MAINPP untuk melaksanakan projek tersebut disalahertikan oleh penduduk di kawasan
tersebut. Mereka menolak keras rancangan projek tersebut namun MAINPP mengatasinya
dengan menawarkan pampasan serta tanggungan sewa rumah sementara kepada semua
penduduk. Malangnya, masih ada yang menentang rancangan tersebut dan MAINPP terpaksa
mengambil Tindakan undang-undang terhadap mereka.

10
5.6 Langkah yang diambil bagi mengatasi masalah aktiviti yang bertentangan dengan
hukum syarak.

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini juga menerangkan tentang cabaran serta
masalah yang berlaku di tanah wakaf. Sebelum ini, tidak dinafikan majoriti premis wakaf
dihuni oleh masyarakat yang bukan beragama Islam dan ia menimbulkan masalah yang
melibatkan kerosakan imej MAINPP. Hal ini kerana, penghuni-penghuni tersebut telah
melakukan aktiviti-aktiviti yang terlarang dalam Islam dan melanggar hukum syarak.
Misalnya, menjual arak dan khinzir.Bagi mengatasi masalah tersebut, Akta Kawalan Sewa
telah dimansuhkan.

5.7 Pendedahan kepada penduduk mengenai perancangan pembangunan tanah wakaf.

Seca keseluruhannya, hasil dapatan ini membincangkan tentang pengurusan MAINPP dalam
mendedahkan pembangunan tanah wakaf kepada penduduk. Tanah-tanah wakaf yang ingin
dibangunkan akan memberikan manfaat kepada semua pihak terutama sekali kepada seluruh
penduduk Pulau Pinang. Ia akan membantu penduduk yang terpinggir dengan menempatkan
mereka di Kawasan yang lebih selesa. Akan tetapi, masih ada sebahagian penduduk yang tamak
dan mementingkan diri sendiri serta menolak rancangan pembangunan itu. MAINPP
berperanan untuk memberikan pendedahan tentang tanah wakaf kepada para penduduk.

5.8 Tahap kesedaran penduduk/penyewa tapak mengenai status tanah wakaf

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini membahas tentang kesedaran penduduk
terhadap rancangan pembangunan tersebut. MAINPP sekali lagi menghadapi masalah di mana
masyarakat telah salah faham tentang pengertian tanah wakaf. Mereka berfikiran bahawa tanah
wakaf tersebut boleh dihuni secara percuma,. Kebanyakan penduduk tidak memahami erti
tanah wakaf yang sebenar.

11
5.9 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, ditekankan di sini kajian ini telah menepati dan memenuhi
matlamat kajian. Umumnya, tanah wakaf sangat bermanfaat kepada semua pihak terutama
sekali kepada penduduk Pulau Pinang. Berdasarkan kajian ini, dapat dilihat bahawa MAINPP
sentiasa berjaya mengatasi segala cabaran dan rintangan semasa menjalankan pembangunan
tanah wakaf di Pulau Pinang. Hal ini membuktikan bahawa MAINPP mempunyai sistem
pengurusan yang baik dan sistematik kerana dapat menguruskan sebilangan besar tanah wakaf.
Strategi-strategi yang disusunoleh pihak MAINPP sangat berkesan dalam membendung
masalah-masalah yang timbul.

Masalah kurang kesedaran tentang tanah wakaf dalam kalangan masyarakat dapat
diselesaikan oleh MAINPP. Pihak MAINPP melaksanakan projek pembangunan tanah wakaf
bagi memberikan manfaat kepada para penduduk Pulau Pinang. Dengan itu, para penduduk
lebih sedar tentang kebaikan projek pembangunan tanah wakaf tersebut. Di dalam kajian,
disertakan juga beberapa cadangan yang mungkin berpotensi membantu kajian lain pada masa
akan datang.

12
6.0 CADANGAN

6.1 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati terdapat beberapa kajian lanjutan yang
boleh dilaksanakan berkaitan dengan pembangunan tanah wakaf secara umum atau
pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang secara khusus.

Bidang Pengurusan Pembangunan Organisasi Tanah Wakaf dan membina ilmu khusus
mengenai pembangunan tanah wakaf adalah satu bidang yang perlu diterokai. Hal ini
disebabkan isu pengurusan pembangunan wakaf itu sendiri mempunyai pelbagai disiplin ilmu
yang perlu dikuasai serta kaedah dan strategi. Keperluan untuk meneroka bidang ini perlu
diberi keutamaan kerana walaupun telah berdekad lamanya proses pembangunan tanah wakaf
dilaksanakan di Pulau Pinang, namun tiada satu struktur organisasi mahupun kaedah serta
strategi yang khusus pernah diwujudkan bagi menguruskan hal ehwal pembangunan tanah
wakaf. Pengwujudan struktur dan pengurusan mengenainya hanya diwujudkan secara tradisi
dan organisasi wakaf dibebankan dengan pelbagai isu untuk ditangani samada dalam bidang
ekonomi, syariah, pengurusan projek, akaun, kewangan, pengurusan aset, pemasaran
perundangan dan pelbagai lagi bidang yang lain. Kajian ini mendapati pengurusan
pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang mempunyai beberapa kaedah dan strategi yang
perlu dipelajari dan inovatif dalam melaksanakan pembangunan sebagaimana yang ditegaskan
sebelum ini tidak sewajarnya dilihat sekadar keperluan perlaksanaan pentadbiran dari aspek
keagamaan secara sempit, malahan ianya telah menjangkau kepada satu sistem pengurusan
organisasi dan strategi khusus dalam pembangunan tanah wakaf.

Kajian ini juga telah meneliti proses pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang. Antara
perkara penting yang disentuh dalam kajian ini adalah pertama, berkaitan dengan
pencerobohan penduduk (setinggan) dan keengganan penyewa tapak tanah wakaf yang tidak
mahu berpindah untuk melaksanakan pembangunan disamping pemahaman terhadap
pemilikan tanah wakaf. Kedua, di samping itu juga kajian ini menyentuh berkaitan organisasi
pentadbiran dan pengurusan tanah wakaf oleh MAINPP selaku pemegang amanah tunggal
tanah wakaf tersebut. Ini termasuk penyediaan pangkalan data dan inventori premis dan tanah
wakaf di Pulau Pinang. Ketiga kajian dan strategi untuk perbandingan berkaitan pembangunan
tanah wakaf yang telah dibangunkan, sedang dibangunkan dan dalam perancangan MAINPP.
Pembangunan meliputi aspek perundangan dan dana pembangunan yang meliputi sumber
pendapatan dan kaedah pembiayaan projek dan “end financing”.

13
6.2 CADANGAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN TANAH WAKAF SECARA
PROFESIONAL

Pengurusan organisasi dan pentadbiran adalah perkara tunjang dalam memastikan


kejayaan sesuatu rancangan. Dari segi pentadbiran, tanah wakaf perlu diperbangun dan
diperkembangkan lagi akan segala komponen, konsep dan kepentingannya dalam
meningkatkan taraf hidup umat Islam di Pulau Pinang. Pengurusan organisasi dan perlaksanaan
pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang harus cekap dan telus demi menjamin kejayaan
untuk memartabatkan peranan maksimum hartanah wakaf dalam kehidupan umat Islam
seluruhnya.

Masalah utama untuk membangunkan tanah wakaf adalah kekurangan dana tunai. Bagi
mengatasi masalah ini, maka dana wakaf perlu ditubuhkan bagi tujuan mengumpul dana untuk
pembangunan tanah wakaf. Dana ini perlu ditubuhkan dan sumbernya diperolehi dari wakaf
tunai. Secara prinsipnya kesemua hasil kutipan wakaf tunai akan dimasukkan ke dalam akaun
yang dikenali Dana Wakaf, sebagai deposit. Wang tunai yang berada dalam Dana Wakaf ini
merupakan satu bentuk harta kekal. Ini kerana wang terkumpul di dalam Dana Wakaf ini akan
disalurkan untuk membangunkan tanah-tanah wakaf yang berpotensi di Pulau Pinang.

14
RUJUKAN

1. SITI FATYMAH MOHD ROSLAN, 2017, PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI


PULAU PINANG: MASALAH DAN PENILAIAN STRATEGI.

2. Hisham Sabrii & Siti Mashitoh Mahamood, 2020, SIGNIFIKANSI KONSEP ISTIBDAL
DALAM SISTEM PENGURUSAN WAKAF: ANALISIS DARI PERSPEKTIF FIQH DAN
UNDANG-UNDANG, journal of fatwa management and research.

3. Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab. Rahman. (2015). Pembiayaan pembangunan harta
wakaf menggunakan sukuk. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

4. Zakaria Bahari & Surita Hartini Mat Hassan. (2017). Pembangunan wakaf produktif: Kes
kajian di Pulau Pinang. Dlm. Muhammad Iqbal, Himawan Bayu Patriadi, Budhy Santoso,
Mohd Shukri Hanapi & Shahir Akram Hassan (Eds.), Menemukan kembali paradigma
pembangunan Islami (hlm. 333-346). Jember, Indonesia: Pusat Kajian Pembangunan Islami
Universitas Jember (PusKAPI).

5. Baihaki Abdullah & Zakaria Bahari (2019). Mauquf Alayh Di Malaysia: Isu dan Cabaran.
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)

6. Baihaki Abdullah & Zakaria Bahari (2019). Pengkomersial Tanah Wakaf Mengikut
Perspektif Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)

7. Hashim, H., Abu Bakar, A., Shuib, M.S & Jusoh, M.K.A (2014). Penggunaan kaedah
B.O.T dalam usaha membangunkan tanah wakaf Majoodsaw Pulau Pinang. Kertas kerja yang
dibentangkan di Muktamar Waqf Iqlimi.

8. Abdullah, B & Bahari, Z. (2019). Pengkomersialan Tanah Wakaf mengikut perspektif


islam. Journal of islamic, Social, Economics and Development (JISED), hlmn 86-94.

9. Abd Rahman, F (2015). Pembangunan Wakaf Kapitan Keling, Pulau Pinang: Satu
penilaian. Tesis ijazah sarjana Universiti Sains Malaysia (USM).

10. Isamail, et al. (2013) Pemerkasa Wakaf Di Malaysia.

11. Yahaya Ibrahim (2005). Fenomena Penempatan Komuniti Melayu Bandar Di Tanah
Wakaf: Kajian Di Georgetown, Pulau Pinang. Jurnal Pengajian melayu, Jilid 15, 1-18.

12. Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf.

https://www.mainpp.gov.my/index.php/info-mainpp/objektif-bahagian/bahagian-wakaf
15

Anda mungkin juga menyukai