Anda di halaman 1dari 1

Kesan tidak menjaga adab pergaulan

Setiap perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah SWT mempunyai kesan yang buruk dalam
kehidupan kita. Antara kesannya adalah merosakkan jiwa dan akhlak. Contohnya, jiwa yang rosak
akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang berkelakuan buruk Ketika bergaul akan
menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan
maksiat akan mengakibatnya seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk
menghilangkan kekotoran, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya dengan sentiasa
mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukainya. Seterusnya,
menyuburkan perzinaan ia adalah pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi punca
kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk
menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal kerana syaitan sentiasa
berusaha agar manusia sentiasa berbuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan
memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain. Selain
itu, perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT contohnya sesiapa yang menjaga dan
melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia disisi-Nya, bagi
orang-orang yang melanggar perintah Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup
mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tiada lagi ketentangan jiwa akibat
dosa-dosanya. Disamping itu, kita janganlah merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara dengan
melakukan setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT yang akan membawa kepada
keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah,
seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga pada dirinya. Masyarakat dan negara juga akan
menerima kesan daripada pergaulan bebas ini. Akhir sekali, kita mestilah menjaga diri kita supaya
agar tidak tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut kerana terdapat pelbagai penyakit
yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun
fizikal. . Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih
belum ditemui sehingga ke hari ini. Pergaulan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan
kepribadian seorang individu. Pergaulan yang dilakukan itu akan mencerminkan kepribadiannya, baik
pergaulan yang positif mahupun pergaulan yang negatif. Pergaulan yang positif itu dapat merupakan
kerjasama antara individu atau kelompok guna melakukan hal – hal yang positif. Sedangkan
pergaulan yang negatif itu lebih mengarah ke pergaulan bebas, hal itulah yang harus dihindari,
terutama bagi remaja yang masih mencari jati dirinya. Oleh itu, dalam bergaul, kita sebagai manusia
perlu bersandarkan syariat Allah dan hadis Rasulullah.Bagi membendung gejala pergaulan bebas
menyeluruh kepada semua pihak seperti individu itu sendiri, ibu bapa, masyarakat, dan juga negara.
Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya hal ini dapat dibanteras secara
baiknya.

Anda mungkin juga menyukai