Anda di halaman 1dari 30

SSP 3254: PROJECT EVALUATION AND MANAGEMENT

GROUP ASSINGMENT

NAMA NO. MATRIK


AKMAL HAZIQ BIN BASIRON 68990
MUHAMMAD IQBAL BIN ABD RAHIM 70605
NURAIN SAKINA BINTI SHAMSUDIN 71071
NUR FARIDAH-TUL BINTI SUHAILI 72822
NUR SURIANI BINTI SALBIN 73156
NUR SYAHIDA BINTI LATIP 71040
ISI KANDUNGAN

No. Isi Kandungan Muka


Surat
1. Pengenalan 1

2. Penerangan projek 2-3

3. Skop Penilaian (Need Assessment) 3-14

4. Perbincangan 15-20

5. Keputusan/Hasil 20-23

6. Kesimpulan 23

7. Lampiran 24-27

8. Rujukan 28
PENGENALAN

Analisis Kos-Faedah merupakan suatu alat ekonomi di mana ia boleh membantu dalam

pemilihan inisiatif dan dasar terbaik untuk memberi manfaat kepada masyarakat (de Rus, 2020).

Ini bermakna, analisis kos-faedah bukan hanya tertumpu pada pemerolehan wang mahupun input

dan outpu, tetapi ia juga berkaitan dengan kebajikan. Menurut Rus (2020) lagi, ahli ekonomi

memerlukan unit yang sama walaupun penyampaian item yang berbeza-beza seperti dari segi

isipadu air minuman, bilangan kemalangan yang dicegah, jumlah masa yang dijimatkan, dan

jumlah tenaga dan tenaga buruh yang dibelanjakan dan kesemua unsur ini diukur dalam unit

yang berasingan, tetapi masih di dalam aliran yang homogen atau unsur-unsur yang sama jenis.

Oleh itu, analisis Kos-Faedah ini diperlukan sebelum pembinaan projek dijalankan untuk

memastikan projek yang dirancang itu tidak mendatangkan sebarang masalah. Kebiasaannya, ia

membandingkan antara beberapa projek untuk melihat beberapa kriteria projek yang sesuai

untuk dilaburkan dan menepati konsep analisis Kos-Faedah.

Sebagai agensi yang terlibat untuk menyokong pembangunan belia dengan

merealisasikan projek yang sesuai dibina berserta kos pembinaan projek yang telah

disumbangkan sebanyak RM100,000, terdapat dua jenis projek yang difokuskan. Akan tetapi,

untuk meneliti kesesuaian kos projek, analisis projek ini penting agar pelaburan ke atas projek

tersebut tidak merugikan sebaliknya memberikan hasil dan faedah kepada masyarakat. Terdapat

dua cadangan projek yang ingin dijalankan termasuklah Projek Pertanian Bandar Komersial di

Bukti Tinggi dan Pusat Pembangunan Belia di Cyberjaya. Cadangan untuk Projek Pertanian

Bandar Komersial adalah berkaitan dengan penanaman kubis bulat di kawasan Bukit Tinggi,

Pahang manakala Pusat Pembangunan Belia melibat pembinaan pusat pembelajaran abad 21 dan

secara inovatif kepada para pelajar dan ia terletak di Cyberjaya, Selangor.

1
PENERANGAN PROJEK

Pertanian Bandar Komersial di Bukit Tinggi, Pahang – Tanaman Sayur Kubis Bulat jenis

Autumn Queen.

Bukit Tinggi, Pahang yang terletak di daerah Bentong merupakan salah satu lokasi

percutian tanah tinggi yang menarik dan popular dalam kalangan pelancong tempatan dan

pelancong dari luar negara. Keadaan cuaca di Bukit Tinggi ini yang menjadi factor pengunjung

untuk datang. Cuacanya yang beriklim sederhana dan mempunyai suhu dingin yang nyaman dan

segar. Suasana yang segar dan cuaca yang sejuk di Bukit tinggi sangat sesuai untuk diusahakan

tanaman kubis bulat jenis Autumn Queen. Sayur kubis bulat jenis ini sangat sesuai ditanam di

kawasan tersebut kerana penanaman kubis bulat ini sangat menjadi prmintaan tinggi selain

penanaman sayur ini tidak perlu mengikuti piawaian iklim dan suhu di Malaysia juga. Kos

sejumlah RM100,000 telah diberikan kepada pengusahan untuk merealisasikan projek ini. Oleh

hal yang demikian, kebun sayur kubis bulat Autumn Queen ini akan dibina di kawasan Bukit

Tinggi ini kerana kawasan ini sangat strategik kepada tumpuan pelancong untuk dapatkan sayur

atau bunga segar. Pembinaan kebun sayur ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat dan

negara. Misalnya, dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan kepada orang tempatan. Selain itu,

usaha penanaman ini adalah untuk memperluaskan pengeluaran hasil tanaman kobis di Malaysia

dan usaha ini dapat mengurangkan aliran import kubis dari luar negara seperti.

Ruang Kolaborasi Belia di Cyberjaya

Sudah menjadi trend pada masa kini di mana remaja mahupun pekerja awam sekarang

lebih gemar membuat kerja sekolah atau pejabat mereka di restoran atau kafe seperti

McDonald’s,

2
Starbucks, Coffee Bean serta Gloria Jean’s. Cyberjaya adalah salah satu bandar yang strategik

dan menjadi tumpuan orang ramai. Selain itu, kawasan tersebut berdekatan dengan banyak

institusi pengajian tinggi. Kumpulan kami memilih kawasan Cyberjaya untuk membina satu

ruang kolaborasi belia. Ianya adalah untuk memudahkan para pelajar dan orang awam di situ

untuk mengunjungi dan menggunakan kemudahan tempat selesa yang disediakan. Ruang

kolaberasi belia ini biasanya dilengkapi dengan pendingin hawa, meja dan sofa yang empuk,

sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar dan orang awam. Tambahan pula kewujudan

ruang kolaborasi belia ini adalah untuk mewujudkan persekitar yang selesa, kemudahan yang

mencukupi dan tiada limitasi.

SKOP PENILAIAN

Tujuan Projek

Tujuan projek ini dibuat adalah untuk menganalisis kos dan faedah secara akurat atau

lebih teliti supaya dana sebanyak RM100,000 yang disumbangkan melalui Pusat Pembangunan

Belia di kawasan bandar akan lebih bermanfaat dan memuaskan pelbagai pihak. Melalui Laporan

Analisis Kos dan Faedah, ia dapat menentukan sama ada projek yang ingin dilaksanakan adalah

kukuh dan menjadikan faedah yang diperoleh adalah melebihi kos yang dikeluarkan. Penilaian

yang dibuat untuk kedua-dua tempat iaitu Pertanian Bandar Komersial di Bukti Tinggi, Pahang

dan Ruang Kerjasama Belia di Cyberjaya akan dinilai melalui beberapa kriteria penting untuk

menentukan projek mana yang lebih bernilai untuk dilabur dengan menggunakan jumlah dana

yang disumbangkan. Ini bermakna kelebihan dan kekurangan kedua-dua projek ini diambil kira

sebelum keputusan akhir dalam pemilihan projek.

3
Bagi pelaksanaan projek Pertanian Bandar Komersial di Bukti Tinggi, Pahang, tujuan

utama projek adalah untuk memperluaskan tanaman kubis di Malaysia. Menurut Tanzizi (2018)

dalam harian metro, pengeluaran hasil tanaman kubis masih kurang di Malaysia walaupun ia

sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran. Melalui pengeluaran hasil tanaman kubis bulat

juga, ia dapat mengurangkan aliran import kubis dari luar negara seperti China dan Indonesia.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2018, dianggarkan hanya 60 peratus sahaja

kubis di tanam di dalam negara Malaysia dan selebihnya adalah diimport. Lain daripada itu,

pelaksaan projek di Pertanian Bandar Komersial di Bukit Tinggi, Pahang juga adalah untuk

mengawal harga tempatan bagi kubis bulat dan mengatasi kekurangan bekalan kubis bulat

tempatan. Menurut laporan statistik tanaman oleh Jabatan Pertanian Malaysia tahun 2015,

pengeluaran kubis bulat bagi kawasan tanah tinggi adalah sekitar 80,000 hingga 120,000 metrik

tan setahun manakala sebanyak 60,000 metrik tan lagi adalah diimport bagi mengawal harga

kubis bulat kerana harga kubis tempatan adalah tinggi berbanding harga kubis yang diimport.

Dalam projek ini juga, ia dapat melibatkan ramai orang. Antaranya, beberapa orang penduduk

tempatan yang mahir dalam bidang pertanian diambil kerja untuk membantu memajukan projek

penanaman kobis bulat ini. Tidak lupa juga ketua komuniti iaitu seorang yang berpengetahuan

luas dalam melaksanakan operasi kebun agar pengurusan kebun komuniti bandar ini lebih

terjamin. Akhir sekali, penduduk setempat dan para pelancong yang datang bercuti ke Bukit

Tinggi, Pahang boleh datang melawat dan membeli kubis bulat dengan harga yang berpatutan.

Justeru, pelaksanaan projek Ruang Kerjasama Belia di Cyberjaya pula bertujuan untuk

menyediakan ruang yang selesa dan bertemakan inovatif. Selain itu, para pelajar menjadi sasaran

dalam pelaksanaan projek ini kerana ia dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang

kondusif. Lain daripada itu, para pelajar juga mudah untuk mendapatkan sumber bacaan kerana

4
ruang rujukan juga disediakan dan dipertingkatkan. Tambah lagi, projek ini juga bertujuan untuk

meningkatkan lagi bangunan yang menyediakan pusat pembelajaran lebih-lebih lagi lokasi

projek iaitu di Cyberjaya, Selangor adalah lokasi yang strategik dan akan menjadi tumpuan orang

ramai. Bagi memastikan projek ini dapat dijalankan, pasukan perunding ICT juga diperlukan

agar ruang kelengakapan pembelajaran yang bertemakan pembelajaran abad 21 dan inovatif

dapar direalisasikan.

Kelebihan dan Kekurangan Projek

Antara kelebihan yang diperoleh daripada pelaksanaan projek Pertanian Bandar

Komersial di Bukti Tinggi, Pahang termasuklah penanaman kubis bulat akan menjadikan Bukti

Tinggi menjadi tempat untuk pengeksportan kubis bulat sepertimana permintaannya yang tinggi

di pasaran. Lebih-lebih lagi kubis bulat mengandungi nutrisi yang tinggi dan mempunyai

pelbagai kegunaan dalam pelbagai jenis masakan sihat. Lain daripada itu, kawasan Bukti Tinggi

yang memiliki suhu sederhana sejuk menyebabkan kubis bulat sesuai untuk ditanam di kawasan

tersebut. Selain itu, projek di Bukit Tinggi juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada

penduduk di sekitar kawasannya. Ini kerana, bagi mengembangkan penanaman kubis bolat di

Bukti Tinggi itu pastinya memerlukan tenaga buruh untuk memastikan adanya penjagaan

tanaman kubis yang teratur. Ia juga dapat mengurangkan risiko kerugian kerana dapat

mengelakkan daripada ancaman binatang atau serangga yang boleh memusnahkan tanaman kubis

seperti ulat Plutella, ulat daun, ulat ratus dan ulat jantung kubis. Kelebihan lain yang diperoleh

melalui projek penanaman kubis bulat sebagai Pertanian Bandar Komersial di Bukti Tinggi,

Pahang juga termasuklah berpeluang untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang tinggi serta

5
mengurangkan aliran import kubis bulat dari negara luar. Menurut Tanzizi (2018) walaupun

sayuran seperti kubis termasuk dalam komoditi sayuran yang mendapat permintaan di pasaran,

namun penanaman kubis di negara Malaysia dianggarkan hanya 60 peratus sahaja dan selebihnya

di import ke negara China dan Indonesia. Melalui projek ini, ia amat bersesuaian dengan

permintaan semasa dan menepati tujuan penilaian Analisis Kos-Faedah di mana mengutamakan

pulangan yang memuaskan kepada para pelabur. Terdapat juga kelemahan pada pembinaan

projek Pertanian Bandar Komersial di Bukit Tinggi, Pahang di mana pembangunannya

melibatkan penyahhutanan dan pertanian intensif sehingga ia menyumbang kepada hakisan tanah

yang boleh menimbulkan masalah seperti kesuburan tanah yang semakin merosot akibat

penggunaan racun yang kerap oleh petani.

Walaubagaimanapun, melaksanakan projek Ruang Kerjasama Belia di Cyberjaya juga

mempunyai kelebihannya yang tersendiri termasuklah menyediakan ruang yang selesa kepada

para pelajar bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran. Selain itu, ia juga mendrong pelajar

untuk menikmati kemudahan pembelajaran yang canggih. Akan tetapi, terdapat juga kelemahan

yang diperoleh daripada pembinaan projek di Cyberjaya ini termasuklah melemahkan sistem

pembelajaran yang formal di mana pelajar lebih berminat untuk belajar secara tidak formal atau

informal. Menurut Azhar et. al (2018) pembelajaran secara informal bermaksud proses

pembelajaran sepanjang hayat dan ia boleh dicirikan sebagai pembelajaran kendiri kerana

individu memilih untuk belajar sendiri bagi mencapai matlamat yang diingini. Justeru,

pembinaan projek pusat pembelajaran juga menggalakkan pergaulan bebas antara remaja kerana

melalui pusat pembelajaran, kurangnya kawalan ke atas pergaulan antara individu.

6
Menentukan Kriteria Penilaian

Pertanian Bandar Komersial di Bukit Tinggi, Pahang – Tanaman Sayur Kubis Bulat jenis

Autumn Queen.

Negeri Pahang terkenal dengan lokasi percutian tanah tinggi yang menarik dan popular

dalam kalangan pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara. Salah satu destinasi yang

sering dikunjungi para pelancong adalah Bukit Tinggi yang terletak di daerah Bentong. Faktor

tarikan utama Bukit Tinggi adalah keadaan cuacanya yang beriklim sederhana dan mempunyai

suhu dingin yang nyaman dan segar. Ini kerana ia berkedudukan kira-kira 800 meter di atas paras

laut. Selain itu, Bukit Tinggi Pahang juga dikenali sebagai tempat pelancongan dan

Perkampungan bertemakan Perancis dan ia merupakan tumpuan utama pelancong ke sana.

Suasana yang segar dan cuaca yang sejuk di Bukit tinggi mencetuskan idea kumpulan kami

untuk membina taman atau kebun tanaman sayur kubis bulat jenis Autumn Queen. Sayur kubis

bulat jenis ini sangat sesuai ditanam di kawasan tersebut kerana penanaman kubis bulat ini tidak

perlu mengikuti piawaian iklim dan suhu di Malaysia. Sebanyak RM100,000 kos pembinaan

projek yang telah disumbangkan kepada belia untuk merealisasikan projek ini. Oleh hal yang

demikian, kebun sayur kubis bulat Autumn Queen ini akan dibina berdekatan dengan Organic

Farm, Bukit Tinggi. Kawasan ini sangat strategik kerana kawasan tersebut adalah tumpuan

pelancong untuk dapatkan sayur atau bunga segar. Pembinaan kebun sayur ini mendapat banyak

manfaat keada negara. Misalnya, menambah tarikan dan kedatangan pelancong asing ke negara

kita sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi perdagangan negara. Selain itu, usaha

penanaman ini adalah untuk memperluaskan pengeluaran hasil tanaman kobis di Malaysia. Oleh

itu, melalui pengeluaran hasil tanaman kobis bulat ini ianya dapat mengurangkan aliran import

7
kobis dr luar negara seperti China dan Indonesia. Akhir sekali, kewujudan kebun ini boleh

membuka peluang pekerjaan kepada orang tempatan di negara ini.

Ruang Kolaborasi Belia di Cyberjaya

Restoran atau kefe seperti McDonald’s, Starbucks, Coffee Bean serta Gloria Jean’s sudah

menjadi tempat orang awam terutamanya pelajar untuk membuat kerja sekolah mereka di situ.

Hal ini kerana suasana dan kemudahan yang telah disediakan menjadikan tempat ini sebagai

pilihan mereka. Fenomena ini menjadi trend pada masa kini sama ada remaja mahupun pekerja

awam sekarang lebih gemar membuat kerja sekolah atau pejabat mereka di restoran atau kafe.

Cyberjaya adalah salah satu bandar yang strategik dan menjadi tumpuan ramai orang. Selain itu,

kawasan tersebut berdekatan dengan banyak institusi pengajian tinggi. Kumpulan kami memilih

kawasan Cyberjaya untuk membina satu ruang kolaborasi belia. Ianya adalah untuk

memudahkan para pelajar dan orang awam di situ untuk mengunjungi dan menggunakan

kemudahan tempat selesa yang disediakan. Tidak dinafikan, fenomena ini boleh dilihat di merata

restoran yang terletak berdekatan dengan institusi pengajian tinggi atau sekolah. Seperti yang

kita tahu, pelajar pada hari ini amat memerlukan kemudahan wi-fi dalam pembelajaran sama ada

mencari dan menghantar maklumat mahupun menyiapkan tugasan. Selain perpustakaan, kini

restoran makanan segera dan kafe turut menyediakan wi-fi secara percuma. Hal ini telah menjadi

pilihan pelajar dan orang awam untuk memilih tempat sebegini kerasa memikirkan keselesaan

dan kemudahan. Kewujudan ruang kolaborasi belia ini adalah untuk mewujudkan persekitar

yang selesa, kemudahan yang mencukupi dan tiada limitasi. Selain ruang kolaborasi ini turut

menyediakan minuman dan makanan segera untuk memudahkan pengguna mengalas perut.

8
Ruang kolaberasi belia ini biasanya dilengkapi dengan pendingin hawa, meja dan sofa yang

empuk, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar dan orang awam. Ruang sebegini selain

mampu menaikkan semangat pengguna ianya juga mampu memberikan kemudahan dan

keselesaan kepada pengguna untuk menyiapkan kerja mereka.

Pengiraan Bajet (Projek Tanaman Kobis)

NO BAHAN KUANTITI + HARGA (RM)


.
1. Benih 150 kg x RM 7.00/kg = RM 1050
2. Baja Kapur 15 tan x RM 100/tan = RM 1500
Baja Organik 20 tan x RM 300/tan = RM 6000
Baja NPK 15:15:15 3 tan x RM 3.30/kg = RM 9000
3. Racun Serangga 10 kg x RM 35.00/kg = RM 350
Racun Kulat 10 kg x RM 11.00/kg = RM 110
Racun Rumput 20 liter x RM 56.00/liter = RM 1120

RM 1050 + RM 1500 + RM 6000 + RM 9000 + RM 350 + RM 110 + RM 1120


Jumlah = RM 19,130

NO KOS PEMBANGUNAN HARGA (RM)


.
1. Pembersihan kawasan RM 2000
2. Sistem pengairan dan RM 20,000
kelengkapan
3. Perparitan dan Saliran RM 2000
4. Pagar kawat duri dan kayu RM 3000
keras
5. Jalan Ladang RM 3000

RM 2000 + RM 20,000 + RM 2000 + RM 3000 + RM 3000

9
Jumlah = RM 30,000
Pengiraan Bajet (Projek Pusat Pembelajaran)

NO BAHAN KUANTITI + HARGA (RM)


.
1. Simen 250kg x RM 25.00/kg = RM 6250
2. Pasir 3 tan (1 Lori) = RM 40
3. Cat dan Peralatan RM 1000
4. Karpet RM 500
5. Penghawa Dingin RM 10,000
6. Lampu RM 800
7. Kerusi dan Meja RM 3000
8. Rak buku RM 3000
9. Komputer 10 unit x RM 1000/unit = RM 10,000

RM 6250 + RM 40 + RM 1000 + RM 500 + RM 10,000 + RM 800 + RM 3000 + RM 3000 +


RM 10,000
Jumlah = RM 34,590

NO KOS PEMBANGUNAN HARGA (RM)


.
1. Upah pemasangan tenaga RM 3000
elektrik
2. Sistem air RM 2000
3. Pintu, Cermin dan Grill RM 10,000
4. Upah mengecat RM 5000
5. Pemasangan Siling RM 2000
6. Upah pemasangan RM 5000
penghawa dingin
7. Upah pemasangan komputer RM 1000

RM 3000 + RM 2000 + RM 10,000 + RM 5000 + RM 2000 + RM 5000 + RM 1000


Jumlah = RM 28,000

10
Analisis Kos Faedah Untuk Tanaman Kobis (CBA)

Nilai (RM)
Monentary Cost Kos Tenaga Kerja 22,000
Kos Pembangunan 30,000
Kos Keperluan Pekerja 300
Kos Bahan Api 650
Kos Tidak Langsung 400
Jumlah (RM) 53,350

Nilai (RM)
Non-Monentary Cost Masa tertunda 2500
Peningkatan kos pekerja 3000
Perubahan harga pasaran 2500
Proses kerja yang tidak sempurna 3000
Jumlah (RM) 11,000

Nilai “Monentary + non-Monentary cost” secara keseluruhan


= RM 64,350

Nilai (RM)
Monentary Benefits Keuntungan pendapatan 40,000
Sumbangan daripada para pelabur 15,000
Proses pengeluaran dan hasil yang lebih 25,000
baik

Jumlah (RM) 80,000

Nilai (RM)
Non-Monentary Benefits Reputasi tanaman meningkat 10,000

11
Kepuasan pelanggan 5000
Peningkatan jumlah pelanggan 5000

Jumlah (RM) 20,000

Nilai “Monentary Benefits + non-Monentary benefits” secara keseluruhan


RM 80,000 + RM 20,000 = RM 100,000

RM 64,350 (Nilai Monentary + non-Monentary cost) + RM 19,130 (Jumlah Bahan)


= RM 83, 480

Benefits (B) > Costs (C)


RM 100,000 > RM 83,480

Analisis Kos Faedah Untuk Pusat Pembelajaran (CBA)

Nilai (RM)
Monentary Cost Kos Tenaga Kerja 6000
Kos Pembangunan 28,000
Kos Keperluan Pekerja 500
Kos Air dan Elektrik 4000
Kos Sewa Bangunan 3000
Kos Tidak Langsung 800
Jumlah (RM) 41,500

Nilai (RM)
Non-Monentary Cost Masa tertunda 3000
Peningkatan harga sewa 1500
Kerosakan bangunan 3000
Proses kerja yang tidak sempurna 4000

12
Jumlah (RM) 11,500

Nilai “Monentary + non-Monentary cost” secara keseluruhan


= RM 53,000

Nilai (RM)
Monentary Benefits Sumbangan daripada para pelabur 10,000
Pemberian bahan-bahan (Buku dan 5000
sebagainya)
Jumlah (RM) 15,000

Nilai (RM)
Non-Monentary Benefits Reputasi meningkat 1000
Kepuasan pelanggan 1000
Peningkatan jumlah pelanggan 1000
Jumlah (RM) 3000

Nilai “Monentary Benefits + non-Monentary benefits” secara keseluruhan


RM 15,000 + RM 3000 = RM 18,000

RM 53,000 (Nilai Monentary + non-Monentary cost) + RM 34,590 (Jumlah Bahan)


= RM 87,590

Benefits (B) > Costs (C)


RM 100,000 > RM 87,590

13
Strategi dalam pembuatan keputusan adalah berdasarkan analisis kos-faedah (CBA) yang

dijalankan ke atas kedua-dua projek bagi menentukan projek yang paling memberi banyak

manfaat dan memenuhi keperluan. Analisis kos-faedah (CBA) ialah satu set prosedur praktikal

untuk membimbing keputusan perbelanjaan awam. Penilaian projek bagi kedua-dua projek

memerlukan perbandingan kos dan manfaat daripada tempoh masa yang berbeza. Analisis ini

terbahagi kepada dua iaitu monetari dan bukan monetari.

Langkah pertama yang paling lazim dalam perancangan strategik ialah fasa sumbang

saran dan pembentukan idea. Kumpulan kami telah mengadakan beberapa siri perbincangan

berkumpulan secara atas talian melalui aplikasi “google meet”. Kami berbincang secara

menyeluruh mengenai segala kos yang diperlukan bagi pelaksanaan kedua-dua projek secara

terperinci beserta dengan kos-kos yang tidak terjangka sekiranya berlaku sesuatu diluar

jangkaan. Selain itu, segala manfaat yang akan diperoleh juga diambil kira bagi kedua-dua

projek untuk tempoh masa jangka pendek dan jangka panjang.

Seterusnya, kami menyenaraikan nilai monetari dan bukan monetari bagi nilai kos dan

nilai monetori dan bukan monetori bagi faedah. Nilai kos yang dikira termasuk kos sumber

fizikal yang diperlukan juga sebagai kos usaha manusia yang terlibat dalam semua fasa projek.

Akhir sekali, kami membandingkan nilai kos dan manfaat yang diperoleh melalui analisis

tersebut. Pada peringkat ini, jumlah kos dan jumlah faedah dihitung dan dibandingkan kedua-

dua nilai untuk menentukan sama ada faedah melebihi kos projek tersebut. Pada peringkat ini

adalah penting untuk mempertimbangkan masa bayaran balik untuk mengetahui jangka masa

yang diperlukan bagi mencapai titik pulangan modal projek tersebut.

14
PERBINCANGAN

a) Kelebihan Tanaman Kubis Bulat di Bukit Tanah Tinggi Pahang

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan isu kepelbagaian flora dan fauna. Oleh

itu, persekitaran yang sihat merupakan aset yang penting dalam kehidupan manusia, haiwan dan

tumbuhan. Hal ini demikian adalah dengan projek penanaman Kubis Bulat ini dapat

meningkatkan lagi kehijauan di negara ini. Bukan itu sahaja, kubis bulat adalah sayur-sayuran

yang popular di Cameroon Highland, Pahang, dan Kundasang, Sabah. Malah, Belanda adalah

merupakan pengeluar kubis terbesar di dunia yang menghasilkan 234.87 juta tan setahun. Kubis

ditanam untuk dimakan mentah sebagai salad atau diproses sebagai makanan dalam masakan.

Antara kelebihan projek tanaman kubis Bulat ini adalah dari segi anggaran kos projek tanaman

kubis bulat ini lebih kecil dan kos pengeluaran juga lebih rendah termasuk kos pemasaran dan

pasaran menjadi lebih baik. Selain itu, Penanaman kubis bulat ini juga boleh menjadi tarikan

utama tanah tinggi ialah iklim atau suhu yang lebih sejuk berbanding dengan tanah dataran

rendah dan menjadi tempat tarikan pelancong. Hal ini demikian kebanyakan kerajaan negeri

ingin untuk menambah pendapatan melalui sektor pelancongan dikawasan tanah tinggi yang

menjadi popular dan kesukaan ramai. Suhu persekitaran sejuk, udara nyaman dan hotel yang

selesa serta pilihan pelancongan ditawarkan menyebabkan lebih ramai pelancong datang

dikawasan tanah tinggi. Ia memberikan pulangan ekonomi selaras dengan dasar pelancongan

negara. Disamping itu, Penanaman Kubis bulat ini juga boleh mengeluarkan dan menghasilkan

kubis bulat yang boleh dijual sebagai keperluan domestik dan tanaman gantian import. Akhir

sekali, kelebihan dalam projek penanaman kubis bulat di bukit tinggi pahang adalah dapat

meningkatkan Penghasilan Kubis bulat dan berupaya menjana hasil lumayan kerana permintaan

yang tinggi.

15
b) Kelemahan Tanaman Kubis Bulat di Bukit Tanah Tinggi Pahang

Di Malaysia kebanyakannya Tanah tinggi adalah asalnya ditumbuhi dengan pokok hutan

yang merupakan tanah bercerun yang sensitif. Malah Kawasan hutan tersebut mempunyai bukit

yang curam, bercerun, gunung, flora dan fauna dengan taburan hujan yang banyak.Hal ini

demikian menyebabkan punca kelemahan tanaman kubis di kawasan tanah tinggi di Malaysia

yang merupakan kawasan sensitif dari segi alam sekitar dan ekologi. Selain itu, dengan campur

tangan manusia di tanah tinggi juga telah menyebabkan bencana persekitaran seperti hakisan

tanah, tanah runtuh, penyahhutanan, pemusnahan tadahan air, pencemaran alam sekitar,

pengenapan sungai dan empangan. Bukan itu sahaja, sumber air juga menjadi tercemar dengan

arus deras yang tidak terkawal jika berlaku hujan lebat berterusan dan menyebabkan banjir dan

hakisan tanah di kawasan tanah tinggi. Malah, Kawasan tanah tinggi ini mempunyai cerun

curam, puncak bukit, flora dan fauna. Disamping itu, pembangunan dikawasan tanah tinggi juga

telah dibangunkan dan juga makan banyak peraturan serta spesifikasi mesti dipatuhi kerana tanah

tinggi adalah kawasan yang sensitif. Malah, sebarang penebangan hutan dan aktiviti di tanah

tinggi perlu dikawal dengan rapi sehingga peringkat kawalselia dan penguatkusaan.

c) Kelebihan Pusat Pembelajaran (CYBERJAYA)

Pada zaman teknologi informasi ini adalah prkembangan pembelajaran pelajar. Bukan itu

sahaja, Ibu bapa pada masa ini perlulah mencari inisiatif kepada anak – anak mereka untuk

menambah ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui kelas tambahan di pusat tuisyen.

Perkembangan pusat tuisyen pada era ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ia sekaligus

mencuri tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini demikian

projek untuk membina pusat pembelajaran di cyberjaya menjadi keutamaan dan membawa

keuntungan yang besar. Bukan itu sahaja dari segi kawasan dan pelan kawasan ini sangat

16
strategik untuk membuka pusat pembelajaran untuk penduduk dikawasan cyberjaya. Disamping

itu, pusat pembelajaran ini ialah lokasi yang strategik yang memudahkan para ibu bapa untuk

menghantar anak – anak mereka malah berdekatan di Kawasan perumahan. Seterusnya,

Kemudahan Pembelajaran dan kemudahan mengajar lebih canggih dan lengkap mempengaruhi

murid – murid untuk terus fokus dalam pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, pendingin

hawa, meja dan kerusi yang memberikan keselesaan kepada para murid. Akhir sekali, Membantu

meningkatkan pencapaian pelajar agar menjadi lebih cemerlang.

d) Kelemahan Pusat Pembelajaran (CYBERJAYA)

Pembinaan pusat pembelajaran di cyberjaya ini juga mempunyai kelemahan dari segi

anggaran kos projek pembinaan pembelajaran di cyberjaya lebih besar. Hal ini demikian kerana

pembinaan pusat pembelajaran ini mengeluarkan modal yang besar bagi menyiapkan satu

bangunan untuk pusat pembelajaran dan telah diketahui kos pembinaan ini semakin meningkat

dan mahal. Bukan itu sahaja, taraf Kehidupan Penduduk di cyberjaya meningkat menyebabkan

kekurangan kemampuan untuk yuran. Hal ini demikian kerana pusat tuisyen yang

hanya mementingkan keuntungan sahaja tanpa mementingkan kualiti pengajaran mereka.

Mereka mengenakan bayaran yang tinggi, tetapi kualiti bahan dan tenaga pelajar mereka

hanyalah pada tahap yang minimum sahaja. Disamping itu, pembukaan pusat pembelajaraan ini

juga boleh melemahkan sistem pelajaran formal Hal ini kerana pelajar akan mengambil mudah

semasa mengikuti pelajaran di sekolah kerana berasakan subjek yang diajar oleh guru tersebut

boleh diikutinya kemudian di pusat tuisyen. Bukan itu sahaja, pembukaan pusat pembelajaran

ini juga telah menggalakkan pergaulan bebas antara remaja dan Jumlah masa yang terhad untuk

menerangkan sesuatu topik secara terperincidi pusat pembelajaran.

17
Kaedah pengumpulan data untuk laporan projek

Untuk menjalankan Projek ini, beberapa sumber untuk pengumpulan data telah

digunakan bagi mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang digunakan

untuk pengumpulan data ialah seperti berikut:

Sumber untuk Pengumpulan Data

Laporan penyelidikan
\ Data Kuantitatif Data Kualitatif berdasarkan dapatan kuantitatif
diikuti dapatan kualitatif

Projek ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan projek tanaman kubis bulat di tanah tinggi

Pahang dan pensampelan data, dan kaedah pengumpulan data semakan dokumen, prosedur serta

analisis data kuantitatif dan kualitatif berdasarkan model konseptual kerangka kajian yang

digunakan. Kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis,

eksperimental, data numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula

menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes, data

verbal dan triangulasi data serta Rujukan Internet

Bagi melengkapkan lagi projek ini, pengkaji telah membuat rujukan dengan menggunakan

internet untuk mencari artikel dan lokasi kajian berkaitan dengan kajian pengkaji. Selain itu,

Projek ini menggunakan rujukan internet bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur

seperti jurnal, artikel, dan laporan.

i. Artikel di internet

ii. Contoh Laporan di internet.

18
iii. Kaedah Penganalisisan Data

Menurut Mohd. Majid Konting, (2009), penganalisaan data merupakan teknik bagi

pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Aktiviti tersebut

berkait rapat antara satu sama lain. Pengolahan data melibatkan proses pemisahan, pengiraan,

perbandingan dan analisis. Projek ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif. Kuantitatif

bermaksud data yang melibatkan angka seperti kekerapan dan peratusan seperti yang diperolehi di

sumber internet. Kaedah penganalisaan data turut digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan

maklumat bagi menghasilkan kajian ini. Teknik penganalisaan data terbahagi kepada dua iaitu data

penganaliasaan secara kuantitatif dan penganalisaan secara kualitatif.

Kuantitatif bermaksud penelitian adalah untuk memperoleh wawasan tentang topik

tertentu. Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan.

Data yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Kaedah kualitatif merujuk kepada satu penerangan tentang situasi, peristiwa, orang

interaksi dan kelakuan orang yang diperhatikan. Dalam kajian ini, analisis data kualitatif adalah

berdasarkan sumber yang melalui borang dan rujukan seperti buku, majalah dan jurnal

Kaedah Kepustakaan

Rujukan kepustakaan dilakukan oleh pengkaji bagi mendapat maklumat lebih tepat

mengenai kajian yang dijalankan. Pengkaji telah menggunakan bahan - bahan rujukan

seperti buku ilmiah, kamus, dan jurnal untuk mendapat maklumat tambahan di samping

mengukuhkan pengetahuan sedia ada. Pengkaji telah mendapatkan bahan rujukan

19
daripada Perpustakaan Negeri Sarawak. Selain itu, pengkaji telah mencari dan membuat

rujukan khususnya bahan – bahan ilmiah secara atas talian.

KEPUTUSAN/HASIL

Kumpulan kami bersepakat memilih projek Pertanian Bandar Komersial untuk

dilaburkan bagi menyokong pembangunan belia yang akan dilaksanakan di Bukit Tinggi,

Pahang. Kami memilih tempat tersebut memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan

tanah pamah yang berhawa dingin dan mempunyai ciri-ciri semulajadi dan merupakan kawasan

pertanian yang subur serta sesuai untuk dijadikan tapak bagi Projek Pertanian Bandar Komersial

tanaman kobis bulat. Tambahan pula, Bukit Tinggi Pahang merupakan salah satu tempat

peranginan tanah tinggi yang popular dan menjadi antara destinasi percutian yang menarik di

Malaysia.

Kami memilih projek ini berbanding dengan projek “Youth Collaboration Space”

berdasarkan analisis kos-faedah (CBA) dengan membandingkan kedua-dua projek secara

keseluruhan dan terperinci. Analisis kos-faedah (CBA) yang dilakukan meliputi semua kos-

faedah monetari dan bukan monetari yang meliputi kos dan faedah sebelum pelaksanaan projek,

semasa projek dijalankan dan untuk jangka masa yang panjang serta faktor luaran yang

mempengaruhi projek ini. Kos monetari bagi projek Pertanian Bandar Komersial ini termasuk

kos bahan mentah, kos pembangunan, kos tenaga kerja, kos pelbagai seperti kos bahan api dan

kos-kos secara tidak langsung. Selain itu, kos bukan monetori seperti masa, peningkatan kos

pekerja, perubahan harga pasaran dan proses kerja juga diambil kira. Antara faedah monetori

yang telah dikenalpasti bagi projek ini adalah keuntungan pendapatan, sumbangan daripada

20
pelabur, dan hasil tanaman kobis bulat yang baik. Sementara itu, bagi faedah bukan monetari

pula kami melihat dari aspek reputasi tanaman yang meningkat, kepuasan pelanggan dan

peningkatan jumlah pelanggan.

Secara keseluruhannya, jumlah kos dan faedah yang dijangka untuk projek Pertanian

Bnadar Komersial tanaman kobis bulat ini adalah sebanyak RM83,480. Disini dapat disimpulkan

bahawa kos anggaran bagi projek Pertanian Bnadar Komersial tanaman kobis bulat ini lebih

kecil berbanding jumlah peruntukan yang diterima dan menepati keperluan untuk dibangunkan.

Mengenal pasti langkah seterusnya dan laporan

Dalam mengenalpasti pemilihan projek yang terbaik untuk dilaksanakan. Terdapat

beberapa beberapa risiko yang dikenalpasti dalam melaksanakan projek tanaman Kobis bulat dan

projek “Youth Collaboration Space”. Risiko yang dikenalpasti bagi melaksanakan tanaman kobis

bulat antaranya adalah serangan penyakit dan serangga perosak. Serangan penyakit dan serangga

perosak merupakan risiko utama yang perlu dipertimbangkan apabila hendak melakukannya.

Kegagalan mengawal dan mengatasi masalah ini akan menyebabkan kebolehhasilan pengeluaran

menurun sekaligus menyebabkan kerugian. Selain daripada penyakit dan serangga perosak,

terdapat juga risiko yang diluarjangka seperti ketidaktentuan harga pasaran. Harga pasaran yang

baik perlu diperolehi oleh pembekal untuk mengimbangi kos input yang dibeli. Ketidaktentuan

harga pasaran ini juga turut berlaku disebabkan dimanipulasikan oleh orang tengah.

Manakala bagi melaksanakan projek “Youth Collaboration Space”. Terdapat juga risiko

bagi melaksanakan projek ini antaranya adalah persaingan. Sebagaimana kita tahu, kemudahan

pembelajaran seperti ini sudah terdapat di merata-rata tempat sebagai contoh perpustakaan

21
awam, perpustakaan desa, dan pusat-pusat bacaan yang lain. Oleh itu, berlaku persaingan

terutama kepada para pelajar untuk mengunjung ke tempat ini. Selain daripada itu, sebagaimana

kita tahu, pendemik covid-19 masih melanda negara ini. Oleh itu, sudah pasti orang kurang

berminat untuk hadir ke tempat orang ramai.

Perkara yang perlu dipetimbangkan jugak apabila hendak melakukan sesuatu projek

adalah isu atau kesan yang timbul apabila melaksanakannya. Oleh itu, terdapat beberapa kesan

yang boleh berlaku apabila melakukan projek tanaman ini antaranya adalah pencemaran udara.

Pencemaran udara ini boleh berlaku apabila pembakaran secara terbuka dilakukan sebelum

melakukan tanaman. Pembakaran ini dilakukan bagi membersih kawasan untuk melakukan

tanaman. Oleh itu, asap yang bebas diruang udara menyebabkan tahap kualiti oksigen menurun.

Hal ini sekaligus akan menyebabkan tahap kesihatan manusia terjejas seperti belakunya penyakit

batuk, selsema, asma, sesak nafas, penyakit kulit, gatal-gatal dan lain-lain penyakit serius yang

merbahaya. Selain daripada itu. Akibat daripada pembersihan hutan sebelum memulakan

tanaman. Habitat flora dan fauna jugak akan terjejas. Ini akan menyebabkan spesis yang perlu

dilindungi pupus begitu sahaja akibat perbuatan ini. Selain daripada itu. Ia juga akan

mengakibatkan tanah runtuh. Hal ini dikatakan demikian kerana, akar pokok adalah agent yang

paling banyak menyerap air didalam tanah dan mencengkam bumi yang menjadikan struktur

tanah kekal kuat. Namun demikian, apabila pokok-pokok dimusnahkan bagi pembersihan

kawasan. Ia berisiko menyebabkan tanah runtuh apabila hujan turun dengan lebat.

Manakala, isu atau kesan bagi pelaksanaan projek “Youth Collaboration Space” pula

adalah berlaku pembaziran. Hal ini kerana, sudah terdapat banyak kemudahan yang disediakan

untuk meluangkan masa pembelajaran. Tambahan lagi, tempat yang dirancang terletak di tengah-

tengah bandaraya. Oleh itu, pelajar-pelajar yang tinggal dikampung akan mengalami kesukaran

22
untuk berkunjung. Hal ini akan menyebabkan tempat kemudahan yang disediakan ini akan

terbengkalai tanpa penggunjung.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kami berharap pemilihan projek Tanaman kobis bulat ini merupakan

pilihan yang tepat bagi merealisasikan projek pembangunan belia berdasarkan kos faedah

analisis yang kami pertimbangan bagi melihat sudut kelebihan dan kekurangan sesuatu projek

itu. Kami juga berharap agar projek ini berjalan dengan lancar supaya ianya dapat direalisasikan.

Tambahan pula, projek yang kami pilih ini, sangat bermanfaat dan berfaedah kepada masyarakat

tempatan dan sejurus menyumbang kepada ekonomi negara. Akhir sekali, kami berharap

pembangunan belia dapat menerima dan meneliti laporan yang telah kami sediakan

23
LAMPIRAN

Gambar 1

Gambar 2

24
Gambar 3

Gambar 4

25
Gambar 5

Gambar 6

26
Gambar 7

27
RUJUKAN

Azhar, M., & abd hamid, M., & Abu Hassan, N., & Othman, F., & Mohamad, H., & Thukiman,
K., & Balwi, K. & Nasir, M. & Jabatan, M., & Manusia, P., & Pengurusan, F., (2018).
Pembelajaran Informal dan Pembangunan Diri Orang Dewasa: Suatu Perbincangan
Awal. Diakses pada 18 December 2021, Daripada
https://www.researchgate.net/publication/328737310_Pembelajaran_Informal_dan_Pemba
ngunan_Diri_Orang_Dewasa_Suatu_Perbincangan_Awal

de Rus, G. (2010). Introduction to cost-benefit analysis: Looking for reasonable


shortcuts. Introduction to Cost-Benefit Analysis: Looking for Reasonable Shortcuts (pp. 1–
249). Edward Elgar Publishing.

Tanzizi, N. H. (2018, March 2). Pengeluaran hasil didapati Lebih cepat. Harian Metro.
Retrieved December 9, 2021, from
https://www.hmetro.com.my/agro/2018/03/317624/pengeluaran-hasil-didapati-lebih-cepat.

Dr Adibah. M.A, 11 September 2019, Utusan Malaysia, Pertanain punca Pembakaran Hutan, di
ambil daripada

https://www.upm.edu.my/article/pertanian_punca_pembakaran_hutan-53455

28

Anda mungkin juga menyukai