Anda di halaman 1dari 14

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

NOTA KULIAH 6
SEMESTER SEMESTER 2 SESI 2/2019

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD/KURSUS DBF 2123 - ETIKA PERNIAGAAN

KOMPETENSI 06 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

6.1 Definisi pemegang taruh


6.2 Jenis-jenis pemegang taruh
6.3 Menganalisis kepentingan pemegang taruh
6.4 Tiga perspektif teori pemegang taruh
KOMPETENSI UNIT
6.5 Konsep dan sifat tangungjawab sosial
6.6 Perbahasan tanggungjawab sosial
6.7 Gerak balas sosial korporat
6.8 Kajian kes (kandungan tempatan)

Pelajar harus dapat:


1. Mengaplikasi konsep dan teori etika dalam situasi sebenar
di organisasi.(C3,PLO1)
KOMPETENSI 2. Membentangkan kepentingan kepimpinan beretika dan
PEMBELAJARAN budaya beretika bagi sesebuah organisasi secara
berkumpulan.(A2,PLO5)
3. Menilai amalan tanggungjawab sosial korporat di sesebuah
organisasi atau industri.(A3,PLO4)
DBF2123/K
NO KOD
06/NK 06-06
MUKA: 01 DARIPADA
NO KOD JPK TIADA
Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

6. TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

6.1 Definisi Pemegang Taruh (Stakeholder)

Pemegang taruh atau dikenali sebagai pihak berkepentingan merupakan pihak yang
mempunyai saham atau hak secara langsung terhadap sesuatu perkara dan mempunyai
keperluan serta keinginan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu manfaat.

Pihak pengurusan firma sepatutnya menentukan bagaimana kepentingan pemegang taruh


dapat dimasukkan atau diwakili dalam keputusan dalam tindakan mereka.

6.2 Jenis-Jenis Pemegang Taruh

Terdapat dua jenis pemegang taruh iaitu pemegang taruh primer dan pemegang
taruh sekunder seperti berikut:
PRIMER SEKUNDER
1) Pekerja 1) Kumpulan pendesak
2) Pelabur 2) Masyarakat
3) Pembiaya 3) Media
4) Pembekal 4) Kerajaan
5) Pelanggan 5) Pesaing
6) Peruncit 6) Badan perdagangan
7) Pemborong

i) Pemegang Taruh Primer


Pemegang taruh primer juga dikenali sebagai pihak berkepentingan pasaran.
Ia merupakan pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam
aktiviti dan transaksi perniagaan. Pemegang taruh primer terdiri daripada:

a) Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah
organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi
perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti
cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan
pekerja dan juga kerajaan. Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi
perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian
diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan
memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan
Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan. Antara


tanggungjawab sosial majikan terhadap pekerja ialah:
 membayar gaji kepada pekerja pada masa yang ditetapkan.
 menjaga kebajikan pekerja melalui penglibatan skim-skim seperti
KWSP dan PERKESO.
 mengamalkan dasar upah dan gaji yang selaras dengan daya
pengeluaran dan tingkat kecekapan firma.
 bersikap adil dalam prosedur pengambilan pekerja, pemberian latihan,
pampasan dan sebagainya.
 membenarkan pekerja menyertai kesatuan sekerja.
 memberi jaminan kerja dan ganti rugi serta pampasan yang
berpatutan.
 mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi meningkatkan
produktiviti pekerja.

b) Pelabur
Pelabur merupakan pihak yang menyumbangkan wang pelaburan dalam
bentuk modal saham untuk membiayai operasi perniagaan. Pelabur terdiri
daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh
kerajaan. Sesetengah pelabur menyuntikkan modal yang besar dalam
organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi
yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dalam perniagaan
berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan
tersebut kerana mereka inginkan pulangan yang baik.

Terdapat juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi


perniagaan melalui pembelian saham atau syer. Mereka akan membeli
saham organisasi perniagaan apabila harga saham rendah dan menjual
saham tersebut apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan
pemilik organisasi perniagaan yang pasif kerana mereka tidak terlibar secara
aktif dalam menguruskan perniagaan. Antara tanggungjawab sosial
perniagaan kepada pelabur ialah:
 menjaga kepentingan dan hak-hak pelabur
 memastikan segala amanah oleh pelabur dilaksanakan dengan baik.
 memastikan pulangan yang diperoleh daripada aktiviti pelaburan
dapat memaksimumkan keuntungan pelabur.
 mengambil tindakan atau langkah yang dapat memenuhi pelabur
jangka masa pendek dan pelabur jangka masa panjang.
Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

 menggunakan sumber kewangan dengan cekap bagi membekalkan


produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
 berusaha memenuhi matlamat pemilik dan pemodal perniagaan.

c) Pembiaya
Pembiaya merupakan pihak yang memberikan pinjaman kewangan kepada
perniagaan untuk dijadikan modal bagi operasi perniagaan. Contohnya pihak
bank memberikan pinjaman kepada perniagaan. Ini dapat membantu
perniagaan memperoleh sumber kewangan yang mencukupi untuk
beroperasi dalam pasaran. Pada masa yang sama, perniagaan juga boleh
menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilkan
keuntungan. Antara tanggungjawab sosial perniagaan kepada pembiaya
ialah:
 membayar balik pinjaman yang diberikan mengikut tempoh masa dan
jumlah yang telah ditetapkan dalam kontrak.
 memberikan maklumat yang diperlukan oleh pihak pembiaya dengan
jujur.
 menggunakan sumber kewangan yang telah diberikan oleh pihak
pembiaya dengan sistematik, efektif dan efisien.

d) Pembekal
Pembekal merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membekalkan
bahan mentah kepada perniagaan untuk digunakan sebagai input dalam
proses pengeluaran perniagaan berkenaan. Pembekalan bahan mentah yang
mencukupi secara berterusan dan menepati spesifikasi bahan yang ditempah
adalah penting bagi menjamin kelancaran dan kualiti pengeluaran produk
atau perkhidmatan operasi perniagaan. Selain itu, pembekal juga
dikehendaki untuk membekalkan input tepat pada masa serta mengikut
semua syarat yang dinyatakan dalam perjanjian. Antara tanggungjawab
sosial perniagaan kepada pembekal ialah:
 perniagaan perlu mewujudkan syarat kontrak yang jelas dan tidak
meragukan untuk pihak pembekal bagi mengelakkan sebarang
penipuan dan kekeliruan. Isi kandungan kontrak mestilah mendapat
persetujuan kedua-dua pihak iaitu pembekal dan pemilik perniagaan.
 membuat bayaran kepada pembekal tepat pada masan dengan
berpandukan kepada syarat pembayaran yang munasabah.
Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

e) Pelanggan
Pelanggan merupakan pihak yang membeli barangan yang dikeluarkan oleh
perniagaan. Kejayaan sesebuah perniagaan amat bergantung kepada
pelanggannya. Permintaan pelanggan terhadap barangan yang disediakan
oleh perniagaan akan menerapkan sejauh manakah pencapaian objektif atau
matlamat perniagaan seperti mendapat keuntungan yang maksimum.
Kehendak pelanggan juga mempengaruhi keputusan perniagaan terhadap
jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Sekiranya
keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan tidak diminati atau tidak
disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan
menanggung risiko kerugian. Antara tanggungjawab sosial perniagaan
kepada pelanggan ialah:
 menjual pelbagai jenis pilihan barang atau perkhidmatan pada harga
yang berpatutan.
 mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang berkualiti, bersih dan
selamat digunakan.
 memberikan maklumat yang tepat dan lengkap berkaitan produk.
 menawarkan penggantian, dan ganti rugi atas kecacatan barang dan
kelemahan perkhidmatan.
 menghasilkan keluaran yang memebuhi cita rasa pelanggan.
 mengadakan aktiviti pemasaran yang bermanfaat.

f) Peruncit
Peruncit ialah pihak yang menjual barang dalam kuantiti yang kecil kepada
pengguna akhir. Ia merupakan salah satu ahli dalam saluran agihan
pengedaran barang dan perkhidmatan, dan merupakan pihak yang paling
hampir dengan pelanggan. Selain itu, peruncit juga bertindak sebagai
pengantara pemasaran bagi menghubungkan pengeluar dengan pengguna.
Antara tanggungjawab sosial perniagaan kepada peruncit ialah:
 membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti, dan
kualiti yang ditetapkan.
 memberikan maklumat yang lengkap dan cukup berkaitan dengan
produk dan perkhidmatan.
 memecah pukal kepada unit yang lebih kecil.
 memberikan ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi
dalam penjualan barang dan perkhidmatan.
 menawarkan syarat kredit yang munasabah.
Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

 tidak mengeksploitasikan peruncit kecil-kecilan dengan menggenakan


syarat perniagaan yang ketat.

g) Pemborong
Pemborong ialah pihak yang membeli atau menjual produk secara pukal
kepasa peruncit. Ia merupakan salah satu ahli dalam saluran agihan
pengedaran barang, dan berfungsi untuk memecah pukal bagi kemudahan
pihak peruncit. Pemborong juga bertindak sebagai pengantara pemasaran
yang menghubungkan pengeluar dengan peruncit dalam kuantiti yang kecil.
Antara tanggungjawab sosial perniagaan kepada pemborong ialah:
 membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong.
 mengenakan harga yang berpatutan.
 mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai.
 memberikan maklumat yang lengkap dan cukup berkaitan dengan
produk dan perkhidmatan.
 membayar kepada pemborong tepat pada masa dan jumlah yang
ditetapkan.
 tidak mengeksploitasi pemborong dengan meminta harga yang lebih
rendah.
 memberikan maklum balas dan maklumat yang diperlukan seperti
maklumat tentang kualiti barangan.

ii) Pemegang Taruh Sekunder


Pemegang taruh sekunder juga dikenali sebagai pihak bekepentingan bukan
pasaran. Pihak ini akan memberi kesan secara tidak langsung kepada
perniagaan manakala perniagaan akan menerima kesan yang tidak langsung
jika pihak sekunder melakukan sebarang tindakan. Pemegang taruh
sekunder terdiri daripada:

a) kumpulan pendesak
Kumpulan pendesak merupakan satu kumpulan yang mempunyai
kepentingan yang sama dan berperanan mendesak kerajaan secara aktif dan
langsung ke arah matlamat kumpulan mereka. Ia merupakan organisasi
bukan bermotifkan keuntungan dan bertujuan untuk memperjuangkan
sesuatu isu yang mempunyai kepentingan terhadap masyarakat dan negara.
Antara tanggungjawab sosial perniagaan kepada kumpulan pendesak ialah:
Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

 menyokong matlamat kumpulan pendesak dengan mengetengahkan


isu-isu yang berkaitan dengan penjagaan dan perlindungan hak-hak,
dan kepentingan awam serta negara.
 memberikan maklumat yang benar dan sewajarnya tentang sesuatu
isu dengan tepat.
 memberikan kerjasama yang diminta oleh pihak kumpulan pendesak
jika isu berkaitan dengan perniagaannya yang dibangkitkan.
 menjalankan aktiviti perniagaan yang sah disisi undang-undang,
menjaga kepentingan masyarakat dan sentiasa prihatin terhadap isu
sosial serta alam sekitar.

b) masyarakat
Masyarakat ialah komuniti setempat dimana organisasi menjalankan aktiviti
perniagaan yang akan menjadi pelanggan dan pengguna produk yang
dihasilkan. Antara tanggungjawab sosial perniagaan kepada masyarakat
ialah:
 mengenal pasti keperluan asas masyarakat yang sering berubah.
 mengambil kira kesan negatif operasi perniagaan terhadap alam
sekitar dan persekitaran sosial.
 memberi sumbangan terhadap aktiviti penyelidikan dan
pembangunan.
 membiayai projek-projek pembangunan sosial (barang awam).
 menyumbangkan masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan awam dan
kemasyarakatan.
 memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk biasiswa,
derma dan sebagainya.

c) media
Media ialah saluran komunikasi yang digunakan oleh perniagaan untuk
menyampaikan maklumat tentang barangan yang ditawarkan di pasaran.
melalui media cetak dan media elektronik. Antara tanggungjawab sosial
perniagaan kepada media ialah:
 memastikan maklumat tentang aktiviti perniagaan yang disampaikan
melalui media adalah benar dan tepat.
 tidak mengekploitasi kuasa media untuk motif mencemarkan nama
pesaing.
 menggunakan media hanya untuk menjalankan perniagaan bukan
untuk propaganda yang mengandungi unsur politik.
Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

 memberikan maklumat yang benar kepada pihak media.


 memastikan semua pihak media diberi layanan yang adil
d) kerajaan
Kerajaan ialah badan pemerintah yang mentadbir sesebuah negara, dan
berkuasa untuk menggubal undang-undang, membentuk peraturan serta
kawalan supaya dapat menjamin sistem perniagaan berjalan lancar. Antara
tanggungjawab sosial perniagaan kepada kerajaan ialah:
 menggunakan sumber ekonomi dengan optimum bagi mengurangkan
pembaziran.
 menyokong dasar kerajaan dan mengambil bahagian dalam pelbagai
program anjuran kerajaan.
 menyediakan laporan kewangan yang benar dan saksama.
 menjalankan perniagaan yang sah disisi undang-undang.
 membayar cukai mengikut jumlah dan masa yang ditetapkan.

e) pesaing
Pesaing ialah organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga
atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti,
kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan
dalam dunia perniagaan. Pesaing sentiasa menambahbaik produk yang
sedia ada supaya mereka dapat bersaing dengan produk pengeluar lain
malah menguasai pasaran. Antara tanggungjawab sosial perniagaan kepada
pesaing ialah:
 tidak meletakkan harga jualan yang menjejaskan pasaran pesaing
iaitu harga yang jauh lebih rendah.
 tidak meniru produk asli yang dikeluarkan oleh pesaing sehingga
mengelirukan pelanggan dan menggangap produk itu ialah produk
asal.
 tidak membuat promosi yang menjejaskan imej dan keuntungan
pesaing.

f) badan perdagangan
Badan perdagangan merupakan sebuah badan yang mengawal dan
menyelia perdagangan domestik dan antarabangsa. Fungsinya ialah untuk
membangun, mempromosikan, memudahkan dan membantu dalam
perkhidmatan berkaitan dengan perdagangan. Selain itu, ia juga
mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran
pemasaran sama ada secara domestic atau antarabangsa, dan memberi
Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

perlindungan terhadap kepentingan-kepentingan perdagangan. Antara


tanggungjawab sosial perniagaan kepada badan perdagangan ialah:
 tidak menjalankan perniagaan yang salah disisi undang-undang.
 sentiasa menyokong dan menyertai program latihan yang disediakan.

6.3 Menganalisis Kepentingan Pemegang Taruh

Agle, Mitchell dan Sonnenfield (1999) mencadangkan bahawa firma menentukan


kepentingan pemegang taruh mereka dengan menganalisis tiga sifat setiap pemegang
taruh - legitimasi, kuasa dan urgensi.

a) Legitimasi(hak yang sah) : sejauh mana kesahihan atau kesesuaian tuntutan


pemegang taruh. Pihak berkepentingan utama mempunyai kepentingan sah di firma
dan ini meningkatkan keprihatinan kepada firma.

b) Kuasa(kuasa): keupayaan untuk memberi pengaruh terhadap keputusan tertentu.


Pihak berkepentingan utama mempunyai kuasa tahap tinggi yang boleh digunakan
di dalam firma.

c) Urgensi(keadaan yang mendesak): Merujuk kepada sejauh mana permintaan atau


tuntutan pemegang taruh diberi perhatian segera oleh firma. Kelewatan menangani
permintaan atau tuntutan adalah tidak dapat diterima.

6.4 TIGA PERSPEKTIF TEORI PEMEGANG TARUH

a) Perspektif normatif:
 Teori Pemegang taruh (Donaldson dan Peterson, 1995).
 Teori ini cuba menerangkan motivasi bagi sesebuah firma untuk mengambil
kira pandangan pemegang taruh dalam membuat keputusan.
 Perlu diketahui bahawa firma mempunyai moral atau tanggungjawab etika
untuk menjaga bukan sahaja kebajikan pemegang saham malah
kebajikan pemegang taruh.

b) Perspektif deskriptif:
 Percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan tingkah laku firma dan
pengurus mereka dalam berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
 Firma-firma mungkin mempertimbangkan sesetengah kumpulan pemegang
kepentingan sebagai yang lebih penting daripada yang lain disebabkan
Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

kemampuan mereka untuk mempengaruhi keperluan firma pada setiap


peringkat kitaran hayat organisasi.
 Ringkasnya, strategi firma yang mengamalkan hubungan mereka dengan pihak
berkepentingan bergantung pada kepentingan relatif sesebuah kumpulan pihak
berkepentingan tertentu berhubung dengan pihak berkepentingan yang lain.

c) Perspektif instrumental:

 Perspektif ini menegaskan bahawa sesebuah firma mesti menguruskan


hubungan dengan pihak berkepentingannya untuk menjana keuntungan.
 Pengurus korporat perlu mengimbangi dan memenuhi keperluan pelbagai
pihak berkepentingan.
 Perspektif ini berpendapat bahawa terdapat justifikasi untuk menjaga para
pihak berkepentingan dengan baik untuk mencapai matlamat ekonomi.

6.5 KONSEP DAN SIFAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL

1. Konsep CSR menggalakkan idea bahawa firma tidak boleh wujud dalam ruang.
2. Mereka memerlukan sokongan dari kedua-dua pemegang saham dan pihak
berkepentingan untuk terus beroperasi.
3. Pendek kata, firma mempunyai tanggungjawab selain membuat keuntungan bagi
para pemegang saham.
4. Di Malaysia, Bursa Malaysia Securities melancarkan rangka kerja CSR untuk
syarikat awam yang disenarai pada tahun 2006 yang menekankan bahawa CSR
adalah lebih daripada inisiatif dermawan dan komuniti.

6.5.1 Piramid Tanggungjawab Sosial


Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

1. Tanggungjawab Ekonomi
Memerlukan firma yang memperolehi keuntungan supaya pemegang saham dapat menjana
kadar pulangan yang manasabah dalam pelaburan mereka manakala pekerja pula
mendapat pekerjaan untuk membantu kehidupan mereka. Seterusnya pelanggan
memerlukan firma untuk menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada
harga yang berpatutan.
2. Tanggungjawab Undang-Undang
Memerlukan firma untuk mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan
dengan operasi perniagaan mereka. Sebagai contoh, undang-undang syarikat
menghendaki para pengarah menunaikan kewajipan fidusiari mereka untuk menguruskan
aset dan pelaburan firma.
3. Tanggungjawab Etika
Memerlukan firma untuk melakukan apa yang betul dan adil semasa berurusan dengan
semua pihak yang berkepentingan meskipun undang-undang tidak memaksa mereka
berbuat begitu. Sebagai contoh, pihak yang berkepentingan mengharapkan firma supaya
mengelakkan amalan-amalan yang boleh mengancam mereka.
4. Tanggungjawab Kedermawanan
Sesuatu yang diperlukan atau diharapkan oleh masyarakat berbanding dengan apa yang
diperlukan oleh firma. Firma secara sukarela memenuhi tanggungjawab ini untuk
"memulangkan kembali" kepada masyarakat yang menyokong kewujudan dan
kesejahteraan perniagaan mereka.

Konteks “memulangkan kembali” ini termasuklah:


 menderma wang tunai untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat
 menyediakan rekreasi dan penjagaan kanak-kanak untuk pekerja,
 menyokong aktiviti kitar semula masyarakat setempat
 menaja acara sukan sekolah
 memberikan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan
Secara ringkasnya, tanggungjawab sosial korporat (CSR) memerlukan firma untuk menjana
keuntungan, mematuhi undang-undang, beretika dan “memulangkan kembali” kepada
masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti CSR boleh diringkaskan dalam jadual di bawah.

Menawarkan barangan yang selamat Menyediakan persekitaran kerja yang


dan berkualiti selamat
Mengamalkan kitar semula Mempromosikan amalan etika di tempat kerja
Menderma kepada badan-badan Menderma kepada mangsa bencana alam
kebajikan
Pekerja menjadi sukarelawan Memberi dana kepada perkhidmatan komuniti
setempat
Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

Menyediakan penjagaan kesihatan Komitmen untuk mencegah pencemaran


kepada orang miskin
Memberikan biasiswa kepada pelajar Membalas aduan pelanggan dengan cepat
Memperuntukkan dana untuk membantu Menaja program latihan kemahiran untuk
program-program sosial tertentu. belia tempatan dan wanita yang kurang
bernasib baik

6.5.2 Model Tanggungjawab Sosial Korporat Keith Davis

Cadangan 1 Tanggungjawab sosial timbul dari kuasa sosial

Cadangan ini mencadangkan bahawa perniagaan mempunyai pengaruh dan kuasa yang
besar terhadap isu-isu seperti pekerjaan, persekitaran dan pembangunan komuniti.
Penegasan ini adalah benar apabila firma telah menjadi begitu besar sehinggakan
kerajaan dan mekanisme pasaran tidak dapat mengawal aktiviti dan tingkah laku mereka.
Oleh itu, masyarakat memerlukan firma untuk bertanggungjawab terhadap isu-isu sosial
yang timbul daripada pelaksanaan kuasa mereka

Cadangan 2 perniagaannya hendaklah beroperasi sebagai sistem terbuka dua arah

Cadangan ini menyatakan bahawa sesebuah perniagaan menerima input dari masyarakat
dan oleh itu, harus mendedahkan operasinya kepada orang ramai. Input, dalam konteks ini,
adalah cadangan atau pandangan masyarakat tentang tindakan yang perlu diambil untuk
menggalakkan kebajikan masyarakat, yang mana perniagaan harus bersedia untuk
mendengar. Perniagaan harus mendedahkan semua tindakan yang diambil untuk memenuhi
tanggungjawab sosialnya dan masyarakat harus memberi perhatian terhadap pendedahan
tersebut.Secara ringkas,hubungan yang bermanfaat antara perniagaan dan komuniti di
mana ia beroperasi hanya boleh dicapai dan dikekalkan sekiranya terdapat komunikasi
terbuka antara kedua-dua pihak dan kesanggupan untuk bekerjasama.

Cadangan 3 Perniagaan haruslah benar-benar menilai kos sosial dan manfaat daripada
aktiviti, produk dan perkhidmatannya sebelum meneruskan perniagaan.

Sesebuah perniagaan harus mempertimbangkan faedah jangka pendek dan jangka


panjang dan kesan-kesan dari operasinya sebelum meneruskan sebarang keputusan
perniagaan.

Cadangan 4 Pengguna harus menyerap kos sosial yang timbul daripada setiap aktiviti,
produk atau perkhidmatannya.

Sesebuah perniagaan seharusnya menyedari bahawa beberapa aktiviti sosial yang


berfaedah dapat mengurangkan keuntungan mereka. Oleh itu, masyarakat tidak boleh
mengharapkan perniagaan itu menanggung kos aktiviti sedemikian sepenuhnya.
Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

Sebaliknya, kos itu harus ditanggung oleh pengguna dalam bentuk harga barangan atau
harga perkhidmatan yang tinggi, berkaitan dengan aktiviti ini.

Cadangan 5 Institusi perniagaan sebagai warganegara, bertanggungjawab untuk


melibatkan diri dalam masalah sosial yang tertentu, yang berada di luar bidang operasi
normal mereka.

Walaupun perniagaan tidak menyumbang kepada masalah sosial, ia seharusnya


dipertanggungjawabkan untuk membantu masyarakat menyelesaikan masalah. Sekiranya
mereka mempunyai kepakaran untuk melakukannya. Cadangan ini adalah berdasarkan
kepada tanggapan bahawa perniagaan itu akan mendapat manafaat daripada masyarakat
yang lebih baik, oleh itu, ia sepatutnya berkongsi tanggungjawab untuk menggalakkan
kebajikan masyarakat.

6.6 PERBAHASAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Argumen Terhadap CSR Hujah yang Memihak kepada CSR
Ekonomi klasik Baik untuk perniagaan dalam
jangka panjang
Tidak kompeten untuk menangani Mencegah gangguan luar masa
isu-isu sosial depan
Kelemahan kompetitif Perniagaan mempunyai sumber,
jadi biarkan mereka cuba
Individu mempunyai Ia adalah perkara yang betul
tanggungjawab moral, bukan untuk dilakukan
firma
Pemegang saham menanggung kos
tersebut
Mencabut tujuan utama
perniagaan

6.7 GERAK BALAS SOSIAL KORPORAT

1. Tanggungjawab Sosial Korporat adalah lanjutan konsep CSR yang memberi


tumpuan kepada tindakan dan bukan sekadar mengenal pasti kewajipan firma.
2. Tidak cukup bagi firma untuk mengenal pasti dan memenuhi tanggungjawab mereka
kepada pihak berkepentingan.
3. Sebaliknya, mereka perlu proaktif dalam menentukan keperluan masyarakat dan
melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan tersebut.
4. 4 falsafah tanggapan social korporat
i. Reaktif (‘melawan sepanjang jalan') / -menghajakan pencapaian
ekonomi dan sepenuhnya mengabaikan CSR. - tidak menyedari
aduan social
Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2123/ K 06/NK 06-06
14

ii. Defensif ('lakukan hanya apa yang diperlukan') - mematuhi keperluan


undang-undang minimum untuk melindungi firma dan untuk
memenuhi jangkaan social
iii. Akomodatif ('menjadi progresif') - menerima CSR dan cuba memenuhi
tanggungjawab ekonomi, undang-undang dan etika. - tingkah laku
adalah konsisten dengan nilai dan norma masyarakat akibat tekanan
luaran.
iv. Proaktif ('memimpin industri') - jenis respons yang paling
komprehensif. - mematuhi semua keperluan CSR, termasuk yang
dermawan. - memimpin inisiatif sosial dan menghalang effet negatif
aktiviti mereka. - menjangkakan masalah sosial dan merangka
tindakan untuk menyelesaikannya

6.8 KAJIAN KES

Anda mungkin juga menyukai