Oleh :
HALISA ASSAGAF
RATIB AL-HADDAD
. ش ِفي ِعنَا َونَ ِب ِِّينَا َو َم ْوالنَا ُم َح َّمد صلى هللا عليه وسلم
َ س ِِّي ِدنَا َو ْ الفَاتِ َحة إِلَى َح-الفاتحة
َ ض َر ِة
Latin:
Bismillahirrahmanirrahim.
Terjamah:
Al-Fatihah kepada ketua, pemberi shafaat, Nabi dan penolong kita, Muhammad s.a.w.
(Al-Fatihah).
َ الص َرا
ْ َ َو ِإ َّياكَ ن. ط
. ُستَ ِع ْين ِّ ِ ستَ ِق ْي َم اِ ْه ِدنَا َ غي ِْر ِص َرا
ْ ا ْل ُم. َط الَّ ِذ ْين َ َعلَي ِْه ْم أَ ْن َع ْمت
َ علَي ِْه ْم ِ ا ْل َم ْغض ُْو
َ ب
Latin:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentakbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah)
Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-
orang yang sesat.
Riwayat :
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah
Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat?
Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai
Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar
kemuliaan dan faedahnya.”
Ayat kursi:
اَهللُ الَ ِإلَهَ ِإالَّ ه َُو ا ْل َح ُّي ا ْلقَ ُّي ْو ُم.َسنَةٌ َوال
ِ ت َو َما ِفي نَ ْو ٌم لَهُ َما ِفي الَ تَأ ْ ُخذُ ُه
ِ موا
َ س ِ ِي األَ ْر
َّ ض َم ْن ال ْ ذَا الَّذ
ْ َط ْونَ َخ ْلفَ ُه ْم َوالَ أَ ْي ِدي ِْه ْم َو َما َما بَ ْينَ ِب ِإ ْذنِ ِه يَ ْعلَ ُم ِع ْن َدهُ إِالَّ ي
شفَ ُع ُ إِالَّ ِب َما شَآ َء ِبش َْيءٍ ِم ْن ِع ْل ِم ِه يُ ِح ْي
1x .ُسيُّه
ِ س َع ك ُْر َ ت َواألَ ْر
ِ ض َو ِ س َم َوا ُ َوه َُو العَ ِل ُّي العَ ِظ ْي ُم َوالَ يَ ُؤ ُدهُ ِح ْف
َّ ظ ُه َما ال
Latin:
Terjamah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Allah, tiada Tuhan
melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang
dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang
ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak
mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi
Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta
memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Riwayat :
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadits yang
menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan,
melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
Latin:
Aamanar Rasulu bimaa unzila ilayhi min Rabbihi wal mu’minun kullun aamana
Billaahi wa Malaaikatihi wa Kutubihi wa Rusulih laa nufarriqu bayna ahadin min
Rusulih wa qaalu sami’naa Wa ata’naa Ghufraanaka Rabbanaa wa Ilaykal masiir.
La yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa Maa kasabat wa ‘alayhaa maktasabat
Rabbanaa laa tuaakhidhnaa in-nasiinaa aw akhta’naa Rabbanaa Wa laa tahmil
‘alaynaa isran kamaa hamaltahu ‘alal-ladhiina min qablinaa Rabbanaa wa laa
Tuhammilnaa maa laa taaqata lanaa bih wa’fu ‘annaa wa’ghfir lanaa warhamnaa Anta
Mawlaanaa Fa’nsurnaa ‘alal qawmil kaafiriin… Aamiin.
Terjamah:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang-orang yang beriman, Semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan
Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami tidak membedakan antara seorang
rasul dengan rasul-rasul yang lain”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah
Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah
kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
yang kafir” (Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
Riwayat:
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk
dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu di atasnya. Dia mengangkat kepalanya
lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu
malaikat pun turun, dan Jibril berkata lagi,
“Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata,
“Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi kepada
rasul-rasul sebelummu-“Fatihat dan ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan
mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.
Latin:
Laa ilaaha Illallaahu Wahdahu laa shariika lahu Lahul Mulku wa Lahul Hamdu
Yuhyii wa Yumiitu wa Huwa ‘alaa kulli shay’in Qadiir (3 x)
Terjamah:
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala
kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan,
dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)
Riwayat:
Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w
berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan
sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang
darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
Latin:
Terjamah:
Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang
Maha Besar. (3X)
Riwayat:
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w bersabda: Zikir-zikir
yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, iaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak
berbeza yang mana aturannya apabila engkau berzikirullah.
Latin:
Terjamah:
Maha suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Riwayat:
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dua
zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh Allah ialah:
‘SubhanAllah al-Azim dan ‘SubhanAllah wa bihamdihi.’”
Latin:
Terjamah:
Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang. (3X)
Riwayat:
Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah;
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sila rujuk juga
Surah 11: Hud; Ayat 90
Latin:
Terjamah:
Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan selawat ke atasnya dan
kesejahteraan-Mu. (3X)
Riwayat:
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas
Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah
salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.
Latin:
Terjamah:
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.
(3X)
Riwayat:
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa ini
tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
Latin:
Bismillaahilladhii laa yadurru ma’a Ismihi shay’un fil ardi wa laa fis-samaa’ wa
Huwa’s Samii’ ul ‘Aliim (3 x)
Terjamah:
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit
dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Riwayat:
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca
doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.”
Latin:
Terjamah:
Kami ridha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai
Nabi kami. (3X)
Riwayat:
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah
ialah Islam.
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca ayat ini
di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.
Latin:
Terjamah:
Dengan Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah
kehendak Allah. (3X)
Riwayat:
Diriwayatkah oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Hurairah, bila
kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya ia membawa kamu ke jalan
yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah
“Alhamdulillah”.
Latin:
Aamannaa Billaahi wal Yawmil aakhir tubnaa iia llaahi baatinan wa zaahiraa (3 x)
Terjamah:
Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan
zahir. (3X)
Riwayat:
Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah
kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang tiada dosa apa-
apa”
Latin:
Terjamah:
Ya Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami. (3X)
Riwayat:
Dari Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan menangis lalu
beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah, sebab setelah kita yakin,
tiada apa lagi yang lebih baik daripada kesihatan.
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah;
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Latin:
Terjamah:
Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam
agama Islam . (7X)
Riwayat:
Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam. Dan dari Tirmidhi,
Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith bahawasanya sesiapa yang berdoa
dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti dikabulkan Allah.
Latin:
Terjamah:
Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-
orang yang zalim. (3X)
Riwayat:
Seperti di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang tidak boleh mengalahkan
musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat tidak mahu dicederakan akan bebas dari
dicederakan musuhnya.
Latin:
Terjamah:
Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari
kejahatan orang-orang yang suka menggangu. (3X)
Riwayat:
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang
mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya, melainkan akan didoakan
oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
Latin:
Yaa ‘Aliyyu Yaa Kabiiru Yaa ‘Aliimu Yaa Qadiiru Yaa Samii’u Yaa Basiiru Yaa
Latiifu Yaa Khabiir (3 x)
Terjamah:
Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa
Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha
Mengetahui (3X)
Riwayat:
Surah 17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama “Allah”
atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak
nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara
yang sederhana antara itu.”
Latin:
Yaa Faarij al-hammi Yaa Kaashifal-ghammy Yaa man li-‘abdihi Yaghfiru wa Yarham
(3 x)
Terjamah:
Wahai Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai
Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Riwayat:
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama Rasulullah
s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta kerana segala pujian ialah untuk-Mu
dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang Pemberi Rahmat dan yang Pengampun,
Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik nama-
nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila diminta dengan nama-nama-Nya
Allah akan memberi.
Latin:
Terjamah:
Aku memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon
keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
Riwayat:
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan daripada Allah;
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian kembalilah taat
kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih”
Latin:
Terjamah:
Riwayat:
Kalimat “La ilaha illallah” ini adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia
mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”
Latin:
Terjamah:
Latin:
Terjamah:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala
permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun
yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Riwayat:
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar
bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu
tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku,
surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan
Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda
berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab,
“Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
Latin:
Terjamah:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada
kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap
gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan
daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”. Surah Al-Falaq
Riwayat:
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah
seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca
bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda
wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda
sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
Latin:
Terjamah:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian
manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik
penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas
Riwayat:
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu
meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah
al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
Latin:
Terjamah:
Kita membaca al-fatihah ini dengan niat semoga Allah menyampaikan pahalanya kepada ruh
suci junjungan kita, kekasih dan pemberi syafaat kita, rasulullah, Muhammad putra abdillah,
dan kepada keluarga, sahabat-sahabat, istri-istri, keturunan, dan ahli baitnya, dan kepada ruh
suci sayyidina al-muhajir ahmad bin isa, dan kepad nenek moyang serta anak cucunya,
semogaAllah meninggikan derajat mereka disurga, memperbesar ganjaran mereka, melipat
gandakankebaikan mereka, dan melindungi kita dengan berkat kemuliaan mereka.
Memberikan manfaat dan melimpahkan keberkatan, rahasia-rahasia, cahaya-cahaya, dan ilmu
mereka kepada kita dalam urusan agama, dunia, dan akhirat, al-fatihah..
Latin:
Terjamah:
Kita membaca al-fatihah ini dengan niat semoga Allah menyapaikan pahalanya kepada ruh
suci junjungan guru kami yang mulia al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin al-Baalawi,
nenek moyang dan anak cucu mereka, dan kepada semua pembesar keluarganya al-abaalwi
dan nenek moyang serta anak cucunya semoga Allah meninggikan derajat mereka disurga,
memperbesar ganjaran mereka, melipat gandakan kebaikan mereka, memberikan manfaat dan
melimpahkan keberkatan, rahasia-rahasia, cahaya dan ilmu mereka kepada kita, dalam urusan
agama, dunia, dan akhirat. Al-fatihah..
Latin:
Terjamah:
Kita membaca al-fatihah ini dengan niat semoga Allah menyampaikan pahalanya kepada
arwa suci para penghulu kita, para shufi dimanapun arwa mereka berada, di timur atau barat,
semoga Allah meninggikan derajat mereka disurga, memperbesar ganjaran mereka, melipat
gandakan kebaikan mereka, dan melindungi kita dengan berkat kemuliaan mereka,
memberikan manfaat dan melimpahkan keberkatan, rahasia-rahasia, cahaya-cahaya dan ilmu
mereka kepada kita dalam urusan agama, dunia, dan akhirat al-fatihah..
Latin:
Terjamah:
Kita membaca al-fatihah ini dengan niat semoga Allah menyampaikan pahalanya kepada ruh
suci penyusun ratib ini syyidina quthub al-rasyid wa ghauts al-ibad habib abdillah bin alwi al-
haddad, juga kepada nenek moyang dan anak cucu mereka, semoga Allah memninggikan
derajat mereka disurga, memperbesar ganjaran mereka, melipat gandakan kebaikan
mereka,dan melindungi kita dengan berkat kemuliaan mereka, memberikan manfaat dan
melimpahkan keberkatan, rahasia-rahasia, cahaya, dan ilmu mereka kepada kita dalam urusan
agama, dunia, dan kahirat al-fatihah..
Latin:
Kita membaca al-fatihah ini dengan niat semoga Allah melimpahkan pahalanya kepada arwa
suci hamba-hamba Allah yang sakeh, orang-orang tua, guru-guru agama kita dan orang-orang
yang mempunyai hak atas kita, serta orang-orang yang meninggal di negeri ini dari ahli “laa
ilaha illallah” dan untuk arwa orang yang meninggal dari kaum muslimin dan mereka yang
masih hidup sampai hari akhirat kelak, semoga Allah mengampuni dan menyayangi mereka,
melepaskan kesulitan kaum muslimin serta mengasihi merek, menyembuhkan penyakit
mereka dn meyatukan mereka semua dalam petunjuk, melunakkan hati sesame mereka,
menguasakan atas mereka orang-orang terbaik yang ada diantara mereka, dan
menyelamatkan mereka dari (penguasaan) orang-orang jahat yang ada diantara mereka, dan
melindungi kita dan mereka dari kejahatan fitnah, cobaan, dan dari gangguan orang-orang
yang melampaui batas, dari dekat maupun jau. Melapangkan kehidupan mereka,
memperlebat hujan mereka, dan mengabulkan semua hajat kita, hajat-hajat yang diridlai
Allah dan rasul-Nya, dan membukakan bagi kita (ilmu pengetahuan dan ma’rifat)
sebagaimana yang telah dibukakannya kepada orang-orang arif dan mengahiri hidup kita
dalam ridla-Nya, dalam kebaikan, kelembutan, dan keselamatan. Dan kepada junjungan kita
nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. Al-fatihah..
Latin:
Terjamah:
Yaa Allah sungguh kami memohon kepada-Mu akan ridlo dan surga-Mu, dan kami
berlindung kepada-Mu dari kemarahan-Mu dan siksa api neraka. (3x)
Latin:
Yaa ‘alimassirri minna, laa takhtikiis sitro ‘annaa, wa ‘aafinaa wa’fu’anna wakulana
haitsukunna. (3x)
Terjamah:
Yaa Allah, yang maha mengetahui segala rahasia kami, janganlah kiranya engkau buka tirai
rahasia dari kami. Berikanlah kesehatan pada kami dan maafkanlah diri kami dimanapun
kami berada. (3x)
Latin:
Semoga Allah membalaskan junjungan kami Muhammad sallallahu alihi wa sallam dari kami
atas jasa-jasanya dengan balasan yang baik, semoga Allah membalaskan junjungan kami
Muhammad sallallahu alihi wa sallam dari kami atas jasanya dengan balasan yang berhak
diperolehnya. (3x)
Latin:
Terjamah:
Semoga Allah membalaskan junjungan kami Muhammad sallallahu alai wa sallam dari kami
atas jasa-jasanya dengan balasan yang baik, sebaik umatnya. (3x)
Latin:
Terjamah:
Yaa Allah, (dengan kalimat-kalimat tersebut), yaa Allah, (dengan kalimat-kalimat tersebut),
yaa Allah, (dengan kalimat-kalimat tersebut) matikan kami dengan mati Husnul khatimah
(beriman). (3x)
TAMAT..
Habib Abdullah Al Haddad, beliau adalah seorang ulama asal tarim, hadraumut yang hidup di
masa antara tahun 1634 – 1720. Adapun bacaan wirid Ratib Haddad ini merupakan karya dari
Al-allamah Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad. Beliau merupakan salah
seorang ‘Ulama yang nasab nya sampai atau bersambung langsung dengan Rasulullah SAW.
maka tak heran apabila beliau memiliki derajat yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala
dan belaiu juga merupakan seorang wali qutub (pemimpin para wali) di zamannya. Beliau
pula yang memperbarui tariqoh alawiyin atau ba’alwy. Habib Abdullah Alhaddad memiliki
sebanayak 140 guru. Dari 140 guru tersebut, guru utama beliau adalah Al Habib Umar bin
Abdurrahman al-‘Aththas. Habib Abdullah Alhaddad memiliki banyak murid yang “sukses”
dalam berdakwah, adapun diantara semua muridnya yang paling di kenal adalah Al Habib
Ahmad bin zein Alhabsyi. Habib Abdullah Al-haddad memiliki banyak sekali karya bahkan
tak terhitung jumlahnya, namun karya nya yang paling terkenal yaitu Ratib Al-Haddad yang
sampai saat ini masih banyak di baca bahkan diamalkan oleh kebanyakan umat islam di
belahan dunia termasuk, salah satu nya Indonesia.
Ratib Al Haddad
Karya yang diberi nama oleh nya Ratib Al Haddad ini sendiri semuanya diambil atau
berdasarkan dari Al-Qur’an dan Al-Hadist Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassallam. Jika
berbicara tentang faedahnya tentu sangat luar biasa karena mencakup segala aspek
kehidupan.
Dari berbagai literatur telah menjelaskan mengenai khasiat dari membaca Ratibul Haddad
yakni di antaranya Allah Subhanahu wa ta’ala akan menjaga tempat tinggal atau bahkan
negara yang ia diami dari beberapa cobaan atau siksaan. Selain itu juga orang yang rutin
mendawamkan / membacanya akan diberi “imbalan” berupa kekayaan, kebaikan dan
kebarokahan di rumahnya. Telah dijelaskan pula di dalam kitab yang bernama Wirdul Imam
Al ‘Allamatud Dunya yang mana di dalam kitab tersebut bertuliskan pernyataan bahwa
sebagian ‘Ulama salaf berkata, khasiat Ratibul Haddad yakni menjadi asbab panjang umur,
husnul khotimah, dan juga menjaga dari segala macam peristiwa atau bencana, baik ketika di
darat, laut bahkan di udara. Adapun jika Anda ingin membaca wirid Ratibul Haddad ini
diajurkan di tempat sepi (jauh dari keramaian), menghadap ke kiblat dan tentunnya dalam
keadaan suci (wudhu) kemudian menyampaikan apa yang menjadi hajat Anda, Insyaallah
dengan Rahmat Allah Swt apa yang menjadi hajat / keinginan Anda di kabulkan oleh-Nya.
Membaca wirid ini juga menjadi sebab terhindarnya Anda dari sifat kemunafikan bahkan
tindakan dhalim. Selain beberapa khasiat yang telah di jelaskan di atas, orang yang
mengwiridkan ini juga akan diberi kemudahan dalam menyelesaikan urusannya baik tentang
dunia maupun akhirat. Jika istiqomah dalam membacanya maka orang tersebut akan di tolong
oleh Allah ketika sedang menghadapi musuhnya. Selain itu, jika salah satuu rumah dibacakan
Ratibul Haddad maka 40 rumah yang ada sekitarnya akan terjaga dari berbagai peristiwa
seperti kebakaran & pencurian. Ada pula yang menyebutkan, jika seseorang membaca Ratib
Al-Haddad ini maka orang tersebut tidak akan terkena sihir.
Nah itulah berbagai khasiatd dari membaca atau pun mendawamkan Ratib Al-Haddad.
Terlepas dari khasiat-khasiat yang telah di sebutkan di atas, yang perlu ingat adalah niat
utama menadawakan atau membaca Ratibul Haddad ini yakni mendekatkan diri kepada Allah
Subahanahu Wa’ Ta’ala.
CATATAN :
“Membaca Ratib Al-Haddad ini sesudah melaksanakan shalat Isya’ dan shalat Subuh
merupakan cara membaca yang paling tepat dan sempurna, namun sebenarnya meskipun
hanya membaca 1x dalam sehari semalam sudah di anggap cukup, tapi perlu diketahui paling
utama pelaksanaannya yakni setelah selesai melaksanakan shalat Isya’. Untuk di bulan
Ramadhan, membacanya didahulukan / sebelum pelaksanaan shalat Isya’.”