Anda di halaman 1dari 7

BAB 1 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

DEFINISI : Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam
organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi
tinggi.

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


• Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi
• Memastikan sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini
• Memastikan pengagihan sumber manusia secara berkesan
• Memastikan kenajikan pekerja sentiasa dijaga
• Memastikan prestasi sumber manusia sentiasa dipantau
• Memastikan tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi

PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SESEBUAH


PERNIAGAAN
FAKTA HURAIAN CONTOH
1. KEPERLUAN • Menggunakan teknik Menjalankan sesi
PEKERJA, MEREKRUT merekrut dan proses temuduga dalam
PEKERJA, KONTRAK pemilihan yang boleh proses pemilihan
PEKERJAAN DAN menarik calon berkelayakan pekerja.
DESKRIPSI TUGAS menyertai sesebuah
perniagaan.
• Menghuraikan bidang tugas
dengan jelas supaya pekerja
menjalankan tugas dengan
cekap.
2. MEMBANGUNKAN • Mewujudkan semangat Memaklumkan KPI
PASUKAN MENCAPAI berpasukan setiap kumpulan
SASARAN • Setiap pekerja berusaha pekerja yang perlu
mencapai KPI pasukan dicapai untuk
sebagai petunjuk prestasi melihat
pencapaian kerja. kecemerlangan tugas
3. PRESTASI PASUKAN • Prestasi pasukan akan Mengadakan Kursus
mempengaruhi kuantiti dan Motivasi
kualiti pengeluaran
• Meningkatkan prestasi dan
motivasi pasukan melalui
latihan dan kursus.
4. LATIHAN • Program latihan dan Menyediakan
PENINGKATAN pembangunan diberi secara program latihan
KENDIRI berterusan amali kepada pekerja
• Program latihan dan baharu
pembangunan yang
dijalankan dapat
meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan yang
khusus
5. MEMBENTUK • Persekitaran kerja yang Kemudahan pejabat
PERSEKITARAN KERJA selesa dapat meningkatkan yang lengkap dan
YANG POSITIF DAN produktiviti, motivasi dan mesra pengguna
HARMONI kepuasan bekerja menjadi keselesaan
• Persekitaran kerja yang untuk bekerja
harmoni dapat memberi
ruang menjana idea yang
baru
6. PEMANTAPAN • Amalan kerja yang beretika, Konsep pengurusan
BUDAYA berintegriti dan Jepun Kaizen
PROFESIONAL mementingkan
kecemerlangan dapat
wujudkan budaya
profesional
• Budaya profesional dapat
menjamin perkhidmatan
yang terbaik kepada
pelanggan

7. MENGGALAKKAN • Menggalakkan Biasiswa pendidikan


KREATIVITI DAN pembangunan bakat pekerja untuk menyambung
INOVASI bagi menambahkan pengajian khusus
kepakaran dalam bidang tugas
• Pekerja yang kreatif dan mereka
inovatif diberi ganjaran dan
penghargaan sebagai
motivasi kerja mereka
8. PEMBERIAN • Fungsi ganjaran kepada Caruman KWSP /
INSENTIF MUNASABAH pekerja adalah untuk PERKESO
meningkatkan pencapaian
prestasi, motivasi dan
kesetiaan pekerja
• Ganjaran yang sesuai dapat
mewujudkan persekitaran
yang harmoni
9. PEMBERHENTIAN • Perniagaan perlu ada sistem Penamatan kontrak
PEKERJA pemberhentian yang perkhidmatan seperti
sistematik supaya tiada persaraan atau
pembaziran sumber manusia pemecatan
• Pekerja yang menamatkan
perkhidmatan atau
diberhentikan perlu
diberikan ganjaran atau
pampasan yang setimpal
sebagai tanda penghargaan
atas sumbangan khidmat
mereka
ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN
PERNIAGAAN

1. PENEMPATAN PEKERJA DAN FASILITI


• Penempatan pekerja adalah mengikut kemahiran, kebolehan, minat dan pengalaman
pekerja serta keperluan perniagaan.
• Menggunakan kemudahan yang sesuai bagi meningkatkan kecekapan bekerja.
• Contoh :Tukang jahit memerlukan mesin jahit elektrik untuk mempercepatkan aktiviti
menjahit

2. STANDARD PROSEDUR OPERASI TUGAS (SOP)


• SOP merupakan dokumen arahan bertulis untuk menyeragamkan pelaksanaan tugas.
• SOP dapat memastikan kerja yang dilakukan mengikut piawaian dan mengurangkan
risiko bahaya kepada pekerja.
• Contoh : Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan ketika berada di tapak
projek.

3. SISTEM PENGGAJIAN
• Sistem penggajian yang yang kompetitif dapat meningkatkan motivasi pekerja
• Jika sistem penggajian tidak adil, kesetiaan pekerja akan terganggu.
• Contoh : Seorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi akan dapat gaji
yang yang lebih tinggi.

4. PENGHARGAAN DAN HUKUMAN


• Pekerja yang berprestasi tinggi perlu diberli penghargaan
• Pekerja yang bermasalah boleh diberi amaran dan diambil tindakan untuk
memperbaiki prestasi kerja.
• Contoh : Pekerja yang cemerlang di beri anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

5. PENYELESAI MASALAH
• Menjadi orang tengah sekiranya berlaku masalah perselisihan faham
• Sentiasa adakan perbincangan secara berterusan bagi menggalakkan komunikasi
berkesan
• Contoh : Jika berlaku konflik antara pekerja, pengurusan sumber manusia
bertanggungjawab menyelesaikannya.

6. STRUKTUR ORGANISASI
• Struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab,
jawatan dan deskripsi tugas.
• Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan mengikut keperluan setiap unit.
• Contoh : Carta Organisasi
HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN PEKERJA DENGAN
KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN

KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN

DEFINISI : Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja yang membuatkan bakal
majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka.

JENIS KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN

• Kemahiran Komunikasi
• Kerja berpasukan
• Penyelesaian masalah
• Perancangan dan pengurusan diri
• Keupayaan pembelajaran
• Penggunaan teknologi terkini
• Berinisiatif dan keusahawanan

KEPERLUAN KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN

1. Kelayakan yang bersesuaian

Kepelbagaian ujian diperlukan untuk menilai personality dan kebolehan calon daripada
beberapa aspek penting yang memenuhi keperluan perniagaan-akauntan-kelayakan
akademik

2. Berpengalaman :Majikan lebih memberi keutamaan kepada calon yang berpengalaman


dalam pelbagai industri kerana dapat menjimatkan masa dan kos latihan pekerja-cef-
berpengalaman-berkebolehn,kreatif,terlatih,kurang kos

3. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan

Pekerja yang berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan merupakan satu


kelebihan untuk dipilih oleh majikan-Pegawai bank-produk perbankan terkini

4. Berpengalaman dalam industry tertentu

Pengalaman dalam bidang kerja berkaitan amat penting kerana pekerja dapat
melaksanakan tugas yang diberi dengan lebih baik-pramugari-syarikat penerbangan-
terlatih & baik dalam deskripsi tugas

5. Keberkesanan mencapai sasaran individu dalam pasukan atau jabatan

Komitmen dan daya usaha kerja yang positif dapat membentuk kesepakatan yang
harmoni dalam mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan
MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN

JENIS2 STRUKTUR ORGANISASI

1. STRUKTUR • Digunakan secara meluas kerana mudah dibentuk dan


ORGANISASI dipraktikkan
BERDASARKAN • Menempatkan individu mengikut kemahiran @ kepakaran
FUNGSI dalam fungsi tertentu.
Cth :

PENGURUS BESAR

Pengurus Pengurus Pengurus Sumber


Kewangan Pemasaran manusia

2. STRUKTUR • Perniagaan berskala besar yang mengeluarkan pelbagai jenis


ORGANISASI produk
BERDASARKAN • Individu bekerja ikut pengalaman @ kemahiran dalam produk
PRODUK tertentu
Cth :
PENGURUS
BESAR

Pengurus Pengurus Pengurus


Produk A Produk B Produk C

3. STRUKTUR • Diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi fokus


ORGANISASI syarikat
BERDASARKAN • Memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di ibu pejabat bagi
GEOGRAFI/ penyelarasan jabatan @ bahagian di pelbagai wilayah.
WILAYAH Cth:

PENGURUS BESAR

Pengurus Pengurus Pengurus (Wilayah


(Wilayah Utara) (Wilayah Selatan) Timur)

4. STRUKTUR • Diwujudkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan


ORGANISASI • Biasa wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan
BERDASARKAN Cth:
PELANGGAN PENGURUS
BESAR

Pelanggan A Pelanggan B - Pelanggan C -


-Perkhidmatan Perkhidmatan Perkhidmatan nasihat
Kaunter mesin ATM pelaburan

5. STRUKTUR • Dikenali sebagai sistem berbilang arahan


ORGANISASI • Kombinasi struktur organisasi fungsi dan produk
BERDASARKAN Cth :
MATRIKS
PENGURUS
BESAR

Pengarah Pengarah Pengarah


Projek Operasi Kewangan

Ekskutif
Projek A

Eksekutif
Projek B

SISTEM PENGGAJIAN BAGI SESEBUAH ORGANISASI

DEFINISI : Gaji ialah bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang
menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi.

TUJUAN GAJI : Menarik pekerja berkhidmat dalam organisasi, mengekalkan pekerja yang
berpengalaman dan memotovasikan pekerja

Penggajian melibatkan dua komponen iaitu GAJI dan FAEDAH

GAJI FAEDAH
• Gaji Asas – Gaji yang diterima oleh • Caruman KWSP
pekerja tanpa melibatkan sebarang • Caruman Perkeso
pembayaran tambahan seperti elaun, • Komisen
bonus, komisen dll. Gaji asas • Biasiswa pendidikan
dibayar mengikut perjanjian • Kemudahan Cuti
pekerjaan yang dibuat antara • Kemudahan Perubatan
majikan dan pekerja. • Insurans Berkelompok
• Upah – Upah merupakan bayaran
yang akan dibayar kepada pekerja
berdasarkan tempoh jam bekerja @
hari bekerja.
• Elaun – Bayaran tambahan yang
akan dibayar oleh majikan kepada
pekerja. Pemberian elaun
bergantung kepada jenis jawatan
yang disandang.
FAKTOR PENENTU SISTEM PENGGAJIAN

• Kemampuan Organisasi
Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh akan memberi lebih banyak
ganjaran.

• Bentuk dan Jenis Tugas


Pekerja yang menjalankan tanggungjawab lebih besar akan diberi ganjaran tinggi.
• Undang-undang dan Peraturan Kerajaan
Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum perlu diberikan oleh
sesebuah organisasi.

• Ganjaran yang dibayar oleh pesaing


▪ Bagi mengelakkan pekerja daripada berhenti,majikan memberi ganjaran
setara/lebih tinggi berrnading pesaing.
▪ Skim ganjaran yg menarik akan memotivasi & mengekalkan pekerja utk
berkhidmat dgn syarikat & mengelakkan masalah “pusing ganti” pekerja.

• Permintaan dan dan penawaran buruh


Permintaan dan penawaran buruh akan menentukan kadar upah di pasaran.

• Faktor lokasi
Sistem penggajian dipengaruhi oleh kos sara hidup setempat,kedudukan dan kawasan
geografi kawasan dan risiko lokasi serta kemudahan infrastruktur yang ada.

Anda mungkin juga menyukai