Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN

DCA 4123 – SOIL INVESTIGATION

PRACTICAL SHEET

AMALI
HAND AUGER TEST
4 Jam
AMALI

TAJUK : GERIMIT TANGAN / HAND AUGER

OBJEKTIF :
Gerimit tangan atau juga dikenali dengan nama “ Hand Auger “ . Ia merupakan kaedah yang
paling ringkas dalam penyiasatan tapak dan persampelan. Ia juga digunakan untuk menggali
lubang bagi mendapatkan sampel tanah tak terganggu. Selain daripada itu ia juga digunakan
untuk mendapatkan sampel tanah terganggu , untuk menentukan aras air bumi yang cetek dan
menunjukkan perubahan pada strata tanah. Gerimit digunakan untuk mengetahui tentang tanah
yang terdapat di dalam bumi. Ia juga boleh mencatat paras air tanah di kawasan tapak
pembinaan tersebut. Cara ini digunakan di tanah-tanah yang kering kontang, sederhana dan
basah serta senang ditembusi. Bagi tanah kering dan keras, air diperlukan untuk memudahkan
pengorekan.

PERALATAN / MESIN / ALAT / BAHAN / SAIZ:

Bil Bahan / Komponen / Peralatan Saiz Kuantiti


1 Sampel Tanah - 1

2 Tiub Sample 38mm dia. x 230mm long / - 1


50mm dia. x 230mm long
3 Set hand Auger - 1
4 Gergaji / Pisau - 1

PANDUAN KESELAMATAN :
1. Sentiasa memakai pelindung mata.
2. Tanggalkan cincin dan jam tangan sebelum memulakan kerja.
3. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja – kerja amali.
4. Memastikan alatan dalam keadaan baik sebelum ia digunakan

KAEDAH / PROSEDUR :
i. Sampel Tak Terganggu

1. Pasang ‘auger bit’ pada hujung ‘drill rod’ dan pasang T- handle pada bahagian atas ‘drill rod’
2. Mulakan proses mengerudi. Dari masa ke semasa buang tanah yang terkumpul bagi
mengelakkan sampel tanah terganggu memasuki lubang jara semasa mengeluarkan ‘auger’.
3. Setelah mencapai kedalaman yang dikehendaki, tarik keluar ‘auger’ dengan perlahan dan
berhati-hati daripada lubang.
Dengan cermat, masukkan tiub sampel ke dalam lubang jara dan tekan masuk ke dalam
tanah. Perlu berjaga-jaga untuk mengelak daripada terkena dinding lubang jara. Harus
mengelak menukul ‘drill rod’ untuk mengambil sampel kerana getaran akan menyebabkan
dinding lubang runtuh.
4. Dengan berhati-hati, tarik keluar tiub sample dan tanggalkan ‘drill rod’ .
5. Masukkan sampel terus ke dalam tiub bagi mengekalkan keseragaman dan mengelak
daripada mengambil sampel tanah dari luar tiub.
6. Ukur diameter dan panjang sampel tanah dan timbang berat sampel tanah 0.01g
7. Dapatkan beberapa sampel tanah untuk menentukan kandungan lembapan .
8. Hitungkan bulk density, pb menggunakan formula

pb = m
V

ii. Sampel Terganggu

1. Ambil contoh sampel tanah pada setiap kedalaman yang perlu.


2. Rekodkan warna sampel tanah
3. Dengan menggunakan tangan, tentukan tekstur sampel tanah
4. Tentukan kejelekitan sampel tanah
5. Kelaskan sampel tanah berdasarkan pengalaman mengenai keadaan fizikal tanah.

RAJAH :
DATA DAN ANALISIS
i. Sampel Tak Terganggu

Menentukan ‘bulk density’ pb

TEST NUMBER 1 2 3
Length of sample (L) mm
Diameter of sample (D) mm
Volume (V) mm3
Mass of sample (m)g
Bulk density (pb) kN/m3
Menentukan ‘moisture content’ w

CONTAINER NUMBER 1 2 3
Mass of container (c1) mm
Mass of container + wet soil (c2)g
Mass of container +dry soil (c3)g
Moisture content, w
w = c2 – c3 x 100%
c 3 – c1

ii. Sampel Terganggu

Keadaan Fizikal Tanah

DEPTH (M) 0.2 0.4 0.6 0.8


Color
Texture
Stickiness
Type of soil
LAPORAN AMALI

Anda dikehendaki menghasilkan satu Laporan Amali berdasarkan tugasan yang telah dijalankan.
Muka hadapan tugasan akan diberikan semasa tugasan dihantar kepada pensyarah.

Penulisan laporan tersebut mestilah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

1. Tajuk Amali
2. Objektif
3. Peralatan / Mesin / Alat / Bahan / Saiz
4. Panduan Keselamatan
5. Kaedah / Prosedur
6. Data
7. Rumusan

Hantar Laporan Amali anda bersama-sama dengan sebelum/pada tarikh yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai