Anda di halaman 1dari 14

http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/KIPPSBab9.

pdf

KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN


ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL
Pengenalan
9.1 Hubungan etnik dan integrasi nasional adalah isu yang penting dalam
pembinaan negara Malaysia yang berbilang etnik. Selain etnik
Melayu, Cina dan India, terdapat etnik-etnik lain seperti Orang Asli,
Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian
ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua etnik ini
dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan
syak wasangka dan tidak selamat.
9.2 Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara
(kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan) ditubuhkan bagi menggerakkan program-program yang
boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat.
Selanjutnya pelbagai program dari Rukun Tetangga sehingga kepada
program Sekolah Wawasan dan Program Khidmat Negara, telah
direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untuk menangani dan
memupuk perpaduan dan integrasi secara lebih menyeluruh. Selain
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--2
itu, perkongsian perayaan di peringkat nasional seperti ‘Kongsi Raya’
yang diwujudkan juga mempunyai tujuan yang sama.
9.3 Dalam satu dekad kebelakangan ini, pengenalan kursus-kursus yang
memfokuskan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang
berbeza di institusi pengajian tinggi pula cuba menimbulkan perasaan
menghargai dan kefahaman yang lebih di kalangan mahasiswa kepada
budaya dan tamadun yang berbeza yang ada di sekeliling mereka. Ini
dilakukan dengan pengenalan kursus Tamadun Islam dan Tamadun
Asia dan seterusnya, pengenalan konsep Islam Hadhari tidak lama
dulu di peringkat nasional. Kursus Hubungan Etnik yang
diperkenalkan sejak tahun 2006 di pusat pengajian tinggi pula adalah
satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering
menjadi isu dalam pembangunan negara. Ianya bukan hanya
memberikan pendedahan kepada konsep-konsep hubungan etnik,
malah pelajar diberikan peluang untuk melakukan aktiviti bersama
untuk membolehkan kefahaman yang lebih mendalam bagaimana
masyarakat pelbagai etnik dapat bekerjasama dan berinteraksi.
9.4 Namun, penerapan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional
hendaklah dilakukan di peringkat awal lagi, iaitu ketika di usia kanakkanak
dan remaja. Ini lebih mudah dilakukan kerana pada peringkat
ini mereka mudah dididik dan diasuh untuk hidup dalam harmoni di
antara satu sama lain. Pada peringkat ini juga, mereka masih lagi tidak
didedahkan kepada perjalanan hidup yang kompleks yang
memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Institusi
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--3
kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam membentuk
generasi yang harmoni dan bertoleransi.
Bilangan Kajian dan Dana
9.5 Memandangkan hubungan etnik dan integrasi nasional adalah penting
dalam pembangunan negara dan pembentukan masyarakat, maka
ianya menjadi satu bidang kajian yang amat penting dalam sains sosial
termasuk bidang pembangunan sosial. Kajian-kajian mengenai
pelbagai dimensi persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional
dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar Sarjana dan
PhD dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu terdapat
penyelidik dari universiti-universiti lain yang menjalankan
penyelidikan dalam tema yang sama termasuk universiti-universiti
baru.
9.6 Secara keseluruhannya, terdapat 133 kajian mengenai pelbagai aspek
tentang hubungan etnik dan integrasi nasional yang dijalankan oleh
pengkaji daripada pelbagai universiti bagi tempoh 2001-2005 yang
boleh digolongkan dalam bidang pembangunan sosial. Daripada
kesemua kajian ini, 79 buah (59.4%) adalah kajian asas/gunaan
manakala 51 buah atau 38.3% peratus terdiri daripada penyelidikan
tesis di peringkat Sarjana dan PhD. (Daripada jumlah tesis, kajian
PhD sebanyak lapan buah, manakala kajian Sarjana 43 buah).
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--4
9.7 Dari segi dana pula, kajian asas/gunaan mencatatkan pembiayaan
sebanyak RM718,392, dengan kadar purata yang kecil iaitu RM5,526
bagi satu penyelidikan asas/gunaan. Mengikut pecahan pembiayaan,
sebanyak 53 buah kajian menerima pembiayaan RM25,000 ke bawah,
tujuh buah kajian pula menerima pembiayaan diantara RM25,000 –
RM50,000, empat buah kajian menerima pembiayaan diantara
RM50,001 – RM100,000. Manakala sebanyak sembilan buah kajian
sahaja menerima pembiayaan sebanyak RM100,001 hingga
RM500,000. Ini jelas menunjukkan bahawa pembiayaan yang
diterima dalam kajian hubungan etnik dan integrasi nasional adalah
kecil seperti juga bidang-bidang lain.
Kategori dan Tema Kajian
9.8 Secara umum, kajian-kajian bidang hubungan etnik dan integrasi
nasional boleh dianalisis menurut dua kategori iaitu: (1) Hubungan
antara etnik yang merupakan satu komponen penting pembangunan
sosial dalam pembinaan negara; dan (2) Kajian yang bersifat dalaman
etnik itu sendiri, misalnya kajian tentang ritual, budaya atau kelakuan
etnik itu secara khusus, tetapi isinya mempunyai pengajaran untuk
pembangunan sosial.
9.9 Kajian-kajian mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional
menunjukkan kepelbagaian tema yang agak menarik dan penting.
Antaranya, termasuk:
 Integrasi di kalangan pelajar
 Toleransi agama
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--5
 Pendidikan
 Bahasa, kebudayaan dan cara hidup
 Sosioekonomi
 Peranan media dalam menjaga dan memupuk hubungan etnik
dan integrasi nasional
Tahap Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional di Kalangan Pelajar
Pelbagai Etnik
9.10 Pelajar dan belia merupakan pelapis kepada pembinaan dan
pembangunan negara. Golongan ini yang akan menentukan tahap
hubungan etnik dan integrasi nasional pada masa hadapan. Oleh itu,
kajian mengenai tahap hubungan dan integrasi dilakukan dari
peringkat sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi untuk
menilai statusnya. Kajian Hazri Jamil et.al (2004), USM berjudul
“Hostiliti atau Harmoni dalam Interaksi Sosial Pelajar Budaya
Majmuk di Sekolah-sekolah Menengah Pulau Pinang” (asas/gunaan)
menilai keharmonian dalam interaksi sosial pelajar majmuk di
sekolah.
9.11 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula cuba membangun
para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara dengan
pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal, mental,
pembinaan karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada
awal tahun pelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan
lebih-lebih lagi dari segi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai
pihak bahawa program ini dapat membentuk sikap yang lebih positif
di kalangan generasi muda pelbagai kaum terhadap diri, keluarga,
Comment [P1]: S0023
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--6
masyarakat dan negara. Di samping itu, pergaulan di antara etnik juga
dapat diperbaiki dengan penglibatan semua peserta dalam aktiviti
kerjasama dan berkumpulan. Penemuan seperti ini terdapat dalam
kajian Zaliha Hussin (2005), UiTM berjudul “Kajian Tinjauan
Mengenai Kaedah Pengurusan dan Pengendalian Program Khidmat
Negara” (asas/gunaan).
9.12 Kajian tentang tahap hubungan etnik dan integrasi di kalangan pelajar
diteruskan lagi di peringkat pengajian tinggi. Kajian Nga Lay Hui @
Janice Nga (2005), UMS berjudul “Integrasi Antara Kaum di
Kalangan Penuntut-Penuntut di Institut Pengajian Tinggi”
(asas/gunaan) mengkaji corak pergaulan dan integrasi di kalangan
golongan pelajar supaya fahaman etnosentrik dan kelemahan yang
dikesan dapat diminimumkan manakala perpaduan sebenar dapat
dipergiat dan diteruskan. Kajian ini cuba meneliti bagaimana
perbezaan ras dan kekurangan akibatnya dapat dikurangkan bagi
mengelak kejadian yang tidak di ingini yang mungkin mengancam
kestabilan sosial, ekonomi dan politik untuk mendorong pembinaan
bangsa Malaysia. Ini adalah kerana golongan pelajar inilah merupakan
bakal pemimpin negara dan akan memasuki golongan kelas menengah
pada masa hadapan. Sekiranya tahap hubungan dan integrasi
memuaskan, maka akan wujud satu masyarakat Malaysia yang
harmoni dan berperibadi tinggi, begitu juga sebaliknya.
9.13 Kajian yang dilakukan oleh Fatimah Daud (2002), UM berjudul
“Polarasi Kaum di Kalangan Pelajar-Pelajar Universiti” (asas/gunaan)
pula memberi tumpuan kepada hubungan etnik dan polarisasi kaum di
Comment [P2]: J0209
Comment [P3]: M0070
Comment [P4]: L0080
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--7
kalangan pelajar-pelajar di universiti dengan persoalan adakah ethnic
maintenance masih kuat atau berkurangan di kalangan generasi muda
sekarang. Kajian dilakukan untuk melihat sejauh mana golongan
pelajar ini bergaul dan berinteraksi dalam sebuah komuniti kampus
dan adakah akan mempengaruhi cara pergaulan dan interaksi mereka
dengan struktur masyarakat luar yang lebih kompleks. Kajian ini
mendapati program yang melibatkan aktiviti bersama, pertukaran
program budaya, meningkatkan tahap kefasihan bahasa, dan
pemahaman antara agama dapat meningkatkan persefahaman dan
perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.
Toleransi Agama
9.14 Aspek asimilasi sosial dan toleransi agama menjadi aspek penting
dalam kajian pembangunan sosial. Kajian-kajian yang dilakukan
menunjukkan bahawa di bawah sistem pemerintahan yang
mendukung agama Islam sebagai agama rasmi, agama-agama lain
tetap boleh dipraktikkan tanpa gangguan. Ini dijamin dalam
Perlembagaan di bawah kebebasan beragama yang telah lama
dipegang dan diamalkan.
9.15 Ketegangan agama kerap berlaku di mana sahaja, namun di Malaysia
ianya masih di tahap yang dapat dikawal. Kajian oleh Abdul Salam
Muhammad Shukri (2005), UIAM berjudul “Does Religious Tension
Exist in Malaysia? A Survey of Malaysian Newspaper Report on
Religious Tension Incidents From 1997-2003” (asas/gunaan)
membuat analisis terhadap suratkhabar-suratkhabar arus perdana.
Comment [P5]: I0180
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--8
Kajian ini mendapati ketegangan agama memang wujud di Malaysia,
namun ia dapat dikawal sehingga tidak merebak dan merosakkan
masyarakat. Sebarang tragedi dan peristiwa dapat ditangani dan
dikawal oleh pihak kerajaan khasnya dan masyarakat secara umumnya
yang tidak mahu melihat keamanan negara yang telah dikecapi sekian
lama musnah begitu sahaja.
9.16 Imej Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan oleh media barat
lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September 2001 sedikit sebanyak
mengundang persepsi negatif dari masyarakat bukan Islam di
Malaysia. Ketegangan juga boleh wujud akibat dari ketidakfahaman
di antara penganut-penganut agama yang ada di Malaysia, juga
persepsi yang timbul sejak awal terhadap penganut agama yang
berlainan. Masalah ini dikaji oleh Thameem Ushama (2006), UIAM
melalui penyelidikan berjudul “The Image of Islam and Muslims
Among Non-Muslims in Malaysia” (asas/gunaan). Kajian ini meneliti
imej Islam dari pandangan bukan Islam di Malaysia, khususnya
mengenai sikap dan penerimaan mereka terhadap Islam dan orang
Muslim di Malaysia. Kajian ini mengkaji tahap keyakinan mereka
untuk hidup di bawah pemerintahan Islam dan kesediaan mereka
untuk menerima undang-undang Islam
Bahasa, Kebudayaan dan Cara Hidup
9.17 Menarik diketahui bahawa untuk meningkatkan integrasi antara kaum
dan etnik, faktor penguasaan bahasa memainkan peranan yang
memang penting. Bahasa sudah lama memainkan peranan sebagai
satu wadah yang dapat mengeratkan integrasi dan hubungan.
Comment [P6]: I0308
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--9
Kefahaman dan kefasihan bahasa yang tinggi akan memudahkan
komunikasi dan seterusnya dapat memupuk perpaduan dan integrasi.
Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan mendorong
ke arah ini. Pada masa yang sama, penguasaan bahasa kaum lain
memang membantu perpaduan.
9.18 Pembelajaran bahasa Mandarin diperhatikan menjadi satu pelajaran
pilihan yang meningkat popular. Kajian Heng Buai Chin et.al (2005),
UiTM berjudul “Pendidikan Bahasa Cina di Kalangan Pelajar Melayu,
Satu Kajian Kes di Negeri Kelantan” (asas/gunaan) meneliti dan
mengenalpasti apakah faktor-faktor pendorong yang menyumbang
kepada penghantaran anak-anak Melayu ke SJKC di Kelantan.
Kajian itu menunjukkan ibu bapa Melayu mahukan anak mereka
menguasai tiga bahasa. Di samping Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, mereka juga berharap anak mereka boleh menguasai
Bahasa Cina yang nilai ekonominya semakin tinggi. Ia disebabkan
juga oleh faktor ekonomi yang mendorong ramai ibu bapa menghantar
anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Kebanyakan dari pelajar tidak menghadapi kesukaran belajar di
sekolah jenis kebangsaan Cina, hanya segelintir dari pelajar miskin
menghadapi masalah dalam pembelian buku latihan yang banyak dan
mahal.
9.19 Kajian Cheun Heng Huat et.al (2002), UiTM berjudul “Attitude
Towards the Learning of Chinese Characters among Students in
Universiti Teknologi MARA” pula meneliti sikap pelajar di institut
pengajian tinggi khasnya di UiTM dalam proses pembelajaran tulisan
Comment [P7]: J0464
Comment [P8]: J0479
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--10
Cina. Hasil kajian mendapati bahawa proses pembelajaran adalah
agak sukar akibat kekangan masa pembelajaran serta sifat tulisan
bahasa Cina yang agak sukar. Namun, ramai yang beranggapan
bahawa bahasa Cina akan menjadi salah satu bahasa yang penting
pada masa hadapan.
9.20 Juga terdapat kajian-kajian yang mengkaji etnik minoriti peribumi
seperti kajian terhadap cara hidup, amalan seharian, bahasa dan
budaya mereka. Kebanyakan etnik yang dikaji adalah di kalangan
peribumi masyarakat Borneo yang jauh dari arus pembangunan.
9.21 Sebagai contoh kajian Hanafi Hussin (2001) UM, berjudul “Ritual
Moginom di Kalangan Masyarakat Dusun Tatana, Kuala Penyu
Sabah” (asas/gunaan) yang mengkaji dan mendokumentasikan ritual
Moginom oleh komuniti Tatana untuk beberapa tujuan seperti jamuan
tahunan kepada roh nenek moyang, pengubatan dan pembayaran niat.
Sehingga kini, ramai pengamalnya, sedikit demi sedikit mula
meninggalkan amalan ritual Moginom sehingga ianya jarang dan
hampir tidak dilakukan lagi kerana menganggap amalan tersebut
ketinggalan zaman. Ianya satu kehilangan sekiranya kajian dan
dokumentasi ritual Moginom ini lewat dilakukan.
Peranan Media dalam Menjaga dan Memupuk Hubungan Etnik dan
Integrasi Nasional
9.22 Media massa sama ada media cetak dan elektronik di Malaysia
mempunyai kesan dan pengaruh yang tinggi terhadap masyarakat dan
pembangunan sosial negara. Dalam masyarakat Malaysia yang
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--11
berbilang kaum, media mempunyai tanggungjawab yang lebih besar
untuk memastikan penerbitan mereka boleh mendorong perpaduan
dan harmoni. Kajian Baharuddin Aziz (2003), UiTM berjudul “Media,
Patriotisme dan Pembangunan Nasional, Satu Analisa Mengenai
Peranan Media dan Penghayatan Hari Kemerdekaan (31 Ogos) Di
Kalangan Rakyat Malaysia” (asas/gunaan) hendak mengenalpasti
bagaimana media dapat memupuk semangat patriotik di kalangan
masyarakat dengan menganalisis peranan media dan penghayatan
Hari Kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara etnik dan
kaum dapat dipererat dan lebih mesra melalui kempen kesedaran
dalam menyambut sambutan perayaan Hari Kebangsaan.
Kesimpulan
9.23 Secara keseluruhannya, daripada 133 buah kajian yang dijalankan
tentang hubungan etnik dan integrasi nasional, hanya satu sahaja
kajian rundingan/kontrak yang dilakukan. Manakala 60% adalah
kajian asas/gunaan dan selebihnya penyelidikan tesis Sarjana dan
PhD.
9.24 Persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional sememangnya diakui
merupakan perkara yang penting, lebih-lebih lagi dengan keadaan
masyarakat Malaysia yang berbilang. Namun, sedikit sekali
penyelidikan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional dalam
bidang rundingan/kontrak dari tahun 2001-2005. Kekurangan kajian
dalam kategori penyelidikan rundingan/kontrak memang tidak seiring
Comment [P9]: J0245
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9—12

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti
tempatan dan sejarah negara. Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan
Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya
telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep
1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di
Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada
penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia
memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan
matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di
atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang
wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan
perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang
berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

http://www.flowersofnation.my/index.php/rencana-pilihan/13230-1malaysia-apa-
isu-sebenarnya

Isu isu 1 Malaysia Dan Cabaran

ANTARA TAKRIFAN DAN REALITI

TAKRIFAN
 
1Malaysia adalah satu gagasan yang cuba dibawa oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia yang ke-6 untuk membuktikan bahawa apabila kita bersatu dengan semangat kerjasama tulin
dan jitu antara etnik, Malaysia boleh menjadi lebih maju dan berdaya saing di peringkat nasional,serantau dan
antarabangsa dengan membina satu semangat yang dikongsi bersama antara pelbagai etnik dan agama di
kalangan rakyatnya.

1Malaysia sebenarnya bukanlah cobaan untuk menyama-ratakan antara pelbagai etnik keturunan atau agama di
Malaysia. Ia juga bukan cobaan untuk meninggikan sesuatu kaum ke atas kaum lain juga bukan untuk
mengambil hak dari masing-masing kaum untuk dimiliknegarakan.

Kalaupun ada cobaan untuk berbuat yang demikian ianya pasti akan gagal kerana kepelbagaian warna, etnik,
agama, kecekapan, kegigihan serta kapisiti masing-masing individu di negara bertuah ini.

Hakikat yang sebenar apa yang hendak diterapkan adalah satu sifat saling hormat menghormati yang tulin dan
jitu dalam suasana muhibbah dan apabila berlaku sesuatu perselisihan ianya dapat dileraikan dalam suasana
aman, hormat menghormati serta 'menang-menang'.

REALITINYA

Setelah lebih 53 tahun kita merdek  ,kita masih lagi tercari-cari satu titik pertemuan antara pelbagai kaum yang
selama ini dikatakan hidup secara aman dan tenteram. Tetapi apakah realitinya begitu rupa?

Kenapa masih ada lagi 'sok-sek' cakap belakang yang mengatakan kita masih tidak faham erti sebenar hidup
bermuhibbah dan toleransi antara etnik dan agama masing-masing? Ada saja sedikit salah faham mengenai
sejarah negara kita sendiri maka bergemalah kemarahan satu etnik yang cuba mensensasikan keadaan.

Ada saja jawapan dalam Parlimen mengenai kenapa sesuatu bangsa itu tidak berminat untuk menyertai sesuatu
pasukan beruniform, yang tidak berapa menepati isi hati sesuatu kaum maka timbullah kata-kata yang tidak
sedap didengar telinga dihamburkan oleh mereka yang mempunyai matlamat tersembunyi.

Ini semua hanya membuktikan bahawa kita masih lagi mempunyai rasa ketidak percayaan penuh antara etnik di
negara tercinta ini.

Mengapa ini terjadi? Adakah kerana mungkin ada di antara kita yang cuba menjadi juara etnik masing-masing
atas sebab-sebab politikal. Mungkin juga kita hanya suka mensensasikan keadaan agar tampak kita ini prihatin
kepada perjuangan etnik punyaan kita tanpa menghiraukan perasaan dan isi hati kawan-kawan kita di etnik
sebelah sana.

Walhal kita ini hidup sebumbung dan senegara. Andaikata runtuh bumbung ini maka semua kita,tidak kira ahli
politik atau peniaga, wa'ima rakyat yang tidak berdosapun akan menerima akibatnya.

Setiap individu rakyat yang cintakan keamanan, muhibbah, keadilan dan kemajuan harus menanamkan
semangat ingin menjadikan kemajuan serta toleransi sebagai tiang seri kepada kekuatan bersama agar kita
semua akan dapat merasai kenikmatan hasil perjuangan bapa-bapa kita terdahulu secara adil dan saksama.

STRATEGI UNTUK MENGHAYATI SEMANGAT 1MALAYSIA

Dalam memastikan Semangat 1Malaysia dapat berjalan dengan baik dan lancar ada beberapa perkara pokok dan
asas yang mesti diambil kira.

1. SEJARAH: Pemahaman dan mengimbau sejarah tamadun kita amat penting. Ini termasuk sejarah
pembentukan Rumpun Melayu dan pembukaan dan kemajuan Melaka sebagai titik permulaan negara bangsa.
Kemudian kemasukan Inggeris dan perjuangan pelbagai bangsa yang berkisar sekitarnya.

Sejarah bilamana komunis menangguk di air keruh selepas zaman Jepun banyak membawa pengajaran kepada
kita. Juga perjuangan pelbagai bangsa untuk mencapai kemerdekaan serta bagaimana 'Perlembagaan Malaysia'
dibentuk serta isu-isu yang berkaitan.

Peristiwa 13 May juga harus memberikan kita satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan dalam mengajar kita
apa yang boleh berlaku jikalau permasalahan tidak ditangani dengan baik oleh etnik masing-masing..

Pendekata semua individu harus mengimbau dan menghayati sejarah Tanah Melayu agar kita tidak mudah
diperbodohkan serta dipermainkan oleh mereka yang berkepentingan sempit.

2. PENDIDIKAN: Dasar Pendidikan Negara yang digubal sebegitu rupa perlu dikaji dan dikemaskini dari
semasa kesemasa agar ianya kekal releven sepanjang masa. Dalam pada itu satu dasar pendidikan jangka
panjang yang menjurus kepada pembentukan insan berketerampilan nasional harus digubal agar apabila
menjelang tahun 2020 semua rakyat dididik dengan fahaman yang rasional dan tidak ekstrim dalam membentuk
satu nilai bangsa Malaysia.

3. MENGHAYATI PRINSIP RUKUN NEGARA: Rukun negara merupakan tunjang kepada peradaban
bangsa Malaysia yang madani.

Prinsip ketuhanan yang syumul serta kepercayaan yang kukuh terhadap agama masing-masing boleh mendidik
masyarakat ke arah satu keadaan hormat menghormati yang ikhlas antara satu sama lain. Ianya juga menjadi
intipati kepada konsep kesatuan yang kekal abadi hingga akhir nanti.

Konsep kesetiaan kepada Raja dan Negara juga penting dalam mendidik sifat pengorbanan dan kesamarataan
antara etnik yang berbeza.

Raja bukan bagi orang Melayu sahaja kerana Raja bukan sahaja menjadi simbol kepada kesetiaan hakiki malah
ianya juga merupakan tempat rakyat membuktikan kecintaan kepada pemerintah negara lebih dari kecintaan
mereka kepada bangsa mereka sendiri.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara melangkaui kesetiaan kita kepada parti politik atau kelompok kita sendiri
hendaknya. Kedudukan Raja tidak harus dipersoalkan oleh sesiapa yang telah berikrar atas nama Rukun Negara.

Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui bersama semasa negara mencapai kemerdekaan juga menjadi
bukti keluhuran etnik tertentu untuk hidup dengan aman dan damai tanpa rasa syak-wasangka terhadap yang
lain. Telah terbukti sejak 53 tahun yang lalu bahawa ianya dapat menjadi tali pengikat kesetiakawanan antara
pelbagai etnik.

Dalam sesebuah negara di mana terdapat pelbagai karenah masyarakat, faktor keselamatan dalam negara
merupakan kunci kepada kemajuan dan keharmonian rakyat. Undang-undang negara yang telah digubal serta
terbukti keberkesanannya, mesti dan wajib dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.

Semua individu tidak kira apa jua latar belakang politik dan kelompok semestinya pada setiap saat, patuh
kepada undang-undang negara di samping hukum-hukum dan peraturan agama masing-masing.

Kita wajib meletakkan kepercayaan yang penuh kepada pengamal undang-undang serta pehak keselamatan
untuk menentukan negara berada dalam keadaan keselamatan yang tinggi.

Dan yang paling utama untuk menjaga keharmonian hakiki adalah sifat hormat menghormati dengan penuh
ketatasusilaan dalam menjaga tahap kehormatan setiap bangsa. Warga kita adalah warga yang patuh kepada
agama yang mengajar kita prinsip kebaikan yang agung. Kita juga adalah orang timur yang terkenal dengan
kehalusan bahasa, budaya dan pekerti.

Datuk moyang serta emak bapa kita tidak pernah mengajar kita meluahkan perasaan hati nurani kita dengan
bahasa kesat jauh sekali menghamburkan sumpah seranah kepada orang lain walau bagaimana sakitnya hati kita
dibuatnya. Kita diajar cakap berlapik, marahkan anak sindir menantu, itupun dalam kelembutan dan senyuman.

Masing-masing harus berusaha untuk memahami perbezaan budaya, carahidup, pemakanan, perayaan dan
pemikiran masing-masing agar kita dapat meraikannya dalam kepelbagaian yang ada.

4. KEADILAN EKONOMI: Keadilan dan Keseimbangan ekonomi negara merupakan satu faktor teramat
penting bagi menjana satu titik kesamaan antara etnik. Sesebuah negara di mana perbezaan kekayaan yang amat
ketara hanya akan menimbulkan keadaan yang tidak stabil yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan
pada bila-bila masa.

Yang miskin akan merasa ditindas oleh yang kaya dan apabila tidak dapat dibendung perasaan benci kepada
yang kaya maka mereka akan mengambil jalan singkat untuk menuntut keadilan seperti merompak dan
mengugut. Kita masih ingat lagi cerita lagenda kanak-kanak 'Robin Hood' yang mencuri dari si kaya untuk
diberi kepada si miskin dan bagaimana 'Robin Hood' dipuja sebagai 'hero' orang miskin.

Pada hari ini juga ramai 'pejuang-pejuang' politik yang kononnya mengikut jejak langkah 'Robin Hood'
memperjuangkan nasib si miskin tetapi sebenarnya mempunyai agenda politik peribadi atas nama keadilan.
Hanya kerajaan yang adil saksama yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat tidak kira bangsa dan
kedudukan akan mendapat sokongan padu dari rakyat jelata.

Pada hari ini kita dapat melihat dengan jelas langkah-langkah konstruktif yang dilakukan bagi membahagikan
kek ekonomi dengan adil. Walaubagaimanapun terpulang kepada individu rakyat untuk merebut peluang yang
disediakan untuk memperbaiki taraf ekonomi masing-masing. Kalau bangsa kita tertinggal ekonominya hanya
kerana kemalasan dan ketidak cekapan sendiri, janganlah hanya tahu marah kepada bangsa lain yang saban hari
berusaha merebut peluang ekonomi dan menjadi kaya raya dengannya.

5. DASAR SOSIAL NEGARA: Melalui Pelan Integrasi dan Perpaduan Nasional banyak program-program
telah dilakukan bagi merapatkan jurang kefahaman antara kaum. Tetapi masih terdapat banyak ruang-ruang
yang boleh diperbaiki memandangkan masing-masing kaum mempunyai budaya, fe'el serta cara hidup yang
berlainan yang telah sebati dalam kelompok mereka.

Masalah yang dikenali dengan 'polarisasi' kaum ini masih lagi dilihat di sekolah-sekolah, institusi-institusi serta
dalam masyarakat, adalah fenomena biasa di mana sesuatu kaum berasa selesa dikelilingi oleh kaum sejenis
mereka. Ini tidak sedikitpun memberi kesan negatif kepada agenda 1Malaysia asalkan masing-masing sedar
akan tanggungjawab mereka serta tidak menjadikan polarisasi ini satu perkumpulan yang membakar semangat
chauvenisma perkauman.

6. KEMATANGAN POLITIKUS DAN POLITIKING: Pemimpin politik adalah individu-individu yang


telah dilantik dan diberikan kepercayaan penuh oleh ahli-ahli dalam kelompok mereka untuk mewakili suara,
citarasa, perjuangan serta kehendak-kehendak ahli-ahli. Tidak kira apa ideologi yang dibawa atau apa lambang
kemegahan mereka, pemimpin seharusnya terdiri dari individu-individu yang cekap dan prihatin bukan sahaja
kepada kehendak penyokong tetapi juga dalam konteks yang lebih besar kehendak majoriti suara rakyat yang
iginkan keamanan, keadilan serta kebebasan.

Seandainya pempmpin hanya pandai meniup api dan semangat chauvenisma kaum, mereka itu tidak selayaknya
menjadi pemimpin di negara Malaysia. Ini adalah kerana rakyat negara kita terdiri dari pelbagai etnik,
kepercayaan dan budaya yang unik. Semangat chauvenisma hanya akan menyebabkan pertembungan yang tak
habis-habis yang akhirnya akan memporak perandakan keadaan sehingga boleh menyebabkan pertempuran sivil
seperti yang telah terbukti berlaku di negara-negara lain.

7. WAWASAN 2020: Setiap Gagasan atau Agenda semestinya mempunyai satu halatuju serta titik pencapaian
(target). Ianya mestilah juga sesuatu yang realistik, terang dan jelas, mempunyai strategi yang boleh
digunapakai dan akhirnya mempunyai ruang membaikpulih keadaan seandainya terdapat permasalahan di
tengah perjalanan.

Masyarakat majmuk harus faham apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan hari ini dalam usaha kita mencapai
taraf negara maju pada tahun 2020. Apa itu NKRA, NKEA, semua dasar-dasar kewangan, dasar-dasar
pendidikan, pembangunan, sosial, kebajikan, kesihatan, infrastruktur dan lain-lain harus diambil tahu oleh
rakyat.

Kerajaan juga harus cuba menerangkan kepada rakyat marhein dengan cara yang amat mudah difahami agar
ianya tidak boleh diputarbelitkan oleh politikus-politikus kelas tiga yang sentiasa mencari-cari kesalahan
walaupun kebaikannya sudah terang lagi bersuluh.

Sebagai kata ringkasan, gagasan 1Malaysia adalah satu pendekatan dan ikhtiar kerajaan pimpinan YAB Dato
Seri Najib yang dirasai perlu dan patut dilakukan dalam keadaan sekarang untuk membawa semua rakyat ke
arah suatu negara Malaysia yang sepadu, saling hormat menghormati, bermuhibbah dan bertoleransi yang
dengannya kita boleh mencapai ketinggian keimanan, kemajuan, kekayaan dan kesenangan hidup bukan sahaja
bagi rakyat masa kini tetapi juga bagi keturunan Bangsa Malaysia di masa akan datang.

Di peringkat antarabangsa pula, jika seandainya semua sifat-sifat baik setiap etnik digabungkan menjadi satu
entiti, maka sudah semestinya lautan biru yang amat luas tidak akan sedikitpun mengentarkan kita dalam
semangat kita untuk meneroka dunia dan seterusnya menjadi pemain global terunggul dalam semua bidang
yang kita ceburi.

Marilah kita, semua rakyat Malaysia, teruskan usaha kita menggembelingkan tenaga tidak kira kaum,
membantu Gagasan 1Malaysia serta kita merafakkan dengan doa kepada yang Maha Kuasa agar diberikan
kekuatan, kesabaran dan keimanan yang kukuh agar hidup kita sentiasa mendapat hidayah, hikmah serta
kemenangan di dunia dan di akhirat. Amin.   
http://www.1malaysia.com.my/news/mempersiap-rakyat-harungi-
cabaran-1malaysia/
Mempersiap rakyat harungi cabaran 1Malaysia
SELAIN kerajaan, semua strata masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam merealisasikan
transformasi 1Malaysia, dengan merapatkan jurang sedia ada.

Dalam titah Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda pada 6 Jun lalu, Tuanku Mizan Zainal
Abidin menyeru semua rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia dan menjadikannya sebahagian daripada
kehidupan mereka.

Pada istiadat sama, dalam ucapan tahniah bagi pihak kerajaan, penjawat awam dan rakyat, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak yang mendukung konsep itu menegaskan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan
negara, konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan, sama ada
secara tersurat atau tersirat.

Dalam 1Malaysia sememangnya ada beberapa idea sosiopolitik dalam Perlembagaan yang akan mencorak
perjalanan ke arah perpaduan negara yang mempunyai kepelbagaian masyarakat.

Satu daripadanya ialah idea kepelbagaian etnik di Malaysia hari ini berasaskan kepada prinsip kerakyatan yang
sama sudah berkembang daripada Kesultanan Melayu dan entiti penduduk Bumiputera lain, menunjukkan
bahawa Perlembagaan mengintegrasikan keadaan yang lalu dengan sekarang. Justeru, ada usaha untuk
menyeimbangkan hak dan kepentingan bagi pelbagai komuniti.

Oleh itu, ketika Bahasa Melayu menjadi bahasa tunggal kebangsaan, penggunaan dan kajian dalam bahasa lain
masih terus dilindungi dalam Perlembagaan walaupun Islam menjadi agama Persekutuan, kebebasan untuk
mengamalkan agama lain terus dipertahankan.

Ketika hak istimewa orang Melayu dan penduduk Bumiputera lain disemadikan dalam Perlembagaan, masih
ada jaminan kepentingan hak kaum lain. Keseimbangan ini adalah dimensi penting dalam falsafah dan
pendekatan kepada perpaduan kebangsaan.

Ia juga diperkuatkan dengan idea ketiga. Perlembagaan mengiktiraf kepentingan prinsip, proses dan institusi
yang menjangkaui kepentingan etnik dalam menyatukan negara.

Kesinambungan 1Malaysia tidak terbatas kepada Perlembagaan Malaysia. Rukun Negara dengan komitmen
kepada perpaduan kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan menghapuskan kemiskinan tanpa
mengira kaum selain menstruktur semula masyarakat.

Begitu juga Wawasan 2020 yang mengungkap ‘Negara Malaysia yang bersatu dengan hala tuju yang sama’
sebagai cabaran strategik utama daripada sembilan cabaran yang dikemukakan.

1Malaysia adalah siri idea dan visi terkini yang mempromosi perpaduan di kalangan masyarakat yang pelbagai.

Ia penting kerana konsep ini pernah muncul beberapa kali dalam sejarah Malaysia ? Rukun Negara dan DEB,
13 tahun selepas Perlembagaan 1957; Wawasan 2020, 21 tahun selepas Rukun Negara serta DEB dan sekarang
1Malaysia, 18 tahun selepas Wawasan 2020.
Satu daripada sebab mengapa kita masih tidak menghampiri objektif dalam membina sebuah bangsa bersatu
adalah kerana masih tiada percubaan di kalangan kita untuk mendalami pemahaman serta penghargaan
Perlembagaan atau Rukun Negara atau Wawasan 2020.

Oleh sebab itu, hampir 51 tahun negara mencapai kemerdekaan, kelompok besar bukan Melayu menolak untuk
mengakui rumpun Melayu sebagai akar kepada identiti negara, walaupun ia menjadi sebahagian daripada
landskap politik dan budaya kita.

Memang tidak dinafikan, perlu ada usaha berterusan untuk menghubungkan prinsip Perlembagaan dan
matlamat Rukun Negara, ke arah mencapai perpaduan negara di samping kerajaan dan pelbagai pihak juga
harus menekankan perkara ini supaya matlamat nasional dapat dicapai.

Rakyat Malaysia sentiasa berharap konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri itu menjurus ke arah
membina serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini ke tahap lebih konkrit serta dapat
memperbaiki segala kekurangan yang timbul ke arah mencapai perpaduan.

Pertama, ada jurang besar yang memisahkan komuniti serta budaya Sabah dan Sarawak dan penduduk dari
Semenanjung. Menyatupadukan budaya mereka kepada aliran utama adalah sesuatu yang perlu tetapi bukan
menjadi satu syarat yang mencukupi untuk perpaduan negara. Masyarakat di Sabah dan Sarawak perlu juga
ditempatkan dalam aliran utama politik serta pentadbiran dengan cepat.

Kedua, wujud juga jurang perbezaan etnik membabitkan segmen penting di antara masyarakat Melayu dan
bukan Melayu di mana kita dapat melihat, menjelaskan sendiri identiti bangsa serta hak sesuatu kaum. Satu
pendekatan yang kukuh diperlukan bagi merapatkan lagi jurang yang timbul membabitkan pelbagai etnik.

Ketiga, wujudnya juga peningkatan jurang sosial antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim terutama di
Semenanjung. Isu yang menyebabkan perkara ini perlu ditangani secara efektif dan berkesan ke arah memahami
agama dalam dunia kontemporari.

Keempat, ada satu jurang memuncak dalam masyarakat kita membabitkan pendapatan dan kekayaan di antara
mereka yang ‘mempunyai banyak’ dan mereka yang ‘mempunyai sedikit’.

Kelima, ada satu jurang generasi yang muncul bagi membezakan mereka berumur di antara lingkungan 50-an
daripada mereka dalam usia 20-an atau 30-an apabila wujud keperluan untuk berkompromi membabitkan
pelbagai komuniti dan kepentingan kestabilan dan perubahan dalam politik Malaysia. Perbezaan sikap ini akan
menghakis ke arah usaha untuk memupuk perpaduan negara.

Kerajaan Pusat perlu memainkan peranan utama untuk mengurangkan perbezaan itu. Semua sektor dan strata
masyarakat Malaysia juga perlu bersedia dengan sepenuh hati untuk menempuhi cabaran bagi merealisasikan
konsep 1Malaysia menjadi realiti. Adakah kita semua sudah bersedia untuk cabaran ini?

Sumber : Berita Harian

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=8744

Cabaran 1Malaysia

Walaupun perbincangan mengenainya mungkin tidak semeriah ketika rakyat membahaskan Wawasan 2020 didorong
oleh faktor situasi politik semasa yang masih belum benar-benar stabil dan ketidakketentuan ekonomi dunia yang turut
dirasai kesannya di Malaysia, penulis percaya tanda-tanda untuk orang ramai memberi perhatian kepada perkara ini
semakin meningkat.

Jangkaan ini dibuat atas perkiraan yang kerajaan di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat
lebih serius, jujur, proaktif , merakyat, dinamik dan futuristik dalam melakukan tindakan-tindakan pembetulan dan
penambahbaikan dengan meletakkan rakyat dan negara sebagai keutamaan berpaksikan perlembagaan.

Ini ditambah dengan tindakan demi tindakan politiking pembangkang seperti yang berlaku di Perak yang tidak
berkesudahan sehingga rakyat melihat sudah tidak ada lagi ketulenan dalam pakatan pembangkang dalam mendokong
perjuangan mereka yang asal hingga membuatkan rakyat semakin meluat dengan apa yang berlaku.
 
Kalau tidak menyamai kemeriahan semasa perbincangan Wawasan 2020, setidak-tidaknya perbincangan mengenai
1Malaysia akan menjadi lebih baik daripada minat orang ramai membincangkan Islam Hadhari suatu ketika dahulu.

Dari sudut pandangan peribadi penulis sendiri konsep 1Malaysia tidak boleh dibincangkan dengan menjurus kepada
perspektif etnik, ideologi dan parti masing-masing.

Jika kita masih berdegil untuk terus menggunakan pendekatan secara piece meal atau terpisah-pisah dalam memahami
konsep 1Malaysia ini, kita tidak akan berjaya menyatupadukan kepelbagaian dan kerencaman yang sedia ada dalam
acuan 1Malaysia seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri.
 
Dalam kita membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk membahaskan konsep 1Malaysia ini, kita harus ingat
bahawa tentu akan ada cabaran yang bakal dihadapi.

Kita tidak boleh mengelakkan cabaran itu dengan mengunci rapat pintu perbincangan atau lari daripadanya, tetapi
pilihan yang ada ialah kesanggupan kita mendepaninya tetapi tentulah dengan keberanian dan dengan persiapan rapi.

Tidak ada sesuatu yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan sejak dahulu sehingga sekarang sama ada ianya berbentuk
konsep, gagasan mahupun dasar yang tidak diterjah, ditala dan dijurus kepada kefahaman yang sangat sempit dan
sensasi.
 
Sebagai contoh apabila Rukun Negara diperkenalkan segelintir orang Islam yang didalangi sebuah parti pembangkang
mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja Kepercayaan Kepada Allah bagi menggantikan prinsip Kepercayaan
Kepada Tuhan.

Begitu juga apabila Wawasan 2020 diperkenalkan golongan yang hampir serupa mempertikaikan mengapa tidak
diwujudkan satu wawasan yang berkaitan dengan orang Islam atau satu Wawasan Akhirat?
 
Begitulah juga keadaannya apabila Perdana Menteri waktu itu, Tun Abd Razak bin Husin menggubal Dasar Ekonomi Baru
(DEB) bukan tidak ada yang memandangnya dengan penuh kecurigaan seolah-olah Perdana Menteri ketika itu memberi
keutamaan kepada orang Melayu sahaja berbanding kaum-kaum lain.
 
Dengan mengetepikan pertikaian yang berlaku sejak akhir-akhir ini tentang DEB, ternyata dasar ekonomi itu boleh
diterima dengan baik untuk suatu tempoh yang agak panjang oleh semua kaum atas semangat Parti Perikatan yang
kemudiannya bertukar menjadi Barisan Nasional.
 
Maka begitulah juga halnya apabila Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia, ada orang
yang mempertikaikan di mana kedudukan orang Melayu dalam konsep 1Malaysia itu.
 
Mereka ini bereaksi kerana kebimbangan mereka tentang sejauh manakah kedudukan ekonomi mereka dapat
dipertahankan di bawah konsep ini serta sebanyak manakah ruang dan peluang yang mampu diberikan kepada mereka
melalui konsep ini.

Hal ini tentu lebih dibimbangi apabila Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi dimansukhkan dan banyak
dasar liberalisasi diperkenalkan. Semua ini membuatkan orang Melayu lebih bimbang daripada bangsa-bangsa lain.
Semuanya ini memerlukan penjelasan yang meyakinkan dari semasa ke semasa.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas tidak ada suatu masalah yang tidak dapat ditangani, cuma bezanya sama ada
masalah itu lambat atau cepat diatasi.

Anda mungkin juga menyukai