Anda di halaman 1dari 4

Anti-lock Braking System (ABS)

'Anti-lock Braking System' atau ABS adalah satu sistem di dalam teknologi brek sesebuah kenderaan.
Sistem yang bertindak balas dengan bantuan elekrtonik serta mekanikal pada bahagian brek ini
berfungsi bagi mengelakkan sesebuah roda daripada cengkaman yang berterusan sekiranya berlaku
situasi 'Emergency Braking', ketika mengambil selekoh, mahupun dalam apa jua situasi yang melibatkan
pedal brek ditekan tanpa henti (fully depressed).

Rajah di atas menunjukkan lokasi komponen ABS.

Dengan pemasangan siap (factory fitted) pada sesebuah kenderaan dapat membantu pemandu untuk
mengawal serta mengemudi kenderaan sekiranya membrek pada kelajuan yang agak tinggi sehingga
berlakunya beberapa kali cengkam lepas dalam 1 saat.

Komponen

1.Wheel Speed Sensor

2.Reluctor (dipasang pada aci pemacu, driveshaft)

3.Hydraulic pump

4.ABS/ Hydraulic Control Unit (kebiaasannya built-in bersama hydraulic pump).


Bagaimana ABS berfungsi?
Hydraulic Control Unit, HCU, sentiasa berkomunikasi bersama-sama Speed Sensor pada setiap roda
ataupun gandar pada setiap masa. Ini diselaraskan pada setiap brake caliper, melalui data kelajuan yang
dihantar oleh sensor ke HCU. Bagi memastikan keselamatan & sistem ini sentiasa efektif, HCU akan
mengaktifkan injap sama ada tutup/buka melalui saluran hos bendalir brek. HCU akan memproses data
bagi setiap pergerakan roda ke Engine Control Unit, ECU, & Transmission Control Unit, TCU (bagi
kenderaan transmisi automatik).

Oleh itu, penyelarasan dilakukan pada setiap roda dalam kata lain, caliper bertindak 'cengkam lepas'
berulang kali sehingga kenderaan berhenti dalam masa yang singkat tanpa berlakunya cengkaman brek
yang berterusan, di mana boleh mengakibat roda daripada terkunci serta berlakunya pemberhentian
roda seterusnya berlaku lock up berterusan. Sekiranya berlaku lock up, kenderaan akan mengelongsor
lebih laju dan sekaligus mengakibatkan kehausan melampau pada permukaan tayar sehingga kenderaan
berhenti.

Proses cengkam lepas ini berlaku amat pantas tanpa disedari pemandu bagi keadaan membrek pada
pemanduan biasa. Bagi penggunaan brek ketika kecemasan, HCU akan mengendalikan tekanan bendalir
secara independent ke setiap caliper, bagi tujuan memberhentikan kenderaan kurang dari jarak biasa
kenderaan tanpa ABS. Penyelerasan ini sekaligus, mempercepatkan tekanan bendalir dan
memperlahankan kenderaan. Dalam situasi kecemasan, pemandu hanya akan dapat merasai pedal brek
seolah-olah berdenyut kerana injap dibuka/ ditutup cepat.

Ketika selekoh pula, kenderaan dapat dikawal apabila kenderaan dipandu walaupun tanpa menekan
brek melalui penyelarasan ke atas kelajuan sesebuah roda. Bayangkan sekiranya kenderaan anda
dipandu melalui selekoh pada kelajuan 110km/j? Bermakna, keempat-empat roda anda mempunyai
kelajuan yang mungkin sama atau kurang. Di sini, ABS membantu dalam memastikan setiap kelajuan
roda mamppu dikawal ketika di selekoh bagi mengelakkan kenderaan dari terbabas.

Namun, teknologi ABS pada hari ini sentiasa dipertingkatkan dengan tambahan Electronic Brakeforce
Distribution (EBD), Stability Control (SC), Traction Control (TC), Anti Slip Regulation (ASR), Electronic
Stability Programme(ESP) serta pelbagai lagi.
Jenis-jenis ABS
Anti-lock Braking System mempunyai skim yang berbeza bergantung pada jenis brek yang digunakan. Ini
dirujuk kepada jumlah saluran iaitu, berapa banyak injap yang dikendalikan secara individu dan jumlah
speed sensor.

4 sensor, 4 channel ABS


Ini adalah antara skim yang terbaik di dalam ABS. Satu speed sensor di keempat-empat roda dan injap
yang berasingan untuk keempat-empat roda. Dengan tetapan ini, sensor setiap roda secara individu
akan memastikan cengkaman yang maksimum.

3 sensor, 3 channel ABS


Skim ini biasanya ditemui pada lori dengan empat roda ABS, memiliki speed sensor dan injap untuk
setiap roda depan, dengan satu injap dan satu sensor untuk kedua-dua roda belakang. Speed sensor
roda belakang terletak di kerbeda belakang (rear axle).

Sistem ini memberikan kawalan individu roda depan, sehingga kedua-duanya dapat mencapai
cengkaman maksimum. Walau bagaimanapun, roda belakang hanya dipantau oleh 1 speed sensor yang
harus mulai mengunci sebelum HCU akan mengaktifkan di saluran bahagian belakang. Dengan sistem
ini, mungkin salah satu roda belakang akan mengunci apabila berhenti, mengurangkan keberkesanan
brek.

1 sensor, 1 channel ABS

Sistem ini sering ditemui pada lori dengan ABS roda belakang. Ia mempunyai 1 injap, yang mengawal
kedua-dua roda belakang, dan 1 speed sensor, yang terletak di axle belakang.

Sistem ini bekerja sama dengan bahagian belakang dari sistem 3-channel. Roda belakang bersama-sama
dipantau dan kedua-duanya harus mulai mengunci sebelum ABS beroperasi.

Dalam sistem ini juga kemungkinan bahawa salah satu roda belakang akan mengunci, lalu
mengurangkan keberkesanan brek.
Sistem ini mudah untuk dikenal pasti kerana pada kebiasanya akan ada satu hos brek akan melalui T-
Joint untuk kedua-dua roda belakang. Anda dapat mencari speed sensor dengan mencari sambungan
elektrik di rear axle housing.

Anda mungkin juga menyukai