Anda di halaman 1dari 3

MEMO

KELAB UMCCED 2022

Kepada : YBrs. Dr. Amirrudin Kamsin, Pemangku Pengarah


Daripada : Mohd Aidil Isma Bin Mohammad Said
Tarikh : 15 Februari 2022
Perkara : PERMOHONAN KELULUSAN MENGADAKAN KEMPEN DERMA
DARAH UMCCED 2022

YBrs. Dr.,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBrs. Dr., Kelab UMCCed berhasrat untuk mengadakan kempen

derma darah khusus untuk staf-staf UMCCed dengan kerjasama daripada Pusat Darah

Negara. Kempen ini bertujuan memberikan pendekatan dan kesedaran kepada warga

UMCCed tentang kebaikan menderma darah.

3. Bersama-sama ini dilampirkan Kertas Cadangan Kempen Derma Darah UMCCed

2022 untuk perhatian selanjutnya. Sehubungan itu, Kelab UMCCed memohon pertimbangan

dan kelulusan YBrs. Dr. berhubung perkara ini. Segala kerjasama YBrs. Dr. amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Mohd Aidil Isma Bin Mohammad Said


Pengerusi Kelab UMCCed 2022
KERTAS CADANGAN KEMPEN DERMA DARAH UMCCED 2022

1. Tujuan
Kertas ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan persetujuan Pemangku
Pengarah UMCCed berhubung cadangan Kempen Derma Darah UMCCed 2022.

2. Objektif Bengkel
a) Memberikan pendekatan dan kesedaran kepada warga UMCCed tentang
kebaikan menderma darah.
b) Membantu Pusat Darah Negara dalam meningkatkan tabung darah hospital.
c) Menggalakkan staf menderma darah dan memberikan pengalaman dalam kempen
ini.
d) Mempupuk sifat prihatin dalam membantu antara satu sama lain.

3. Butiran Kempen
Tempat : Aras 14, UMCCed, Wisma R&D UM
Tarikh : 23 Februari 2022
Masa : 10.00am - 3.00pm
Urus setia : Kelab UMCCed

4. Implikasi kewangan
Tiada

5. Penglibatan Staf
Minimum 40 orang staf yang terlibat, sekiranya kurang daripada 40 orang, Kelab
UMCCed memohon membawa penderma ke Pusat Darah Negara.

6. Syor kelulusan
Mohon pertimbangan dan kelulusan bagi cadangan yang dikemukakan.

7. Perakuan Pengarah
Setelah menilai dan membaca kertas cadangan ini, maka cadangan yang
dikemukakan ini

diluluskan.*

diluluskan dengan pindaan.*

tidak diluluskan.*

*Sila tandakan () di kotak yang berkenaan.

Catatan Pengarah:-

_________________________________________________________________________

.......................................... ...........................................
Tandatangan Tarikh

Anda mungkin juga menyukai