Anda di halaman 1dari 1

Prosedurnya adalah seperti berikut :

1- Ahli Majlis Tertinggi perlu bermesyuarat untuk :

 1.1- Membuat resolusi menubuhkan untuk akaun dengan menyatakan cawangan bank yang dipersetujui.
 1.2- Menentukan nama akaun.
 1.3- Memilih, seterusnya menentukan tiga orang atau lebih sebagai penama amanah kepada akaun tersebut. 
 1.4- Menentukan alamat yang akan didaftarkan untuk akaun. Alamat akaun adalah alamat penama pertama
akaun.
 1.5- Menetapkan jumlah tandatangan yang diperlukan untuk mengeluarkan duit dari akaun.
2- Penama pertama akaun perlu menulis surat kepada pengurus cawangan bank untuk menyatakan persetujuannya
membenarkan alamat digunakan untuk tujuan akaun persatuan.

3- Presiden/YDP menulis surat kepada pengurus cawangan bank untuk menyatakan hasrat ingin membuka akaun persatuan
anda di cawangan bank terlibat, dengan menyatakan :

 3.1- Cawangan Bank


 3.2- Nama akaun
 3.3- Jenis akaun
 3.4- Senarai Penama
 3.5- Alamat Akaun

4- Semua penama perlu mengisi borang untuk membuka akaun dan borang contoh tandatangan. Semua borang boleh
didapati di setiap cawangan bank.

5- Semua penama perlu hadir bersama ke cawangan bank untuk menyerahkan borang-borang yang telah diisi, sejumlah
wang dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Perkara yang diperlukan ialah :

 5.1- Borang-borang yang diisi (No.4)


 5.2- Salinan Minit Mesyuarat (No.1)
 5.3- Surat Buka Akaun (No.3)
 5.6- Surat kebenaran guna alamat (No.2)
 5.7- Undang-undang kecil persatuan (perlembagaan)
 5.8- Salinan IC setiap penama
 5.9- Sejumlah wang (dicadangkan RM500)

6. Serahkan perkara No.5 kepada pegawai yang terlibat. 

Anda mungkin juga menyukai