Anda di halaman 1dari 2

PERJANJIAN PINJAMAN WANG TUNAI

PERJANJIAN IN dibuat pada 28 Februari 2022 diantara


Kingsway Trading Sdn. Bhd. (disini dan seterusnya disebut sebagai (“Pihak Pertama”) dan

Mohd Taib Bin Ulangutan [No. K/P: 420604-12-5279] (disini dan seterusnya disebut sebagai “Pihak
kedua”)

BAHAWASANYA, Pihak Pertama adalah sebuah syarikat pemberi pinjam wang, bersetuju memberi
pinjam kepada Pihak Kedua wang tunai berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Ribu (RM 8,000.00)
sahaja. (disini dan seterusnya disebut sebagai (“Wang Pinjaman”)

BAHAWASANYA, Pihak Kedua adalah seorang individu yang tinggal bermastautin di Kampung
Titingan, Tawau, Sabah, seorang warganegara Malaysia dan cukup umur, telah memohon kepada
Pihak Pertama untuk meminjam dari Pihak Pertama Wang Pinjaman tersebut yang berjumlah
Ringgit Malaysia Lapan Ribu (RM 8,000.00) sahaja itu.

1. Pihak Pertama akan mendebitkan Wang Pinjaman tersebut berjumlah RM 8,000.00 yang ke
akaun Bank Simpanan Nasional Pihak Kedua [No. Akaun BSN: 12101-29-00028852-7]

2. Pihak Kedua akan mengakui bahawa dia telah berhutang dari Pihak Kedua wang berjumlah
Ringgit Malaysia Lapan Ribu (RM 8,000.00), sebaik sahaja jumlah Wang Pinjaman tersebut di
debitkan ke akaun Bank Simpanan Nasional Pihak Kedua tersebut.

ADALAH DIPERSETUJUI DISINI OLEH Pihak Pertama dan Pihak Kedua seperti berikut:

PEMBAYARAN
Pihak Kedua berjanji akan membayar Wang Pinjaman tersebut kepada Pihak Pertama secara
ansuran berjumlah RM 248.00 tiap-tiap bulan pada tanggal haribulan Pihak Pertama mendebitkan
Wang Pinjaman tersebut ke akaun Pihak Kedua, selama tiga (3) tahun.

PELANGGARAN
Jika Pihak Kedua lalai atau tidak dapat memenuhi seluruh kewajibannya sebagaimana ditetapkan
dalam Surat Perjanjian ini dan atau apabila terjadi pelanggaran oleh Pihak Kedua atas salah satu atau
beberapa kewajibannya sebagaimana yang disebutkan dalam Surat Perjanjian ini , maka Pihak
Pertama berhak menagih segera secara sekaligus jumlah tertunggak Wang Pinjaman tersebut
walaupun jatuh tempoh masa perjanjian ini belum dicapai.

HAL-HAL YANG TIDAK DIINGINKAN


Pihak Pertama berhak menagih kembali seluruh Wang Pinjaman tersebut atau semua jumlah yang
tertunggak dari Pihak Kedua secara sekaligus, apabila:
(a) Jika Pihak Kedua diistiharkan sebagai muflis oleh Mahkamah sebelum tamat tempoh
perjanjian ini.
(b) Jika Pihak kedua meninggal dunia sebelum tamat tempoh perjanjian ini, kecuali jika ahli waris
Pihak Kedua sanggup dan bersedia memenuhi kewajiban-kewajiban yang berkaitan dengan isi Surat
Perjanjian ini.
…2/
(2)
KOS PENAGIHAN
Semua kos penagihan Wang Pinjaman tersebut di atas, termasuk kos tindakan Mahkamah Pihak
Pertama untuk mendapatkan bayaran Wang Pinjaman tersebut, adalah menjadi tanggungan dan wajib
dibayar oleh Pihak Kedua.

LAIN-LAIN KOS
Kos membuat Surat Perjanjian ini dan segala kos yang ada hubung kait dengan Wang Pinjaman
tersebut di atas menjadi tanggungan dan wajib dibayar oleh Pihak Pertama kepada Pihak Kedua.

PENYELESAIAN PERSELISIHAN
1. Pihak Pertama dan Pihak Kedua yang telah terikat dengan perjanjian pinjaman wang tunai ini,
telah bersetuju untuk berunding dan berbincang terlebih dahulu untuk tujuan penyelesaian jika
sekiranya ada masalah yang timbul berhubung dengan perkara Pinjaman Wang tunai ini.
2. Sekiranya ternyata jalan perundingan dan perbincangan tidak mencapai penyelesaian terhadap
masalah yang timbul, maka kedua belah pihak bersetuju akan merujuk perkara masalah yang timbul itu
ke Mahkamah dimana-mana di dalam Persekutuan Malaysia.

PENUTUP
Kedua belah pihak menurunkan tandatangan mereka disini sebagai tanda persetujuan mereka dengan
isi kandungan surat perjanjian pinjaman wang tunai ini.

……………………………………………. ……………………………………...
( for KINGSWAY TRADING SDN. BHD. (MOHD TAIB BIN ULANGUTAN)
Pihak Pertama Pihak Kedua

Saksi bagi Pihak Pertama: Saksi bagi Pihak Kedua :

…………………………………………… ……………………………………
MASBAKA & ASSOCIATES
Independent Social Work Consultant, G-073718
No. 1, Cyber City US-2, 2 nd Floor, Block U, Penampang,
P. O. Box No. 15915, 88867 Kota Kinabalu, Sabah.

Surat Perjanjian ini disediakan oleh:


MASBAKA & ASSOCIATES
Independent Social Work Consultant, G-073718
No. 1, Cyber City US-2, 2nd Floor, Block U, Penampang,
P. O. Box No. 15915, 88867 Kota Kinabalu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai