Anda di halaman 1dari 12

DALAM MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK

DI KOTA KINABALU

SAMAN PEMULA NO: ………………………….tahun 20……

Dalam Perkara Aturan 89, Kaedah-


Kaedah Mahkamah 2012
DAN
Dalam Perkara hartanah yang dikenali
sebagai 0.95999 Hektar tanah di dalam
kawasan tanah 4.619 Hektar syarat N.T.
063127800 di Kg. Timbua, Ranau

DAN
Dalam Perkara mengenai Akta Akuan
Berkanun 1960.

ANTARA

MASBAKA BIN HASSAN………………………………………..……….........PLAINTIF


[No. K/P: 490302-12-5445]
DAN
TAULANI BIN SUAIB …………………………………………………….…DEFENDAN
[NO. K/P: 490203-12-5781]

SAMAN PEMULA

Kepada TAULANI BIN SUAIB dan tiap-tiap orang yang menduduki tanah 0.96999 Hektar di
dalam kawasan tanah N.T. 063127800 seluas 4.619 Hektar yang terletak di Kampung Timbua,
Ranau. Benarkan semua orang yang berkenaan hadir di hadapan Hakim dalam Kamar pada
hari……….. pada…… haribulan 20…. pada pukul……. pagi/petang, atas pendengaran suatu
permohonan oleh En. Masbaka Bin Hassan untuk suatu perintah menyatakan bahawa dia hendaklah
mendapatkan pemilikan terhadap 0.96999 Hektar dari 4.619 Hektar tanah yang telah diluluskan
oleh Jabatan Tanah Dan Ukur negeri Sabah, No. geran hakmilk N.T. 063127800 atas alasan
bahawa Plaintif berhak mendapat pemilikan itu seperti yang tertulis dalam Surat Akuan Berkanun
yang telah diikrarkan oleh kamu, sebagai bukti perjanjian yang kamu telah dipersetujui dengan
Plaintif, dan Plaintif telah menyempurnakan dan menjalankan tugas, tanggungjawab, kewajipan,
obligasi dan peranan yang dikehendaki yang menjadikan geran hakmilik permohonan tanah tersebut
dapat dikeluarkan oleh pihak Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah dengan segera.

Bertarikh pada ……………haribulan ………………………20 ………

…2/
(2)

Melalui saman ini, Plaintif memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk mendapatkan
perintah-perintah seperti berikut:-

1. Bahawa Plaintif adalah pemilik dan/atau berhak memiliki tanah berukuran 0.96999 Hektar
tanah yang sebahagian dari tanah 4.619 Hektar, No. Geran Hakmilik N.T. 063127800 yang terletak
di Kg. Timbua, Ranau.

2. Bahawa Pendaftar Hakmilik Tanah hendaklah mendaftarkan tanah berukuran 0.96999 Hektar
yang sebahagian dari keseluruhan ukuran tanah 4.619 Hetkar No. geran hakmilik N.T. 063127800
yang terletak di Kampung Timbua, Ranau, atas nama Plaintif sebagai Pemilik yang sah

3. Bahawa Defendan diperintahkan untuk memberi milikan tanah berukuran 0.96999 Hektar
yang sebahagian dari keseluruhan ukuran tanah 4.619 Hetkar No. geran hakmilik N.T. 063127800
yang terletak di Kampung Timbua, Ranau, kepada Plaintif, sebagai mematuhi perjanjian yang di
persetujui oleh Defendan dengan Plaintif yang dibuktikan oleh Surat Akuan Berkanun yang
Defendan ikrarkan di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah di Kg. Air, Kota Kinabalu pada 24
Oktober 2017,

4. Bahawa kos permohonan ini ditaksir dan dibayar oleh Defendan kepada, Plaintif dengan
serta merta.

5. Relif-relif lain yang dianggap adil, wajar dan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Bertarikh pada haribulan 2021

Meterai

………………........ ……………………………….
Plaintif Pendaftar/Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu

…3/
(3)

MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA SAMAN

Saman ini diambil oleh Plaintif MASBAKA BIN HASSAN, dan alamat penyampaian untuknya di
A13, Kampung Kalanahan, Jalan Bambangan, 89600 Papar, Sabah. Tel: (WhatSapp) 017-8181371

PERINGATAN:- Mana-mana orang yang menduduki kawasan di tanah tersebut yang tidak
dinamakan sebagai defendan mengikut saman ini, boleh memohon kepada Mahkamah sama ada
sendiri atau melalui peguam atau peguamcara supaya dibersamakan sebagai defendan. Jika orang
yang menduduki kawasan di tanah tersebut itu tidak hadir sendiri atau melalui peguam atau
peguamcara pada masa dan di tempat yang disebutkan di atas, perintah sedemikian akan dibuat
sebagaimana yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah.

Nota – Saman ini tidak boleh disampaikan lebih daripada 6 bulan kalendar selepas tarikh di atas
melainkan diperbaharui oleh perintah mahkamah.
DALAM MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK
DI KOTA KINABALU
SAMAN PEMULA NO: ………………………….tahun 20……

Dalam Perkara Aturan 89, Kaedah-


Kaedah Mahkamah 2012
DAN
Dalam Perkara hartanah yang dikenali
sebagai 0.95999 Hektar tanah di dalam
kawasan tanah 4.619 Hektar syarat N.T.
063127800 di Kg. Timbua, Ranau

DAN
Dalam Perkara mengenai Akta Akuan
Berkanun 1960.

ANTARA

MASBAKA BIN HASSAN……………………………………………………PLAINTIF


[No. K/P: 490302-12-5445]
DAN
TAULANI BIN SUAIB………………………………....……………………DEFENDAN
[NO. K/P: 490203-12-5781]

*************************************************************************

SAMAN PEMULA
*************************************************************************

Masbaka Bin Hassan (Plaintif)


A13 Kg. Kelanahan, Jalan Bambangan,
89600 Papar, Sabah.

Difailkan pada haribulan 2021


DI NEGERI SABAH, MALAYSIA
DALAM MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK
DI KOTA KINABALU
SAMAN PEMULA NO: …………………………………tahun 20…….

Dalam Perkara Aturan 89, Kaedah-


Kaedah Mahkamah 2012
DAN
Dalam Perkara hartanah yang dikenali
sebagai 0.95999 Hektar tanah di dalam
kawasan tanah 4.619 Hektar syarat N.T.
063127800 di Kg. Timbua, Ranau

DAN
Dalam Perkara mengenai Akta Akuan
Berkanun 1960.

ANTARA

MASBAKA BIN HASSAN……………………………………………………...PLAINTIF


[No. K/P: 490302-12-5445]
DAN
TAULANI BIN SUAIB …………………………………....………………….DEFENDAN
[NO. K/P: 490203-12-5781]

AFIDAVIT SOKONGAN

Saya, Masbaka Bin Hassan [No. K/P: 490302-12-5445] seorang warganegara Malaysia yang cukup
umur dan alamat perniagaan di Cyber City Apartment IU 5-2, 2/F Block U, Jalan Lintas, 88200
Kota Kinabalu, Sabah, sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah seorang Perunding berlesen yang memberi perkhidmatan komersil kepada
masyarakat. Saya mengikrarkan Afidavit Sokongan ini adalah sebagai menyokong tuntutan saya
dalam Saman Pemula yang mana saya bertindak sebagai Plaintif.

2. Melainkan sekiranya dinyatakan sebaliknya, segala fakta yang saya ikrarkan di dalam Afidavit
ini adalah benar mengikut pengetahuan peribadi saya dan/atau melalui dokumen milikan saya,
dan/atau daripada rekod-rekod dan dokumen yang saya mempunyai akses kepadanya dan
sesungguhnya percaya kebenarannya dan/atau daripada sumber-sumber yang telah pun berada
dalam domain awam yang Mahkamah Yang Mulia ini boleh membuat pengiktirafan kehakiman
terhadapnya, dan benar.
…2/
(2)

Intipati Tuntutan saya yang menyentuh kehendak dan peraturan Undang-undang kontrak

3. Pada 23 Oktober 2017, Saya Plaintif dengan Defendan telah mencapai suatu persetujuan untuk
membuat satu ikatan rasmi secara kontrak mudah (simple express contracts), dengan penuh
kesedaran yang saya percaya sebagai benar bahawa persetujuan kami untuk membuat satu ikatan
secara kontrak itu adalah mengikut lunas-lunas dan kehendak undang-undang kontrak. Persetujuan
yang kami capai itu adalah bersifat terus dilaksanakan (executed contracts) bagi pihak saya Plaintif,
dan bersifat akan dilaksanakan (executory contracts) bagi pihak Defendan. Oleh itu, saya Plaintif
dengan Defendan telah menjalinkan satu ikatan bersama yang memenuhi kehendak dan keperluan
undang-undang kontrak agar ikatan yang kami persetujui bersama itu, selaras dengan undang-
undang kontrak, iaitu seperti berikut:-

(a) Tawaran dan penerimaan tawaran: Defendan membuat tawaran kepada saya Plaintif yang
dia buat secara lisan semasa kami berhadapan muka, untuk mengurus pengeluaran geran hakmilik
(title) tanah yang dipohon oleh Defendan. Saya menerima tawaran Defendan tersebut dengan
memberitahu Defendan bahawa saya minta diberi ganjaran, bayaran dan balasan, iaitu 25% dari
keseluruhan ukuran tanah yang diluluskan seperti yang termaktub di dalam geran hakmilik nanti.
Defendan bersetuju memberi ganjaran, bayaran dan balasan kepada saya seperti yang saya tetapkan
itu.

(b) Matlamat mewujudkan ikatan yang sah di sisi undang-undang: Setelah saya menerima
tawaran dari Defendan kerana Defendan bersetuju memberi ganjaran, bayaran dan balasan seperti
yang saya tetapkan itu, kami sepakat mewujudkan satu ikatan yang sah disisi Undang-undang yang
mana Defendan sebagai pemohon tanah, akan memberi kuasa kepada saya untuk mengurus
permohonan tanah tersebut, dan saya yang bertindak mengurus ke arah pengeluaran geran hakmilik
tanah yang dipohon oleh Defendan itu, atas nama Defendan.
Oleh itu, Defendan bersetuju menandatangani satu Surat Akuan Berkanun di hadapan
seorang Pesuruhjaya Sumpah di Kg Air, Kota Kinabalu, yang menjadi sebagai bukti terhadap
perjanjian yang kami persetujui, yang juga sebagai satu ikatan kepada kami berdua yang sah di sisi
undang-undang yang mana Defendan terikat sebagai seorang yang meminta perkhidmatan
pengurusan, dan saya Plaintif telah terikat untuk memberi khidmat pengurusan bagi pihak Defendan
dengan diberi ganjaran, bayaran dan balasan yang dipersetujui oleh Defendan. Oleh itu, maka
terjalinlah satu ikatan yang sah di sisi undang-undang di antara saya Plaintif dengan Defendan.

…3/
(3)

(c) Kedudukan pihak-pihak: Saya Plaintif dengan Defendan semasa membuat perjanjian
terhadap apa yang kami persetujui itu, adalah cukup umur dan fikiran kami berdua dalam keadaan
yang waras.

(d) Kerelaan mesti Tulen: Kami telah mencapai persetujuan dengan perjanjian yang kami buat
yang dibuktikan seperti dalam isi kandungan Surat Akuan Berkanun yang Defendan tandatangani
itu, adalah dengan kerelaan kami masing-masing, tanpa paksaan dan/atau pengaruh, dan/atau
desakan dari mana-mana pihak.

(e) Ganjaran (Balasan bernilai): Persetujuan kami mewujudkan satu kontrak yang mana saya
Plaintif mengurus pengeluaran geran hakmilik tanah yang dipohon oleh Defendan itu, kami berdua
bersetuju supaya Defendan membuat perakuan dengan sesungguh dan sebenarnya bahawa
Defendan akan memberikan saya 25% dari keseluruhan ukuran tanah yang diluluskan seperti yang
termaktub di dalam geran hakmilik nanti seperti yang saya telah tetapkan itu, sebagai ganjaran,
balasan dan bayaran kepada saya kerana membuat kerja mengurus pengeluaran geran hakmilik
tersebut.

(f) Kesahan tujuan dari segi undang-undang: Adalah jelas bahawa apa yang kami persetujui
membuat kontrak untuk saya mengurus pengeluaran geran hakmilik permohonan tanah itu, adalah
suatu tujuan yang tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa
di Malaysia.

(g) Kemungkinan: Apa yang kami persetujui untuk membuat satu ikatan cara kontrak yang
mana saya bekerja mengurus pengeluaran geran hakmilik permohonan tanah itu, adalah suatu
urusan yang tidak mustahil dan ia adalah sesuatu yang mungkin dapat saya lakukan. Begitu juga di
pihak Defendan yang mana Defendan akan memberikan pemilikan sebahagian dari 4.619 Hetkar itu
kepada saya sebagai ganjaran, balasan dan bayaran, adalah sesuatu yang mungkin dan tidak
mustahil dilakukan.

Latar-Belakang Plaintif:

4. Saya adalah seorang individu bertaraf warganegara Malaysia yang beristatus sebagai Anak
Negeri Sabah.

5. Saya menjalankan satu perkhidmatan komersil dan kemasyarakatan, berlesen. Saya bertindak
sebagai perunding, pengurus, pemberi nasihat dan sebagainya, yang saya kira boleh memberi
keuntungan, menfaat dan faedah kepada saya, dan kepada pihak yang meminta perkhidmatan saya.
(Disertakan disini sesalinan Lesen Perniagaan saya, mulai ia dikeluarkan dan terkini, dan ditanda
sebagai Ekshibit No. MH-01A dan MH-01B)
…4/

(4)

6. Perjalanan perkhidmatan saya dikira berjalan dengan lancar. Pelanggan-pelanggan saya adalah
terdiri dari orang-orang yang tiada kemampuan dari segi kewangan, pengatahuan, masa, tenaga dan
jarak perjalanan untuk mengurus perkara-perkara dan masalah-masalah yang mereka hadapi, yang
perlu diurus dan diselesaikan.

Tugas, tanggungjawab, kewajipan dan peranan saya Plaintif yang telah saya laksanakan:

7. Semasa Defendan membuat tawaran kepada saya Plaintif untuk menjalankan perkhidmatan
saya mengurus pengeluaran geran hakmilik tanah yang dipohon oleh Defendan, Defendan
menyatakan kepada saya bahawa tidak ada orang yang dia boleh harap dan percaya dari segi
pengatahuan, kebolehan dan kewangan yang boleh mengurus pengeluaran geran hakmilik tanah
tersebut. Defendan juga menyatakan bahawa dia tidak tahu cara bagaimana mengurus pengeluaran
geran hakmilik tanah yang dipohon oleh Defendan itu, agar dia Defendan boleh diiktiraf sebagai
seorang pemilik berdaftar tanah tersebut. Defendan pernah mencuba untuk bertindak sendiri
mengurus pengeluaran geran hakmilik tanah tersebut tetapi mengalami kegagalan kerana dia tidak
pandai dan tidak tahu walaupun hanya dengan mengamukakan nombor rujukan permohonan tanah
kepada pihak Pejabat Tanah dan Ukur agar proses pengeluaran geran hakmilik tanah tersebut dapat
diberi perhatian oleh pegawai tanah berkenaan untuk diproses agar geran hakmilik tanah tersebut
dapat dikeluarkan dengan segera.

8. Sehari selepas Defendan membuat tawaran kepada saya, dan saya menerima tawaran mengurus
pengeluaran geran hak milik tanah yang dipohon oleh Defendan, Defendan terus menyerahkan
kepada saya dokumen-dokumen permohonan tanah tersebut yang berkaitan, Saya Plaintif dengan
Defendan bersetuju supaya apa yang kami berdua persetujui itu dizahirkan secara bertulis melalui
Surat Akuan berkanun yang diikrarkan dengan sesungguh dan sebenarnya oleh Defendan pada 24
Oktober 2017 dihadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah di Kampung Air, Kota Kinabalu.

(Salinan Surat Akuan Berkanun tersebut disertakan dan ditanda sebagai Ekshibit No. MH-02)

9. Kami juga, Plaintif dan defendan bersetuju supaya perjanjian kami itu tidak boleh dan tidak
akan dibatalkan. Sebab itu ia dizahirkan melalui bertulis iaitu Surat Akuan berkanun, sebab Surat
Akuan Berkanun tidak boleh dibatalkan, dilanggar dan/atau diubah. Ini adalah kerana apabila saya
sudah melaksanakan kerja saya mengurus dengan menggunakan kos saya sendiri, seperti apa yang
kami persetujui dalam perjanjian kami itu, saya akan mengalami kerugian dari segi tenaga, masa,
minda dan kewangan jika perjanjian kami tersebut dibatalkan.
…5/

(5)
Pihak Defendan tidak mengalami apa-apa kerugian, bahkan dia akan mendapat keuntungan
hasil dari kerja saya itu, kerana perjanjian kami itu adalah pihak saya terus melaksanakan (executed)
dan bagi pihak Defendan, akan dilaksanakan (executory). Sebab itu kami bersetuju supaya
Defendan menandatangani Surat Akuan Berkanun tersebut agar Defendan tidak boleh membatalkan
perjanjian yang kami telah persetujui itu, kerana Defendan tidak memberi apa-apa deposit
kewangan.
Surat Akuan Berkanun tersebut juga akan berfungsi sebagai bukti yang kami ada membuat
satu perjajian yang kami berdua telah persetujui iaitu saya Plaintif mengurus pengeluaran geran
hakmilik tanah yang dipohon oleh Defendan, dan Defendan akan memberi saya hakmilik tanah
berukuran 25% dari ukuran yang ditetapkan di dalam geran hakmilik tanah tersebut.

10. Sejurus selepas Defendan menandatangani Surat Akuan Berkanun tersebut, maka saya pun
memulakan kerja saya iaitu saya seorang diri datang ke Pejabat Tanah dan Ukur Kota Kinabalu
untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan yang berkenaan, dan ke pejabat
Juruukur swasta untuk membuat representasi, mengambil dan menghantar dokumen-dokumen
berkaitan yang diperlukan, sehinggalah ukuran tanah tersebut dilukis oleh bahagian lukisan pejabat
tanah, hingga lukisan siap, lalu dihantar ke bahagian pemberimilikan tanah, ke Pejabat Pengarah
Tanah dan Ukur, balik kepada pemberi milikan tanah, dan seterusnya dihantar ke Pejabat tanah dan
Ukur daerah Ranau untuk dikeluarkan.

11. Semua perkembangan dan perjalanan urusan saya itu, saya maklumkan kepada Defendan.
Oleh itu, tanpa pengetahuan saya, Defendan telah mengambil geran hakmilik tanah tersebut dengan
tidak memberitahu saya. Saya hanya mendapat tahu apabila saya dimaklumkan oleh pihak pejabat
tanah Kota Kinabalu dan pejabat tanah Ranau. Saya menghubungi Defendan melalui telefon,
telefon Defendan telah dia tutup. Sehingga saya membuat laporan polis kerana saya percaya bahawa
Defendan telah memungkiri janji yang kami persetujui itu dan melanggar Akuan berkanun yang
Defendan telah ikrarkan itu.
(Salinan dokumen yang menunjukkan bahawa saya ada bertindak pada 08 Februari 2018 sebagai
langkah permulaan untuk saya menjalankan tugas tanggungjawab dan kewajipan saya sebagai
pengurus, disertakan sebagai Ekshibit No. MH-03)

12. Oleh kerana Defendan telah melanggar perjanjian yang kami telah persetujui itu sekaligus
melanggar Akta Akuan Berkanun 1960, maka dengan penuh kerendahan hati, saya memohon
kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk membuat perintah-perintah seperti berikut:-
(a) Bahawa saya Plaintif, adalah pemilik dan/atau berhak memiliki tanah berukuran 0.96999
Hektar tanah yang sebahagian dari tanah 4.619 Hektar, No. Geran Hakmilik N.T. 063127800 yang
terletak di Kg. Timbua, Ranau.
…6/

(6)

(b) Bahawa Pendaftar Hakmilik Tanah hendaklah mendaftarkan tanah berukuran 0.96999 Hektar
yang sebahagian dari keseluruhan ukuran tanah 4.619 Hetkar No. geran hakmilik N.T. 063127800
yang terletak di Kampung Timbua, Ranau, atas nama saya Plaintif, sebagai Pemilik yang sah

(c) Bahawa Defendan diperintahkan untuk memberi milikan tanah berukuran 0.96999 Hektar
yang sebahagian dari keseluruhan ukuran tanah 4.619 Hetkar No. geran hakmilik N.T. 063127800
yang terletak di Kampung Timbua, Ranau, kepada saya Plaintif, sebagai mematuhi perjanjian yang
di persetujui oleh Defendan dengan saya Plaintif, yang dibuktikan oleh Surat Akuan Berkanun yang
Defendan ikrarkan di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah di Kg. Air, Kota Kinabalu pada 24
Oktober 2017,

(d) Bahawa kos permohonan ini ditaksir dan dibayar oleh Defendan kepada saya Plaintif,
dengan serta merta.

(e) Relif-relif lain yang dianggap adil, wajar dan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Berkenaan dengan Afidavit oleh seorang Deponen )


Masbaka Bin Hassan )
No. K/P: 490302-12-5445 )
Diikrarkan pada )
Di )

Di hadapan saya

……………………………………..
PESURUHJAYA SUMPAH
AFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan oleh Masbaka Bin Hassan yang bertindak secara sendiri
dengan alamat penyampaian di A13, Kampung Kalanahan, Jalan Bambangan, 89600 Papar, Sabah.
Tel: (WhatSapp) 017-8181371

DI NEGERI SABAH, MALAYSIA


DALAM MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK
DI KOTA KINABALU
SAMAN PEMULA NO: …………………………………tahun 20…….

Dalam Perkara Aturan 89, Kaedah-


Kaedah Mahkamah 2012
DAN
Dalam Perkara hartanah yang dikenali
sebagai 0.95999 Hektar tanah di dalam
kawasan tanah 4.619 Hektar syarat N.T.
063127800 di Kg. Timbua, Ranau

DAN
Dalam Perkara mengenai Akta Akuan
Berkanun 1960.

ANTARA

MASBAKA BIN HASSAN ..……………………………………………………PLAINTIF


[No. K/P: 490302-12-5445]
DAN
TAULANI BIN SUAIB …………...…….……………………………....…….DEFENDAN
[NO. K/P: 490203-12-5781]

PERAKUAN EKSHIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut ini adalah ekshibit yang ditandakan sebagai
Ekshibit MH-01A-MH-01B, MH-02 dan MH-03 yang dirujuk dalam Afidavit Sokongan yang
diikrarkan Oleh MASBAKA BIN HASSAN [No. K/P: 490302-12-5445] pada ..…Hb……….20…

………………………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH

Anda mungkin juga menyukai