Anda di halaman 1dari 2

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PAPAR

DI NEGERI SABAH, MALAYSIA

GUAMAN NO. PPR-A72NCVC-2/2 TAHUN 2022

ANTARA

ABDUL RAHMAN BIN MASBAKA … PLAINTIF


[No. K/P: 910314-12-5467]
DAN

AZRINA MARZAWATI BINTI HAZWAN … DEFENDAN


[No. K/P: 870620-49-5526]

AFIDAVIT PENYAMPAIAN

Saya MASBAKA BIN HASSAN [No. K/P: 490302-12-5445] beralamat di A13, Jalan
Bambangan, Kg Berundong, 89600 Papar, Sabah, sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti
berikut:

1. Saya telah pada 21 haribulan Februari 2022 pukul 2:00 petang di rumah kediaman Defendan
yang dinamakan di atas iaitu Azrina Marzawati Binti Hazwan di Kg. Kalanahan, 89600 Papar,
Sabah, menyampaikan ke diri Azrina Marzawati Binti Hazwan yang sedang bersama suaminya di
rumah kediamannya, dengan Salinan benar Writ beserta dengan Pernyataan Tuntutan dalam
tindakan ini yang ternyata kepada saya telah dikeluarkan dengan teratur dari Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Majistret Papar terhadap Azrinah Marzawati Binti Hazwan atas guaman Plaintif yang
dinamakan di atas iaitu Abdul Rahman Bin Masbaka, dan yang bertarikh 15 Februari 2022

2. Defendan adalah orang yang saya kenali dan mengakui kepada saya bahawa dia ialah
Azrinah Marzawati Bin Hazwan.

3. Pada masa penyampaian salinan benar Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut, Defendan
yang dinamakan di atas iaitu Azrinah Marzawati Binti Hazwan enggan menandatangani akuan
penerimaan salinan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak
mahu menandatangani akuan penerimaan salinan Writ dan Pernyataan Tuntutan itu kerana yang
menghantar kepadanya bukan orang yang bekerja di Mahkamah.

4. Saya juga berjaya menarik perhatian Defendan yang dinamakan di atas dan suaminya kepada
Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut dan Defendan yang dinamakan di atas telah menerimanya.

Berkenaan dengan affidavit oleh seorang deponent bernama Masbaka Bin Hassan [No. K/P:
490302-12-5445]. Diikrarkan pada ……….haribulan……………………..2022 di Papar, Sabah.

Di hadapan saya

………………………………… …………………………………………..
Masbaka Bin Hassan (Deponen) Hakim / Pendaftar / Pesuruhjaya
Sumpah

Anda mungkin juga menyukai