Anda di halaman 1dari 2

Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang

Buku Teks: Halaman 157 – 170


Unit

13 Keselamatan di Jalan Raya Tanggungjawab


Bersama
Nota Ekspres

Laman Web
■ 13.1 Perbezaan antara Peraturan dengan Undang-undang Jalan Raya
1 Peraturan jalan raya merupakan amalan keselamatan yang perlu dipatuhi
oleh pengguna jalan raya bagi mengelakkan kemalangan yang dapat Cadangan Nilai
mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. • Hormat - 尊重
2 Undang-undang jalan raya pula merupakan akta yang dikuatkuasakan bagi • Bertanggungjawab - 负责任
mengawal sesuatu perbuatan atau tingkah laku pengguna jalan raya dan • Toleransi - 礼让
wajib diikuti atau dipatuhi agar tidak dikenakan hukuman. • Kasih sayang - 仁爱
• Rasional - 理性

Jadual 13.1 Contoh kesalahan yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya

Kesalahan yang Melanggar Peraturan Jalan Raya Kesalahan yang Melanggar Undang-undang Jalan Raya
• Tidak menggunakan jejantas semasa melintas jalan • Tidak memiliki lesen memandu yang sah
• Tidak memakai pakaian yang berwarna cerah dan • Cukai jalan sudah tamat tempoh
bersinar pada waktu malam • Memandu kenderaan dalam keadaan berbahaya
• Mengekori kenderaan pada jarak yang dekat sehingga mengancam keselamatan diri sendiri dan orang
• Menunggang basikal secara beriringan lain
• Tidak melihat cermin sisi dan tidak memberikan • Tidak memakai topi keledar
isyarat sebelum menukar lorong

■ 13.2 Kepentingan Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya


1 Mengelakkan kemalangan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.
2 Mengurangkan kesesakan lalu lintas supaya semua pengguna jalan raya dapat sampai ke destinasi dengan cepat
dan selamat.
3 Menjaga imej dan nama baik negara di pentas dunia sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang
jalan raya yang berkesan.

■ 13.3 Pihak yang Berperanan Meningkatkan Kesedaran tentang Keselamatan


Jalan Raya
1 Individu Imbas Kod QR atau layari https://
2 Ibu bapa limbeebee.blogspot.my/2017/11/
unit-13-keselamatan-di-jalan-
3 Sekolah raya.html untuk maklumat
4 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tambahan Unit 13.
5 Polis trafik

Pemanduan berhemah menjamin keselamatan Pemanduan tidak berhemah akan memberi


dan kesejahteraan hidup masyarakat kesan buruk kepada masyarakat

81
Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang
Buku Teks: Halaman 171 – 184
Unit

14 Menangani Konflik Identiti Diri Asas


Pembentukan Personaliti
Nota Ekspres
Laman Web

■ 14.1 Konflik Identiti Diri


1 Konflik identiti diri merujuk kepada perselisihan atau pertentangan yang berlaku
dalam diri sendiri seseorang remaja kerana keinginan atau kehendaknya tidak
Cadangan Nilai
selari dengan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kehidupan. • Rasional - 理性
2 Konflik identiti diri membawa kepada ketidakstabilan emosi dan tingkah laku • Harga diri - 自尊
agresif yang boleh menjejaskan masa depan remaja sekiranya tidak ditangani • Keberanian - 勇敢
dengan cara yang betul. • Berdikari - 自立
• Kejujuran - 诚实

Kemurungan dan tekanan perasaan akibat konflik identiti Konflik diri boleh menyebabkan seseorang murid terlibat
diri boleh menyebabkan seseorang remaja bertindak ganas dalam masalah disiplin di sekolah

■ 14.2 Cara Mengatasi Konflik Identiti Diri


1 Membina kekuatan fizikal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil makanan seimbang dan
bersenam supaya badan sentiasa cergas dan mampu berfikir secara positif.
2 Membina kekuatan emosi dan rohani seperti bersembahyang dan berkongsi masalah dengan kaunselor atau
orang yang boleh dipercayai.

Membina kekuatan fizikal dengan bersukan Membina kekuatan rohani dengan bersembahyang

■ 14.3 Kepentingan Menangani Konflik Identiti Diri


1 Membina keyakinan diri dan keperibadian mulia.
2 Menjalani kehidupan yang seimbang dan sejahtera dari segi jasmani,
Imbas Kod QR atau layari https://
emosi, rohani dan intelek. limbeebee.blogspot.my/2017/11/
3 Menjalin hubungan yang erat dan sihat dengan orang lain termasuk unit-14-menangani-konflik-
anggota keluarga dan sahabat. identiti-diri.html untuk maklumat
tambahan Unit 14.
4 Menjauhkan diri daripada gejala tidak sihat seperti ponteng sekolah,
vandalisme, merokok dan menagih dadah.
5 Disayangi dan dipandang tinggi oleh orang lain.
6 Menjamin masa depan yang cerah dan dapat mencapai impian.

88

Anda mungkin juga menyukai