Anda di halaman 1dari 4

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan semesta alam.

Kita sangat-
sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, telah memilih
kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke
dalam universiti Ramadhan.

Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan


tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang
Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau
fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur,
dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk universiti Ramadhan. Pendaftarannya
cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari
ataupun niat sebulan terus.

Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut
sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan
macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik
sudahlah. Cth: “Wuih mai dah bulan bala, nak makan minum pun susah".

Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah dan bulan maghfirah.
Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba
untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas
nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan
seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?

Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan


mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah
SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkataan abdi, berkait juga dengan
perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana
cara berabdi kepada Allah?

Sebenarnya senang saja. Buat apa yang Allah suruh dan jangan buat apa yang
Allah larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Allah suka, iaitu amalan-
amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang
melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia
dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah
dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru boleh dikira sebagai
mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.

Perkataan mujahadah ini bersamaan dengan jihad, iaitu satu usaha yang
bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan
musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang
bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-
ruah.
Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkait-rapat dengan
perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim”, tu
istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun.

Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan


keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Terpulanglah
kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada
sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu, rugilah.... pada bulan-bulan lain
tak ada macam ni.

Berpuasa di Bulan Ramadhan


Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai
bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup
dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 
Huraian Hadith :

1. Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya


bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :
1. Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia
dihentikan azab mereka buat sementara.
2. Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan
puasa terlepas daripada azab kubur.
3. Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis
daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.
2. Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan
dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang
berganda-ganda.

ْ ‫الص َيا ُم اَمَك ُك ِت َب عَىَل اذَّل ِ ْي َن ِم ْن قَ ْب ِلمُك ْ لَ َعلَّمُك‬


ِ ّ ُ ‫آٰي َهُّي َا اذَّل ِ ْي َن ٰا َمنُ ْوا ُك ِت َب عَلَ ْيمُك‬
‫تَتَّ ُق ْو َۙن‬
Artinyai: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. Al-Baqarah ayat 183)

‫َأاَّي ًما َّم ْعدُ و َدٰ ٍت ۚ فَ َمن اَك َن ِمنمُك َّم ِريضً ا َأ ْو عَىَل ٰ َس َف ٍر فَ ِع َّد ٌة ِ ّم ْن َأاَّي ٍم ُأخ ََر ۚ َوعَىَل ٱذَّل ِ َين‬
ۖ ْ ‫يُ ِطي ُقونَهُۥ ِف ْدي َ ٌة َط َعا ُم ِم ْس ِك ٍني ۖ فَ َمن ت ََط َّو َع َخرْي ً ا فَه َُو َخرْي ٌ هَّل ُۥ ۚ َوَأن ت َُصو ُمو ۟ا َخرْي ٌ لَّمُك‬
َ ‫ن ُكنمُت ْ تَ ْعلَ ُم‬
‫ون‬
‫ِإ‬
Artinya: (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu
ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib
bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa)
membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang
dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya.
Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (QS. Al-Baqarah ayat 184)

‫َواِ ْذ تَا َ َّذ َن َربُّ ُك ْم لَ ِٕى ْن َش َكرْ تُ ْم اَل َ ِز ْي َدنَّ ُك ْم َولَ ِٕى ْن َكفَرْ تُ ْم اِ َّن‬
‫َع َذابِ ْي لَ َش ِد ْي ٌد‬
7. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-
Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”( surah Ibrahim ayat 7)

Anda mungkin juga menyukai