Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.

0
(PPGB 2.0)
SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1 TAHUN 2022

1. LATAR BELAKANG

Program Pembangunan Guru Baharu 2.0 (PPGB 2.0) ialah salah satu daripada program
yang menyokong pembangunan profesionalisme berterusan guru baharu, iaitu guru yang
pertama kali memasuki perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di sekolah. Program
ini dilaksanakan yang berasaskan sekolah melalui bimbingan berstruktur dan meliputi
Fasa Orientasi, Fasa Pementoran Profesionalisme Keguruan dan Fasa Pembangunan
Profesionalisme Keguruan.

2. MATLAMAT

KPM amat menekankan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) bagi Pegawai


Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk meningkatkan kompetensi dan prestasi yang lebih
mantap dalam mendepani pendidikan masa kini dan bertepatan dengan dasar-dasar
pendidikan negara. Hasrat ini adalah selaras dengan Anjakan 4: Mentransformasi Profesion
Keguruan Menjadi Profesion Pilihan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas.

3. OBJEKTIF

3.1 Mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka
berperanan dalam situasi sebenar.
3.2 Mengembangkan potensi mereka melalui:
i. Amalan sikap positif
ii. Peningkatan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta
iii. Peningkatan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid
iv. Kemahiran menyepadukan teori dengan amali Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
v. Penguasaan dan pemantapan strategi pengajaran serta kemahiran mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah PdP.
3.3 Membangun kompetensi profesionalisme secara berterusan, iaitu melalui peningkatan
pengetahuan, pemantapan kemahiran dan pengamalan nilai profesional yang lebih kukuh bagi
memenuhi keperluan pendidikan semasa.

4. SASARAN

5 orang guru baharu yang ditempatkan di SMK Bandar Sri Damansara 1.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN

Tarikh : 11 Mac 2022 & 14 Mac 2022


Hari : Isnin & Jumaat
Masa : 9.00 – 12.00 tengah hari
Tempat : Rumah masing-masing
6. JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0

Pengerusi : Puan Noramizan binti Ab Rahman Pengetua


Timbalan Pengerusi : Encik Mohd Shahrol bin Ibrahim PK Pentadbiran
Naib Pengerusi I : Puan Paizah binti Che Yusoff PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II : Puan Zabariah binti Abdullah PK Kokurikulum
Naib Pengerusi III : Puan Mazlaina binti Talib PK Petang
Penyelaras/Setiausaha : Cik Nur Amira binti Mohamad Ali GKMP Sains dan Matematik
AJK : Puan Rafizah binti Abu Bakar GKMP Kemanusiaan
: Puan Goh Lay Chung GKMP Teknik & Vokasional
: Puan Uma A/P Kuppusamy GKMP Bahasa

7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil. Jawatankuasa AJK


1 Moderator Puan Wan Siti Noor Anis binti Wan Hassan
Latar Belakang Sekolah
2 Bacaan doa Encik Muhammad Fahim bin Wan Embun

3 e-Operasi Puan Siti Noor binti Yusoff


HRMIS (Sistem pengurusan cuti online,
isytihar harta)
4 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Puan Hasnida binti Othman
5 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Puan Siti Hawa binti Keria
(SAPS)
6 Pembelajaran Abad Ke-21 Puan Keetha A/P Balakrisnan
7 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Puan Khairiyah binti Yusoff
8 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Puan Noraishah binti Rodi
e-Penyata Gaji

8. ATUR CARA

11 Mac 2022

Bil. Masa Perkara Tindakan


1 9.00 – 9.10 pagi Ucapan pembuka Puan Wan Siti Noor Anis binti Wan Hassan
moderator
2 9.10 – 9.20 pagi Bacaan doa Encik Muhammad Fahim bin Wan Embun

3 9.20 – 9.50 pagi e-Operasi Puan Siti Noor binti Yusoff


HRMIS
4 9.50 – 10.20 pagi SSDM Puan Hasnida binti Othman

5 10.20 – 10.50 SAPS Puan Siti Hawa binti Keria


pagi
6 10.50 – 11.20 PAK21 Puan Keetha A/P Balakrisnan
pagi
7 11.20 – 11.50 APDM Puan Noraishah binti Rodi
pagi e-Penyata Gaji
8 11.50 – 12.00 Ucapan penutup Puan Wan Siti Noor Anis binti Wan Hassan
tengahari moderator
14 Mac 2022

Bil. Masa Perkara Tindakan


1 9.00 – 9.10 pagi Ucapan pembuka Puan Wan Siti Noor Anis binti Wan Hassan
moderator
2 9.10 – 9.40 pagi Latar belakang sekolah Puan Wan Siti Noor Anis binti Wan Hassan

3 9.40 – 10.10 pagi PBD Puan Khairiyah binti Yusoff

4 10.10 – 10.40 SPLKPM Puan Rafizah binti Abu Bakar


pagi
5 10.40 – 11.10 Kokurikulum Puan Zabariah binti Abdullah
pagi
6 11.10 – 11.40 Pengurusan Kelas Puan Paizah binti Che Yusoff
pagi
7 11.40 – 12.10 Ucapan Pengetua Puan Noramizan binti Ab Rahman
tengahari
8 12.10 – 12.20 Ucapan penutup Puan Wan Siti Noor Anis binti Wan Hassan
petang moderator

9. KEWANGAN

Tiada

10. PENUTUP

Pihak sekolah berharap PPGB 2.0 ini dapat mengasah kompetensi dan prestasi guru baharu
supaya mereka lebih bersedia dalam mendepani pendidikan masa kini serta dapat
mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka
berperanan dalam situasi sebenar.

Disediakan Disokong

…………………………. ………………….………..
(NUR AMIRA BINTI MOHAMAD ALI) (MOHD SHAHROL BIN IBRAHIM)
Penyelaras PPGB 2.0 Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Bandar Sri Damansara 1

Diluluskan

………………………
(NORAMIZAN BINTI AB RAHMAN)
Pengetua
SMK Bandar Sri Damansara 1

Anda mungkin juga menyukai