Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 1

Pendahuluan
Guru pelatih telah menjalankan pengajaran makro satu untuk mata pelajaran Matematik
tingkatan empat bagi tajuk Garis dan Satah Dalam 3-Dimensi. Tajuk yang telah dipilih ini
melibatkan sudut di antara garis dan satah. Guru pelatih telah menggunakan teknologi
komputer dalam persembahan slaid dan video serta penggunaan bahan maujud yang ada di
sekeliling murid sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran tersebut. Daripada rakaman
pengajaran makro satu ini, guru pelatih telah membentangkan rakaman tersebut semasa sesi
kelas diatas talian kepada pensyarah dan rakan. Hasil daripada pembentangan dan
perbincangan yang telah dilaksanakan, terdapat kekuatan dan kelemahan serta
penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.

Kekuatan
Set induksi yang menggunakan bahan maujud iaitu yang berada di sekeliling murid merupakan
sumber kekuatan penyampaian pengajaran guru pelatih. Guru pelatih telah menggunakan
penyodok sebagai bahan rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memberikan
penjelasan yang jelas kepada konsep yang ingin disampaikan. Dalam pengajaran sesuatu topik,
terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja.
Penerangan guru yang diiringi dengan sumber yang dipilih dan sesuai dapat
memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu
dengan lebih jelas.

Guru pelatih juga telah mengaplikasikan konsep modular dalam pengajarannya.


Pendekatan modular dilihat mampu membantu murid menilai tahap kemajuan mereka melalui
sesi perbincangan mereka bersama guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Terdapat beberapa kelebihan yang telah didapati dengan menggunakan
pendekatan modular, antaranya termasuklah guru pelatih dapat mengawal pembelajaran murid
dan dapat menghubungjalinkan kemahiran dan nilai dalam topik yang diajarkan dalam proses
penyerapan ilmu.
Seterusnya, penerangan awal topik pembelajaran melalui penggunaan peta pemikiran i-
Think. Guru pelatih telah memilih medium peta pemikiran i-Think yang disesuaikan
mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan sub topik yang ini. Peta pemikiran i-Think ini
digunakan ini, telah diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada isi
penting yang lainnya. Guru pelatih berpendapat bahawa, penggunaan pelbagai bentuk
peta pemikiran i-Think juga mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif hasil daripada pembelajaran dalam kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran
1 pada semester yang lepas.

Disamping itu, penyampaian pengajaran yang menggunakan teknologi. Hal ini kerana
pengajaran menggunakan teknologi dilihat mampu menarik minat perhatian murid-murid
sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan menggunakan kemudahan
Information and Communications Technology (ICT) murid lebih memahami isi pengajaran
yang diajarkan kerana murid mampu melihat gambaran sebenar dengan kaedah visualisasi.
Selain itu, penggunaan ICT juga, guru pelatih dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dengan kehidupan sebenar.

Kelemahan
Antara kelemahan yang telah didapati oleh guru pelatih sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung termasuklah penyampaian input atau maklumat yang banyak dalam
satu-satu masa. Guru pelatih telah membebankan minda murid dengan menyampaikan input
dan maklumat yang banyak semasa penggunaan peta pemikiran i-Think. Kaedah sebegini akan
menyebabkan murid mengalami ketepuan dan beban kognitif. Pendekatan ini juga akan
memberikan persepsi yang negatif kepada murid terhadap topik yang akan dipelajari.

Kelemahan yang seterusnya ialah penerangan guru pelatih terhadap konsep satah yang
yang tidak jelas pada bahan maujud. Guru pelatih tidak menerangkan keadaan bagaimana satah
pada penyodok yang telah ditunjukkan kepada pelajar, namun hanya garis pada satah satah
sahaja yang diberikan penekanan. Keadaan tidak mampu memberikan gambaran yang jelas
terhadap konsep garis dan satah yang ingin disampaikan. Hal ini juga boleh menimbulkan
pelbagai andaian daripada minda pelajar semasa proses perkembangan berlaku.

Selain itu, penerangan garis normal tidak ditekankan semasa memberikan contoh
kepada murid. Guru pelatih telah menunjukkan contoh bagaimana hendak mencari sudut antara
garis dan satah, penerangan garis dan satah sahaja diberi perhatian, namun garisan normal atau
mencancang yang membentuk 90° antara garis normal dan satah tidak diberikan perhatian.
Konsep asas ini perlu diberi perhatian semasa penerangan bagi memastikan tiada maklumat
yang tercicir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Penambahbaikan
Daripada kelemahan yang telah dikesan, guru pelatih telah mendapati beberapa
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
seterusnya berlangsung dengan baik. Antaranya termasuklah, memberikan penerangan yang
lebih mudah dan ringkas semasa sesi penerangan peta pemikiran i-Think. Guru pelatih
sepatutnya hanya memberikan gambaran awal sahaja untuk mengelakkan ketepuan dan beban
kognitif berlaku semasa sesi penyampaian ilmu berlangsung. Pegajaran dan pembelajaran yang
ringan mampu meningkatkan suasana pembelajaran yang lebih santai dan ceria.

Seterusnya, guru pelatih perlu memahami dengan lebih baik tentang konsep garis dan
satah agar pengaplikasian terhadap bahan maujud (penyodok) dapat diterangkan dengan lebih
jelas. Latihan penerangan perlu dilakukan oleh guru pelatih dihadapan guru yang
berpengalaman dalam mendapatkan maklum balas terhadap penyampaian maklumat kepada
murid-murid. Guru pelatih yakin, dengan cadangan penambahbaikan yang dilakukan ini, ia
dapat mengurangkan kecuaian yang boleh berlaku sepanjang pengajaran dan pembelajaran
berlangsung seterusnya dapat meningkatkan kemahiran guru.

Disamping itu, penggunaan istilah sinonim juga perlu dijelaskan dengan baik kepada
murid-murid. Istilah sinonim ini bermaksud kata-kata yang sama atau yang hampir sama
maknanya. Terdapat pelbagai perkataan atau frasa yang digunakan dalam buku teks, buku
rujukan mahupun video pengajaran untuk menjelaskan maksud yang sama. Guru pelatih
dinasihatkan untuk menggunakan frasa yang lebih mudah difahami oleh pelajar seperti dalam
penerangan garis normal. Lebih baik menggunakan istilah ‘tegak’ diatas satah daripada istilah
‘berserenjang’ dengan satah.

Anda mungkin juga menyukai