Anda di halaman 1dari 1

Adab-Adab sebelum Bermain Silat di Gelanggang

Setiap jenis silat mempunyai adab-adab yang tertentu sebelum masuk gelanggang.
Sebelum bermain silat diatas tanah, perkara pertama jurulatih mestilah bertafakur iaitu
meletakkan tangan kanan mencecah bumi lalu membaca surah Al- Fatihah dan selawat ke atas
nabi. Selepas itu jurulatih kemudiannya berniat agar pesilat-pesilat terhindar dari mara bahaya
semasa latihan dan permainan berlangsung.
Selepas jurulatih masuk gelanggang dan selesai bertafakur, Kemudian barulah diikuti
oleh para pesilat berbuat demikian dengan cara duduk antara dua sujud sambil membaca surah
Al- Fatihah dan selawat Nabi sebanyak tiga kali.
Selepas itu dengan diikuti adab memasuki gelanggang adalah sama dengan penutup
gelanggang. Tetapi niat oleh jurulatih adalah berbeza iaitu bersyukur kehadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpahan dan kurnianya memperolehi ilmu dan keselamatan daripada ditimpa
musibah yang tidak diingini.
Adab-adab yang lainya ialah seperti adab hormat. Adab hormat ini dilakukan sebelum
memulakan sesuatu majlis atau demonstrasi, para pesilat mestilah memberi hormat kepada
hadirin, iaitu dengan cara berdiri tegak kedua-dua kaki dirapatkan manakala kedua-dua tangan
rapat ke dahi selaku mengankat sembah hormat. Mana-mana silat pun mempunyai adab hormat
kepada hadirin sebelum memulakannya sesuatu demonstrasi.
Selain itu juga, adab-adab lain seperti adap peluk tubuh. Adab ini dilakukan dalam
keadaan berdiri dimana tanagn kanan bertindan ke atas tangan kiri dan rapat ke dada. Peranan
peluk tubuh mempunyai keistimewaan tertentu dan kelebihan-kelebihannya. Peranan peluk amat
penting antaranya ialah salah satu kaedah atau cara untuk menempis dan menyerang musuh.
Dengan cara memeluk tubuh, kita dapat menepis atau menyerang musuh apabila saat-saat
diperlukan dan menjadikan pesilat lebih yakin dan berani apabila berada dalam persekitaran dan
sentiasa berjaga setiap masa daripada serangan musuh.
Adab seterusnya ialah cara duduk seni, dalam silat pelbagai adab termasuk cara duduk
seni diamalkan cara-cara duduk seni dalam persatuan seni silat Serimau Hitam ini adalah
kelihatan tertib dan kemas. Semasa duduk, kaki kanan para pesilat bersilang di atas kaki kiri dan
kedua-dua tangan diletakkan secara bebas diatas persilangan kaki tersebut. Kedudukan ini
memudahkan para pesilat tersebut bangun dengan pantas dan bersedia untuk menerima serangan
ataupun menyerang lawan.

Anda mungkin juga menyukai