Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Masjid adalah tempat untuk umat Islam beribadah kepada penciptanya dan ia juga
boleh diklasifikasikan sebagai markas/madrasah pendidikan terunggul dalam
menyalurkan ilmu dan pengetahuan kepada ummah.1 Allah swt telah menjelaskan
empat ciri utama golongan yang layak untuk mengimarahkan masjid dalam Surah al-
Tawbah, ayat 18. Empat ciri ini juga menggambarkan sifat dan keperibadian akhlak
muslim yang sejati. Pertama, beriman dengan Allah, kedua; beriman dengan hari
Akhirat, ketiga; mendirikan solat, dan yang keempat ialah menunaikan zakat. Sejak
zaman permulaan Islam lagi, kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula
dari masjid. Fungsi masjid telah ditunjukkan dengan jelas oleh Nabi Muhammad saw
dan para sahabat. Peranan institusi masjid sejak ditubuhkan lebih terarah kepada
perkara-perkara dasar seperti yang berkaitan dengan hal-ehwal negara,
membincangkan strategi peperangan, berperanan sebagai pusat komuniti, pusat
ekonomi dan kebajikan, serta bertindak sebagai pusat penyatuan ummah yang unggul
dan terbilang.
Boleh dikatakan, masjid adalah sebagai mercu tanda menunjukkan pertapakan
islam di sesebuah negara. Pada masa sekarang, kebanyakkan negara sudah pun
mempunyai masjid walaupun di negara bukan islam. Maka sudah tentulah, negara
Indonesia, sebuah negara islam di Asia Tenggara yang dikatakan islam sudah bertapak
sejak abad pertama Hijriah atau abad ke ke-7 M, 2 mempunyai masjid yang terkenal
akan usianya. Terdapat banyak masjid di Indonesia yang memiliki arsitektur yang
indah. Walaupun berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid-masjid itu juga memiliki
nilai sejarah yang penting. Dari sekian banyak masjid yang tersebar di Indonesia,
terdapat beberapa masjid dengan bangunan yang tersergam indah dan mempesonakan.
Yang dianggap masjid terindah di Indonesia adalah Masjid Istiqlal, yang juag
merupaka masjid terbesar di Asia Tenggara. Kemudian, Indonesia juga mempunyai
Masjid Raya Baiturrahman yang didirikan pada tahun 1612 sewaktu kesultanan
Acheh. Namun, masih ada lagi masjid yang lebih tua daripada Masjid Raya
Baiturrahman, iaitu masjid yang tertua dan terkemuka di Indonesia, Masjid Tua Al-
Hilal Katangka.

1
Rosnita Sahrani, Imilia Ibrahim Dan Valentino Abu Bakar. . Keberkesanan Institusi Masjid Dalam Penyebaran
Ilmu Dan Maklumat: Satu Kajian Kes. Informika, 2011. hlm. 45
2
Latifa Annum Dalimunthe. Kajian Proses Islamisasi Di Indonesia. Jurnal Studi Agama Dan Masyarakat.2016.
hlm. 117
Latar Belakang Tua Al-Hilal Katangka (Indonesia)
Masjid Al Hilal atau lebih dikenal dengan Masjid Katangka merupakan salah satu
masjid tertua di Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Rumah ibadah umat Islam ini
berlokasi di Jalan Syech Yusuf No 57, Katangka, Kecamatan Somba Opu, Kabupaten
Gowa.3 Katangka merupakan nama yang diambil dari sebuah pohon besar iaitu pohon
katangka yang terkenal sebagai pohon keramat pada masa pemerintahan raja I
Tumanurung.4 Katangka berasal dari bahasa Makassar iaitu "Tangkasa" yang
bermaksud suci, di mana tempat ini dikatakan sebagai tempat yang paling suci. Secara
geografi, kawasan Katangka merupakan kawasan berbukit terutamanya di bahagian
timur selatan, manakala utara dan barat adalah sawah yang menjadi pusat penempatan.
Masjid ini dinamakan masjid Katangka kerana terletak di kampung Katangka, Mukim
Sumba Opu, daerah Gowa. Selain itu, masjid ini dinamakan Katangka kerana bahan
mentah asas masjid dipercayai diambil daripada pokok Katangka.
Masjid ini terletak dengan satu lokasi bersama dengan kompleks makam raja-
raja Gowa. Menariknya, masjid ini disebut yang tertua di Sulawesi Selatan, bahkan
menjadi saksi sejarah penyebaran Islam, khususnya di Gowa. 5 Sekitar 500 meter arah
selatan masjid terdapat pula kompleks makam Sultan Hasanuddin iaitu Raja Gowa ke-
17. Sultan Hasanuddin yang cucu Sultan Alauddin adalah merupakan pahlawan
nasional yang gigih melawan penjajahan Belanda pada abad ke-17. Pintu masuk
bangunan utama masjid seluas 144 meter persegi tersebut terletak di sisi timur masjid
tesebut. Walaupun terdapat dua pintu besar, namun selalunya hanya dibuka satu untuk
kegunaan orang ramai pada waktu solat sehari-harian. Masyarakat yang tinggal di
sekitar masjid ini ialah mereka yang beragama islam.

Sejarah Masjid Tua Al-Hilal Katangka (Indonesia)


Penyebaran Islam di Indonesia pada mulanya melalui perdagangan, oleh itu dapat
dilihat kedatangan Islam ke Makassar tidak terlepas dari faktor perdagangan.
Pengislaman melalui perdagangan dapat dilihat di kawasan pertama dikunjungi oleh
penyebar Islam yang pertama iaitu kawasan yang dilawati ialah laluan perdagangan.
Malah para penyebar Islam ketika itu permulaan perkembangannya terdiri daripada
peniaga. Pada saat itulah pedagang-pedagang muslim mengutus tiga orang ulama yang
berasal dari Minangkabau. Mereka adalah Datuk Fatimah, Datuk Ri Bandang, dan
3
Ashwari Muin. Masjid Tua Katangka, Tonggak Sejarah Islam Di Sulawesi Selatan. Idn Times Sulsel. 2021.
4
Eka Damayanti .Masjid Tua Al Hilal Katangka Sebagai Pusat Pengembangan Islam Di Gowa Abad Xviii. Tesis
Sarjana Fakultas Adab Dan Humaniora Uin Alauddin Makassar. 2019. hlm. 30.
5
Ashwari Muin. Masjid Tua Katangka, Tonggak Sejarah Islam Di Sulawesi Selatan. Idn Times Sulsel. 2021.
Datuk Di Tiro. Mereka diutus sebab pedagang-pedagang muslim itu beranggapan
bahawa Raja Gowa kemungkinan menerima agama selain Islam. Diceritakan pada
masa pemerintahan Raja Gowa XIV, I Mangngerangi Daeng Manrabia (1593-1639)
sewaktu beliau belum memeluk Islam, beliau menerima tetamu iaitu seorang syeikh
dari negara Arab. Menurut riwayatnya, Syeikh itu masih keturunan nabi. Sheikh
kemudian menghadap Raja Gowa di Tamalate dan mengajak Raja Gowa memeluk
islam di atas "Barugaloea". Apabila tibanya waktu solat Jumaat Syeikh mengucapkan
selamat tinggal kepada Raja dan kemudian menuju ke Barat yang tidak jauh dari bukit
Tamalate, terdapat satu hamparan tanah yang kawasan (tempat terletaknya masjid
lama Katangka). Di sana, Syeikh dan pengikutnya seramai 40 orang menunaikan solat
Jumaat di atas hamparan tanah tersebut.6 Selepas memeluk islam, Raja Mangngerangi
Daeng Manrabia menggelar dirinya sebagai Sultan Alauddin dan sebagai pendukung
utama proses penyebaran Islam, Sultan Alauddin kemudian mendirikan Masjid yang
diberi nama Al-Hilal, Katangka.
Untuk mengekalkan masjid lama Katangka sebagai salah satu sejarah
monumental yang menyumbang kepada pengisian repertoir budaya khususnya budaya
Islam di kawasan ini, ia telah direkodkan bahawa ia telah menjalani beberapa
pengubahsuaian dan pemulihan, walau bagaimanapun tidak mengurangkan bentuk
keaslian masjid.7 Pertama pada tahun 1816, atau pada masa Raja Gowa XXX atas
nama Sultan Abd Rauf. Kemudian pada 1884, yang dilakukan oleh Raja Gowa
XXXII, Sultan Abd Kadir. Berturut-turut kemudian pada tahun 1963 oleh Gubernur
Sulsel, tahun 1971 oleh Kanwil Dikbud Sulsel, tahun 1980, Swaka Sejarah dan
Purbakala sulsel dan terakhir tahun 2007. Pada renovasi terakhir, itu dilakukan atas
duit dari pengurus masjid sendiri dan bantuan dari masyarakat.

Keistimewaaan dan Peranan Masjid Tua Al-Hilal Katangka (Indonesia)


Masjid Tua Al-Hilal Katangka ini terkenal akan keistimewaannya pada ukiran dan
seni bina masjidnya. Bangunan utama masjid ini mempunyai keluasan kira-kira 212
meter persegi, dengan pagar besi dan pagar tempok sebagai penghalang kawasan
masjid. Masjid di Gowa ini malah mempunyai Soko Guru yang biasanya menjadi ciri
bangunan masjid di pulau Jawa8. Di sekeliling masjid dihiasi tulisan khat Bahasa Arab
yang sangat indah, baik bentuk huruf mahupun pilihan warna, tulisannya seni khat

6
Eka Damayanti .Masjid Tua Al Hilal Katangka Sebagai Pusat Pengembangan Islam Di Gowa Abad Xviii. Tesis
Sarjana Fakultas Adab Dan Humaniora Uin Alauddin Makassar. 2019. hlm. 32.
7
Muhammad Ilham Irsyad. Akulturasi Budaya Dalam Arsitektur Masjid Tua Al-Hilal Katangka. Tesis Sarjana.
Fakultas Adab Dan Humaniora Uin Alauddin Makassar. 2018 . hlm. 61
8
Ashwari Muin. Masjid Tua Katangka, Tonggak Sejarah Islam Di Sulawesi Selatan. Idn Times Sulsel. 2021.
juga menghiasi mimbar dan mihrab masjid.Bentuknya juga menarik untuk dilihat
dikaji terutamanya dari segi sejarah, budaya berkaitan pembangunan bangunan Islam.9
Seni bina masjid ini turut dipengaruhi oleh beberapa budaya. Sebagai contoh,
terdapat pengaruh budaya Cina yang jelas kelihatan dalam bentuk mimbar yang dibina
dan pada bentuk dinding dan tiang masjid terdapat pengaruh budaya Eropah iaitu
Portugis. Tiang ini biasanya dipanggil tiang guru yang mempunyai empat bahagian
atau tiang. Di bahagian masjid ini berbentuk silinder dengan acuan di bahagian kepala
masjid dan kaki dibentuk dalam gaya klasik seni bina Yunani, perintah Doric,
(gelembung di tengah), terdiri daripada beberapa bata dan simen berlepa. 10 Seni bina
ini kelihatan sama dengan tiang pertahanan Rotterdam yang dibina oleh Belanda.
Masjid Lama Al Hilal Katangka turut mengamalkan unsur budaya Jawa, boleh dilihat
dari bumbung masjid berupa jonglo, atau biasa disebut bumbung bertindih, bumbung
masjid ini dalam dua lapisan dengan tingkap di setiap sisi.
Nilai-nilai falsafah turut dapat dilihat pada seni bina masjid ini. Misalnya,
mustaka yang dapat ditemui di bahagian atas masjid yang menunjukkan bahawa Allah
adalah Satu dalam erti kata falsafah, tetapi secara teknikal mustaka ini adalah penutup
atas masjid. Selain itu, terdapat juga nilai falsafah seperti Soko guru yang berjumlah
empat adalah menunjukkan empat orang sahabat Nabi Muhammad Saw, iaitu Abu
Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib, dan
juga telaga lima segi menunjukkan rukun Islam yang lima. Kesemua nilai-nilai
falsafah ini berkait rapat dengan agama islam.11
Selain daripada kehebatan seni binanya, Masjid Tua Al-Hilal Katangka ini
turut memainkan peranannya sebagai sebuah masjid. Fungsi pertama masjid ialah
fungsi Ubudiyah atau ibadah, masjid sebagai tempat beribadat bermakna masjid mesti
dijadikan sebagai fungsinya ialah masjid boleh dijadikan tempat pelbagai jenis ibadah.
Fungsi masjid sebagai tempat ibadat telah dilaksanakan di Masjid Lama Al Hilal
Katangka, orang ramai di sekitar masjid itu sangat bersemangat dan bermotivasi untuk
melaksanakan solat berjemaah. Fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadat
tetapi juga sebagai sumber ilmu ilmu, sebab itu masjid sering dikatakan masjid itu
tempat untuk bekerja, berbincang, menyimpulkan semua titik kehidupan iaitu
Islamik.12 Terdapat banyak aktiviti di Masjid Lama Al Hilal Katangka yang dapat
menambah wawasan dan pengetahuan, contohnya pembentukan belia masjid dimana
9
Muhammad Ilham Irsyad. Akulturasi Budaya Dalam Arsitektur Masjid Tua Al-Hilal Katangka. Tesis Sarjana.
Fakultas Adab Dan Humaniora Uin Alauddin Makassar. 2018 . hlm. 27
10
Eka Damayanti .Masjid Tua Al Hilal Katangka Sebagai Pusat Pengembangan Islam Di Gowa Abad Xviii. Tesis
Sarjana Fakultas Adab Dan Humaniora Uin Alauddin Makassar. 2019. hlm. 41
11
Ibid. Hlm. 43-44.
12
Ibid. Hlm 46.
pembentukan ini sangat berguna untuk membina watak dan semangat belia dalam
aktiviti keagamaan terutamanya untuk golongan muda yang ketagih dengan teknologi
seperti telefon bimbit dan sebagainya. Selain aktiviti pemuda masjid, pengajian
berkala juga dilakukan oleh perhimpunan taklim setiap rabu, bacaan setiap jumaat
seperti yasin atau bacaan Surah Al Kahf.
Yang ketiga adalah fungsi ijtima’iyah atau fungsi Sosial. Pada masa lalu, jika
sesuatu perkara-perkara penting mengenai urusan pemerintahan atau kepentingan
kerajaan Gowa, maka pelaksanaannya adalah melalui keputusan mesyuarat yang
diadakan di masjid al-Hilal Katangka.13 Kawasan masjid Tua Al Hilal Katangka yang
dikenali sebagai komuniti kediaman kerajaan Gowa ketika itu merupakan tempat
perundingan dan musyawarah. Masjid ini menjadi sebagai tempat menyelesaikan
masalah sosial oleh raja-raja dan masyarakat ketika itu. Selain itu masjid Al Hilal
Katangka Lama dahulu dijadikan kubu oleh raja Gowa pada zaman penjajahan, kita
boleh lihat dari ketebalan dinding masjid yang mencapai 120 cm.

Status Terkini Masjid Tua Al-Hilal Katangka (Indonesia)


Sehingga kini, Masjid lama Katangka masih tegak dan tegak difungsikan untuk solat
berjemaah, baik solat Jumaat dan solat lima waktu. Setiap waktu solat, masjid ini
sentiasa sesak dengan orang ramai. Uniknya, jemaah kebanyakannya datang dari luar
masyarakat sekeliling. “Boleh dikatakan setiap jemaah 60 peratus adalah orang luar
wilayah Katangka. Lebih-lebih lagi untuk solat Jumaat, sekitar 70 peratus daripada
mereka bukan penduduk Katangka,” kata Harun yang sudah lapan tahun menjadi
pentadbir masjid Katangka. Perkara yang sama berlaku pada malam-malam
Ramadhan. Kebanyakan jemaah tarawih datang dari kawasan yang jauh. Kemudian
pada 10 malam terakhir Ramadhan, ramai yang datang beri'tikaf di masjid. Antaranya
percaya dengan bersolat di bulan Ramadhan di masjid akan mendapat keberkatan
yang berlipat ganda. Kepercayaan ini berdasarkan fakta bahawa banyak cerita yang
beredar dalam masyarakat bersifat mistik. Salah satunya ialah air wuduk yang berasal
dari telaga yang tidak pernah kering, walaupun dalam keadaan kemarau. Malah ada
yang percaya air di masjid akan memudahkan pencarian jodoh dan berkekalan seperti
masjid.
Selain itu, masjid ini juga menjadi tempat mengaji al-Quran untuk anak-anak
yang tinggal sekitar masjid dan sudah mempunyai kemudahan pendidikan iaitu Tadika
Islam, Masjid Lama Katangka, dan juga digunakan sebagai tarikan pelancong sejarah
Muhammad Ilham Irsyad. Akulturasi Budaya Dalam Arsitektur Masjid Tua Al-Hilal Katangka. Tesis Sarjana.
13

Fakultas Adab Dan Humaniora Uin Alauddin Makassar. 2018 . hlm. 66.
di Kabupaten Gowa. Di sekeliling masjid juga terdapat makam raja-raja Gowa,
termasuk makam Andi Ijo Karaeng Lalolang, Raja Gowa XXXVI (akhir).14 Masjid
Lama Al Hilal Kataka menarik perhatian ramai bukan sahaja sebagai masjid tertua
tetapi juga bentuknya yang unik yang terkenal dengan beberapa unsurnya budaya
lain,. Selain itu masjid ini menyimpan banyak sejarah tentang kerajaan Gowa dan
kedatangan Islam pertama kali di Sulawesi Selatan, menyebabkan ia banyak
dikunjungi oleh pelancong, pegawai, pelajar atau ahli sejarah.

Penutup
Kesimpulannya disini, Masjid Al Hilal atau lebih dikenal dengan Masjid Katangka
merupakan salah satu masjid tertua di Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia dan ia
masih berdiri teguh sehingga kini. Masjid yang terletak dengan satu lokasi bersama
dengan kompleks makam raja-raja Gowa terkenal dengan sejarahnya dan seni binanya
yang mempunyai pelbagai jenis corak dan pengaruh. Masjid ini turut masih lagi
berfungsi dan menerima jemaah daripada serata tempat. Pelancong dan ahli sejarah
turut berkunjung di masjid yang didirikan oleh Sultan Alauddin pada 1603.
Kita sebagai umat islam dan penduduk sekarang hendaklah menghayati dan
rasa bersyukur kerana peninggalan seperti ini masih lagi boleh dimanfaatkan. Kita
hendaklah menjaga keaslian dan keadaan masjid ini agar ia dapat digunakan untuk
mereka yang akan datang.

14
Ibid.
RUJUKAN
Ashwari Muin. 2021. Masjid Tua Katangka, Tonggak Sejarah Islam Di Sulawesi
Selatan. Idn Times Sulsel.

Eka Damayanti . 2019. Masjid Tua Al Hilal Katangka Sebagai Pusat Pengembangan
Islam Di Gowa Abad Xviii. Tesis Sarjana Fakultas Adab Dan Humaniora Uin
Alauddin Makassar

Latifa Annum Dalimunthe. 2016. Kajian Proses Islamisasi Di Indonesia. Jurnal Studi
Agama Dan Masyarakat. Volume 12, Nomor 1. m/s 115 -125.

Muhammad Ilham Irsyad. 2018 . Akulturasi Budaya Dalam Arsitektur Masjid Tua Al-
Hilal Katangka. Tesis Sarjana. Fakultas Adab Dan Humaniora Uin Alauddin
Makassar

Rosnita Sahrani, Imilia Ibrahim Dan Valentino Abu Bakar. 2011. Keberkesanan
Institusi Masjid Dalam Penyebaran Ilmu Dan Maklumat: Satu Kajian Kes.
Informika, Jilid 1, M/s 45-52 .
LAMPIRAN

Masjid Tua Al-Hilal Katangka

Mimbar masjid.

Anda mungkin juga menyukai