Anda di halaman 1dari 5

Sorotan Literatur

Multimedia
Teknologi berasaskan komputer membuka ruang yang luas dalam membantu
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan multimedia telah menjadi
salah satu komponen utama dalam strategi dan teknik P&P dalam bilik darjah bagi
mata pelajaran yang mencabar seperti sains dan matematik. Multimedia dalam PdP
adalah satu reka bentuk mesej atau komunikasi yang mengaplikasikan penggunaan
teknologi canggih. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui
media mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi,
audio dan video (Putra, 2018). Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru
dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media
pembelajaran lebih lengkap. (Che Suriani Kiflee, Siti Aishah Hassan, Fariza Khalid,
Noorlin Maaulot & Rorlinda Yusof, 2014).
Proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan murid yang
aktif dan berkeupayaan menangani masalah bukan sahaja dengan bijak, malah secara
sistematik, kreatif dan inovatif. Penggunaan multimedia dalam sektor pendidikan
pada masa sekarang bukanlah lagi sesuatu yang asing. Integrasi pelbagai media
(seperti grafik, audio, video, animasi, teks) semakin mendapat tumpuan dalam kajian
pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan (Che Soh Said, Irfan Naufal Umar,
Balakrishnan Muniandy & Shakinaz Desa, 2015). Multimedia dalam pendidikan juga
mempunyai kategori yang dinamakan sebagai multimedia pengajaran, multimedia
pembelajaran, multimedia pentaksiran, multimedia penilaian dan mempunyai tiga ciri-
ciri utama iaitu (Dale, 1946):
1. Proses abstrak (unseen process)
2. Proses melihat (observation process)
3. Proses pengaruh (regression process)
Pembangunan perisian berasaskan multimedia telah memberi peluang kepada pelajar
untuk bebas mengawal pembelajaran dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran
secara kerjasama, interaktif atau persendirian. Persembahan animasi dan narasi dalam
multimedia sebagai contohnya sangat menghiburkan serta tidak membosankan kerana
dapat menggerakkan saluran verbal dan visual di dalam memori secara berkesan
(Basri & Lakulu, 2018). Penggunaan multimedia didalam proses PdP adalah salah
satu teknik atau langkah yang sesuai dan berkesan dalam usaha menarik minat murid
untuk mengikuti sesuatu pengajaran.

Komik
Komik ialah media grafik atau media visual yang menggabungkan bentuk/gambar,
perkataan atau ilustrasi sesuatu bahan atau jalan cerita di mana pembaca boleh
membacanya dengan pemahaman dan perasaan pembaca itu sendiri. (Ambaryani,
2017). Di sesetengah negara, komik telah dijadikan bahan bacaan yang berkedudukan
sama penting dengan buku pelajaran. Contohnya di Jepun, Korea dan China, komik
sudah diterima menjadi bahan penting dalam pendidikan peringkat kanak-kanak.
Komik dikatakan mampu menjadikan gaya pembelajaran dalam kelas menjadi lebih
santai dan secara tidak langsung boleh menjana pemikiran kreatif dalam kalangan
pelajar untuk berkarya atau berimaginasi. Penggunaan komik sebagai media
pembelajaran membantu dalam meningkatkan minat dan motivasi murid kerana
pembelajaran seperti ini menyeronokkan mereka. Amalan membaca buku berbentuk
komik dapat membantu perkembangan pemikiran kanak-kanak dan kepekaan mereka
pada dunia persekitaran (Affizal,2015).
Sebagai alat bantu mengajar, komik diutamakan untuk memotivasikan
pelajar yang lambat dalam pembelajaran, khususnya mereka yang tidak gemar
membaca. Komik dan novel berbentuk grafik merupakan satu cara yang terbaik
untuk memberi kefahaman dan membentuk kemahiran mengingat di dalam kelas
(Nancy Frey & Douglas Fisher,2008). Kesan daripada pengajaran berasaskan komik
ini, pengajaran di dalam kelas dapat mencapai objektif apabila komunikasi dijalankan
di dalam kelas. Banyak kajian menunjukkan penggunaan pembelajaran berasaskan
komik boleh menyumbang kepada peningkatan kognitif , minat dan pencapaian
pelajar (Tan Sai Wah, Ruhizan Mohammad Yasin, 2017).

Kajian Lepas
Pelbagai kajian lepas dapat membuktikan bahawa penggunaan multimedia ini
membantu meningkatkan penglibatan murid. Antara kajian lepas yang berkait dengan
tajuk penggunaan multimedia ini ialah kajian daripada Nur Fatin Shamimi Che
Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli1, Mohd Ra’in Shaari1 ,dan Kesavan
Nallaluthan (2021) yang bertajuk ‘Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia
Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-2’. Hasil dapatan
kajian mereka ini mendapati bahawa penggunaan multimedia interaktif bukan sahaja
dapat menarik minat pelajar untuk terus aktif mengikuti pembelajaran di dalam kelas,
sebaliknya pelajar juga akan lebih fokus dan lebih faham terhadap kandungan mata
pelajaran yang dipelajari apabila guru menggunakan elemen seperti video, grafik,
audio dan animasi berbanding penggunaan teks yang bersifat deskriptif semata-mata.
Selain itu, Noradilah Binti Aziz Dan Lai Wei Sieng (2019) dalam kajian
mereka yang bertajuk ‘Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap
Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM’ mencatatkan bahawa peratus persetujuan dalam
pendekatan pengajaran menggunakan bahan pengajaran berasaskan web supaya dapat
mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penyertaan maksimum pelajar sesama
pelajar dan pelajar dengan guru mencapai peratus yang memuaskan.
Dalam kajian yang dibuat oleh Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor dan
Ainee Ahmad (2017) dalam penulisan seminar mereka yang bertajuk Pembelajaran
Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-21, mereka
mendapati bahawa sebanyak 75.5% pelajar bersetuju Kahoot membuatkan mereka
tidak mengantuk atau bosan malah pelaajr dapat memberi tumpuan lebih sewaktu sesi
pengajaran berlangsung.
Melinda dan Barbara (2015) dalam hasil kajiannya mendapati penggunaan
komik ini dapat berkomunikasi dan bekerjasama di dalam kumpulan terhadap murid
berkeperluan khas. Di dalam pembelajaran pula, murid akana dapat meningkatkan
skor mereka di dalam pembelajaran. Ini menunjukkan penggunaan multimedia atau
komik dapat membuatkan murid memberi tumpuan semasa proses pembelajaran.
Rujukan
Che Soh Said, Irfan Naufal Umar, Balakrishnan Muniandy & Shakinaz Desa. (2015).
Aplikasi Teknologi Multimedia Dalam Pembelajaran Sains Biologi: Kesan
Terhadap Pelajar Berbeza Tahap Keupayaan Spatial. Journal Of Ict In
Education (Jictie),Vol. 2. 15-25

Mohd Rusli, N. F., Che Ibrahim, N. F. S., Shaari, M. R., & Nallaluthan, K. (2021).
Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. Online Journal For Tvet
Practitioners, 6(1), 15-24. Diperoleh Daripada
https://Publisher.Uthm.Edu.My/Ojs/Index.Php/Oj-Tp/Article/View/6569

Noradilah Binti Aziz & Lai Wei Sieng. (2019). Impak Pendidikan Berasaskan
Teknologi Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar Di Ukm. Jurnal Personaliti
Pelajar 22(1): 69-75. Diperoleh Daripada
https://Www.Ukm.My/Personalia/Publication/Impak-Pendidikan-Berasaskan
Teknologi-Terhadap-Peningkatan-Prestasi-Pelajar-Di-Ukm/

Harlina Binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad (2017). Pembelajaran
Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot Dalam Pengajaran Abad Ke-21. Kertas
Kerja Seminar Pendidikan Serantau Ke-8 . Universiti Kebangsaan Malaysia.7
September 2017.

Che Suriani Kiflee, Siti Aishah Hassan, Fariza Khalid, Noorlin Maaulot & Rorlinda
Yusof (2014) Analisis Keberkesanan Kaedah Multimedia Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar Dan Berbakat. Jurnal Personalia
Pelajar 23(2): 129-136

Ambaryani, G. S. A. (2017). PENGEMBANGAN MEDIA KOMIK UNTUK


EFEKTIFITAS DAN MENINGKATKAN HASIL BELAJAR KOGNITIF
MATERI PERUBAHAN LINGKUNGAN FISIK. Jurnal Pendidikan Surya
Edukasi (JPSE), 3(1), 19–28. https://doi.org/10.1108/eb034372
Tan Sai Wah, Ruhizan Mohammad Yasin. (2018). Pembelajaran Berasaskan Komik:
Satu Kajian Sistematik Review Dan Meta Analisis. - Seminar Pendidikan
Transdisiplin (Sted 2018). 217-238.

Nancy Frey & Douglas Fisher (2008). Teaching visual literacy using comic books,
graphic novels, anime, cartoons, and more to develop comprehension and
thinking skills. Corwin Press. California.

Melinda R. Pierson and Barbara C. Glaeser (2005). Extension of Research on Social


Skills Training Using Comic Strip Conversations to Students Without Autism.
Education and Training in Developmental Disabilities, 2005, 40(3), 279–284.

Affizal Ahmad (2015). Buku cerita peransang minda minda kanak-kanak. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka.

Putra, C.A. (2018). Pemanfaatan Teknologi Multimedia untuk Media


Instruksional. Journal of ICT in Education (JICTIE), 5, 1-8.

Dale, E. (1946). Audio visual methods in teaching. New York: Dryden Press.

Basri, A.A & Lakulu, M.M. (2018). Kesan Penggunaan Teknik Inkuiri Penemuan
Berbanding Tutorial dalam Pembinaan Koswer terhadap Pencapaian Pelajar.
Journal of ICT in Education (JICTIE), 5, 40-47

Anda mungkin juga menyukai