Anda di halaman 1dari 6

3.

0 KEPULAUAN TIDORE

Pulau Tidore, atau boleh juga disebut Tidor, merupakan salah satu pulau Maluku
(Maluku), Indonesia timur-tengah. Dengan keluasan 45 batu persegi (116 km
persegi), Tidore terletak di luar pantai barat Halmahera tengah dan merupakan
sebahagian daripada provinsi Maluku Utara (wilayah Maluku Utara). Bahagian
selatan diduduki hampir keseluruhannya oleh puncak gunung berapi yang telah mati
(5,676 kaki [1,730 meter]); manakala bahagian utara pula adalah berbukit, dengan
beberapa jalur aras di sepanjang pantai. Penduduknya hidup dengan menjual ikan,
mengusahakan hasil kebun, dan mahir dalam kerja logam. Seperti Ternate yang
berdekatan, Tidore adalah pusat kesultanan kuno dan berkuasa.

3.1 Kemunculan Kerajaan Tidore


Pada abad ke-13 M, di Maluku sudah muncul beberapa kolano (kerajaan) yang
memainkan penting dalam bidang perdagangan, yaitu: Ternate, Tidore, Makian dan
Moti. Namun selepas perjanjian Moti pada pada abad ke-14 M, Kolano Makian pidah
ke Bacan, dan Kolano Moti pindah ke Jailolo. Dari Sejak itu, empat kolano di Maluku
berubah nama menjadi: Ternate, Tidore, Bacan, dan Jailolo.1 Sumber mencatatkan
bahawa raja pertama dari empat kerajaan itu adalah bersaudara, iaitu: Sahajati di
kerajaan Tidore, Masyhur Malamo di kerajaan Ternate, Kaicil Buka di kerajaan
Bacan, dan Darajati di kerajaan Jailolo. Data tentang raja-raja Tidore di masa awal,
dalam literatur sejarah, telah dicatatkan oleh de Clerq.2 Antara 1277 hingga 1322,
terdapat 6 kolano yang bertakhta di Tidore, iaitu Busa Muangi, Bubu, Bali Banga,
Buku Madoya, Kie Matiti dan Sele.
Walaupun Islam sudah mula datang pada awal abad ke 14, namun raja yang
bertakhta pada awal abad ke 14 belum lagi memeluk islam. Raja tersebut ialah
Nuruddin yang berkuasa pada 1334 dan Hasan Syah yang berkuasa pada 1373. Gelar
sultan baru disandang Caliati, yang berkuasa mulai 1495 hingga 1512 dan menukar
nama baginda kepada Sultan Jamaluddin atas nasihat pembantunya iaitu, Syeikh
Mansur.3 Menurut Ahmad Mansur, bahawa kemasukan Islam ke Kepulauan Tidore,

1
R.Rusdiyanto. Kesultanan Ternate Dan Tidore. Journal Of Islam Dan Plurality. Vol. 3 No. 1. Institut Agama Islam
Negeri (Iain) Manado, Indonesia. 2018. hlm 43
2
M. Adnan Amal, Kepulauan Rempah-rempah Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-1950. Kepustakaan Populer
Gramedia. 2010. hlm 95
3
Ibid.
adalah dibawa oleh empat orang Sheikh, pelarian dari Iraq yang mencari tempat
pelindungan semasa revolusi Iraq pada abad ke-8, yang pada masa yang sama
menyebarkan syiar Islam, masing-masing bernama Syeikh Mansur yang menjalankan
simbol Islam di pulau Ternate, pulau Halmahera dan sekitarnya, Syeikh Yakub
dengan kawasan syiar Pulau Tidore, Pulau Makian dankawasan sekitar, Syeikh Amin
dan Syeikh Umar melakukan syiar Islam di belakang Pulau Halmahera,termasuk:
bahagian Patani, Veda, Maba, dan Halmahera utara.4 Setelah Sultan Jamaluddin
wafat, kedudukan sultan Tidore digantikan oleh putra sulungnya, iaitu sultan Al-
Mansur (1512-1526).5 Pada waktu tersebut iaitu, pada abad ke 15, kedatangan kuasa
asing ke kepulauan Maluku sudah pun bermula.

3.2 Perkembangan Kerajaan Tidore


Pada 1521, Sultan Mansur menerima Sepanyol sebagai sekutu untuk mengimbangi
kekuatan Kesultanan Ternate, pesaingnya yang bersekutu dengan Portugis.6
Hubungan yang erat ini, membuat orang-orang Portugis yang berkedudukan di
Ternate marah dan yang akhirnya pada tahun 1524, Portugis melakukan penyerangan
terhadap kesultanan Tidore, dengan tujuan untuk merampas Tidore dari pengaruh
Sepanyol.7 Pada tahun 1526, Sultan Mansyur mangkat, dan pada tahun 1529 anak
lelakinya yang bongsu, Amiruddin Iskandar Zulkarnain mengangkat sumpah sebagai
Sultan Tidore, pada usia yang masih muda. Pada masa peperangan antara Portugis-
Ternate dan Sepanyol-Tidore tercetus beberapa kali sehinggalah ia berakhir dengan
perjanjian damai yang mengandungi dua perkara utama iaitu: 1. Semua rempah ratus
sahaja boleh dijual kepada Portugis dengan harga yang sama dibayar Portugis ke
Ternate. 2. Portugis akan menarik balik armadanya dari Tidore. Pada 1663, Sepanyol
beredar kerana protes daripada pihak Portugis sebagai pelanggaran terhadap
Perjanjian Tordesillas. Namun, akibatnya kerajaan Tidore menjadi kerajaan yang
berjaya hasil tiada campur tangan daripada pihak luar. Selepas kemangkatan Sultan

4
Muhammad Rais. Wajah Islam Di Bandar Jalur Sutera (Kajian Sejarah Sosial Pada Kesultanan Tidore-Maluku
Utara) . Jurnal "Al-Qalam" Vol. 16 No. 2. Balai Penelitian dan Pengembangan Agama Makassar. 2010. hlm 194
5
R.Rusdiyanto. Kesultanan Ternate Dan Tidore. Journal Of Islam Dan Plurality. Vol. 3 No. 1. Institut Agama Islam
Negeri (Iain) Manado, Indonesia. 2018. hlm 50
6
M. Adnan Amal, Kepulauan Rempah-rempah Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-1950. Kepustakaan Populer
Gramedia. 2010. hlm 96
7
R.Rusdiyanto. Kesultanan Ternate Dan Tidore. Journal Of Islam Dan Plurality. Vol. 3 No. 1. Institut Agama Islam
Negeri (Iain) Manado, Indonesia. 2018. hlm 51
Amiruddin pada 1547 sehinggalah kedatangan Sultan Saifuddin pada 1657, sejarah
dan perkembangan kerajaan Tidore pada masa itu hanyalah biasa-biasa. Pencapaian
Sultan Saifuddin (1657-1689M) sangatlah dikagumi oleh kerajaan lain dan juga orang
asing. Dalam catatan sejarah juga disebut pada abad 16-17, Tidore bahkan sudah
meluaskan pengaruhnya hingga ke wilayah Papua.8
Sepanjang pemerintahannya selama lebih kurang 32 tahun, tidak pernah ada
berita Sultan Saifuddin pernah menghunus pedang atau mengerahkan tentera untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Secara fitrahnya, Saifuddin seorang yang pasifis,
penuh dengan idea yang kadangkala sukar dilaksanakan. Pada zaman Saifuddin,
Tidore dapat memulihkan dirinya menjadi seorang kerajaan penting di samping
Ternate, dengan wilayah seberang laut tetap utuh, dan mendapatkan kesahan daripada
kerajaan Belanda yang berkuasa. Namun, tidak seperti Ternate, Saifuddin tidak
pernah meminta bantuan asing, malah sentiasa menjaga jarak dengan kuasa penjajah. 9
Antara sumbangan Sultan Saifuddin ialah menegakkan kembali Empat Tiang Maluku.
Sultan Saifuddin bertegas untuk menghidupkan kembali kerajaan Jailolo kerana bagi
beliau, Kerajaan Tidore, Ternate, Tidore dan Bacan adalah merupakan tiang dan
pelindung kepada kepulauan Maluku. Selain itu, Saifuddin berhasil “menukar” hak
monopoli atas cengkih dengan pengakuan VOC terhadap hak-hak kerajan Tidore atas
kepulauan Raja Ampat dan Papua daratan. Pengakuan VOC atas hak Tidore ini
merupakan kejayaan terbesar Sultan Saifuddin, dan sekaligus menepis berbagai
tuduhan yang terhadapnya. Di bawah kepemimpinan Sultan Saifuddin, Tidore
berhasil menolak pengusaan VOC terhadap wilayahnya dan tetap menjadi daerah
merdeka hingga akhir abad ke-18. Pada 2 Oktober 1687, Sultan Saifuddin wafat di
istana Kesultanan Tidore. Beberapa hari kemudian, Kaicil Seram dilantik
menggantikannya dengan gelaran Sultan Hamzah Fahruddin.10 Kepergian Saifuddin
membawa implikasi berat bagi Kesultanan Tidore sehinggalah datangnya Sultan
Nuku yang berjaya membawa kerajaan Tidore sehinggalah nama beliau disegani
lawan dan kawan.

8
Handoko, W., & Mansyur, S. (2018). Kesultanan Tidore : Bukti Arkeologi Sebagai Pusat Kekuasaan Islam Dan
Pengaruhnya Di Wilayah Periferi. Berkala Arkeologi. 2018. hlm. 18
9
M. Adnan Amal, Kepulauan Rempah-rempah Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-1950. Kepustakaan Populer
Gramedia. 2010. hlm 105
10
Ibid. Hlm 109
Semasa pemerintahannya, Sultan Nuku cuba merealisasikan empat cita-cita
politik, iaitu:
1. Menyatukan seluruh empayar Tidore secara keseluruhannya.
2. Memulihkan empat tiang kekuasaan Kesultanan Maluku iaitu Ternate, Tidore,
Bacan dan Jailolo.
3. Berusaha untuk membentuk pakatan antara keempat-empat kesultanan Maluku.
4. Mengusir dan menolak penguasaan dan penjajahan asing terhadap Maluku.11
Bagi Tidore sendiri, empat idea politik Nuku ini berjaya dilaksanakan. Nuku
berjaya menghidupkan semula keagungan Kesultanan Tidore dengan menguasai
semula seluruh wilayah Tidur lengkap. Dia juga berjaya menghidupkan semula
Kerajaan Jailolo, untuk buat pertama kali dalam tempoh yang agak lama,
menyebabkan Kesultanan Maluku kembali seperti pada awal ia dibentuk. Tambahan
pula, dia berjaya mewujudkan pakatan bersama tiga kerajaan daripada daripada empat
kerajaan Maluku: Tidore, Bacan, dan Jailolo, kecuali Ternate. Selain itu, Sultan Nuku
turut berjaya mengusir Belanda daripada Tidore. Pada masa itu, kehebatan Sultan
Nuku boleh dibandingkan dengan keagungan Sultan Babullah yang telah
menyingkirkan Portugis dari Ternate.

3.3 Kemerosotan Kerajaan Tidore.


Kerajaan Tidore pernah melalui zaman kemerosoton sebanyak dua kali. Yang pertama
adalah selepas wafatnya Sultan Saifuddin dan yang kedua selepas wafatnya Sultan
Nuku. Pemergian Saifuddin membawa implikasi serius kepada Kesultanan Tidore.
Ketiadaan pemimpin yang sehebat Saifuddin telah menyebabkan kerajaan Tidore
diambil ringan dan mudah diambil kesempatan oleh pihak luar. Pada 1716, wilayah
kesultanan Tidore di Halmahera Timur bergolak. Rakyat Weda, Patani, Maba, Bicoli,
dan Gebe memberontak kerana beratnya beban upeti yang mesti mereka
persembahkan kepada pihak kesultanan, terutamanya kewajiban untuk menyediakan
ambar yang sukar diperolehi, kepada Sultan Amir, pengganti Sultan Hamzah

11
R.Rusdiyanto. Kesultanan Ternate Dan Tidore. Journal Of Islam Dan Plurality. Vol. 3 No. 1. Institut Agama Islam
Negeri (Iain) Manado, Indonesia. 2018. hlm 51
Fahruddin.12 Pemberontakan ini dimanfaatkan oleh Sultan Raja Laut, iaitu Sultan
Kerajaan Ternate. Hanya selepas enam tahun baru masalah ini diselesaikan.
Selepas Sultan Nuku mangkat pada tahun 1805, Belanda kembali
mensasarkan Tidore kerana kekayaannya dalam rempah ratus dan hasil bumi. Pada
waktu pemerintahan Sultan Muhammad Zainal Abidin yang menggantikan Sultan
Nuku, Belanda mula mencari sebab untuk menggugurkan beliau dalam usaha
menawan Tidore. Belanda menuduh Sultan Jailolo yang pada masa itu sekutu
kerajaan Tidore, menghantar tentera untuk menyekat peniaga-peniaga di Selat Buton
dan menyerang kampung-kampung di sekitarnya.13 Sultan Muhammad Zainal Abidin
tidak mempercayai tuduhan tersebut dan ini menyebabkan Belanda bertindak
menyerang kerajaan Tidore. Pihak Belanda berjaya mengusir Sultan Muhammad
Zainal Abidin daripada ibu kota Tidore dan memaksa olongan bangsawan yang
menetap di Tidore untuk menerima pemerintahan Belanda selama mana ketiadaan
Sultan di kerajaan tersebut. Pada 1810, Belanda menyerahkan kekuasaannya di
Maluku kepada Inggeris, dan Kapten Tucker ditunjuk sebagai penguasa Inggeris di
Ternate.14

12
M. Adnan Amal, Kepulauan Rempah-rempah Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-1950. Kepustakaan
Populer Gramedia. 2010. hlm 109
13
Ibid. hlm 113
14
Ibid. hlm 114
RUJUKAN

Handoko, W., & Mansyur, S. (2018). Kesultanan Tidore : Bukti Arkeologi Sebagai
Pusat Kekuasaan Islam Dan Pengaruhnya Di Wilayah Periferi. Berkala
Arkeologi.

M. Adnan Amal. 2010. Kepulauan Rempah-Rempah: Perjalanan Sejarah Maluku


Utara 1250-1950. Kepustakaan Populer Gramedia.

Muhammad Rais. 2010. Wajah Islam Di Bandar Jalur Sutera (Kajian Sejarah Sosial
Pada Kesultanan Tidore-Maluku Utara) . Jurnal "Al-Qalam" Vol. 16 No. 2.
Balai Penelitian dan Pengembangan Agama Makassar.

R. Rusdiyanto. 2018. Kesultanan Ternate Dan Tidore. Journal Of Islam Dan Plurality.
Vol. 3 No. 1. Institut Agama Islam Negeri (Iain) Manado, Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai