Anda di halaman 1dari 2

Poster point

Multimedia
• Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer
yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap.
(Che Suriani Kiflee, 2014).
• Integrasi pelbagai media (seperti grafik, audio, video, animasi, teks) semakin
mendapat tumpuan dalam kajian pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan.
(Che Soh Said, 2015).

Komik

• Komik ialah media grafik atau media visual yang menggabungkan


bentuk/gambar, perkataan atau ilustrasi sesuatu bahan atau jalan cerita di mana
pembaca boleh membacanya dengan pemahaman dan perasaan pembaca itu
sendiri. (Ambaryani, 2017).
• Penggunaan komik sebagai media pembelajaran membantu dalam meningkatkan
minat dan motivasi murid kerana pembelajaran seperti ini menyeronokkan
mereka.

Kajian Lepas

• Hasil dapatan kajian daripada Nur Fatin & etc. (2021) dalam kajian mereka yang
bertajuk ‘Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-2’ mencatatkan penggunaan multimedia
interaktif dapat menarik minat pelajar untuk terus aktif mengikuti pembelajaran
di dalam kelas.
• Noradilah Binti Aziz & etc. (2019) dalam kajian mereka iaitu Impak Pendidikan
Berasaskan Teknologi Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM
mencatatkan peratus persetujuan yang memuaskan dalam konteks pendekatan
pengajaran berasaskan web dapat mewujudkan persekitaran yang menggalakkan
penyertaan maksimum pelajar.
• Dalam kajian yang dibuat oleh Harlina binti Ishak & etc. (2017) yang bertajuk
Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-
21, mereka mendapati bahawa sebanyak 75.5% pelajar bersetuju Kahoot
membuatkan mereka tidak mengantuk atau bosan malah pelaajr dapat memberi
tumpuan lebih sewaktu sesi pengajaran berlangsung.

P/S : Kalau point2 kajian lepas nie panjang, try guna table nie bwh nie.
Nama dan Tajuk kajian Dapatan kajian
tahun
Nur Fatin ‘Persepsi Pelajar terhadap Penggunaan multimedia interaktif dapat
& etc. Aplikasi Multimedia Interaktif menarik minat pelajar untuk terus aktif
(2021) dalam Proses Pengajaran dan mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
Pembelajaran Abad ke-21

Noradilah Impak Pendidikan Berasaskan Mencatatkan peratus persetujuan yang


Binti Aziz Teknologi Terhadap Peningkatan memuaskan dalam konteks pendekatan
& etc. Prestasi Pelajar di UKM pengajaran berasaskan web dapat
(2019) mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan penyertaan maksimum
pelajar.

Harlina Pembelajaran Interaktif Mendapati bahawa sebanyak 75.5% pelajar


binti Ishak Berasaskan Aplikasi Kahoot bersetuju Kahoot membuatkan mereka
& etc. dalam Pengajaran Abad Ke-21, tidak mengantuk atau bosan malah pelajar
(2017) dapat memberi tumpuan lebih sewaktu sesi
pengajaran berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai