Anda di halaman 1dari 5

4.

0 RANCANGAN PENGELUARAN

- Proses pengeluaran dan carta alir operasi

Carta Alir Operasi

Bekalan komponen diagihkan mengikut jabatan masing-masing

Membuat tapak tong sampah dan pemasangan pedal

Pemasangan bateri dan aktiviti pendawaian

Pembuatan rangka tong sampah dan burning area

Pemasangan pemampat di bahagian atas tong sampah

Pemasangan penutup tong sampah

Pemeriksaan kawalan kualiti

Pembungkusan
Proses pengeluaran produk Space-Saving Paper Bin adalah seperti berikut:

i. Bekalan komponen diagihkan mengikut jabatan masing-masing

Penyelia kilang akan membuat pesanan daripada pembekal untuk


mendapatkan bahan mentah. Setelah pesanan dihantar dan diperolehi, setiap
komponen akan diagihkan mengikut jabatan yang hendakl digunakan.

Contohnya, stainless steel akan dibahagikan mengikut keperluan jabatan


tertentu seperti 10 peratus akan dibekalkan untuk pembuatan tapak, 70
peratus untuk rangka, 10 peratus lagi untuk pembahagi di burning area dan
10 peratus bagi penghasilan pemegang pemampat dan penutup tong
sampah.

ii. Membuat tapak tong sampah dan pemasangan pedal

Tapak dan pedal diperbuat daripada stainless steel yang anti fingerprint.
Setelah proses penghasilan tapak produk selesai, pedal yang juga diperbuat
daripada stainless steel akan dipasang pada tapak produk.

iii. Pemasangan bateri dan aktiviti pendawaian

Bateri sekunder digunakan untuk menghasilkan elektrik bagi mendapatkan


tenaga haba untuk pembakaran kertas supaya pembakarannya lebih mesra
alam. Konsep ini adalah sama dengan tempat pencucuh rokok di dalam
kereta di mana kuantiti asap yang dilepaskan adalah sedikit.

iv. Pembuatan rangka tong sampah dan burning area


Pembentukan rangka berbentuk empat segi di mana ia mudah dibentuk
dengan menggunakan stainless steel yang anti fingerprint di mana tidak akan
meninggalkan kesan cap jari apabila disentuh. Manakala burning area yang
berada di bahagian tengah iaitu di atas bateri dan di bawah permukaan tong
sampah. Burning area akan disambung dengan pendawaian yang merupakan
konduktor haba yang membolehkan proses pembakaran di burning area
berlaku. Kawasan burning area akan ditutuupi dengan stainless steel yang
berlubang.

v. Pemasangan pemampat di bahagian atas tong sampah

Pemampat yang mudah dipegang kerana diperbuat daripada stainless steel


dan disaluti dengan silikon iaitu getah lembut bersifat penebat haba.
Pemampat dan pemegang ini akan dipasang di bahagian atas dan di tepi tong
sampah.

vi. Pemasangan penutup tong sampah

Bahagian atas dan penutup disaluti dengan silikon bagi memastikan bunyi
yang dihasilkan ketita menutup tong sampah lebih lembut. Produk ini akan
dilengkapkan dengan pemasangan penutup tong sampah dan pemampat
serta pemegangnya. Kekemasan produk ini amat dititikberatkan bagi
mendatangkan rasa selesa kepada pengguna di samping untuk menampakkan
susana yang lebih elegan di bilik pejabat atau di rumah.

vii. Pemeriksaan kawalan kualiti


Produk yang telah siap akan melalui proses pemeriksaan kawalan kualiti
supaya mencapai piawaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan seperti
memeriksa pendawaian, rangka dan fungsi pemampat sama ada berfungsi
dengan baik atau tidak. Sekiranya, tidak lulus pemeriksaan ini, pekerja perlu
mengulangi semua langkah daripada langkah pertama dalam pemprosesan
produk dan memeriksa setiap proses yang menyebabkan kerosakan.

viii. Pembungkusan

Produk yang telah siap akan dimasukkan di dala bilik kotak yang mempunyai
plastic polestrin sebagai pelindung produk supaya selamat sampai pengguna
setelah melalui proses pengedaran.

- Susunatur kilang (ruang pengeluaran)

Tandas Bilik Bahan mentah Stor


Penyelia Penyimpanan
Kilang

Pemprosesan

Pemasangan Pemeriksaan

 Jadual Ramalan Kuantiti Pengeluaran (Keluaran Habis Dijual)


Januari Februari Mac April Mei Jun JUMLAH

Kuantiti 200 250 300 350 400 450 1950


Kos 250 250 250 250 250 250 250
JUMLA
50000 62500 75000 87500 100000 112500 487500
H

 Jadual Belian Bahan Mentah Langsung

Januari Februari Mac April Mei Jun JUMLAH


(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
31000 38750 46500 54250 62000 69750 302250

 Jadual Perbelanjaan Overhed Kilang

Januari Februari Mac April Mei Jun JUMLAH


(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
8345 8345 8345 8345 8345 8345 50070

 Jadual Perbelanjaan Gaji Kakitangan Jabatan Pengeluaran

Jawatan Gaji Caruman Majikan Bil. Jumlah


(RM) KWSP PERKESO Pekerja Gaji
(12%) Sebulan
(RM)
Kerani am 1100 132 19.25 1 1251.25
Pembantu
1100 132 19.25 4 5005
Stor
Operator
1200 144 21 5 6825
Pengeluaran
JUMLAH
13081.25

Anda mungkin juga menyukai