Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan
Menurut Sahandri di dalam Fatimah Binti Affendi (2014), dalam konteks masyarakat
moden, perkataan guru membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu yang
melibatkan diri mereka secara formal atau tidak formal bagi menyampaikan ilmu
pengetahuan atau kepandaian kepada orang perseorangan atau kelompok individu
digelar sebagai guru. Ahli-ahli sains sosial melabelkan golongan guru sebagai
pendidik, pengajar, pengasuh, dan pembimbing yang bertanggungjawab menyebarkan
ilmu pengetahuan, mencorak tingkahlaku dan menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada pelajar. Tugas penting guru adalah melaksanakan proses dan pedagogi
pengajaran yang membolehkan pembelajaran berlaku mengikut matlamat dan
mencorakkan pola perlakuan yang berkualiti dan berkesan. Profesion perguruan
bukanlah sesuatu yang mudah berikutan tanggungjawab yang luas dan mencabar
untuk melahirkan murid yang kompeten dan berkemahiran tinggi yang mengunguli
pendidikan bertaraf dunia (Fatimah Binti Affendi, 2014).

Menurut Fatimah Binti Affendi (2014), seluruh institusi pendidikan terutamanya


sekolah telah mensasarkan untuk mempunyai guru-guru yang komited dalam sistem
mereka. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pekerja yang komited lebih
cenderung untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi yang mendapat manfaat
organisasi mereka dari segi produktiviti dan keuntungan. Di antara faktor yang
menyumbang terhadap keberkesanan kualiti kerja guru-guru adalah dari segi
kepuasan kerja. Kepuasan kerja amat diperlukan dan seandainya segala keperluan
dapat dipenuhi, individu akan berasa selesa dengan tugas yang diberi sekaligus
meningkatkan motivasi guru-guru memberi yang terbaik dalam komitmen kerja
mereka. Menurut Graham (1998), kepuasan kerja berkait rapat dengan hubungan
antara persekitaran kerja yang baik dan keperluan kerja individu. Kepuasan kerja
dapat didefinisikan dengan pelbagai pendekatan, termasuk “bagaimana sebenarnya
persekitaran organisasi dapat memenuhi keperluan individu turut mempengaruhi
kepuasannya terhadap organisasi” (George, 2000).

Melahirkan individu yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani
adalah matlamat dunia pendidikan dan bukanlah melahirkan anak bangsa yang
bijaksana semata. Pembangunan modal insan hendaklah selari dengan perkembangan
1
rohani yang baik. Terlalu banyak perubahan dasar dan sistem pendidikan yang
berubah demi melihat perkembangan bidang ilmu era kini. Pembangunan modal insan
hendaklah bermula dari rumah hinggalah ke institusi ilmu sama ada formal mahupun
tidak formal. Konteks pendidikan moden kini, personaliti guru memainkan peranan
yang penting dalam menjayakan hasrat falsafah Negara. Namun begitu ibu bapa dan
institusi keluarga adalah paling dominan dengan perkembangan anak masing-masing.
Iklim sekolah juga sering menjadi perbualan hari ini. Ketersediaan guru dan pelajar
dalam menghadapi perubahan dunia pendidikan secara menyeluruh selalu dikaitkan
dengan keselesaan dan keadaan organisasi seperti pentadbiran dan sistem sesebuah
pendidikan. Iklim sekolah terutama faktor dalaman memberi kesan yang sangat
signifikan kepada kepuasan kerja guru khasnya. (Nurjannah F.A Kariming & Abdul
Said Ambotang, 2018)

2.0 Kepuasan Kerja


Menurut Lawler (1973), kepuasan kerja guru dalam konteks pendidikan adalah
berkait dengan peranan yang dipenuhi di dalam sekolah. Hubungan positif antara
keinginan guru untuk mengajar dengan apa yang mereka kehendaki daripada peranan
tersebut, dan kedua-duanya diukur mengikut persepsi guru (Lawler, 1973). Ini selari
dengan pendapat Ho dan Au (2006), yang menyatakan bahawa kepuasan kerja guru
merupakan gabungan antara keperluan dalam kerjaya profesional dengan pencapaian
sebenar yang dapat dicapai. Untuk mengukur darjah kepuasan kerja, biasanya para
pengkaji menggunakan atribut-atribut yang terdapat dalam faktor intrinsik dan
ekstrinsik. Dalam konteks kajian ini, kepuasan kerja guru ekstrinsik adalah gaji, rakan
sekerja, prosedur kerja dan penyelian, manakala kepuasan kerja intrinsik adalah
dimensi peluang kenaikan pangkat.

Kajian tentang kepuasan kerja guru akan merujuk kepada hasil kerja terawal oleh
Herzberg, Mausner dan Snyderman (1959), yang mengenalpasti faktor kepuasan dan
ketidakpuasan kerja melalui teori Dua Faktor Herzberg (1959). Pemilihan teori ini
disebabkan ianya merupakan salah satu teori yang sangat khusus dan lengkap untuk
memahami kepuasan kerja. Selain itu, teori ini memenuhi konstruk kajian dengan
menggunapakai kedua-dua faktor kepuasan kerja iaitu faktor motivator (intrinsik) dan
factor hygiene (extrinsik). Faktor yang digunakan untuk intrinsik adalah peluang
2
kenaikan pangkat, manakala untuk faktor exstrinsik adalah gaji, rakan sekerja,
penyeliaan dan prosedur kerja untuk mengukur kepuasan kerja guru akademik di
Pusat Tingkatan Enam. Kajian yang dilakukan oleh Gazzola et al., (2011),
menjelaskan bahawa perubahan sama ada di persekitaran dalaman dan luaran bukan
sahaja memberi kesan kepada perniagaan dalam dunia korporat tetapi juga dalam
sektor pendidikan tinggi di negara membangun.

Pengkaji seperti Gready (2013), dan O’Malley (2014) menyatakan bahawa, perubahan
yang besar, seperti penggabungan danmpengambilalihan akan memberi kesan core
business kepada sektor pendidikan tinggi. Apabila core business di sektor pendidikan
tinggi berubah, akan secara tidak langsung memberi kesan kepada akademik di sektor
tersebut (Timmins et al., 2006). Berdasarkan pengajian Tingkatan Enam, perubahan
akademik melibatkan beberapa penambahbaikan seperti perubahan pentaksiran
system peperiksaan, pengenalan kerja kursus, dan pengamalan sistem modular. Ini
selari dengan kajian Mohamad Firdaus dan Mohamed Yusof (2017), yang
menyatakan guru akademik juga dikehendaki membuat kajian tindakan atau
penyelidikan dan menghadiri kolokium untuk meningkatkan

3.0 Rational Kajian


Menurut Pearson & Moomaw (2005), Profesion keguruan tidak boleh dianggap
sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja kerana hanya mereka
yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan
berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan
tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan
kebajikan dan kerjayanharus diberikan penekanan sewajarnya. Peningkatan yang
berlaku di dalam kepuasan kerja guru mampu memotivasikan mereka untuk
meneruskan usaha bagi meningkatkan kemahiran pengajaran, menjana persekitaran
pembelajaran yang lebih baik dan meningkatkan pencapaian pelajar. Kepuasan
bekerja guru juga berkait rapat dengan penglibatan dalam membuat keputusan,
autonomi yang tinggi di tempat kerja, keadaan persekitaran tempat bekerja dan
kemajuan dalam pencapaian pelajar (Pearson & Moomaw, 2005).

4.0 Latar Belakang Kajian


3
Kajian lepas mendapati kepuasan kerja adalah dipengaruhi oleh pelbagai factor.
Menurut Locke (1976), kepuasan kerja dari segi ganjaran seperti gaji, penghargaan
dan kenaikan pangkat bergantung kepada keadilan dan persamaan yang mereka dapati
dari pihak pentadbiran dan bertepatan dengan kehendak individu itu. Manakala
kepuasan dari segi keadaan pekerjaan bergantung kepada kesesuaian kehendak fizikal
manusia dan tahap pencapaian matlamat kerja yang diharapkan. Locke (1976) juga
menegaskan bahawa pekerja akan berpuas hati dengan ahli dalam pekerjaannya itu
seperti pihak pentadbir, orang bawahan, rakan sekerja dan pihak pengurusan
sekiranya mereka membantu dalam mencapai matlamat kerjanya serta berkepentingan
dalam kerjanya. Peningkatan yang berlaku di dalam kepuasan kerja guru mampu
memotivasikan mereka untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kemahiran
pengajaran, menjana persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan meningkatkan
pencapaian pelajar (Junaidah & Nik Rosila (2013).

Menurut Teori Herzberg, terdapat dua faktor yang menyebabkan kepuasan dan
ketidakpuasan, iaitu faktor motivator yang merupakan faktor pekerjaan berkaitan
dengan kepuasan kerja, yang apabila dipenuhiakan menimbulkan kepuasan tetapi jika
tidak dipenuhi akan mewujudkan ketidakpuasan. Yang kedua adalah faktor hygiene
yang merupakan faktor pekerjaan berkaitan dengan ketidakpuasan pekerjaan, iaitu
keinginan yang apabila dipenuhi tidak akan meningkatkan motivasi, tetapi jika tidak
dipenuhi akan menimbulkan kepuasan. Faktor motivasi memerlukan keperluan
intrinsik dan keperluan ekstrinsik untuk memberi dorongan kepada pekerja.
Kegagalan memenuhi kedua-dua faktor ini memberi kesan kepada pekerja supaya
tidak dapat bekerja dengan berkesan kerana tiada dorongan (Fatimah Binti Affendi,
2014).

Kepuasan kerja guru merupakan perkara yang penting dalam sesebuah sekolah. Salah
satu perkara yang dapat meningkatkan kepuasan kerja guru ialah pelaksanaan
penilaian prestasi yang terurus dan bersesuaian dengan kerja guru (Perillo, 2006).
Kepuasan kerja merupakan cara seseorang merasakan sesuatu atau bersikap positif
terhadap kerjanya. Di Malaysia, kajian tentang kepuasan kerja dilakukan oleh Lim
(1995) yang mengkaji kepuasan guru dari segi tempoh perkhidmatan. Kajian beliau

4
menunjukkan guru yang baru berkhidmat tidak puas hati dengan tahap kerja
terutamanya guru yang berkhidmat kurang dari lima tahun.

Massithah (2009) dalam kajiannya menyatakan faktor-faktor seperti pelajar,


pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, rakan sekerja, persekitaran tempat kerja,
beban tugas, gaji dan keluarga turut menentukan kepuasan guru. Terdapat juga
hubungan antara kepuasan kerja dan komitmen guru dan juga kakitangan Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah (Nor Hartini, 2004). Di negeri Perak situasi pekerjaan,
keadaan gaji, peluang kenaikan pangkat, rakan sekerja, corak penyeliaan adalah juga
mempengaruh tahap kepuasan kerja guru (Kamarudin, 1995).

5.0 Penyataan Masalah


Berdasarkan bidang tugas yang perlu ditanggung, memang amat jelas bahawa
tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh kalangan guru amat berat dan
mencabar.Apatah lagi jika enrolmen pelajar sesebuah sekolah berkembang besar,
sudah pasti tugas mereka bertambah dan sering menguji ketabahan dan kesabaran
mereka (Ahmad Jawahir di dalam Fatimah Binti Affendi, 2014). Dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang amat berat, golongan pendidik masih diberikan
layanan pada tahap lama termasuk juga permasalahan dari segi kenaikan pangkat
Dengan ini menimbulkan rasa kurang senang dan ketidakpuasan terhadap
tanggungjawab yang dipikul dengan pelbagai bebanan kerja (Fatimah Binti Affendi,
2014).

Antara masalah lain yang wujud adalah sifat organisasi sekolah pada masa kini, yang
merupakan halangan kepada peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Dipercayai bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh diperbaiki dengan
bantuan para pemimpin di sekolah (Ramaiah di dalam Fatimah Binti Affendi, 2014).
Menurutnya lagi, kepimpinan guru besar mempunyai kesan yang signifikan terhadap
inovasi pendidikan. Kejayaan dan kegagalan sekolah bergantung kepada kebolehan
guru besar memimpin stafnya. Keberkesanan seseorang pemimpin sekolah ialah
pemimpin yang dapat memberi kesan dan pengaruh dalam mempertingkatkan
pencapaian akademik para pelajar serta mempertingkatkan komitmen kerja dan
kepuasan kerja para guru (Mohd Nor Bin Jaafar, 2005).
5
Selain mengajar, guru juga terpaksa berhadapan dalam pengurusan pentadbiran dan
seterusnya kerja pentadbiran ini akan menjadi salah satu beban kerja (Mohd
Rizal,2010). Ianya akan menyebabkan gangguan emosi, tekanan dan ketidakpuasan.
Sesetengah guru akan berhenti kerja sekiranya bebanan ini tidak dapat ditanggung
lagi. Justeru, potensi sebenar guru akan tenggelam kerana dibebankan kerja-kerja
yang tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada guru. Bagi mengatasi dan
mengelak situasi di atas, langkah yang sepatutnya perlu diambil agar guru mencapai
kepuasan dalam kerja dan seterusnya komited pada kerja (Fatimah Binti Affendi,
2014).

6.0 Persoalan Kajian


Adalah diharapkan kajian ini dapat menjawab persoalan berikut:-

(i) Apakah tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru?

(ii) Apakah model pengukuran kepuasan kerja?

(iii) Adakah terdapat hubungan di antara kepuasan kerja dan tanggungjawab


sekolah terhadap guru?

(iv) Adakah terdapat kesan langsung kepuasan kerja terhadap tanggungjawab sekolah
terhadap guru?

7.0 Objektif Kajian


Objektif yang ingin dicapai melalui kajian yang dilaksanakan adalah:

(i) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru.

(ii) Mengenal pasti tahap ketanggungjawaban sekolah dalam kalangan guru.

6
(iii) Mengenal pasti hubungan di antara kepuasan kerja dengan tanggungjawab
sekolah terhadap guru.

(iv) Mengenal pasti kesan langsung di antara kepuasan kerja dan tanggungjawab
sekolah terhadap guru.

8.0 Hipotesis Kajian


Hipotesis kajian ialah satu pernyataan jangkaan yang dibuat bagi menjawab
permasalahan secara spesifik (Van Dalen, D.P., 1993). Kajian ini menumpukan
beberapa hipotesis berdasarkan objektif kajian seperti berikut:

Hᵒ Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan


tanggungjawab sekolah terhadap guru.

Hᵃ Terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan


tanggungjawab sekolah terhadap guru.

Hᵒ Tidak terdapat kesan langsung yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan
tanggungjawab sekolah terhadap guru.

Hᵃ Terdapat kesan langsung yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan


tanggungjawab sekolah terhadap guru.

9.0 Kepentingan Kajian


Pernyataan dan jawapan dari persoalan-persoalan yang dikemukakan untuk kajian ini
adalah penting kepada perkara-perkara berikut:

i. Kajian ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman kepada pengkaji


dalam membuat penyelidikan sains social.

7
ii. Hasil dapatan daripada kajian ini, dapat digunakan oleh guru besar sekolah
bagi menentukan apakah langkah-langkah perubahan yang akan diambil untuk
membaiki serta meningkatkan prestasi sekolah.

iii. Kajian ini juga dapat memberi gambaran tentang tanggungjawab sekolah dan
tahap kepuasan guru Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai.

iv. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan
sekolah bagi mengenalpasti factor-faktor kepuasan kerja guru.

v. Hasil kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada pihak pengurusan
sekolah tentang kepentingan kepuasan kerja di kalangan guru sekolah dalam
memberi pendidikan kepada pelajar.

10.0 Skop
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jalan pegawai bagi memahami tahap
kepuasan kerja guru di sekolah tersebut dan membuat langkah penilaian tahap
ketanggungjawaban sekolah terhadap guru di sekolah tersebut. Responden bagi kajian
ialah guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jalan pegawai tersebut.
Maklumat bagi kajian ini diperolehi semasa mengadakan pertemuan dengan pihak
Sekolah Kebangsaan Jalan pegawai. Maklumat ini diperoleh melalui kaedah temu
bual dan pemerhatian. Tahap keboleh percayaan dan kesahan adalah berdasarkan
andaian awal penyelidik dan temubual di antara pengkaji dengan responden.
Kesahihan kajian ini juga banyak bergantung kepada kerelaan responden memberikan
kerjasama dalam menjawab soalan-soalan temubual yang diajukan kepada mereka.

11.0 Kerangka Teoritikal


Kebanyakan kajian tentang kepuasan bekerja guru merujuk kepada hasil kerja terawal
oleh Herzberg, Mausner dan Snyderman (1959) yang mengenal pasti faktor kepuasan
dan ketidakpuasan. Kepuasan bekerja dan ketidakpuasan bekerja adalah saling berkait
tetapi dipengaruhi oleh faktor yang berbeza.

8
11.1 Teori Dua- Faktor Herzberg
Teori Dua- Faktor Herzberg (Herzberg's Two-Factor Theory) menggabungkan
factor faktor kepuasan iaitu motivasi (tahap keperluan tinggi) dan faktor
ketidakpuasan iaitu hygiene (tahap keperluan rendah) (Dinham & Scott,
2000). Tahap keperluan tinggi merangkumi aspek intrinsik iaitu pencapaian,
pengiktirafan, pekerjaan, tanggungjawab dan peluang untuk memajukan diri.
Manakala tahap keperluan rendah adalah suasana tempat kerja, penyeliaan,
polisi kerja, gaji dan hubungan interpersonal (Mausner dan Snyderman, 1959).

11.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow


Maslow (1954) mengemukakan teori Hierarki Keperluan Maslow yang
menjelaskan bahawa keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu
peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperoleh sebelum
keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi dahulu. Pada peringkat
yang paling asas, terdapat keperluan hayat atau keperluan fisiologi. Setelah
keperluan ini dipenuhi, barulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih
sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan
peringkat tertinggi bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi
penyempurnaan kendiri. Setiap peringkat berhubung kait antara satu sama
lain. Peringkat yang rendah perlu dipuaskan dahulu sebelum dapat memuaskan
peringkat yang seterusnya (Maslow, 1954).

11.3 Maklumat tentang kepuasan bekerja diperoleh melalui soal selidik yang telah
dibangunkan oleh Lester (1982) iaitu Teacher Job Satisfaction Questionnaire
(TJSQ). Soal selidik yang telah diterjemahkan ini mempunyai sembilan
subskala, iaitu penyeliaan, rakan sekerja, suasana tempat kerja, gaji,
tanggungjawab, kerja,kenaikan pangkat, keselamatan dan pengiktirafan.

12.0 Sorotan Literature


Menurut Windy Anjilus & Roslee Talip (2018), kepuasan kerja guru dalam konteks
pendidikan adalah berkait dengan peranan yang dipenuhi di dalam sekolah. Hubungan
9
positif antara keinginan guru untuk mengajar dengan apa yang mereka kehendaki
daripada peranan tersebut, dan kedua-duanya diukur mengikut persepsi guru (Lawler,
1973). Ini selari dengan pendapat Ho dan Au (2006), yang menyatakan bahawa
kepuasan kerja guru merupakan gabungan antara keperluan dalam kerjaya profesional
dengan pencapaian sebenar yang dapat dicapai. Untuk mengukur darjah kepuasan
kerja, biasanya para pengkaji menggunakan atribut-atribut yang terdapat dalam faktor
intrinsik dan ekstrinsik. Dalam konteks kajian ini, kepuasan kerja guru ekstrinsik
adalah gaji, rakan sekerja, prosedur kerja dan penyelian, manakala kepuasan kerja
intrinsik adalah dimensi peluang kenaikan pangkat (Windy Anjilus & Roslee Talip,
2018). Kajian ini menggunakan beberapa teori bagi menerangkan secara terperinci
tentang domain kepuasan kerja. Teori-teorinya adalah seperti berikut:

12.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow


Kepuasan kerja dapat didefinisikan sebagai perbezaan aspek individu,
keperluan atau nilai perbandingan kerja dibuat dan bagaimana sesuatu tugasan
itu dijalankan (Benjamin dan Melissa, 1998). Darjah kepuasan kerja yang
dilaporkan oleh setiap individu itu adalah berbeza termasuk kepuasan intrinsik
dan kepuasan ekstrinsiknya terhadap organisasi (Baucer, 2001). Menurut
Robert (1997), bagaimana sebenarnya persekitaran organisasi dapat memenuhi
keperluan individu turut mempengaruhi kepuasannya terhadap organisasi.
Kepuasan kerja amat penting dalam bidang pengurusan psikologi modal insan
dan organisasi hari ini (Rosli,1998). Terdapat banyak definisi mengenai
kepuasan kerja oleh guru-guru gelagat manusia oleh ahli psikologi. Fatimah
Binti Affendi (2014) menyatakan bahawa tumpuan terhadap perkaitan
beberapa faktor dalam bidang psikologi telah dipelopori oleh Maslow (1970)
dan beberapa penyelidik lain (Fatimah Binti Affendi, 2014).

12.2 Teori Dua Faktor Herzberg


Menurut Fatimah Binti Affendi (2014), teori dua faktor atau two-factor theory
telah membahagikan kepada dua bahagian. Satu dipanggil faktor hygiene dan
kedua dipanggil faktor motivatoratau ‘hygiene and motivational factors’.
Herzberg menyatakan kedua-dua faktor ini tidak bersandaran antara satu sama
lain. Beliau menyatakan bahawa faktor motivator tinggi akan menjadi
10
penyebab kepada kepuasan hatiyang tinggi dan dikenali sebagai faktor
perangsang atau dikenali juga sebagai motivasi dalaman atau kandungan
pekerjaan manakalafaktor hygiene dikenali sebagai faktor luaran atau konteks
pekerjaan yang tinggi akan menyebabkan pekerja tidak akan, tidak berpuashati
(Herzberg, 1959).Frederick Herzberg lebih menekankan kerja sebagai perkara
yang mempunyai potensi untuk menimbulkan motivasi dan kepuasan kerja
(Fatimah Binti Affendi, 2014).

13.0 Metadologi Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah temubual untuk mengkaji tahap kepuasan kerja dan
perkaitannya dengan tanggungjawab pihak sekolah dalam kalangan guru Sekolah
Kebangsaan Jalan pegawai. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Sekolah
Kebangsaan Jalan pegawai. Kaedah pengsampelan bagi kajian ini ialah pengsampelan
rawak mudah (simple random sampling). Jumlah temubual yang telah diadakan ialah
bersama seramai 10 orang guru. Taklimat ringkas telah diberikan kepada responden
berkaitan tujuan kajian ini dijalankan serta memaklumkan kepada mereka bahawa
segala maklumat yang diperoleh daripada mereka ada sulit. Tempoh masa yang
diambil bagi setiap temubual adalah berbeza-beza bagi setiap responden.

14.0 Dapatan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai serta hubungan korelasi diantara tahap kepuasan
bekerja dan tahap ketanggungjawaban sekolah terhadap guru Sekolah Kebangsaan
Jalan Pegawai. Terdapat beberapa persoalan kajian yang akan dibincangkan didalam
kajian ini iaitu :

(i) Apakah tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru?

(ii) Apakah model pengukuran kepuasan kerja?

(iii) Adakah terdapat hubungan di antara kepuasan kerja dan tanggungjawab


sekolah terhadap guru?

11
(iv) Adakah terdapat kesan langsung kepuasan kerja terhadap tanggungjawab sekolah
terhadap guru?

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai secara keseluruhan berada pada tahap sederhana
tinggi. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru di Sekolah Kebangsaan
Jalan Pegawai mempunyai sikap yang positif terhadap kerja dan mereka seronok
melaksanakan tugas yang diberikan. Hal ini demikian kerana, menurut kajian yang
dilaksanakan oleh Mazlina Sulaiman (2014), seseorang itu akan memperolehi
kepuasan kerja apabila mereka seronok dengan setiap tugas yang diberikan. Selain itu,
individu yang mencapai kepuasan kerja yang tinggi akan bersikap positif terhadap
kerja manakala individu yang tidak mempunyai kepuasan kerja akan bersikap
sebaliknya (Mazlina Sulaiman, 2014).

Kepuasan kerja berkait rapat dengan lima aspek iaitu persekitaran kerja, gaji,
kenaikan pangkat, penyelia dan rakan sekerja. Kepuasan kerja juga boleh dikaitkan
dengan aspirasi peribadi, penggunaan kemahiran dan aspirasi pekerja. Kepuasan kerja
telah menjadi elemen penting dalam memastikan pekerja sama ada kekal dalam
organisasi atau bertukar ke organisasi lain demi mencapai kepuasan kerja yang
diharapkan dan ia merupakan satu faktor instrinsik yang ingin memberi sumbangan
demi kemajuan organisasi (Mazlina, 2014).

15.0 Perbincangan
Bagi menjalankan sesebuah kajian memerlukan kefahaman yang mendalam dalam
kaedah dan tatacara yang harus dilakukan dan melakukan mengikut susunan yang
telah ditetapkan. Bagi langkah pertama, amat penting bagi setiap pengkaji
menyatakan pernyataan masalah yang tepat yang harus diberikan pengkhususan
sepanjang kajian ini dijalankan. Selain itu, persoalan kajian juga perlu di kenalpasti
supaya pengkaji lebih jelas dengan isu yang di kaji. Disamping itu, objektif kajian
juga haruslah dilakukan dengan tepat agar kajian ini tidak tersasar dan terumbang-
ambing sepanjang proses kajian dilakukan. Seterusnya amat penting juga bagi setiap
pengkaji bagi menentukan hipotesis yang bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
12
Kepentingan hipotesis dilihat daripada fungsinya sebagai pembentuk hubungan antara
masalah dengan bukti empiris yang mungkin menyelesaikan masalah (Van Dalen,
D.P., 1993). Secara ringkasnya kepentingan kajian ini ialah bagi menambah
pengetahuan dan pengalaman pengkaji, menentukan langkah-langkah perubahan,
memberi gambaran tentang tahap kepuasan guru Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai,
memberi panduan kepada pihak pengurusan untuk mengenalpasti factor kepuasan
kerja guru, memberi kesedaran kepada pihak pengurusan tentang kepentingan
kepuasan kerja di kalangan guru. Skop dalam kajian adalah penting bagi mempastikan
pengkaji dapat memahami sempadan kajian ini. Sorotan literature dalam kajian ini
berkait dengan teori Hirarki Keperluan Maslow dan juga teori Dua Faktor Herzberg.
Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual. Kaedah ini di
anggap sebagai pilihan rekabentuk kajian yang tepat oleh pengkaji dengan objektif
kajian. Dapatan kajian adalah penting dalam kajian ini bagi menggambarkan tahap
kepuasan kerja dan perkaitannya dengan tanggungjawab pihak sekolah dalam
kalangan guru Sekolah Kebangsaan Jalan pegawai.

16.0 Kesimpulan
Individu yang melibatkan diri mereka secara formal atau tidak formal bagi
menyampaikan ilmu pengetahuan atau kepandaian kepada orang perseorangan atau
kelompok individu digelar sebagai guru.Melahirkan individu yang seimbang dari
aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani adalah matlamat dunia pendidikan dan
bukanlah melahirkan anak bangsa yang bijaksana semata. Kepuasan kerja guru dalam
konteks pendidikan adalah berkait dengan peranan yang dipenuhi di dalam sekolah.
Hubungan positif antara keinginan guru untuk mengajar dengan apa yang mereka
kehendaki daripada peranan tersebut, dan kedua-duanya diukur mengikut persepsi
guru. Berdasarkan bidang tugas yang perlu ditanggung, memang amat jelas bahawa
tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh kalangan guru amat berat dan
mencabar. Antara masalah lain yang wujud adalah sifat organisasi sekolah pada masa
kini, yang merupakan halangan kepada peningkatan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Dipercayai bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh
diperbaiki dengan bantuan para pemimpin di sekolah. Teori Dua- Faktor Herzberg
(Herzberg's Two-Factor Theory) menggabungkan factor faktor kepuasan iaitu
motivasi (tahap keperluan tinggi) dan faktor ketidakpuasan iaitu hygiene (tahap
13
keperluan rendah). Teori Hierarki Keperluan Maslow pula di kemukakan oleh
Maslow (1954) yang menjelaskan bahawa keperluan manusia itu berperingkat-
peringkat. Pada peringkat yang paling asas, terdapat keperluan hayat atau keperluan
fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi, barulah keperluan keselamatan, diikuti
keperluan kasih sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan
diri dan peringkat tertinggi bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi
penyempurnaan kendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan
kerja dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai secara keseluruhan
berada pada tahap sederhana tinggi. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa guru-
guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai mempunyai sikap yang positif terhadap
kerja dan mereka seronok melaksanakan tugas yang diberikan. Kepuasan kerja berkait
rapat dengan lima aspek iaitu persekitaran kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyelia dan
rakan sekerja. Kepuasan kerja juga boleh dikaitkan dengan aspirasi peribadi,
penggunaan kemahiran dan aspirasi pekerja. Kepuasan kerja telah menjadi elemen
penting dalam memastikan pekerja sama ada kekal dalam organisasi atau bertukar ke
organisasi lain demi mencapai kepuasan kerja yang diharapkan.

14
17.0 Rujukan

Abdul Halim Ali (1999) Ke Arah Kecemerlangan Dan Kesejahteraan Perkhidmatan


Awam Di Alaf Baru. Kuala Lumpur: Intan
Ahmad Atory Hussain (2001) Pengantar Pentadbiran Awam – Paradigma Baru. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd
Loporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia (2013) Putrajaya: KKM
M.Z Azmie (2008) Sopan Daripada Persektif Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd
Najib Razak (2011) Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan Melangkau
Sempadan. Kuala Lumpur: Razak School Of Goverment
Fathiah Saini. (2005). Kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam di sebuah
sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Kaedah Penyelidikan.
Kuala Lumpur: McGraw – Hill.
Nurjannah F.A Kariming & Abdul Said Ambotang. (2018). Hubungan iklim sekolah
terhadap kepuasan kerja guru tingkatan 6 zon pantai timur Sabah. Jurnal
Komunikasi Borneo vol 6.
Fatimah Binti Affendi. (2014). Tahap Kepuasan Kerja Dan Komitmen Organisasi
Dalam Kalangan Guru Kolej Vokasional: Pendekatan Structural Equation
Model. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.
Perillo (2006). Job Satisfaction, How People Feel About Their Jobs and how it
Affects Their Performance. New York : Lexington Book.
Massithah (2009). Hubungan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja guru di
sekolah rendah luar bandar. Universiti Malaysia Sabah. The International
Journal of Learning.Volume 16
Nor Hartini (2004) Learning environment and learning approaches among
engineering students. EDUCON.Morocco.
Kamarudin,(1995) Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Kakitangan
Akademik Berhanti Kerja: Satu Kajian di Fakulti Perubatan Universiti

15
Kebangsaan Malaysia. Kertas Projek: Universiti Pertanian Malaysia, Serdang,
Selangor
Mohd Nor Jaafar (2005). Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan
Kepuasan Kerja Guru : Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara
Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, InstitutAminuddin Baki,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Allison, B. et al (1996). Research Skills for Students. Kogan Page Ltd. London.
Beiger, G.B. & Gerlach, G.J. (1996). Educational Research. New York : Delmar
Publisher.
Van Dalen, D.P. (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka . Locke, E.A.1976.The nature and causes off job
satisfaction. In Dunnette, M.V. (ed). Handbook of industrial and
organizational psychology. Chicago: rand Mc Nally, pp. 1297-1350.
Locke, E.A, .1969. What is Job satisfaction? Organizational behaviour and human
performance.4:309-336.
Locke, E.A.1976.The nature and causes off job satisfaction. In Dunnette, M.V. (ed).
Handbook of industrial and organizational psychology. Chicago: rand Mc
Nally, pp. 1297-1350.
Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob.2013. Kajian tentang kepuasan bekerja
dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Asia Pacific of Educators and
Education, Vol.28,103-115.
Pearson, L., & Moomaw, W. (2005). The relationship between teacher autonomy and
stress, work satisfaction, empowerment, and professionalism. Education
Research Quarterly, 29(1), 37–53.

16

Anda mungkin juga menyukai