Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS INOVASI PDP

Nama Projek Inovasi PdP Model Putaran dan Peredaran Bumi


Latar Belakang / Rasional Semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
Inovasi Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari (11.1 Pergerakan Bumi),
saya mendapati murid-murid tahun lima mengalami masalah-
masalah seperti berikut sewaktu mempelajari topik pergerakan
bumi:
1. Keliru tentang kedudukan bumi semasa berputar (pada
paksinya) dan beredar (mengelilingi matahari).
2. Sukar untuk mengingat cara bumi berputar dan beredar
(lawan arah jam) dan arah putaran dan peredaran bumi
(arah Barat ke Timur).
3. Sukar untuk membezakan antara tempoh 1 putaran lengkap
(1 hari) dengan 1 peredaran lengkap (1 tahun).

Saya dapat mengesan masalah ini hasil daripada temu bual


saya bersama guru subjek Sains di sekolah tersebut. Oleh itu,
saya telah membuat inovasi kepada lirik laju Sehati Sejiwa
sebagai alat bantu mengajar agar proses pengajaran dapat
dilakukan dengan lebih sistematik, mudah dan dapat menarik
minat murid untuk belajar.
Objektif Inovasi Objektif inovasi ini adalah untuk memudahkan murid-murid:
1. Membezakan kedudukan bumi semasa berputar dan
beredar.
2. Mengingat cara dan arah putaran serta peredaran bumi.
3. Membezakan tempoh putaran dan peredaran bumi.
Inovasi yang dihasilkan Lagu “Bumiku bergerak”.
Dalam inovasi yang dihasilkan, saya telah membuat
inovasi kepada lirik lagu “Sehati Sejiwa” dengan mengubah
senikata lagu tersebut. Saya telah mereka senikata yang sesuai
dan dimasukkan ke dalam irama lagu ” Sehati Sejiwa” agar
murid-murid dapat mengingat semua lima deria utama manusia
dan anggota yang terlibat bagi setiap deria. Lagu ini digunakan
sebagai set induksi untuk menarik perhatian dan minat murid-
murid terhadap topik yang akan diajarkan kepada mereka. Lagu
ini dipilih kerana lagu ini adalah popular dalam kalangan kanak-
kanak. Tempo dalam lagu Bumiku bergerak adalah sederhana
laju dan tujuan pemilihan lagu ini adalah untuk memudahkan
murid-murid memahami setiap perkataan dan maklumat dalam
senikata yang dinyanyikan oleh mereka.
Secara keseluruhannya, penggunaan seni muzik dalam
penghasilan kit ini sangat signifikan untuk memudahkan murid-
murid mengingat semula setiap maklumat yang disampaikan
dalam senikata lagu tersebut. Walaupun senikata yang
dihasilkan pendek dan ringkas, tetapi matlamat utamanya ialah
agar murid-murid tidak mudah keliru dengan kelima-lima deria
tersebut.

Kumpulan Sasaran Murid tahun lima.


1
Pelaksanaan Inovasi Model Putaran dan Peredaran Bumi telah diuji kepada
49 orang murid tahun 5 Arif pada 4 September 2018 yang
lalu sewaktu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
Fasa 1 di SK(A) Ibnu Khaldun, Kota Samarahan.
Pelaksanaan aktiviti dilakukan selama satu jam iaitu pada
jam 9-10 pagi. Sebelum kit ini digunakan, guru telah
memberikan dua latihan yang perlu murid-murid siapkan
sebelum aktiviti dimulakan.
Selepas selesai menjawab latihan, guru membahagi-
bahagikan murid kepada tiga kumpulan dan guru akan
meminta murid-murid untuk menyanyikan lagu “Deria Kita”
bersama-sama untuk menarik minat mereka.
Semasa aktiviti berlangsung, guru hanya bertindak
sebagai fasilitator dan murid-murid akan melakukan aktiviti
berpandukan arahan yang diberikan sebelum aktiviti
dimulakan. Arahan yang diberikan adalah ringkas dan
mudah agar murid-murid tidak keliru.
Dalam aktiviti menggunakan OFISEK, murid-murid
perlu meletakkan gambar-gambar yang diberikan kepada
mereka di ruang anggota deria yang sesuai digunakan.
Bagi gambar yang mempunyai batang aiskrim yang lebih
besar, murid perlu meletakkan gambar tersebut di deria
yang lain yang boleh digunakan sekiranya salah satu deria
tidak dapat digunakan. Setelah selesai meletakkan
gambar-gambar di bahagian anggota deria yang sesuai,
jawapan murid-murid diperiksa. Bagi jawapan yang kurang
tepat, murid-murid yang lain diminta untuk membetulkan
jawapan tersebut.
Seterusnya, murid-murid diminta untuk merasa gula,
garam, kopi dan lemon agar mereka mengetahui rasa
sebenar bagi bahan-bahan tersebut menggunakan deria
rasa mereka. Selain itu, murid-murid juga diminta untuk
membezakan permukaan kertas pasir dan kertas A4
dengan menggunakan deria yang sesuai. Guru turut
2
menyediakan minyak wangi agar murid dapat menentukan
deria yang mereka gunakan untuk menghidu bau minyak
wangi tersebut.
Selepas menggunakan OFISEK, murid-murid
menjawab semula latihan yang sama dan skor bagi latihan
murid-murid telah direkodkan.

Perkongsian inovasi:
Perkongsian inovasi kepada rakan guru pelatih
PISMPSN1616 juga turut dilaksanakan di Bilik Kuliah 15
pada 20 Jun 2017 yang lalu. Dalam perkongsian yang
dibuat, guru-guru pelatih diminta untuk membuat aktiviti
menggunakan OFISEK dan mereka turut memberikan
maklum balas tentang bagaimana kit yang dihasilkan apat
membantu mereka untuk mengajar topik deria manusia.

Rajah 3: Rakan guru pelatih melaksanakan aktiviti


menggunakan OFISEK
Tanda-tanda kejayaan Selepas inovasi OFISEK digunakan, peningkatan markah
latihan bagi 10 orang murid telah direkodkan. Berikut
merupakan markah bagi murid-murid kelas 1 Umar:

Jadual 1: Analisis markah sebelum OFISEK digunakan.


NAMA LATIHAN 1 LATIHAN 2
AIMAN 10/30 3/5
ADAM 9/30 1/5
NABILAH 10/30 3/5
AMIRAH 7/30 0/5
JANNAH 7/30 0/5
ALYA 8/30 3/5
HUSNA 7/30 2/5
SYAFIQ 10/30 1/5
YUSUF 6/30 2/5
3
AQILAH 8/30 2/5

Berdasarkan jadual 1, sepuluh orang murid


dijadikan sebagai subjek kajian yang menunjukkan
pencapaian yang kurang memberangsangkan
semasa menjawab soalan latihan 1 dan latihan 2
sebelum OFISEK digunakan. Subjek kajian
kebanyakannya memperoleh markah yang kurang
daripada 10 daripada 30 markah dalam latihan 1.
Bagi latihan 2, subjek kajian hanya dapat
memperoleh sekurang-kurangnya 3 markah
daripada 5 markah.

Jadual 2: Analisis markah selepas OFISEK digunakan.


NAMA
LATIHAN 1 LATIHAN 2
AIMAN
22/30 5/5
ADAM
25/30 5/5
NABILAH
28/30 5/5
AMIRAH
28/30 5/5
JANNAH
25/30 5/5
ALYA
21/30 5/5
HUSNA
22/30 5/5
SYAFIQ
20/30 5/5
YUSUF
18/30 5/5
AQILAH
21/30 5/5

Berdasarkan jadual 2, hampir semua subjek kajian


menunjukkan peningkatan markah latihan 1. Bagi latihan 2
pula, semua subjek kajian berjaya mendapat markah
penuh selepas OFISEK digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

FAEDAH INOVASI:
1. Guru dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan
murid dengan lebih baik menggunakan gambar-gambar
dan bahan maujud dalam kit ini.
2. Masa mengajar dapat dioptimumkan dan pengajaran
dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
4
3. Murid dapat belajar secara fun learning dan dapat
mengoptimumkan pemerolehan maklumat melalui
pengintegrasian ketiga-tiga seni muzik, seni visual dan
seni pergerakan.
4. Murid dapat pengalaman yang bermakna semasa
mempelajari topik deria dengan adanya bahan maujud.
5. Murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif semasa
melakukan aktiviti menggunakan OFISEK.

Anda mungkin juga menyukai