Anda di halaman 1dari 15

DRAMA : MAT PIAH DAN MR.

BLACKWAY Karya Mahizan Husain


MAT PIAH DAN MR.BLACKWAY
(Mahizan Husain)

Sinopsis;

MUHAMMAD HANIFAH atau lebih dikenali dengan nama MAT PIAH, seorang bekas
pesakit mental. Dia mencari nafkah hidup dengan menjadi penarik beca di Georgetown.
MAT PIAH tidak mempunyai rumah dan hidup berkelana dengan becanya di sekitar Bandar
Georgetown. Rumah dan dunia MAT PIAH ialah becanya. Itulah sahaja harta yang dia ada.
Biarpun telah pulih, sesekali MAT PIAH masih mengalami halusinasi. Pada suatu dinihari,
MAT PIAH mengambil penumpang terakhirnya yang berpakaian serba putih di hadapan
hotel E & O bernama JAMES ROLLAND BLACKWAY. BLACKWAY pandai bertutur bahasa
Melayu dan mendakwa dia ialah teman baik Francis Light. MAT PIAH pada mulanya
menyangka BLACKWAY sedang mabuk dan dia melayan lelaki Inggeris itu sekadar untuk
bersenda, tetapi BLACKWAY menimbulkan provokasi yang membuatkan MAT PIAH
menjadi keliru, sama ada dia kembali gila atau BLACKWAY yang sebenarnya gila.

Tema:

Drama “Mat Piah dan Mr. Blackway” karya Mahizan Husain, memaparkan tema atau
pemikiran kehidupan Muhammad Hanifah atau lebih dikenali dengan nama Mat Piah. Mat
Piah seorang bekas pesakit mental. Dia mencari nafkah hidup dengan menjadi penarik beca
di Georgetown. Mat Piah tidak mempunyai rumah dan hidup berkelana dengan becanya di
sekitar bandar Georgetown. Rumah dan dunia Mat Piah ialah becanya. Itulah sahaja harta
yang ada padanya.

Persoalan :

1) Persoalan tentang sikap gigih dan tekun seorang lelaki berusia 40-an untuk meneruskan
hidup selepas pulih dari sakit mental dengan menjadi penarik beca. Walaupun dia bekas
pesakit mental lelaki tersebut iaitu Mat Piah gigih dan tekun mencari rezki dengan menjadi
penarik beca bagi meneruskan sisa sisa hidup di bandar Georgetown.

2) Persoalan tentang pengetahuan sejarah tanah air iaitu sejarah penjajahan British di Pulau
Pinang oleh Francis Light. Mat Piah tahu akan sejarah Pulau Pinang dan ditambah dengan
fakta sebenar sejarah perampasan Pulau Pinang oleh Francis Light dari Sultan kedah.
3) Persoalan tentang sikap rakus penjajah yang suka merampas, mencuri, merompak,
menipu daya dan rasuah demi mendapatkan tanah Pulau Pinang dengan perlbagai helah
semata-mata untuk mengaut untung dengan emas, perak, dan bijih timah.

4) Persoalan tipu helah dan perjanjian yang menyebabkan pulau pinang jatuh ke tangan
British iaitu Francis Light adakan perjanjian Inggeris-kedah untuk menguasai Pulau Pinang
dengan tipu helah bagi membuat pangkalan tentera mereka di Pulau Pinang.

5) Persoalan tentang sikap kesetiaan pada penguasa dan pemerintah. Blackway dan
Francis Light sangat setia kepada King Goerge III dengan meluaskan tanah jajahan.
Blackway juga selalu menyebut “ save the king,, save my king,,” sentiasa mendaokan raja
mereka dan taat setia pada raja mereka.

6) Persoalan tentang sikap bangga dan kemegahan bangsa penjajah. Persoalan ini jelas
ketara apabila Blackway melihat tanda jalan “Lebuh Light” yang menjadi tanda tempat itu
penah dikuasai oleh bangsa mereka. Terlihat kebanggaan diwajah Blackway dengan
pencapain bangsa mereka dalam penjajahan penguasaan bangsa mereka.

7) Persoalan tentang masyarakat Melayu yang kuat semangat Patriotisme. Hal ini dapat
dilihat dengan aksi dan gaya perbuatan dan percakapan Mat Piah yang marah dengan
Blackway yang menceritakan tentang Francis Light menipu daya Sultan Muhammad Jiwa
untuk mendapatkan Pulau Pinang dengan cara tipu helah.

8) Persoalan tentang penyakit mental yang dihadapi oleh golongan masyarakat yang hidup
gelandangan yang merempat. Namun mereka boleh dirawat dan pulih. Contohnya Mat Piah
merupakan bekas pesakit mental yang hanya hidup dan berkelana dengan becanya sahaja.

9) Persoalan tentang gejala sosial anak muda iaitu Mat Rempit. Contohnya, Blackway takut
dengan bunyi enjin motor yang disangkanya serangan siam, sebaliknya anak-anak muda
bermain motor dan Mat Piah menyatakan itu semua bala kepada masyarakat. Terdapat
unsur teguran secara sinis dalam persoalan ini.

Watak dan perwatakan;

MAT PIAH

Nama sebenar Mat Piah ialah MUHAMMAD HANIFAH


Berusia 40-an
Bekerja sebagai penarik beca di sekitar bandar Georgetown Pulau Pinang
Bekas pesakit jiwa atau mental tetapi telah pulih namun masih juga berhalusinasi
Seorang yang lucu dan kuat ketawa
Periang dan sesekali sentimentalis
Hidup membujang bersama beca tuanya dan becanya juga tempat tidur serta rumahnya.

JAMES ROLLAND BLACKWAY

Lelaki inggeris yang berpakaian kapten armada tentera British zaman King George III.
Berwajah pucat seperti orang sakit
Mengaku kawan Francis Light
Bijak dan berpengetahuan tentang sejarah Francis Light menipu daya Sultan kedah untuk
merampas Pulau Pinang dengan perjanjian dan tipu helah.
Penyedih dan nostalgik
Seorang yang penakut dan cepat marah
Bangga dengan pencapaian bangsa mereka dalam menjajah pelusuk dunia dibawah SHTI

Plot dan Teknik Plot :

1) Teknik Pemerian : Teknik penceritaan digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan


situasi
Dan cara mudah menyampaikan cerita. Setiap babak pengarang
membuat
Penerangan tentang tempat dan masa babak drama berlaku di mana.

2) Imbas kembali : Pengarang juga menggunakan teknik imbas kembali untuk


menyampaikan
Fakta-fakta sejarah. Contohnya Blackway mengimbas sejarah
perampasan
Pulau Pinang dari Sultan Kedah oleh Francis Light.

3) Teknik dialog : Teknik dialog digunakan untuk menjadikan drama ini Nampak jelas dan
mudah
Menyampaikan cerita. Dialog Mat Piah dengan Mr. Blackway berlaku
dengan
Aksi dan pergerakan.

4) Teknik monolog : Pengarang juga menggunakan teknik monolog. Contohnya Mat Piah
bermonolog dengan diri sendiri adakah dia gila atau Blackway yang gila.

Latar tempat;
Hotel E&O
Georgetown
Padang kota lama berhampiran Cornwallis

Latar masa;
Dinihari,pukul 2:32 pagi
Dinihari,pukul 3:00 pagi
Dinihari,pukul 4:00 pagi

Latar masyarakat;

Masyarakat yang tahu tentang sejarah. Mat Piah dan Blackway sangat berpengetahuan
tentang sejarah Pulau Pinang dan kedah serta penipuan Francis Light untuk mendapatkan
Pulau Pinang dari Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan menipu orang Melayu.

Masyarakat yang bekerja sebagai penarik beca. Contohnya Mat Piah bekerja sebagai
penarik beca dan mencari rezeki dengan becanya di sekitar bandar Georgetown.

Masyarakat yang berani menegakkan kebenaran. Contohnya, Mat Piah yang berani
berbahas dan marah dengan Blackway yang menceritakan fakta sebenar Francis Light
bukan meneroka Pulau Pinang sebaliknya merampas dari Sultan Kedah demi kepentingan
mereka tanpa pengetahuan kompeni SHTI.

Masyarakat yang bangga dengan pencapaian bangsa mereka dalam menjajah. Contohnya,
Blackway bangga dengan bangsanya yang dapat menjajah dan ada tanda nama “Lebuh
light” yang membuktikan bangsa mereka pernah menguasai Pulau Pinang.

Masyarakat yang hidup dengan hiburan dan bersosial. Contohnya, peserta pakaian
beragam dan Mat rempit yang hidup dengan dengan sikap tidak berfikir panjang tentang
perbuatan mereka.
Nilai;

1) Nilai semangat patriotisme. Contohnya, Mat Piah menyatakan “saya sekolah sampai
darjah enam sahaja, tapi boleh hafal tarikh pembukaan pulau pinang.

2) Nilai Merendah diri. Contohnya, Blackway memohon maaf “saya minta ampun, minta
maaf kepada semua orang melayu dan orang Pulau Pinang.

3) Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah gigih bekerja sebagai penarik beca demi mencari
sesuap nasi.

4) Nilai menghargai sejarah. Mat Piah amat menghargai sejarah tanah airnya iaitu Pulau
Pinang.

5) Nilai kesabaran. Mat Piah sabar dengan sikap dan perlakuan Blackway yang pelik dan
kadang-kadang membuat dia marah.

6) Nilai kejujuran. Kejujuran dapat dilihat dari sikap Mr. Blackway yang menceritakan fakta
sebenar tentang francis Light yang menipu daya Sultan kedah untuk merampas Pulau
Pinang.

7) Nilai ketaatan dan kesetiaan. Nilai ketaatan terserlah dalam diri Mr. Blackway yang
bangga dengan sejarah penjajah bangsa mereka.

Pengajaran;

Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme terhadap negara atau negeri seperti MAT
PIAH yang masih menghafal tarikh pembukaan pulau pinang

Kita haruslah bersikap rendah diri seperti MR.BLACKWAY yang meminta maaf kepada
semua orang melayu di pulau pinang tentang kesalahannya
Kita hendaklah jujur dalam berkata-kata dan bercakap seperti Mr. Blackway jujur dengan
salah dan silap mereka yang telah berlaku kejam demi menguasai Pulau Pinang.

Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki walaupun terpaksa kerja siang
dan malam seperti Mat Piah menjadi penarik beza dinihari demi mendapatkan sesuap nasi.

Kita sewajarnya menghargai sejarah dan juga keamanan negara yang wujud ini dengan
bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

SAMOZIN - sabri mohamad zin


Drama Mat Piah dan Mr. Blackway a) Jelaskan pemikiran dan persoalan drama.
Pemikiran - Tipu muslihat penjajah terhadap pemerintah dan rakyat. Francis Light
menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.
Inggeris membuat perjanjian dengan Sultan Muhammad Jiwa dan berjanji akan memberikan
bantuan ketenteraan kepada kerajaan Kedah daripada serangan Bugis. Namun, pihak
Inggeris tidak membantu Kedah apabila Bugis menyerang Kedah. Persoalan semangat
patriotik yang tinggi dlm diri. Mat Piah kecewa dengan sikap pihak Inggeris yg menindas dan
merampas hasil bumi tanah air. Persoalan kejujuran terhadap kebenaran. Blackway
memberitahu Mat Piah bhw Francis Light sebenarnya menipu Sultan Kedah utk
mendapatkan Pulau Pinang. Persoalan sikap tidak menepati janji. Pihak Inggeris tidak
menepati janji untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam dan Burma. b) Huraikan
nilai murni/kemanusiaan. Nilai patriotisme. Mat Piah kecewa dgn penjajah Inggeris yg
membuat tipu helah/merampas hasil bumi tanah air. Nilai kejujuran. Blackway memberitahu
Mat Piah bhw Francis Light sebenarnya menipu Sultan Kedah utk mendapatkan Pulau
Pinang. Nilai keinsafan. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris yg pernah menipu dan
menindas orang Melayu. Nilai kegigihan. Mat Piah gigih bekerja sbg penarik beca untuk
menyara kehidupannya. c) Jelaskan pengajaran. Kita hendaklah gigih bekerja/mencari
rezeki. Mat Piah gigih bekerja sebagai penarik beca. Kita hendaklah mempunyai semangat
patriotik. Mat Piah marah atas penipuan pihak Inggeris semasa menjajah tanah air. Kita
hendaklah insaf atas kesalahan. Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan
pihak Inggeris menindas dan menipu pemerintah Melayu. Kita janganlah mungkir
janji/menipu orang lain. Pihak Inggeris menipu dan enggan menepati janji membayar
pajakan kepada Sultan Kedah. Kita hendaklah berhati-hati apabila membuat perjanjian/
rundingan dgn pihak lain. Pihak Inggeris pernah menipu perjanjian dgn Sultan Kedah
apabila memajak Pulau Pinang. d) Huraikan unsur sejarah dalam drama. Watak/tokoh
bersejarah. Francis Light dan Sultan Muhammad Jiwa. Latar tempat bersejarah. Pulau
Pinang dan Kedah. Latar masa bersejarah. Zaman penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu/ 1786. Peristiwa bersejarah. Peristiwa Francis Light mendapatkan Pulau Pinang
daripada Sultan Kedah. e) Huraikan konflik antara watak dalam drama. Konflik antara
Mat Piah dan Blackway. Mat Piah kecewa kerana Blackway antara penjajah Inggeris yg
menipu untuk mendapatkan Pulau Pinang drp Sultan Kedah. Konflik antara Francis Light
dan Sultan Kedah. Francis Light menipu pembesar Melayu dalam mendapatkan Pulau
Pinang drp Sultan Kedah. f) Huraikan perwatakan Blackway. Seorang yg jujur. Blackway
jujur bercerita bhw pihak Inggeris menipu pembesar Melayu untuk mendapatkan hasil.
Seorang yg insaf. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris menindas dan kejam kpd orang
Melayu. Seorang penipu. Blackway terlibat dengan Francis Light menipu pembesar Melayu
dalam mendapatkan Pulau Pinang dp Sultan Kedah. Seorang yg penakut. Blackway
ketakutan apabila mendengar mat rempit membuat bising di jalan raya. g) Huraikan
perwatakan Mat Piah. Seorang yg bijak. Mat Piah penarik beca tetapi boleh bertutur bahasa
Inggeris. Seorang yg pemarah. Mat Piah marah apabila mengetahui peristiwa sebenar bhw
pihak Inggeris menggunakan tipu helah untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan
Kedah. Seorang yg patriotik. Mat Piah kecewa dengan sikap penjajah yang kejam dan
menipu untuk merampas hasil bumi tanah air. Seorang yg gigih bekerja. Mat Piah gigih
bekerja sbg penarik beca. h) Huraikan kritikan sosial/kritikan terhadap masyarakat/gejala
negatif dalam drama. Kritikan thdp masyarakat yg hidup mementingkan keseronokan. Pada
waktu dinihari, ramai lelaki dan perempuan keluar dari hotel berpakaian beragam dan ada
yg mabuk. Kritikan thdp masyarakat yg tidak mematuhi undang-undang. Sekumpulan mat
rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan
mereka. Kritikan thdp masyarakat yang suka menipu. Penjajah Inggeris menggunakan tipu
muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Kritikan thdp masyarakat
yg suka mungkir janji. Pihak Inggeris menipu dan enggan menepati janji membayar pajakan
kepada Sultan Kedah. i) Huraikan latar masa dan latar tempat dlm drama. Latar Masa :
Tahun 1786. Francis Light menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun
1786. Waktu subuh. Francis Light dan tentera Inggeris menyerang tentera Sultan
Abdullah pada waktu subuh. Waktu dinihari. Mat Piah membawa Blackway dengan
becanya ke Padang Kota. Latar Tempat : Pulau Pinang. Francis Light mendapatkan
Pulau Pinang dp Sultan Kedah pada 1786. Kedah. Sultan Muhammad Jiwa dan Sulatan
Abdullah memerintah negeri Kedah Padang Kota Lama. Mat Piah telah membawa
Blackway ke padang Kota Lama.
MAT PIAH & MR.BLACKWAY KARYA MAHIZAN HUSAIN
MAT PIAH DAN MR.BLACKWAY

(Mahizan Husain)

Sinopsis;

MUHAMMAD HANIFAH atau lebih dikenali dengan nama MAT PIAH,seorang bekas
pesakit mental.Dia mencari nafkah hidup dengan menjadi penarik beca di Georgetown.MAT
PIAH tidak mempunyai rumah dan hidup berkelana dengan becanya di sekitar Bandar
Georgetown.Rumah dan dunia MAT PIAH ialah becanya.Itulah sahaja harta yang dia
ada.Biarpun telah pulih,sesekali MAT PIAH masih mengalami halusinasi.Pada satu
dinihari,MAT PIAH mengambil penumpang terakhirnya yang berpakaian serba putih dipean
hotel E&O bernama JAMES ROLLAND BLACKWAY.BLACKWAY pancai bertutur bahasa
melayu dan mendakwa dia ialah teman baik Francis Light.MAT PIAH pada mulanya
menyangka BLACKWAY sedang mabuk dan dia melayan lelaki inggeris itu sekadar untuk
bersenda,tetapi BLACKWAY menimbulkan provokasi yang membuatkan MAT PIAH menjadi
keliru,sama ada dia kembali gila atau BLACKWAY yang sebenarnya gila.

Tema;

Menceritakan tentang seorang bekas pesakit mental yang telah pulih yang bernama
MAT PIAH dan seorang Lelaki Inggeris JAMES ROLLAND BLACKWAY

Watak dan perwatakan;

Mat piah;

Berusia 40-an
Seorang yang lucu
Periang dan sesekali setimentalis
Bekas pesakit jiwa
Hidup membujang bersama beca tuanya
JAMES ROLLAND BLACKWAY;

Lelaki inggeris yang berpakaian kapten armada tentera British zaman King George III.
Berwajah pucat seperti orang sakit
Penyedih dan nostalgik

Latar tempat;

Hotel E&O
Georgetown
Padang kota lama berhampiran Cornwallis
Latar masa;

Dinihari,pukul 2:32 pagi


Dinihari,pukul 3:00 pagi
Dinihari,pukul 4:00 pagi
Latar masyarakat;

Masyarakat yang tahu tengtang sejarah


Masyarakat yang berani menegakkan kebenaran
Nilai;

Semangat patriotisme
Saya sekolah sampai darjah enam sahaja.boleh hafal tarikh pembukaan pulau pinang
Merendah diri
Saya minta ampun,minta maaf kepada semua orang melayu dan orang Pulau Pinang
Pengajaran;
Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme terhadap Negara atau negeri seperti MAT
PIAH yang masih menghafal tarikh pembukaan pulau pinang
Kita haruslah bersikap rendah diri seperti BLACKWAY yang meminta maaf kepada semua
orang melayu di pulau pinang tentang kesalahannya.
SINOPSIS
MAT PIAH DAN MR BLACKWAY
Mahizan Husain

BABAK SATU

Mat Piah berada di atas becanya menunggu rezeki terakhirnya.Dari pintu besar hotel
berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang memakai berbagai jenis pakaian
beragam.Sambil memanggil-manggil dia membunyikan locengnya. Tiada rezeki Mat Piah
malam itu mengeluh Mat Piah sendirian. Tiba-tiba muncul James Blackway berwajah pucat
lesi berpakaian tentera armada Inggeris zaman Francis Light. Ketika Mat Piah ingin
berkayuh ke padang Kota tiba-tiba Blackway menepuk bahunya dari belakang yang
membuatkannya terperanjat. Blackway menyuruh Mat Piah membawanya pergi berjalan-
jalan dalam bahasa Melayu yang membuatkan Mat Piah terlopong sesaat.

BABAK DUA

Waktu sekitar 3.00 pagi sekitar Georgetown. Mat Piah bertanya Blackway sama ada dia
daripada party pakaian serba aneka di Hotel E&Q. Jawapan Blackway dia tidak kenal
mereka. Blackway memberitahu Mat Piah sudah lama dia tinggal di sini iaitu 300 tahun di
mana Mat Piah tebahak-bahak mendengarnya. Mat Piah menyangka Blackway mabuk.
Apabila sampai di Lebuh Light tiba-tiba Blackway menyuruh Mat Piah berhenti. Mat Piah
terkejut dan segera menekan pedal brek. Blackway bingkas turun daari beca dan pergi ke
arah papan tanda nama jalan yang bertulis Lebuh Light. Hairan Mat Piah melihat kelakuan
Blackway itu. Blackway memberitahu Mat Piah Light ialah kawan baiknya. Mat Piah masih
percaya Blackway mabuk lalu mengatakan dia pun mempunyai sahabat bernama traffic
light.

BABAK TIGA

Sekitar jam 3.00 pagi di padang Kota Lama berhadapan Fort Cornwallis. Mat Piah
memberitahu Blackway Fort Cornwallis akan dibuka esok jam 9.00 pagi.Blackway tidak
berkata apa-apa masih memandang ke arah Fort Cornwallis lalu berkata tempat ini
dinamakan sempena nama Lord Cornwallis. Dia membongkok memberi tanda hormat
kepada Fort Cornwallis. Mat Piah hairan melihat aksi Blackway.Blackway memberitahu yang
dia kenal Lord Cornwallis iaitu seorang jeneral perang yang berlagak berani yang akhirnya
kalah ditangan George Washington.Tiba-tiba terdengar enjin motosikal sayup-sayup dari
jauh.Lama-kelamaan semakin hampir menyuluh ke arah Blackway. Blackway menjerit lalu
berkata itu adalah serangan siam, terus dia lari menyembunyikan diri di belakang beca Mat
Piah.Terkejut Mat Piah mendengar kata-kata Blackway serangan Siam lalu memberitahu
Blackway itu hanyalah Mat Rempit, bala masyarakat bukan tentera Burma atau Bugis. Mat
Piah menyangka Blackway buat lawak boria sahaja. Mat Piah bertanyakan Blackway
mengapa tadi dia berkata serangan Siam. Blackway mengatakan dia orang besar namanya
James Rolland Blackway dan dia merupakan kawan baik Francis Light dan Stamford
Raffles. Mat Piah tergelak lalu mengatakan dia pula kawan Prince Charles dan dia tak cukup
gila untuk mempercayai kata-kata Blackway. Kata Blackway Pulau Pinang atau Prince of
Wales milik Inggeris iaitu Syarikat Hindia Timur. Kalau begitu kata Mat Piah Manchester
United miliknya sambil ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba wajah Blackway menjadi pilu lalu
menangis teresak-esak dan meraung-raung. Mat Piah menyuruh Blackway bersabar dan
mempercayai kata-kata Blackway orang kuat Francis Light. Blackway turun dari beca lalu
bertanya kepada Mat Piah sama ada dia kenal Francis Light. Mat Piah memberi jawapan
Francis Light yang membuka Pulau Pinang pada tahun 1786 lalu Blackway ingin membuat
pengakuan di hadapan Mat Piah iaitu Pulau Pinang mengikutnya dicuri oleh Francis Light
daripada Sultan kedah. Terkejut Mat Piah kerana selama ini sejarah Pulau Pinang yang
dihafalnya tidak betul.Blackway berkata sebenarnya Light menipu Sultan Abdullah supaya
diserahkan Pulau Pinang kepada Inggeris. Inggeris mahukan Pulau Pinang untuk dijadikan
Pelabuhan persinggahan antara Barat dengan Timur.Di samping itu Inggeris boleh mengaut
kekayaan seperti emas,timah dan perak dari tanah Melayu. Blackway berkata sudah beratus
tahun dia berasa bersalah atas penipuan dan pengkhianatan yang telah dia dan Light
lakukan terhadap Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu.Blackway
tersedu kembali, dia keliru sama ada Mat Piah mahu percaya atau tidak. Tiba-tiba Mat Piah
menjerit ke arah Blackway sambil berkata Taik Kerbau (take a bow). Blackway cepat-cepat
tunduk hormat kepada Mat Piah kerana takut dibelasah Mat Piah.Mat Piah menuding jari ke
arah Blackway dan menyuruhnya menceritakan fakta sejarah yang betul. Blackway berasa
gugup berjalan mundar-mandir. Dengan nada marah Mat Piah menyurh Blackway
menceritakan apa yang berlaku dengan segera. Blackway akhirnya bersetuju untuk
bercerita.

BABAK EMPAT

Sekitar 4.00 pagi Blackway mula bercerita. Dia mengenali Light semasa bekerja di Firma
Jourdain Sullivan. Sultan Muhammad Jiwa memerintah Kedah dan menghadapi tentangan
Bugis. Baginda meminta bantuan Syarikat Hindia Timur inggeris.Satu perjanjian antara
Sultan Muhammad Jiwa dengan Light ditandatangani yang menyatakan Kedah akan dibantu
jika diserang Bugis dengan syarat memberi kebenaran Firma Jourdain Sullivan de Souza
berniaga di Kuala Kedah. Light hanya mahu mencari peluang mendapatkan Pulau Pinang
dan Province Wellesley daripada Kedah. Blackway dan Light menipu Sultan Kedah dengan
membuat perjanjian palsu di mana mereka enggan membantu Kedah apabila Bugis
menyerang.Baginda Sultan cuba mengusir Light tetapi Light enggan dan membina kubu
tentera Inggeris di Pulau Pinang.Mat Piah marah apabila mendengar Light menipu Sultan
dan merampas Pulau Pinang dan bukan membukanya.Blackway seterusnya menceritakan
bagaimana Sultan Abdullah pula ditipu Light juga untuk mendapatkan Pulau Pinang.Light
menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786 untuk melindungi Kedah
daripada Serangan Siam dan Burma tanpa pengetahuan kompeni. Apabila Siam menyerang
Kedah, Light lepas tangan enggan membantu Sultan Abdullah.Sultan murka lalu membawa
tenteranya untuk menyerang Light.Light mendapat maklumat lalu menyerang tentera Sultan
pada waktu subuh di Sungai Perai.Dengan tipu muslihat Light berjaya merampas Pulau
Pinang daripada Sultan Kedah. Pampasan sebanyak $30 000 dolar Sepanyol hanya dibayar
$6 000 sahaja. Mat Piah menjerit marah dan menyebabkan Blackway terkejut dan melatah.
Mat Piah memarahi Blackway kerana baginya orang Melayu sahaja yang boleh melatah.Mat
Piah mencekak leher baju Blackway, terkial-kial Blackway untuk melepaskan diri lalu
meminta ampun kepada semua orang Melayu kerana menipu, menindas dan menyamun.
Dia berasa malu dengan apa yang telah mereka lakukan.Blackway mengaku bangsanya
memang kejam lalu berkata rasa macam nak amuk.Mat Piah memberi amaran kepada
Blackway supaya jangan curi amuk kerana orang Melayu sahaja yang boleh amuk.
Blackway bersumpah yang dia tidak mahu amuk dan latah bangsa Melayu. Mat Piah
menolak Blackway jatuh terduduk dia bangun dan rasa terhina. Wajahnya merah menahan
marah. Dia mentertawakan Mat Piah lalu tiba-tiba lesap meninggalkan Mat Piah termanggu-
manggu.Mat Piah mencari-cari Blackway. Dia bingung, marah dan kecewa.Matanya
dipejamkan, kemudian dibuka perlahan-lahan.Dia berhalusinasi.

Anda mungkin juga menyukai