Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH HARI KOKURIKULUM

SMK PERMATANG RAWA 2017

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMKPR


MASA : 11.00 PAGI

Teks Catatan
Burung undan burung tempua,
Hinggap berehat di pohon kayu;
 Sukan amalan untuk semua,
Rakyat sihat negara maju.

Sayang Singapura sungainya jernih,


Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 malaysia

Yang berusaha
Encik ,
Yang Dipertua PIBG Sek. Men Keb. Permatang Rawa

Yang Berusaha
Pn Mak Wan Sayang Bt Md Nordin
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa,

Tuan Haji Azman Bin Lot


Penolong kanan Pentadbiran

Pn Hajah Hafizah binti Haron


Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Pn Hasnah Bt Chin
Penolong kanan Kokurikulum

Yang dikasihi
rakan-rakan guru serta para pelajar SMK Permatang Rawa yang
disayangi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa


syukur yang tidak terhingga kepada Allah Subhanahuwataala,
kerana dengan limpah kurnia-Nya, telah mengizinkan kita, untuk
bersama-sama menjayakan Hari Sukan Negara, Karnival Permainan
dan Hari Kokurikulum SMKPR 2017 pada pagi ini.

1
Untuk makluman semua, Sambutan Hari Sukan Negara telah
diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober
setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu
inisiatif Kementerian Belia dan Sukan serta merupakan satu langkah
proaktif sejajar dengan proses transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting
Nation). 

Oleh hal yang demikian, bersempena dengan Hari Sukan Negara,


SMK Permatang Rawa mengambil kesempatan ini dengan
mengadakan Karnival Permainan dan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum sebagai pengisian sambutan Hari
Sukan Negara pada tahun ini. Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum ini diberikan kepada para pelajar yang telah
menunjukkan kecermelangan dalam bidang sukan dan
mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa bagi memohon
pada Ilahi semoga majlis kita diberkati dan dilimpahkan rahmat-NYa.

Dipersilakan Al Fadzil Ustaz Tn Hj Rosli b Shafie, untuk memimpin


bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin..amin..amin ya rabbal alamin… Terima kasih Al fadzil Ustaz.

Hadirin-hadirat sekalian..

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan.


Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Pn Mak Wan bt Md
Nordin Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah
disampaikan oleh Tuan Pengetua sebentar tadi

Majlis seterusnya dengan rasa berbesar hati menjemput En Mohd


Rashidi b Miskon, Yang Dipertua PIBG SMK Permatang Rawa untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutup
hari Kokurikulum SMK Permatang Rawa bagi tahun 2017

2
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Rashidi b


Miskon atas ucapan dan perasmian penutup sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis kita pada pagi ini akan dimulakan dengan penyampaian
hadiah bagi Karnival Permainan sempena Hari Sukan Negara

Majlis mempersilakan …………………………………………………


untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. dipersilakan

Majlis akan dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi permainan


Bola Sepak
Tempat Ke 3 ………………………………… Jemput wakil
Naib Johan……………………………………… sahaja
Johan………………………………………………

Sepak Takraw
Tempat Ke 3 …………………………………
Naib Johan………………………………………
Johan………………………………………………

Bola Keranjang
Tempat Ke 3 …………………………………
Naib Johan………………………………………
Johan………………………………………………

Bola Jaring
Tempat Ke 3 …………………………………
Naib Johan………………………………………
Johan………………………………………………

Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada


……………………………… atas kesudian menyampaikan hadiah
kepada para pemenang
Para hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi
Pengurusan Unit Kokurikulum terbaik 2017

Dijemput …………………………………………. untuk


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Bagi kategori Kelab & persatuan terbaik

3
Kategori Badan Beruniform terbaik

Kategori Kelab Permainan

Kategori Rumah Sukan

Terima Kasih
……………………………………………………………………………….

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


penghargaan daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan
atas lakaran kejayaan atlet-atlet di peringkat Negeri Pulau Pinang,
Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Antarabangsa.

(Rujuk lampiran “SENARAI ATLET CEMERLANG KOKURIKULUM


2017))

Majlis mempersilakan …………………………………………………


untuk menyempurnakan majlis . Dipersilakan

Terima kasih ……………….…

Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Rashidi b Miskon, Yang


Dipertua PIBG SMK Permatang Rawa untuk menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah bagi Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum yang berikutnya.

Rujuk senarai penerima hadiah (BACA BIODATA DAHULU)


Terima kasih…………………………………
Dengan ini, maka berakhirlah Hari Kokurikulum Permatang Rawa
bagi tahun 2017. Terima kasih diucapkan kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara dan
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Permatang Rawa
2017.

SEKIAN TERIMA KASIH,

Anda mungkin juga menyukai