Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN KERTAS KERJA

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN DAN


BALAI CERAP KUALA TERENGGANU
TEMA : “Bangsa Membaca, Bangsa Bertamadun”
PENDAHULUAN :
Menyingkap tirai sejarah, suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang rajin
dalam menuntut sesuatu ilmu. Amalan membaca yang konsisten merupakan cara yang paling efisien
dalam membina sesebuah generasi yang maju dan berpengetahuan. Sebenarnya, Kementerian
Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau
bagaimanapun, impak daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Oleh
hal yang demikian, pihak sekolah perlu menyokong segala tindakan dan pendekatan baru agar tujuan
utama kami dalam mencari bahan bacaan sebagai rujukan bagi menyiapkan kerja kursus dapat
direalisasikan menjadi realiti bukan sekadar fantasi.

1. OBJEKTIF :
1) Memudahkan para pelajar untuk mencari bahan rujukan bagi menyelesaikan kerja kursus dalam
mata pelajaran Adab Nusus dan Balaghah.
2) Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
3) Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri penuntut ilmu dan menjadi pemimpin yang
berkualiti serta mampu mewarisi tampok kepimpinan yang akan menggegarkan dunia.
4) Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.
5) Mewujudkan suasana yang atraktif dalam menuntut ilmu baharu dan dapat mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian.

2. TEMPOH : Tiga Hari Dua Malam :- 28/08/2022 – 30/08/2022

3. TARIKH PROGRAM
Tarikh : 28 Ogos 2022 – 30 Ogos 2022
Hari : Ahad hingga Selasa
Masa bertolak : 3:00 pagi
Tempat : 1) Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin
2) Balai Cerap UNISZA Kuala Terengganu

4. PESERTA :
3 Orang Guru dan 23 Orang Pelajar STAM

5. JAWATANKUASA LAWATAN :
Penyelaras : Ustaz
Bendahari : Ustaz
Guru Pengiring :-
:- Ustaz
:- Ustazah
6. ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN :

Bil Perkara Jumlah

1 Kutipan Yuran (RM100 x 23 orang) RM 2300.00

2 Bantuan Makanan Asrama RM 23.60 x 21 orang) RM 1486.80

3 PIBG RM 500.00

4 Sumbangan luar RM 3851.20

5 Bantuan Pengangkutan Asrama RM 1500.00

JUMLAH RM 9638.00

7. PUNCA KEWANGAN :

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1 Bayaran Pengangkutan RM4500.00

2 Tempat Penginapan 3 hari 2 malam x 2 buah rumah RM 640.00

3 Bayaran Tiket RM 57 x 23 RM 1311.00

Makanan Pagi, Tengahari dan


4 RM 40 X 3 x 23 RM 2760.00
Malam

5 Air Mineral RM 9.90 (per karton) x 3 RM 297.00

6 Ubatan RM 30.00

7 Roti Gardenia 100 RM 100.00

JUMLAH RM 9638.00

8. SYOR :
Jawatankuasa pelaksana akan melaksanakan Lawatan ke Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin
dan Balai Cerap UNISZA Kuala Terengganu. Ia merupakan aktiviti yang terdapat di dalam takwim aktiviti STAM
2022 setelah mendapat persetujuan dan kelulusan Pengetua selaku pengerusi bagi menjayakan lawatan ini.

9. ULASAN / PANDANGAN / KELULUSAN PENGETUA :

Disediakan oleh: Disemak dan Disahkan oleh:

....................................................... .....................................................
( (

Anda mungkin juga menyukai